Saturday, April 30, 2011

Perlukah kita ping blog..??

Tolong jangan makan aku..!!! kata seekor lipas kepada kucing yang sedang membuat muka ala2 binatang buas.. Eh, sorilah korang ye sebab sekarang ni aku tengah tengok kucing aku tu main2 dengan lipas yang ada dekat rumah aku ni.. Okay jugaklah ada kucing ni sebab aku tak payah nak sembur ridsect dekat lipas tu..hehe

Owh ye, aku sambung cerita kucing aku ni lain kali ye sebab untuk entry ni aku nak cerita lain pulak.. Macam yang korang tau lah kan.. Ping blog ni adalah salah satu cara untuk mendapatkan traffik dan memberitahu bahawa kita dah ada entry baru.. Namun disini terdapat beberapa kepelikan yang aku ingin keselatan kan (asyik keutara kan je)..
salah satu tempat untuk ping blog..

Maklumlah, aku ni blogger baru lagi, traffik pun hari2 macam siput tak makan 10 bulan.. Err, kalau siput tu tak makan 10 bulan maknanya yang dia dah mati lah kan.. So aku nak tanya lah korang ni berkenaan ping blog ni.. Kalau kita buat entry marang kerapu kepunden (entry merapu/merepek lah) boleh tak kita ping kan..??

Aku tanya ni pun bukan sebab apa.. Macam yang korang selalu baca dekat blog aku ni, bukannya ada sangat ilmu yang boleh aku kongsikan kalau nak dibandingkan dengan korang yang lain.. So, kalau entry macam tu di ping kan orang tak marah ke..??

Dah, cuma itu je yang aku nak tanya kan.. Bukan apa, bila aku buat entry yang aku rasa macam takde faedah atau just entry suke2 tu.. Bila nak ping aku rasa macam kesian dekat para blogger yang cari bahan bacaan yang bermanfaat..

Okaylah, aku nak sambung tengok kucing aku ni main dengan lipas tadi.. Korang nak tengok jugak ke..?? Nantilah aku tunjukkan kalau aku ada jumpa kamera yang sesuai..huhuhu

Perkara pelik bila aku buka blog aku..

Salam buat para readers a.k.a pembaca blog ini.. Bagi mereka yang tengah makan tengahari tu, teruskan sesi makan tengahari korang tu, nanti barulah tak rasa lapar masa baca entry ni.. Aku ni pun belum makan lagi, nanti lah kalau rasa rajin barulah jenguk2 dapur tu..huhu

Nak menaip ni pun rasa malas je, tak tau lah kenapa pulak hari ni.. Mungkin sebab hari ni hari yang agak boring kot.. Tapi aku rasa hari2 sama je, takde pun apa2 yang lain sangat.. Okaylah, aku tak tau nak tulis apa dekat entry ni sebab time aku taip ni mata aku rasa makin mengantuk pulak..

Owh ye, aku nak cerita dekat korang satu benda yang aku rasa pelik sikit lah.. Entah kenapa bila aku bukak je blog ni, aku rasa mengantuk.. Nak menaip pun dah rasa blurr je, and penjana idea untuk mencipta ayat2 merepek pun tidak berfungsi dengan baik..

Agak2 korang kenapa ye.. Apakah blog aku ni mempunyai pil tidur yang disebarkan melalui pandangan sahaja.. Kalau betul itu memang sesuatu yang aneh lah, sebab aku tak pernah lagi dengar benda yang boleh disebarkan melalui pandangan..

Tapi yang tensionnya, lepas aku tutup komputer aku ni elok pulak mata ni segar bugar ibarat segarnya udara di waktu pagi.. Dan time tu jugalah idea untuk ayat2 merepek datang mencurah2 ibarat air terjun Niagara tu.. Biasanya kalau benda tu berlaku, terpaksa lah aku membiarkan ianya berlalu sebab dah malas nak tunggu komputer ni on semula..

Adeh, aku terpaksa juga menamatkan entry ni sebab mata aku betul2 dah tak boleh nak bukak.. Ni pun aku taip sambil tutup mata, aku nak pergi tidur kejap lah ye.. Selamat berehat korang semua..^^

P/s : Korang ada tak rasa macam aku ni bila korang nak bukak blog korang...??

Friday, April 29, 2011

Dikencing langsuir..

Salam malam buat semua pembaca entry dan blog ini.. Aku rasa macam dah lama tak buat entry seram, so malam ni tiba2 aku teringatkan satu cerita yang telah diceritakan kepada aku.. Siapakah si pencerita nya..?? Kali ni penceritanya ialah dari ibu dan ayah aku sendiri..

Tapi cerita ni berlaku terhadap arwah atuk aku dulu.. Kiranya ini cerita turun temurun lah, korang ada ke cerita turun temurun macam aku ni..?? Okaylah, tanpa aku membuang masa lagi, aku ceritakan apa yang telah terjadi oleh arwah atuk aku dulu masa dia hidup..

Err, sebelum tu silalah buatkan suasana seram dalam bilik korang tu, nanti barulah dapat feel..hehe. Cerita ni berlaku lama dulu, ketika era zaman dinasour sebelum merdeka, kalau tak silap aku lah.. Masa tu arwah atuk aku tu pergi ke rumah sepupu dia..

Masa dulu kan takde jalan or jalan raya.. So kalau nak ke mana2 atuk aku ni kenalah naik sampan dan melalui sungai.. Setelah dia menziarahi sepupunya itu, maka atuk aku ni pun nak balik lah.. Kebetulan masa tu dah malam, tapi atuk aku still nak balik juga..

Pada perjalanan dia nak balik tulah kejadian yang mengerikan itu berlaku.. Atuk aku tiba2 terdengar seakan2 ada suara perempuan mengilai2 diatas dahan2 pokok.. Atuk aku dulu seorang yang berani, so dia tak lah takut sangat dengan hantu jembalang ni semua..

Ketika masih mendayung sampan dalam keadaan bercahayakan lampu minyak, tiba2 ada air yang jatuh dari atas pokok tu.. Menurut dari apa yang diceritakan, air itu turun umpama air hujan yang lebat.. Sampai lampu minyak tu pun padam terkena air tu..

Arwah atuk aku terpaksa patah balik dan pergi ke rumah sepupunya itu tadi.. Ada satu kejadian yang pelik selepas atuk aku tu dibasahi dengan air aneh itu.. Katanya air itu berbau sangat busuk dan bau itu tidak hilang walaupun seminggu telah berlalu..

Kata nenek aku, air itu ialah air kencing si langsuir yang suka bertenggek atas pokok.. Itu jelah cerita yang aku ingat.. Aku sendiri tak pasti sama ada betul atau tidak dakwaan nenek aku itu.. Aku juga lupa yang macam mana atuk aku hilangkan bau busuk tu..

P/s : Al-fatihah untuk arwah atuk aku yang meninggal masa aku budak2, mujur gambarnya still ada lagi..^^

Susah tak nak bersikap adil..??

Salam petang buat para readers digest yang sedang melangak depan laptop tu.. Korang tau tak maksud melangak tu..?? Kalau tak tau ni aku bagitau dekat korang, melangak tu maksud dia kura2.. Err, itu tipu ye, maksud yang sebenarnya ialah menghadap..

Okay, malas nak berceloteh panjang dekat entry ni, aku teruskan kepada topik utama aku menghasilkan entry ini.. Siapa dekat sini yang mempunyai sikap adil dalam diri nya..?? Kalau ada sila jawab segala persoalan dan pertanyaan yang bakal aku lancarkan didalam entry ini..

Tapi aku pasti yang korang mestilah mempunyai sikap adil betul tak..?? Aku adalah seorang abang, jadi dah memang nyatalah yang tanggungjawab aku untuk menjadi contoh kepada adik2 tu besar.. Tapi bila berlaku pergaduhan, ala budak2 biasa lah kalau bergaduh..

Aku kena pulak mengadili mereka.. Kena pulak fikir sapa yang mula dulu dan bagi hukuman.. Kadang2 aku rasa macam malas je nak masuk campur kalau dorang tu bergaduh.. Tapi aku tak boleh, aku akan rasa tension kalau aku tak masuk campur..

