Tuesday, May 24, 2011

Pergi mencari cinta..

Laa, sapa pulak lah yang pergi mencari cinta ni..?? Takkan aku pulak kot, kalau aku rasa susah sikit lah sebab buat masa sekarang ni aku malas nak mencari cinta2 ni.. Tapi cinta kepada yang Esa aku mesti teruskan juga, sebab kepada Dia lah aku bergantung hidup..

Jadi siapa kah yang pergi mencari cinta ni..?? Entah lah, aku pun tak tau siapa, mungkin adalah makhluk Allah di luar tu yang sedang mencari cinta.. Jadi ini bermaksud yang korang boleh abaikan je tajuk dekat atas tu ye, sebab aku sebenarnya nak cerita benda lain..

Ala, jangan lah marah, aku tau yang korang sebenarnya tertarik pada tajuk kan.. Tapi apalah salahnya kalau aku buat entry yang lari dari tajuk (letak nada sedih..). Eh, apa benda yang aku nak tuliskan ni tadi, owh ye aku sebenarnya nak bagitau dekat korang semua..

Aku nak bagitau... Err, tak  payah bagitau lah ye, nanti korang bosan pulak..hehe. Okay2, aku bagitau lah ni ye.. Yang sebenarnya aku dah dapat BE lagi satu dari Encik Nuffnang.. Pagi lagi aku dah tau, tapi saja je aku nak bagitau dekat korang  masa petang ni..

Nak tau aku dapat BE apa and dekat mana diletakkan iklan itu..?? Hmm, aku rasa lebih baik aku bagitau kesemua BE yang aku dapat sepanjang bulan ni.. Bukan niat aku nak menunjuk atau belagak, tapi niat aku nak buat korang jelez je..hahaha

Taklah, bukan itu niat aku.. Takdenya aku nak buat macam tu dekat korang semua, tapi kalau korang aku tak tau lah pulak kan.. BE yang aku dapat tu ialah iklan dari Nokia Entertainment Smartphones, iklan ni diletakkan pada bahagian atas entry tu..

Kiranya iklan ni berkongsi tempat dengan iklan Hong Kong Disneyland lah.. Okay, cuma itu jelah benda yang aku nak bagitau dekat korang semua ni.. Hope dengan adanya iklan2 BE dari Nuffnang ni dapat lah aku beli kereta Ferari sebijik..hehee

P/s : Tak silap aku iklan nokia tu ada tunjuk gambar game angry bird, korang pergilah klik kalau nak tau dengan lebih lanjut..^^

3 comments:

farah wahedda said...

alaaa nak BE gak

cucu umie said...

untunglh dh dpt BE lg..haha ayie nye dh jadi meterd earning semuanya..haha

meaw said...

hebakkkkk,meaw dah lama tak dapat BE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...