Tuesday, May 31, 2011

Nak tambah komen lagi banyak..

Okay, hari ni aku nak buat tutorial sikit.. Eh2, arpiiz buat tutorial lah, ni yang rasa pelik ni.. Adakah dunia sudah menghampiri kearah kehancuran.. Dah2 jangan nak mengada2 berfikiran macam tu, aku taulah yang aku dah lama tak buat tutor dalam blog ni, so jangan lah nak kutuk2..huhu

Aku nak buat tutor apa ye..?? Owh ye, tutor tentang komen pulak.. Dah lama rasanya aku tak buat tutor ni.. Tapi aku rasa ini bukanlah tutorial pun, just cara untuk menambahkan bilangan komen dalam entry korang je.. Aku buat ni khas untuk orang yang gilakan komen (agak2 aku termasuk ke tak..??)

Cara nya macam ni, selepas korang membuat satu entry yang korang dah bujet untuk menerima komen yang banyak.. Korang rilek2 dulu, tunggu dalam area 20 minit lepas tu baru korang check tempat komen.. Kalau korang still tak terima sebarang komen, korang kena pulak buat cara ni..

Cara ini pulak korang memerlukan daya dan tenaga yang tinggi sebab korang kena pergi komen dekat blog orang dulu.. Selepas korang komen dekat entry orang barulah entry korang yang tadi akan mendapat komen dari orang lain..

Belum habis lagi caranya.. Inilah cara untuk menambahkan komen yang sebenar2nya.. Korang dah sedia belum untuk mencuba cara ini.. Kalau korang betul2 bertekad nak mencuba cara ni, korang kena kena betul mempunyai semangat yang tinggi..

Kalau korang pernah bertapa di gua musang lebih baik sebab korang sudah mempunyai ketahanan diri yang tinggi.. Apa2 jelah aku ni, bagitau jelah kan senang sikit.. Okay2, aku bagitau lah ye.. Cara untuk korang menambahkan bilangan komen korang ialah..

Ialah dengan menjawab segala komen yang telah korang terima tu.. Kalau masih belum ada orang komen, korang sendirilah yna komen dekat entry tu..hehe. Okay lah, aku nak pergi rehatkan badan ni, penat pulak aku rasa hari ni..huhu

P/s : Sorry kalau korang rasa entry ni entah apa2..huhu

12 comments:

Opah Kentang said...

haha...meamang salu buat nie..
ish..lame opah tak menjenguk sini la apiz :P

fareiyka said...

terbaek la 'tuto' ny. . . kita komen jer entry sndiri. . kan senang. . jd anonymous pulak tue. . :p

kindergartenlibrary said...

kena lah rajin2 komen dengan orang lain kan ?
hehe

Jenny Pa-un said...

tutorial yg sangat menarik terutama part yag last tu haha sendiri g komen hahahahhaha

Wan Gerrard said...

hehe saya komen di sini~ :P

farah wahedda said...

huhuhu bgus2..nanti farah buat hee

Unknown said...

hahaa . komen banyak2 . mwahahaa ;)

Sharifah Aniza Ali said...

xda org komen kt entry ni lg...so aku komen lah dulu..hehe..amacam?? k cpt bls komen ni tuk tmbhkn lg komen...=p

cik azeya said...

hahaha. komen sendiri jelah kan. jadi anonymous ke. lepas tu buat entri untuk anonymous pulak. hihi

NoorNazuha said...

saba jeh la....

Unknown said...

kena pakat2 komen...

ch000tz said...

amatlah tepat sekali :D


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...