Itu baru nak jadi adil kepada adik2 aku, belum lagi kalau jadi pengadil bola sepak.. Agak2 kalau aku jadi pengadil bola sepak lagi lah tension bila tengok dorang bergaduh..huhu. Jadi disini aku nak tanya dekat korang beberapa soalan..

* Macam mana korang nak bersikap adil kalau korang tak tau siapa yang salah..??
* Kalau seorang adik dan seorang abang/kakak bergaduh dengan adiknya, apakah abang/kakaknya yang patut diberi hukuman lebih berat..??
* Kalau adik2 korang bergaduh, apa yang korang buat..??

Okay, cuma 3 soalan je yang aku bagi.. Cara untuk korang menjawab entry ini ialah membuat entry baru dan jawablah entry ni dan jangan lupa bagi tau aku..hehehe. Ala, tak payah lah, korang buat cara biasa je lah.. Tak tau cara biasa tu apa..?? Bagi jawapan dekat tempat komen bawah ni..hehe

P/s :  Kadang2 penat tengok kerenah adik2 aku..T_T

Thursday, April 28, 2011

Cara mudah korang nak update entry walaupun takde idea..

Rasa macam penat je sebab baru balik dari pergi beli barang.. Entah apa2 kan aku ni, baru pergi beli barang dah kata penat.. Tapi tak mengapa, aku kalau angkat lori atau angkat kapal terbang aku takkan penat.. Amacam, hebat tak aku ni..??

update lah walaupun satu entry..hehe
Aku yakin yang mesti akan ada yang kata aku cuma angkat lori dan kapal terbang mainan je kan.. Sapa yang pikir macam tu korang memang pandailah.. Tapi kalau yang tak pikirkan pun korang tetap pandai juga, takkan lah aku nak cakap korang ni tak pandai..

Okay, tanpa membuang lebih banyak sampah masa, aku menjemput diri aku untuk bercakap.. Tepuklah ramai2 dan kuat2, apa barang tepuk pelan2 tak best lah nanti.. Aku tak pasti cara ni berkesan atau tak, tapi ini pun just dari pandangan aku yang tengah kurang 1.5% dari sifat normal aku..

So, pandai2 lah korang sama ada nak percaya atau nak abaikan.. Ala, macam yang aku cakap tadilah, korang kan pandai, mestilah dapat membezakan yang mana satu boleh dipakai atau tidak.. Citer banyak pun tak guna, meh sini aku tunjukkan cara korang nak update entry walau pun korang tengah kering idea..

*Copy milo paste entry orang lain..
= Untuk membuat cara ni, korang kena pastikan untuk meinta izin kedua ibubapa owner.. Err, aku rasa tak payah kot, mintak izin dengan owner jelah dan jangan lupa bagi credit card dekat blog owner..

* Buat entry bentuk persoalan..
= Kalau dah takde idea sangat, korang buat je entry soalan matematik ke, entry soalan tentang kehidupan ke..

* Mintak pendapat..
= Cara ni lebih kurang sama je dengan yang entry bentuk soalan tu.. Tapi yang ini korang mintak la pendapat contoh patut ke aku makan aiskrim petang ni..hehe

* Entry peribadi..
= Dah takde benda yang korang nak tulis, korang tulis lah apa yang korang tengah buat masa korang nak update entry tu.. Tak pun korang citer tentang kucing korang ke..

* Entry tutorial..
= Sebenarnya kalau korang buat entry tutor ni, korang dah ada idea untuk buat satu entry dah..

Okay, cuma itu je yang aku nak tulis.. Ada banyak lagi cara nak buat tapi aku bagitau yang ini je dulu.. Kalau korang nak tau, cara2 ni aku jarang gunakan sebab aku jenis yang suka buat ayat sendir.. So bila otak ni mogok tak nak buat ayat, maka takde lah entry yang dapat aku hasilkan..huhuhu

P/s : Biasanya rasa malas tu yang buatkan korang tak update, betul tak..??

Huwaaa..!! aku dipaksa kahwin..

Huhuhu, apa hal pulak aku ni tiba2 nak kena kahwin ni..?? Dengan sapa pulak aku kena kahwin ni..?? Tiba2 banyak sangat persoalan yang datang menyerang otak aku.. Tolong jangan serang aku..!! kata otak aku.. Argghh, apa benda yang aku mengarut ni..??

Okay, aku pasti korang tak tau apakah cerita disebalik kain tabir entry ni kan.. Takpe, meh sini aku ceritakan hikayat sejuta satu malam ni.. Malam tadi tiba ayah aku nak berbincang dengan aku, katanya ada hal penting.. Apa sangat lah yang penting sangat ni, rupa2nya ayah aku kata yang aku kena kahwin..

WHAT..!! ye, itulah benda yang aku kena lakukan dalam masa 2 bulan lagi.. Aku kena persiapkan diri aku untuk menjadi seorang suami dalam usia yang masih muda.. Nampaknya aku kena lah pergi membuat segala temuramah dengan mereka2 yang dah kahwin ni ye..

Tapi apahal aku kena kahwin pulak ni..?? Dahlah sistem kewangan aku sekarang ni tengah dalam keadaan kucar kacir.. Kalau aku kahwin nanti macam mana aku nak bagi anak orang tu makan pulak..?? Lainlah kalau aku ada duit berkepuk2 dalam bank tu sampai aku beli 5 bijik kereta lambo pun duit tu tak habis gak..

And lagi satu, aku ni muda lagi, baru 19 kot takkan nak dapat title suami pulak kot..?? Aku dah start rasa pelik ni, ni mesti ada pakatan pembangkang untuk mengenakan aku ni.. Aku test tanya ayah aku lagi sekali apa betul ke yang aku kena kahwin ni..??

Malangnya jawapanyang aku harapkan itu takde.. Ayah aku tetap juga kata yang aku kena kahwin juga dan dia siap tunjuk gambar lagi.. Korang nak tengok ke..?? Ala, aku tau yang korang memang nak tengok pun kan.. Nah ini gambarnya yang ayah aku tunjukkan tu..
Korang doakan lah aku berbahagia nanti ye.. Kalau boleh biarlah sampai hujung nyawa, tak naklah setakat bahagia sampai anak cucu je..hehe. Okay, aku nak pergi jumpa member aku yang dah kahwin, nak tanya dia ada tak apa2 ilmu rumah tangga ni..
cantik tak...












Wait a minute..!! Wei, aku lupa lah nak bagitau dekat korang something.. Serius ni, aku lupa, OMG macam mana lah aku boleh lupa nak bagitau korang benda penting ni.. Macam ni, cerita yang dekat atas tu adalah mimpi aku malam tadi.. Entah apa hal entah boleh dapat mimpi yang macam tu..huhu

P/s : Gambar tu dari google image je, aku pun tak kenal sapa ownernya..hehe

Wednesday, April 27, 2011

Entry tipu tahap dewa..

Hahaha, tengok tajuk pun dah buat aku tergelak masa tulis entry ni.. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan salam buat korang semua.. Korang dah tidur ke..?? Apa barang tidur awal2, esok bukan buat apa2 pun kan.. Err, ayat tu mungkin sesuai untuk aku kot sebab esok aku ada kelas masa petang je..

Kalau korang dah nak pergi tidur, sila pastikan korang baca entry aku ni.. Ini bukan lah satu paksaan, tapi satu desakan hidup.. Err, bukan ke sama maksud dua2 perkataan tu.. Tapi yang penting sekali korang tetap kena baca entry ni..hahaha

Dari tadi aku asyik gelak, ceritanya tak juga kan.. Hmm, sebenarnya takde cerita pun, saje je nak buat tajuk macam tu.. Dari hari tu lagi aku asyik terfikirkan tajuk ni, tapi ayat untuk buat entry ni tak terfikir pulak..huhuhu. So, camne aku aku nak buat ceritanya ni..??

Okay, aku rasa korang kenalah tunggu macam mana rupanya entry tipu tahap dewa tu ye.. Korang dah boleh pergi tidur sekarang ni sebab aku pun baru nak mulakan sesi blogwalk dekat blog korang tu.. Ala, janganlah marah aku, sekarang ni aku tengah takde idea ni..~_~

Kalau aku idea nanti barulah aku buat entry tipu tu ye.. Korang tunggu jelah kedatangan entry tu ye.. Dah2, jangan nak sound2 aku, pergi tidur cepat..hehehe

Ini entry penjelasan entry semalam..

