Tuesday, May 24, 2011

Eh2, dah tengah hari dah ke..??

Salam buat para readers semua.. Eh2, betul ke apa yang mata aku tengah tengok ni.. Korang nampak tak apa yang aku nampak ni..?? Kalau tak nampak memang sah korang belum pergi keluar bilik lagi.. Macam mana, nampak ke tak apa yang aku suruh korang nampak ni..??

Sebenanya aku nampak matahari dah terpacak atas kepala dah.. Pada masa ini pula aku baru bangun tidur akibat terlalu melayan mimpi2 indah yang banyak pulak datang masa aku tidur tadi.. Adeh,apa lah nak jadi dengan aku ni..

Kata orang kalau lambat bangun pintu rezeki tak bukak, eh yeke orang cakap macam tu.. Tapi aku rasa lebih kurang macam tu lah.. Disebabkan aku lambat bangun jugalah aku tak dapat nak postkan first entry pada waktu yang telah ditetapkan..

Kenapa lah aku tak buat autopost je, kan senang sikit.. Tapi malangnya malam tadi idea aku tak datang pulak, so tak dapat aku nak buat satu entry autopost untuk pagi ni.. Ni pun tengah menaip dengan sepantas peluru M16 ni.. Kalau taip sepantas cahaya, nanti akan ada banyak salah eja je pulak..

Okay lah cuma setakat itu je entry aku untuk pagi tengah hari ni, aku  nak pergi sidai baju dulu.. Nanti kalau lambat sidai, mak aku marah pulak.. Siapa dekat sini yang baru bangun macma aku juga, sila angkat tangan dan buat entry macam saya..hehehe

P/s : Malam tadi mimpi aku couple dengan sorang awek yang tidak dikenali, misteri tak mimpi tu..huhu

3 comments:

Mek Onie said...

awek tu saya ke?wakakakaka....okay dah g mandi sana.. !

Unknown said...

alamak, memang bgun lambt rezeki kurng..sebb tu ayie bgun pagi n then terus solat lepak2 jap kol 8am smbng tido blik..kuikui

Sharifah Aniza Ali said...

sy ka awek tu? teng teng teng...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...