Wednesday, May 04, 2011

Woi blogger baru, meh sini aku nak cakap...!!!

Amboi arpiiz, ni apahal guna perkataan "woi" ni, tak elok ko tau tak.. Mesti itu yang korang nak cakapkan betul tak..?? Ala, tak payah lah nak tipu aku, aku boleh baca fikiran korang ni kalau nak tau.. Senang cerita cuma aku je yang boleh tipu korang..hehe

Gurau je, tajuk tu memang saja aku buat macam tu agar korang cepat sikit nak klik baca entry aku ni.. Apa2 pun aku nak mintak maaf kalau tajuk tu ada buat korang berdarah hati ke, patah tangan ke, lumpuh separuh badan ke.. Apahal melampau benor aku menipu ni..??

Ah, sudah lah tu biar aku teruskan kepada benda yang aku nak bagitau dekat korang ni terutama bagi blogger yang baru lahir ni.. Kepada mereka yang baru berjinak2 dalam dunia blog ni, ada beberapa perkara yang aku nak korang check dekat blog korang tu..

First >> Tempat komen tu silalah buang word verification tu.. Kesian bagi orang2 yang macam aku ni rabun perkataan sebab asyik salah taip..huhu. Macam mana korang nak buat, err aku rasa korang kena google sendirilah ye..

Second >> Sila follow blog korang sendiri sebab ia dapat membantu blogger lain singgah melalui profile korang.. Korang boleh baca tentang hal ni dalam entry aku yang ini
> Adakah profile anda mesra blogger part 1
> Adakah profile anda mesra blogger part 2
> Adakah profile anda mesra blogger part 3

Third >> Tolong serahkan duit korang sebanyak RM 200 deakt aku sebab tips2 yang aku bagi ni mahal tau..hehe

Ala, yang third tu korang jangan lah percaya.. Karang kalau ada yang betol2 bagi, masalah aku nanti.. Aku bagitau ni sebab aku rasa agak tension.. Terutama bila aku nak komen, maka aku kena pulak menjawab ujian hidup ni.. Yang profile tu aku bagitau supaya korang mudah mendapat traffic atau follower..

Apa kena mengena antara profile dan follower..?? Itu korang kena lah baca entry aku yang tela aku bagi link tu.. Aku rasa cuma itu jelah benda yang aku nak sampaikan buat masa ni.. Nanti kalau ada benda yang aku tak puas hati, aku bagitau lagi ye..^^

P/s : Blogger lama pun boleh juga try check kalau rajin..hehehe

12 comments:

Dayana AZ said...

haha igtkn die nk serang td :) rupenye kasik nasihat je, bgus3 !

Dayana AZ
www.herstoriie.com

alien said...

pasal word berifikesen tu kadang2 siknifikan gak utk ada
sbb spammer berleluasa
hehe

KUREKURE COMEL said...

hehehe...dulu mina cmtu jgk...kdg2 letih jgk nak jwb ujian tu..hihihi

adib syazwan said...

ok bos!aku akan laksanakan...keh3

FariehanIbrahim [LBC] said...

nah!! doplohsen cukop larrr..ngeh3x :p

terataiflowerz said...

ok itu setuju..

farah wahedda said...

bgus2 sy blogger bru ekekkekeke

Ini Kisah Tia said...

haha ! takde duit ..

ain revival said...

hehe..
nah..amik 200...lalala..
;)

~~Ticer Wann~~ said...

yang word verification tu saya agak bersetuju la.. kekadang tu punya semangat taip komen last-last kena isi pekataan pulak..terus punah semangat... erk ni pandangan saya je la sebab saya rasa macam tu...

ukhti syikin said...

betoi2

Kuronofu91 said...

word verification tu mmg melecehkan.....dan membantutkan semangat nak komen!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...