Salam petang buat para pembaca semua.. Adeh, terasa rindu pulak pada blog ni telah sekian lama aku menyepikan diri.. Ceh, awal2 lagi nak mula menipu, belum sampai sehari tak buka blog dah kata rindu.. Ala, semalam bukannya sempat nak buat blogwalk sangat..

rehat dulu ye..^_^
Aku terus kepada aim untuk entry ni lah ye.. Seperti yang korang baca dekat tajuk atas tu.. Korang dah baca ke belum..?? Bagi yang belum baca tu cepat2 tengok bahagian atas tu ye.. Okay, dah baca ke belum..?? Aku anggap korang dah baca lah  ye..^^

Berkenaan entry malam tadi yang bertajuk ******, mana boleh bagitau dekat sini.. Kalau nak tau juga korang klik lah link tu..hehe.. Itu merupakan entry cubaan sahaja.. Aku saja nak test sama ada aku boleh menghasilkan entry yang sedih2 ni..

Korang rasa menjadi tak entry yang aku buat tu..?? Kalau korang rasa sedih, sila undi 5 bintang ye.. Eh, tak payah lah, rasa macam susah pulak.. Err, lagi satu nak bagitau, korang boleh lah anggap yang entry itu merupakan salah satu entry yang terhasil dari imaginasi aku sendiri..

Okay lah, aku penat sangat ni.. Ini pun baru balik dari kelas, masuk je rumah terus on komputer dan hadap blog ni.. Malam nanti aku update lagi ye dan kalau rajin aku buat lah blogwalk dekat blog korang..

P/s : Sepatutnya aku postkan satu entry untuk menjelaskan tujuan entry semalam, tapi tak sempat pulak..~_~

Tuesday, April 26, 2011

Maafkan aku ye...

Nampaknya masalah aku ini sudah semakin menjadi2.. Aku sendiri sudah tidak dapat membendung masalah ini dari terus menular didalam kehidupan seharian ku.. Aku minta maaf kawan2, andai kata setiap baris yang aku tulis didalam blog ini membuatkan hati korang terluka..

Aku tau yang aku hanya insan biasa yang mungkin tidak akan dipandang didalam lautan manusia ini.. Namun aku masih berusaha untuk cuba mencari kawan seberapa ramai yang mungkin.. Tapi sekiranya masa sudah tidak mengizinkan aku untuk mengenali korang lagi, silalah maafkan aku lagi sekali..

Walaupun kita tidak pernah bertentang mata, namun aku tau yang korang semua adalah diantara insan2 yang sungguh baik budi perkerti.. Tidak pernah walau sedetik pun untuk aku menyangka buruk terhadap korang semua kerana aku tau siapalah diri aku untuk mengadili korang..

Sekiranya korang sudah tidak mendengar khabar berita dari aku lagi, janganlah korang bersedih.. Janganlah korang berduka.. Ini kerana aku tidak mahu kawan2 baru ku ini berada didalam kesedihan.. Teruskan usaha korang dalam meneruskan kehidupan ini..

Kawan2 ku, kehidupan korang masih panjang lagi.. Janganlah korang sia2kan semua peluang yang sedang terbuka luas dihadapan mata korang.. Aku rasa mungkin itu sahaja pesanan aku untuk korang.. Semoga korang sentiasa berada didalam keadaan yang gembira..

Ini kisah semalam...

Salam dan selamat pagi buat para readers yang sedang bersarapan tu.. Adeh, bangun2 pagi dah sakit kepala, tak tau la apa halnya.. Malam tadi pun tidur awal sebab penat sangat sampai post terpendek tu je yang mampu aku buat..huhuhu

Kesian dekat korang sebab cuma dapat membaca beberapa baris perkataan je dekat entry tu.. So, untuk menebus kesilapan aku tu, meh sini korang baca entry yang terpanjang pulak.. Apa..?? Korang tak nak baca yang panjang2 ke..?? Hmm, kalau itu yang korang mintak takpelah..

macam ni lah muka aku masa aku masuk kelas semalam..hehe
Untuk entry kali ni aku nak story sikit dekat korang semua, siapa korang tu..?? Korang yang tengah membaca entry ni lah.. Ceritanya macam ni... Err, aku post nanti lah ye, aku nak baring dulu.. Okay2, aku citerkan lah, baru nak gurau sikit dah kena marah..T_T

Sila abaikan ayat yang dekat atas tu.. Semalam masa aku nak pergi kelas, macam biasa lah aku bertolak dari rumah.. Masa yang diperlukan untuk sampai ke kelas tu ialah dalam area 1/2 jam (30 minitlah)..

Tiba2, ketika aku memasuki di perkarangan U aku tu, hujan telah mencurah ke ladang gandum atas aku.. Habis basah kuyup baju aku, kalau nak berhenti pakai baju hujan rasa alang2 je sebab kelas aku tu dah dekat.. Maka aku mengambil tindakan berani mati iaitu meneruskan perjalanan dengan menempuhi onak ranjau yang penuh berduri tu..

Perghh, ayat macam tak boleh blah kan, terus cerita balik.. Aku pun masuk lah ke kelas aku tu dengan keadaan 75% baju aku basah.. Mujurlah lecture tu tak tanya macam2, kalau tak jenuh gak lah aku nak menjawabnya..

Lepas dah habis kelas tu aku baru perasan, sejak kebelakangan ni.. Hujan selalu sangat turun time aku nak pergi kelas.. Kalau dari awal lagi hujan tak pelah, ini tinggal lagi 5-3 minit lagi nak sampai dekat kelas baru hujan lebat.. Sabor jelah dengan cuaca sekarang ni..huhu

Petang ni pun ada kelas, so kemungkinan untuk aku penat lagi malam ni ialah dalam area petaling 85%.. Sekiranya kemungkinan itu berlaku, maka potensi untuk membuat entry pendek macam malam tadi juga amatlah tinggi ye..^^

P/s : Dah macam entry math pulak siap ada nombor dan peratus (%) ni..hehe

Monday, April 25, 2011

Inilah entry paling pendek (buat masa ni lah)..

Just a short entry malam ni..



Entry suke2 je ni pun..



Okay, itu jelah..hehehe



Tengok, kan aku dah cakap ini entry pendek, korang tak nak percaya..



P/s : Penat sangat ni sampai dah tak larat nak taip apa2..huhu

Readers or haters..??

Salam pagi buat korang semua, sebelum apa2 aku nak suruh korang pergi basuh muka dulu.. Kenapa aku nak suruh korang pergi basuh muka dulu..?? Sebab aku nampak korang punya air liur basi still melekat dekat pipi tu.. Taik mata pun aku ada nampak tau..
ayat ni boleh jadi kata2 semangat buat korang..^^

Korang jangan ingat aku tak nampak pulak, aku nampak tau apa yang ada depan mata aku ni.. Eh2, itu macam bayangan aku je.. Hehehe, aku gurau je lah.. Jangan lah korang tiba2 nak touching2 dengan aku pulak, sebab aku tak reti nak touching2 bebagai ni.. Kalau torchlight (lampu suluh) aku reti lah..

Okay, cukuplah ayat2 cinta sengal yang telah aku taipkan dekat atas tu.. Kini aku kembali kepada tujuan asal manusia entry ini diciptakan.. Pada asalnya entry ni diciptakan dari tanah untuk menulis sesuatu yang tidak berfaedah seperti biasa, namun aku telah menukar entry ni kepada tujuan yang lain..

Tujuan aku menulis entry ini adalah supaya aku mudah untuk menakluk dunia ini..huahuahuaaa (gelak jahat sikit).. Opss, maaf lah ye sebab pada pagi2 yang sunyi ni aku punya imaginasi telah tercetus secara infiniti.. So maafkanlah diriku yang sememangnya diciptakan sebegini rupa..huhuhu

Yelah2, aku serius lah ni.. Aku sebenarnya nak mintak maaf dekat sesiapa yang agak2 terasa dengan semua entry yang pernah aku keluarkan didalam blog ini.. Bukan apa, aku taknak lah readers aku nanti tiba2 bertukar menjadi werewolf haters pulak nanti..

