Alamak, macam mana ni.. Aku dah lah tak sedia lagi ni, kalau tiba2 je depan dia tu gugup macam mana pulak nanti.. Aku ni bukannya boleh sangat kalau dah gugup, bila gugup memang sah jadi gagap, lepas tu habis semua benda aku lupa..
Okay ye, sebelum tu aku nak bagitau dekat korang, kalau ada lah sesapa yang diantara korang ni ingat entry ni ada kaitan dengan entry aku kena kahwin tu.. Korang sebenarnya silap tau kerana entry ni entry lain pulak.. Korang nak tau cerita yang sebenarnya kan, ala tipulah kalau korang kata tak nak tau..
Kalau korang tak nak tau kenapa korang baca entry ni..?? Apa2 jelah, sebab aku nak bagitau jugak, kalau aku tak nak bagitau takde lah aku buat entry ni.. Korang ingat tak yang beberapa bulan lepas aku ada tanya sama ada nak amik subjek bahasa mandarin atau jepun..
So, sekarang ni aku dah amik subjek bahasa mandarin.. Dan untuk masalah hari ni pulak ialah, petang ni aku ada kelas nya dan menurut kata lecture tu, dia nak buat oral pulak petang ni.. Korang tau tak oral tu apa..?? Bukan berus gigi oral-b tu, tapi oral ni ialah bila kita kena menjawab soalan secara lisan..
Mesti korang nak kata yang aku dah pro kan, tapi malangnya anggapan korang itu salah lah pulak.. Aku masih belum pro lagi, still beginner or dalam dunia blog orang panggil newbie.. Malam tadi aku try lah baca apa yang pernah dia ajar, adeh berbelit lidah aku nak menyebutnya..huhu
Takpelah, nampaknya aku kena lah redha dengan apa yang akan aku hadapi petang ni nanti.. Katanya yang dia nak tanya 10 soalan in mandarin.. Aaarggh, masak aku macam ni.. Okaylah, aku nak pergi hafal apa yang patut ni..T_T
P/s : Kalau malam ni aku tak "pengsan" awal, aku update lagi ye..^^
3 comments:
good luck bro..kuikui nasib baik ayie xambik bhase mandarin sebgai bhase penghantar..ayie ambik bhase arab..alhamdulilah okay shje...btw, mber yg ambik jepun, diorng kte jepun lg senag dripada mandarin
pilihan bahasa yang tepat
best best blog awak.. nanti mai visit maya yer!
Post a Comment