Sebab sekarang ni aku banyak baca tentang kemunculan haters2 yang entah dari mana munculnya.. Adakah mereka ni munculnya dari dimensi ke 60, dimana ada pendapat yang mengatakan disitulah tempat asal haters..?? Itu aku tak tau, dan pendapat tu pun aku yang reka sendiri..hehe

Yelah sebab dunia blog ni pun bukan besar mana pun.. Bila buat blogwalk, mesti jumpa juga dengan blog2 haters ni.. Korang tetap nak kan pembaca, kalau tak nak ada pembaca buat apa korang tunjukkan blog tu, buatlah private.. Cukup2 lah perasaan dengki itu berada didunia luar, tak payah nak bawak masuk ke dunia maya ni..

Cuma itu jelah pesanan "ringkas" yang aku cuba sampaikan.. Kalau ada apa2 yang tak puas hati silalah nyatakan ditempat komen.. Biar aku tolong puaskan nafsu hati yang tak pernah puas tu.. Nak pergi tengok tv lah, ada kartun tak pagi2 ni..??

P/s : Kata orang kalau ada haters tu tandanya kita popular, betul ke..??

Sunday, April 24, 2011

Aku anti orang yang mencarut..!!!

Salam malam buat para readers a.k.a pembaca semua.. Apakah korang dah mula mengantuk..?? Laa, ada yang dah buat peta dunia atas keyboard tu.. Ish2, mujurlah keyboard murah yang beli dekat Chow Kit (err, Chow Kit ada jual keyboard ke..??).. Kalau mengantuk tu pergilah tidur, esok boleh berblogging lagi..

Aku pun belum mengantuk lagi, tapi mungkin akan terlelap di sebelah lappy ni sebab tanda2 untuk terlena dibuai mimpi ni sudah mula timbul.. Ketika korang membaca ayat ni, aku tengah blank tau, tak tau nak tulis apa2.. Jadi kemungkinan untuk entry ini dalam keadaan terbantut amatlah tinggi ye.. (maksudnya entry pendek lah..)

Sambil menaip ni pun tengah memikirkan sesuatu yang patut ditulis.. Aku rasa nak tulis tentang sikap manusia lah.. Boleh tak..?? Kalau tak boleh korang bagitau ye..^^ Okay, sejak aku hidup ni aku rasa aku dah jumpa macam2 manusia dah.. Ada yang okey, dan ada yang tak okey langsung..

Namun bagi aku antara sikap yang aku paling tak suka ialah sikap mulut tak reti jaga.. Bukan yang suka buat fitnah tu, tapi itu pun aku tak suka juga.. Tapi yang mulutnya macam longkang, tau nak mencarut je kerjanya.. Sembang2 biasa pun nak mencarut, kalau marah lagi lah segala macam ayat yang keluar..

Aku ada kawan yang macam ni dari sekolah rendah, lepas tu pindah sekolah menengah pun ada yang macam tu juga.. Masuk dekat U pun ada yang mulut macam tu juga.. Aku sendiri tak tau kenapa aku tak boleh dengar kalau orang mencarut.. Bila aku dengar aku rasa macam nak mengamuk je..

Untuk mengelak kan aku tak bertumbuk dengan orang, maka aku pun angkat kaki dulu kalau orang tu start mencarut.. Aku rasa mungkin sejak dari kecik lagi aku sudah diajar yang perkataan tak elok dan tak boleh digunakan.. So bila dah besar ni nak sebut perkataan tu pun rasa sangat susah..

Kalau korang nak bersembang dengan aku silalah jaga mulut tu, janganlah keluar perkataan sensor2 tu.. Bila aku baca komen2 yang ada perkataan mencarut tu pun aku boleh angin.. Kalau korang macam mana..?? Pernah tak jumpa dengan orang yang macam ni..??

P/s : Hope dalam blog aku ni pun takde perkataan yang mencarut..

Hujung minggu yang sibuk..T_T

Salam hujung minggu buat para readers yang sedang leka membaca entry ini.. Kepada yang sedang berehat bersama keluarga tu, mesti best kan sebab dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.. Hujung minggu memang sinonim untuk hari berehat2, tapi pada hari ni lain pulak bagi aku..

Pada hujung minggu yang ini aku agak sibuk sebab ada beberapa hal yang tidak terjangka aku kena lakukan.. Korang nak tengok ke betapa padatnya jadual aku hari ni.. Yelah2, demi readers yang aku suka sangat ambil tau ni, aku tunjukkan lah jadual aku untuk hari ni..

ini pun antara sebab aku busy..hehe
8.00 - 12.00 : Ada perjumpaan dengan orang PBB sebab nak kutip hutang..
12.30 - 1.30 : Pergi melawat kebun aku yang 200 kangkang babun tu..
1.50 - 2.15 : Berjumpa dengan Ultraman Nexus pulak, nak belajar dekat dia macam mana buat fire tu..
2.30 - 3.30 : Pergi main drift dekat Lautan Pasifik..
3.40 - 4.00 : Main teng-teng dengan Makcik Peah yang duduk belakang rumah aku ni..

Tengok, padat tak jadual aku tu.. Lepas ni ada pertandingan lompat katak sedunia pulak.. Kalau tak silap aku tempatnya dekat parit sebelah bendang rumah atok aku kot.. Kalau korang nak datang tengok boleh lah, bagi sokongan dekat katak aku..hahahaaha

Aku rasa mesti korang tak rasa lawak dengan apa yang aku mengarutkan ni betul tak.. Tapi tak mengapalah, asalkan apa yang imaginasi aku ni fikirkan, dapat aku tuliskan dekat sini.. Tapi hari ni pun memang aku agak sibuk, jadi mungkin tak sempat untuk berblogwalk macam semalam.. Apa2 pun aku ucapkan selamat hujung minggu dan selamat berehat..

P/s : Satu lagi entry yang tiada apa2 didalamnya..huhuhu

Saturday, April 23, 2011

Blogwalk sampai mengingau pulak..^^

Burpp..!! Alhamdulillah, setelah melantak makan ayam goreng sebanyak berapa puluh ketul.. Uish, macam teruk benor pulak kalau aku cakap macam tu.. Habislah saham aku jatuh kalau ada awek2 yang berkenan dekat aku ni..Hahahaha

inilah wajah aku yang sebenarnya..
Err, ada ke awek yang berkenan dekat aku ni..?? Kalau ada sila hantarkan resume anda ke email ini emailtakwujud@gmail.com.. Syarat2 untuk berkenalan ialah kena lah mempunyai duit didalam akaun bank sekurang2nya ialah RM10k.. Gila demand betul aku ni sampai nak bersyarat2 ni, kalau aku ni setaraf Remy Ishak okay juga..^^

Okaylah, cukuplah segala carutan karutan yang aku masukkan didalam entry ini.. Sebenarnya sesi blogwalk petang tadi tergendala pulak, namun aku sempat jugalah singgah ke beberapa ratus belas buah blog baru.. So malam ni nak sambung baliklah sesi blogwalk ni..

Sambil2 berblogwalk ni, aku boleh juga mengumpulkan idea2 yang sekarang ni makin berkurangan.. Aku sendiri tak tau apa sebab idea aku boleh berkurangan.. Mungkin sebab pengaruh media massa dan kawan2 sebaya.. Eh2, itu ayat yang selalu aku gunakan dalam karangan bm dululah, korang ada tak gunakan ayat tu..??

Owh ye, aku lupa nak mengeluh sikit sesuatu dekat korang.. Korang semua silalah pastikan blog korang tu mesra tempat komen.. Contohnya ialah buang tempat word verification tu, aku ni entah kenapa asyik salah je bila taip.. Dah taip betul pun dia kata salah, sabor jelah..huhu

Okey, cuma itu jelah keluhan aku untuk blog2 yang aku jumpa tadi.. Kalau setakat blog berat tu aku tak pe lagi, aku kurang kisah tapi still amik kisah.. Bukan apa, kalau korang buat macam tu, korang pun akan rasa happy juga..

P/s : Err, email yang aku bagi tu betul2 tipu tau.. Jangan ada yang pergi percaya sudahlah..Salam malam semua readers..^^

Blogwalking time.. (lagi..??)

Huaargghhh..!!!

Huih, bunyi apa lah tu..?? Apakah itu adalah bunyi dari makhluk yang berada didasar bumi dan dia sedang cuba untuk keluar naik ke atas permukaan bumi ini..?? Err, aku rasa kalau korang ada yang berfikiran begitu mungkin korang silap.. Bukan silap sikit, tapi silap banyak..

Bunyi itu datangnya dari suara hati yang telah aku luahkan kedalam blog ni.. Bunyi suara hati yang lebih kepada bunyi keboringan yang melampaui batas sawah padi yang ada dibendang tu.. Oleh sebab itu, kemungkinan tiada entry terbaru untuk siang ini..

Tapi itu cuma kemungkinan sahaja.. Aku ni tengah dalam mood boring dan malas sangat ni.. Nak cari idea pun malas sekarang ni.. So, sebagai alternatif lain untuk tidak membuang masa aku ni.. Maka aku akan singgah bertandang ke blog2 korang..

Aku rasa dah lama aku tak buat blogwalk jauh2.. Biasa setakat area2 dekat puchong je, okay itu tipu ye.. Biasa aku cuma singgah dekat blog2 yang ada dalam bloglist dan dashboard aku tu je.. So, sesapa yang nak ikut aku pergi blogwalk, sila daftarkan diri anda ke pejabat tv3 ye..hehehe
cuba teka yang mana kaki aku..??
P/s : Dah malas jalan2 dekat luar, jalan2 dekat dalam blog pun boleh lah..^^

Jom sarapan pagi...

Salam buat readers yang bersepah dekat luar sana tu.. Okay, macam tak elok pulak guna perkataan bersepah, apa kata kalau aku guna perkataan lain pulak.. Aku ulang balik ye.. Salam buat para readers yang berada dekat luar tu... Okay tak ayat ni..??..hehe

Siapa dekat sini yang belum sarapan lagi, kalau ada yang belum tu, pergilah sarapan dulu.. Takpe, lepas makan nanti kalau korang nak baca balik entry ni pun tak pe.. Bajet macam ada orang yang beria2 je nak baca entry aku ni, tapi kalau ada apa salahnya..^^

siapa nak mee ni boleh lah amik gambar ni..hehehe
Kata orang yang sarapan pagi itu penting, korang ada cakap macam tu tak..?? Memang betul pun apa yang orang cakap tu, sebab makan sarapan akan memberikan kita tenaga sepanjang hari.. Namun aku bukanlah jenis yang selalu makan sarapan..

Ada macam pelik sikit tak, mestilah korang tak pelik sebab ramai lagi orang yang selalu tak sarapan.. Tapi kalau orang lain tu mungkin sebab dorang sibuk, so dorang pun takde lah sempat nak bersarapan.. Aku pulak biasa tak makan sarapan atas alasan takde selera..

Tak tau lah kenapa, bila pagi aku rasa macam malas nak makan.. Kalau masa sekolah dulu, pagi2 cuma minum air je, lepas tu kalau nak makan nasi ke apa, aku cuma makan masa balik rumah je.. Kenapa aku tak beli makanan dekat kantin je..??

Sebabnya aku ni seorang pemalas untuk beratur panjang membeli sepinggan nasi.. Sampai aku masuk U ni pun aku masih macam tu.. Kawan2 aku pun pelik bila dorang jarang sangat nampak aku makan.. Sampai ada hari tu member aku nak belanja aku sebab dia ingat yang aku takde duit nak beli makanan..

Tapi walau macam mana pun kalau aku dah lapar sangat, contoh macam malam tadi aku tak makan apa2.. So bila paginya aku makan lah juga sarapan.. Korang pulak macam mana..?? Apakah korang jenis macam aku atau jenis yang nak kena makan sarapan juga..??

P/s : Nak pergi makan mee goreng lah, korang nak juga ke..hehehe

Friday, April 22, 2011

Memang betul2 mencabar kesabaran aku...

Korang nak tau cerita tak..?? Kalau nak tau sila duduk rapat2 ye supaya korang boleh jadi lebih fokus ketika membaca hikayat entry ini.. Kalau ada yang tak nak tau tu pulak sila duduk jauh2 ye, tapi korang still kena baca juga..hehehe
Okay, korang di minta untuk menjana imaginasi korang agar dapat melihat kesan 3D yang lebih menarik ketika membaca cerita ini.. Semuanya berlaku pada waktu petang tadi, ketika cuaca menunjukkan tanda2 cerah.. Aku mula bertolak dari rumah untuk pergi ke kelas..

Ketika dalam perjalanan itu, tiba2 aku terjumpa seekor harimau.. Okay, itu tipu ye, kembali kepada cerita yang benar.. Pada waktu itu aku sudah hampir sampai ke pintu masuk tempat aku belajar.. Kalau nak diikutkan adalah lagi 5 minit untuk sampai ke pintu masuk tu..

Tapi sesuatu yang mencabar kesabaran aku telah tiba, entah bagaimana tanpa sebarang tanda amaran, hujan telah turun dengan lebat sehingga aku hampir basah kuyup.. Takpe, aku sabar lagi time tu.. Lepas tu aku pergi ke kedai untuk print beberapa kertas kerja yang patut dihantar pada hari ini..

Sekali lagi, kesabaran aku telah dicabar oleh si Pencipta.. Semua kedai untuk print pulak tutup, tapi tak mengapa aku tetap sabar juga.. Aku pun terus pergi ke kelas aku sambil menaiki motor aku.. Tak habis lagi rupanya benda yang nak mencabar kesabaran aku ni..

Kelas pula dengan secara tiba2 di'cancel'kan oleh lecture.. Aku tengok semua pelajar lain menunjukkan muka2 kecewa.. Mujurlah tak berlaku rusuhan dekat fakulti aku tu, kalau tak mesti masuk tv3..hehe. Kenapa aku kata kelas cancel tu mencabar kesabaran aku..??

Sebabnya jarak antara rumah dengan kelas aku tu mengambil masa lebih kurang 30 minit tau.. Jadi apakah aku patut juga bersabar..?? Aku bersabar lagi, tapi kalau diikutkan nafsu marah aku tu, nak je aku mengeluarkan kata2 kesat sekesat kertas pasir tu..

Tapi yang ini memang hampir membuatkan kesabaran aku mencapai limitnya.. Masa dalam perjalanan balik tu, boleh pulak jalan tu kering sekeringnya.. Takde langsung hujan, kalau tak boleh juga aku main hujan time balik tu.. Aku tak jadi nak marah bila aku berfikir tentang perkara yang berlaku ni..

Malah aku ketawa sebabnya bila aku fikir2kan balik, kalau lah kelas tu tak cancel, mesti aku akan masuk kelas dalam keadaan basah kuyup.. Lepas tu mesti aku akan kena marah sebab tak dapat hantar assignment yang patutnya dihantar hari ni..

Itulah dia, akhirnya aku tersedar.. Setiap perkara yang berlaku tu mesti ada benda yang baik akan terjadi lepasnya.. Jadi aku rasa lebih baik aku redha je dengan setiap benda yang berlaku pada aku tadi.. Kalau korang, korang dah start marah2 ke belum..^^

Blog tak boleh komen, apahal..??

Salam petang para pembaca semua, terima kasih kerana telah hadir ke majlis penyampaian anugerah cerita2 merepek peringkat dunia.. Tengok, awal2 lagi dah mula merepek aku ni.. Aku berharap korang sabar lah ye, terima lah blogger yang suka merepek ni seadanya..hehe

Okaylah, terus kepada benda yang aku nak share kan dekat sini.. Entry tak boleh nak komen, kenapa kah perkara ini berlaku..?? Apakah kerana hati yang terluka itu masih tidak dapat menerima si dia kembali.. Apa benda lah pulak yang aku melalut ni.. itu cuma selingan sahaja..

Setakat ni aku baru jumpa 2 blog yang entry nya tak boleh nak dikomen.. Tak pasti sama ada owner blog tak nak bagi korang semua komen, atau memang ada masalah disebalik batu tabir.. First blog yang aku ingat pernah ada masalah macam ni ialah blogger yang sorang ni.. >> blogger ni lah

Tapi sekarang dah okay dah, korang dah boleh komen dah dekat tempat dia tu.. Err, sila berikan komen yang membina okay, jangan bagi komen yang meruntuhkan akhlak emosi dia.. Kemudian blogger yang ini pulak, dia baru follow aku, so bila aku singgah ke teratak mewahnya, terkejutlah sebab tak boleh nak komen entry dia pulak.. >> blogger ni pulak..

Sini aku bagitau cara nya ya.. Err, kalau cara ni tak menjadi sila inform aku okay.. Korang pergi ke tetapan >> ulasan >> yang dekat atas tu korang tick pada tunjukkan >> cari dan tick pada tetingkap pop up  pulak.. Itu jelah kot caranya, kalau tak menjadi sila hubungi 999.. Eh silap pulak, sila bagitau dekat ruangan komen tu ye..^^

Cara ni ialah untuk mereka yang mengalami masalah untuk komen.. Tapi kalau dah owner blog tu sendiri yang tak nak bagi orang lain komen dia boleh mengabaikan entry ni..

P/s : Hope blogger baru tu singgah sini dan baca, kalau tak kesian lah penat2 tulis tapi tak dapat komen dari orang lain..

Ini entry berhantu..

Ye, apa yang korang baca dekat tajuk tu adalah benda yang benar.. Kerana jika ianya tidak benar maka ia adalah satu lagi entry tipu lagi menipu yang dicipta oleh diri aku ini.. Tapi benda ni memang betul, korang nak tau tak kenapa dan macam mana entry ni boleh jadi berhantu..??

Bagi sesiapa yang dah tau tu sila duduk diam dekat atas katil tu, tak boleh baring, kena duduk juga..hehe. Kalau yang tak tau pulak korang boleh meneruskan perjalan hidup pembacaan korang itu.. Owh, ye, jangan lupa untuk menakut nakutkan diri sebab entry ni memang tidak lah seseram tajuk nya..

Siapa yang pernah buat entry berhantu ni memang taulah macam mana rasanya.. Ke korang pun tak tau rasanya macam mana.. Okay aku bagitau apa yang korang rasa jika korang pun buat entry berhantu ni.. Jika korang buat entry berhantu ni, korang akan berasa lega..

Kenapa nak berasa lega pulak..?? Sebabnya ialah entry ini tidak akan menganggu hidup korang, sebaliknya entry ini akan mengganngu dashboard2 follower korang.. Hah, seram tak bila membacanya..?? Apa, tak seram ke.. Laa, kan aku dah suruh korang seramkan diri korang tu..


Bagi yang tak tau apa benda entry berhantu ni.. Biar aku bagitau apa benda yang membuatkan entry ini berhantu.. Benda yang menyebabkan sesuatu entry itu berhantu ialah sebab entry ini akan muncul sendiri walaupun korang tengah tidur dengan lena pada masa itu..

Okaylah, aku guna bahasa biasanya, orang biasa panggil ianya sebagai entry autopost.. Autopost ni akan membolehkan entry yang korang nak tu diterbitkan pada waktu yang korang nak.. Macam entry ni, masa entry ni muncul, aku tengah lena bermimpi berjalan2 dengan awek ditepi pantai tau..hehe

Macam mana nak buat autopost ni..?? Korang taip entry korang macam biasa, lepas tu korang tekan dekat opsyen pilihan (aku punya bahasa melayu).. Pergi dekat tarikh dan masa catatan tu dan klik pada dijadualkan pada.. Korang setkan lah masa dan tarikhnya yang bila korang nak entry ni pergi menghantui dashboard follower korang tu..

Itulah dia cerita tentang entry berhantu aku pagi ni.. Pinjam tagline misteri nusantara " Jangan biarkan hidup anda diselubungi, misteriiiii......"

Thursday, April 21, 2011

Masa yang aku nanti-nantikan..^^

Akhirnya tiba juga saat2 yang telah lama aku nantikan.. Malam ini akan menjadi malam yang bersejarah buat kita berdua, ditambah lagi dengan malam ini ialah malam jumaat.. Malam yang dikatakan sebagai malam yang paling sesuai untuk kita melakukannya..
google image

Tak silap aku agak lama juga aku menantikan saat ini.. Seingat aku sejak dari aku belum memiliki mu lagi aku sudah tertarik dengan diri kamu.. Kalau tak silap aku tempat pertemuan kita yang pertama ialah dikedai Pak Manap, pada masa itu aku mahu membeli sedikit barang dapur..

Ketika aku sedang memilih barang itu lah aku ternampak diri kamu.. Pada mulanya aku tak perasan akan kehadiran dirimu disebelah ku.. Tapi mujurlah ada makcik yang terlanggar bahu aku lantas menolak diri mu.. Apabila aku melihat kamu terjatuh itu barulah aku perasan dan itulah saat pertemuan kita yang pertama..

Semenjak hari itu aku kerap pergi ke kedai Pak Manap, aku tak pasti sama ada kamu berkerja disitu atau  kebetulan berada disitu.. Aku cuba memberanikan diri untuk menegur dirimu, tapi disebabkan kedai itu sentiasa dipenuhi dengan orang ramai, maka aku menjadi segan..

Namun itu adalah sejarah lalu, saat kita masih belum bersama, tapi malam ini tidak lagi.. Aku yakin yang kita memang sudah ditakdirkan untuk bersama.. Maka malam ini aku akan melakukan tugas aku, aku akan cuba memberanikan diri aku untuk melakukannya..

Aku perhatikan sekeliling, kelihatannya keluarga aku sudah lena dibuai mimpi.. Aku segera kembali masuk ke dalam bilik.. Selepas itu aku mula menanggalkan pakaianmu sehingga menampakkan susuk tubuh mu yang kelihatan begitu menyelerakan..

Aku menggigit badan mu, sungguh sedap dan lembut.. Aku menjilat badan mu, sungguh manis dan sangat enak.. Akhirnya dalam masa 10 minit, habislah coklat cadbury yang aku beli pagi tadi.. Sebab aku makan masa malam ialah kerana aku tak nak adik2 aku tau, kalau tak nanti kena kongsi pulak..hehehe
sungguh enak aku menikmati dirimu..hehe
P/s : Ending tu macam tak best lah, aku nak tambah lagi tapi macam dah panjang sangat pulak entry ni.. Selamat malam..

Mengapa korang unfollow..??

Salam buat para readers yang sedang membaca setiap butir perkataan yang tercoret didalam entry ini.. Huih, ayat dah macam ayat masa buat karangan spm je..hehe. Korang tengah buat apa tu..?? Aku tau, ni mesti ada yang tengah makan, betul tak..??

Ala, korang tak payah nak nyorokkan pinggan tu dari aku lah.. Sebab aku nampak melalui webcam korang tu.. Habislah lepas ni korang dah tak de privacy lagi bila nak buka blog aku..hahaha.. Gurau je lah, kalau betul2 aku buat macam tu, nanti ramai lah yang tak nak buka blog aku ni..huhu

Okay lah, cukuplah apa yang aku merepekkan tu.. Kita kembali kepada apa yang aku nak bincangkan ye.. Err, korang nak bincangkan sekali tak..?? Kalau tak nak aku bincang sorang2 je dekat sini.. Macam yang korang baca dekat tajuk diatas tu..... Apa tajuk dia..??

Owh, mengapa korang unfollow blog yang korang sudah follow.. Aku pun nak tau juga ni kenapa perkara ni boleh berlaku didalam kehidupan seharian.. Sesiapa yang pernah unfollow blog orang sila berikan jawapan anda.. Tapi kalau yang suka main follow2 pun boleh juga bagi buah durian fikiran..

Aku pernah juga unfollow blog orang, tapi aku unfollow pun sebab blog tu update 2 bulan sekali.. Malas lah aku nak menyemakkan dashboard aku tu.. Kalau setakat update seminggu sekali itu okay lagi lah, aku tak kisah..

Antara sebab lain yang boleh aku fikirkan kenapa korang unfollow blog tu  ialah..:
* Orang tu tak follow blog kita, maka kita pun unfollow blog dia..
* Gaya penulisan blog tu dah tak sama macam masa mula2 kita follow blog tu..
* Tiba2 blog yang kita follow tu kutuk blog kita..
* Blogger tu tiba2 tak hensem/cantik..

Aku bagi 3 jelah sebab yang aku fikirkan. Yang sebab lain pulak korang lah yang bagitau dekat aku okay.. Aku nak pergi cari siapa yang unfollow blog aku tadi.. Nak paksa dia follow balik..hahaha.

Wednesday, April 20, 2011

Tolong carikan tajuk yang sesuai boleh tak..??

Salam buat para readers yang sedang... Eh, aku rasa sejak kebelakangan ni asyik guna ayat yanag sama je, korang tak bosan ke..?? Aku rasa mungkin korang pun sebenarnya tak kisah kan, tapi aku rasa nak amik kisah la, boleh tak..hehehe

Okay lah, aku tak tau nak tulis apa dekat sini sebab hari ni aku rasa sangat penat dan letih.. Aku sendiri tak tau kenapa aku boleh menjadi terlalu penat sekarang ni.. Mungkin aku suda terkena sumpahan padang pasir purba agaknya.. Sudah lah arpiiz, tak payah lah ko nak menipu dengan sumpahan mengarut tu (anonymous voice)..

Adoi, aku betul2 tak tau nak tulis apa dekat sini.. Mungkin keletihan ini telah mengurangkan hormon2 penting yang digunakan untuk menjana idea di otak aku ni kot.. Baru plan nak post entry banyak2 hari ni, tapi kalau dah masalah hilang idea selalu datang, macam mana nak buat..huhu

Aku nak pergi singggah blog korang lah.. Mana lah tau nanti boleh dapat idea, kalau tak pun aku copy past je entry korang tu..hahaha. Taklah aku gurau je, takkan lah aku nak buat macam tu dekat korang pulakkan.. Tapi kalau korang bagi apa salahnya kan..hehe

P/s : Nak pergi makan dulu sebelum singgah blog korang, lapar lah..huhu

Tuesday, April 19, 2011

Wanita sila berhati2..!!

Di sini ada satu kes yang baru aku jumpa.. Apakah aku perlu menyatakan dari mana sumbernya..?? Aku rasa tak perlu, lagi pun orang yang memberitahu aku tu pun tak membenarkan aku untuk mendedahkan identiti dia.. Entry ini ditulis untuk mengingatkan para wanita yang berada diluar sana untuk berhati2 dengan...
contoh krim pencerah muka

Berhati2 dengan apa..?? Hehehe, mesti lah kena bagi suspen dulu, kalau tak nanti tak best lah.. Okay2 lah, aku bagitau apa benda yang aku nak sampaikan.. Para wanita yang suka sangat membeli krim pencerah di pasar2 malam mahu pun di pasar tani.. Korang kena berhati2 agar tidak membeli satu krim pencerah muka yang sangat bahaya ini..

Sekiranya korang tidak berhati2, kemungkinan korang untuk menjadi seperti mangsa krim tersebut amatlah tinggi.. Sebelum itu, aku minta korang pergi tengok dulu krim pencerah muka korang itu.. Kemudian korang check dekat bahagian kandungan..

Korang dah amik belum krim pencerah korang.. Kalau dah korang tengok dekat bahagian kandungan tu.. Lepas tu korang cari perkataan frolescoxide.. Korang jumpa tak, cuba check lagi sekali sebab kemungkinan perkataan itu ditulis dalam tulisan yang kecil..

Menurut kajian, krim yang mengandungi bahan itu boleh menyebabkan perubahan keatas kulit dalam masa 2 jam..Antara simptom2nya ialah :

* Gatal2 pada bahagian muka..
* Timbul bintik2 kemerahan pada tempat yang digunakan..
* Akan rasa mengantuk yang teramat sangat..
* Mudah berasa letih selepas bangun dari tidur..

Di sini aku berikan gambar kesan daripada penggunaan krim yang mengandungi bahan itu.. Hope korang takkan terkejut bila melihat gambar ni ye..






Inilah dia gambarnya.. Eh2, ada yang pengsan sebab terkejut sangat ke..hehehe.. Sila jangan marah dulu, biar aku bagi penerangan.. Sebenarnya korang tak payah risau sebab bahan tu memang tak wujud pun dalam krim pencerah korang..

Dan ini peringatan yang betul2 punya.. Krim2 kecantikan di pasar kebanyakannya tak selamat, so lebih baik korang berhati2 ketika membeli barang yang macam tu..

P/s : Tadi tengok dekat berita, panadol dengan eyemo pun ada yang fake..

Cerita merepek petang ni..

Sekarang tengah berada di lab komputer fakulti.. Nak tunggu kelas pukul 5.30 petang, tapi makin di tunggu makin lama pulak.. Demi tidak membuang masa maka aku memaksa jari aku untuk menaip sesuatu di papan kekunci ni..

Kata orang kita tak boleh memaksa sesuatu kan.. Tapi nampaknya aku telah melanggar kata orang tu, kesian kata orang tu masuk hospital..huhu. Okay, mesti korang tak paham ayat tu, so korang boleh abaikan je.. Akibat aku terlalu memaksa jari aku ni untuk menaip, maka berlaku lah situasi ini..

Macam mana, kejam tak apa yang telah jari aku buatkan itu.. Aku baru je nak larikan diri, tapi malangnya aku telah ditangkap oleh sekumpulan gengster yang telah di upah untuk menangkap bagi sesiapa yang merosakkan harta benda di U ini.. Mereka telah memukul aku dengan kayu sehingga aku lemah tidak bermaya untuk bercakap lagi..

Tiba2 tanpa aku sedari, ada satu cahaya yang muncul dari dalam tubuh aku sehingga membuatkan mereka berasa silau.. Selepas sahaja cahaya itu hilang, aku dapat merasakan seakan2 ada satu tenaga yang sangat luar biasa telah mengalir dalam badan aku ini..

Gengster2 itu segera menyerang aku setelah mereka melihat aku boleh berdiri.. Ketika tumbukan mereka hampir mengenai badan aku, entah macam mana dengan secara tiba2 tangan aku bergerak dan menumbuk perut mereka.. Mereka terus terpelanting ke dinding dan menyebabkan dinding itu pecah..

Okay lah, cukuplah cerita merepek aku ni.. Aku nak siap2 pergi kelas ni, nanti kalau ada masa lagi aku sambung cerita imaginasi aku ni ye.. Salam petang buat korang semua dan terima kasih sebab sudi membaca cerita merepek aku ni..^^

P/s : Siapa yang nak aku buat sambungan sila bagitau ye..hehehe

Permulaan hari itu penting..

Salam buat para readers yang sedang sibuk menatap wajahnya dihadapan laptop tu.. Okay, aku mulakan entry aku ini dengan memakan nasi goreng yang telah di buat oleh orang yang aku paling sayangi.. Siapakah orang itu..?? Korang jangan jeles ye kalau aku bagitau nanti (err, ada ke yang nak jeles)..

Orang itu adalah ibu aku sendiri, ala lagi pun mesti lah korang dah tau kan..^^ Setelah melahap nasi goreng yang sememangnya pilihan hati dan jiwa raga ini.. Aku pun start lah membuat entry ini sambil memikirkan apakah ayat yang aku nak letak didalam entry ini..

Korang boleh bagi idea tak supaya aku dapat menyusun ayat2 yang indah boleh dijadikan satu entry.. Okay lah, aku tak nak kacau korang lah, biarlah aku fikir sendiri (buat2 merajuk).. Ah, stop it arpiiz, just continue what are you going to tell them (ceh, nak speaking lagi tu..)..
bangun pagi yang ceria dapat menjadikan hari lebih gembira

Tahukah anda yang seekor ular sawa mampu membelit manusia sehingga dapat mematahkan tulang manusia itu tersebut.. itu fakta tau, ini cerita betulnya.. Permulaan hari itu amatlah penting bagi setiap orang, korang setuju tak..??

Korang paham tak maksud aku ni..?? Permulaan hari yang aku maksudkan ialah tentang bagaimana korang berfikir dari saat korang bangun tidur tu.. Sekiranya korang bangun2 tidur terus rasa sedih, maka hari itu korang akan sentiasa berasa sedih.. Dan begitu juga yang sebaliknya..

Jadi bagaimana cara untuk mengubahkannya..?? Caranya ialah dengan sentiasakan berfikir bahawa akan berlaku sesuatu yang baik dekat korang hari ni.. Korang juga boleh cuba melupakan perkara yang membuatkan korang sedih tu.. Dengan cara ini korang pasti akan dapat menukarkan aura sedih tu kepada aura gembira..

Apa gunanya aura itu..?? Err, yang itu mungkin aku akan kupaskan untuk entry yang lain pulak.. Kalau korang rajin, korang boleh je search dekat google tu.. Tapi apa yang penting sekali ialah sentiasa bersifat optimistik jika mahu satu hari itu dipenuhi dengan perkara yang gembira..

P/s : Agak2 aku boleh jadi penceramah motivasi tak..hehehe

Monday, April 18, 2011

Sibuknya hari ni..T_T

Salam buat para readers yang sedang membaca entry ini.. Ketika korang sedang membaca entry ini, mungkin korang sudah tidak akan dapat membaca entry aku yang lain lagi.. Ini kerana kemungkinan ketika korang sedang membaca ni aku telah pun....

Eh2, jangan lah sedih2 dulu.. Aku nak cakap yang kemungkinan aku sudah pun terlelap akibat keletihan yang melampau batas2 pergaulan ni.. Yelah, kalau dah tertidur macam mana nak buat entry baru untuk malam ni betul tak..?? Baik korang cakap yang korang setuju dengan aku, kalau tak nanti aku makan gula2 mentos...hehehe

Disebabkan hari ini aku tak update apa2 entry, maka aku kenalah membuat satu entry agar para readers aku yang setia dan rajin singgah dapat baca sesuatu yang baru.. Takde lah dorang rasa bosan bila bukak blog aku ni.. Err, entry ni pun bukannya best sangat pun, entah2 bosan juga..huhuhu

Okaylah, cuma itu je nak tulis.. Nanti kalau ada idea aku buat satu entry lagi untuk malam ni ye.. Badan pun dah mula rasa sengal2 ubi ni.. Selamat malam korang, semoga dapat mimpi yang indah ye.. Kalau dapat mimpi ngeri, cepat2 lah bangun dan sambung tidur balik ye..^^
Dah tak mampu buat apa2 akibat keletihan sangat..T_T

Sunday, April 17, 2011

Dimanakah terletaknya kefamousan seorang blogger..??

Tu dia, tengok tajuk pun dah macam rasa lain je menyebutnya.. "Kefamousan"..?? Mana lah datangnya perkataan tu, ni kalau si pembuat kamus dewan bahasa dan pustaka tu baca, mesti menangis terharu (ye ke..?).. Tapi tak mengapalahh, asalkan korang faham apa yang aku cuba sampai kan sudah lah..

Andai kata ada yang tak faham juga dengan apa yang aku tulis ni, korang bacalah sampai 3 kali, lepas tu baru komen ye..hehe. Taklah, kalau korang tak faham korang terus je komen, ala macam tak biasa pulak bila datang dekat blog aku ni..
"Eh, aku belalang, bukan nujum pak belalang."

Kita kembali kepada perbincangan kita pada malam ini.. Dimanakah terletaknya kefamousan seorang blogger..?? Adakah di kerisnya, atau di kekuatannya.. Eh2, silap ayat pulak, ni kes terpengaruh dengan cerita nujum pak belalang lah ni..

Aku bagi beberapa pendapat aku ye, diingatkan ini cuma pendapat sahaja.. So korang tak payah lah nak merajin kan jari korang untuk marah2 dekat aku nanti.. Korang baca lah pendapat aku ni..

* Melalui entry.
= Yang ini aku percaya lah juga.. Entry memainkan peranan penting untuk buat orang kenal blogger tersebut..

* Melalui personaliti
= Maksud aku melalui sifat dorang lah contohnya dorang tu cantik ke, hensem ke..??

* Melalui kepandaian blogger tu..
= Kepandaian yang aku cuba maksud kan ialah betapa kreatifnya seorang blogger itu..

* Melalui kelancangan blogger itu..
= Err, korang tau tak maksud kelancangan tu apa..?? Menurut kamus lancang itu kapal layar, lagi satu biadap.. Tapi takkan pula "melalui kapal layar blogger itu"..?? so korang tau maksud aku apa kan..

Okay, cuma itu je yang dapat aku fikirkan buat masa ni.. Kalau korang ada apa2 pendapat mahu pun kemuskilan.. Sila hubungi nombor yang tertera di kaca laptop korang.. Err, tak tertera ke..?? Kalau macam tu korang kena jugalah pergi dekat bahagian komen dan tulis apa yang korang nak tulis..^^

Aaarghh..!!! Kejapnya dah ahad..

Salam petang buat para readers yang sedang bersantai pada hujung minggu ni.. Hari ni dah ahad, esok pulak dah isnin.. Ini bermakana yang esok sem 3 aku sudah bermula, dan aku akan kena bangun awal  untuk bersiap ke kelas.. Eh2, tapi kelas aku esok masa petang, so tak  payah la aku nak rasa kecewa sangat..hehehe

Aku tak tau sama ada aku atau korang pun perasan juga.. Masa sekarang ni sudah terasa semakin cepat dan pantas.. Kalau dulu dari pukul 8 pagi tu nak tunggu sampai petang, alahai lamanya lah..huu. Sekarang ni, kita rasa macam baru 1 jam, tapi yang sebenarnya dah 3 jam..

Setelah aku mengkaji dari pusat sumber sampai lah ke pusat bumi.. Aku telah jumpa beberapa sebab musabab yang telah menyebabkan korang rasa masa ini begitu pantas dan efficien  laju.. Korang pun mesti dah tau apa sebab2 nya, tapi oleh sebab aku ni rajin, maka aku nak juga bagitau dekat entry ni..^^

* Kehidupan harian yang sibuk
= Kalau dah sibuk, memanglah rasa masa tu kejap je..

* Terlalu fokus kepada sesuatu hal..
= Kalau korang terlalu fokus kepada sesuatu benda, korang mesti akan dapat rasakan yang masa ni bergerak dengan cepat (lebih kurang macam yang no 1 tu)

* Lambat bangun tidur..
= Kalau bangun tidur pukul 12 tengah hari, macam mana tak rasa yang masa tu bergerak pantas..

Okay, cuma itu jelah yang aku nak nyatakan.. Sebenarnya apa yang penting sekali ialah cara kita menggunakan masa itu.. Kalau kita gunakan untuk tujuan yang baik, maka berhargalah masa tu.. Tapi kalau kita gunakan untuk tujuan sia2, maka masa tu terbuang begitu sahaja..

Eh2, dah macam nak bagi tazkirah pulak aku ni.. Apa2 pun selamat berehat dihujung minggu ni bersama keluarga mahu pun kawan2.. Owh ye, yang dekat atas tu cuma pendapat aku je, kalau korang ada nak tambah apa2 aku halau alu2kan sangat tau..

Blog aku kena malware...??

Apa..!! Betul ke apa yang korang baca tu..?? Entah lah, aku sendiri tak dapat nak memastikannya kerana terdapat sedikit konflik dalaman yang aku tengah hadapi.. Celah mana konflik dalaman kau apiz..?? Aish, tau nak merepek je ye..(suara tidak dikenali)

Semalam masa aku buka blog aku dengan menggunakan lappy aku.. Tiba2 aku mendapat warning dari Encik AVG, iaitu ketua dari puak penentang virus dalam lappy aku ni.. Dia kata yang blog aku mengandungi unsur lucah yang melampau.. Eh silap pulak, dia kata yang blog aku ada unsur yang mencurigakan..

Mula2 aku cuak juga, tapi oleh kerana aku mengamalkan sikap berhati2 dijalan raya (apa kena mengena pulak ni..) maka aku cepat2  memengsankan menenangkan diri ini.. Aku test pula buka dari komputer rumah aku.. Aikk..!! Elok pula tiada tanda2 kiamat amaran malware tu..

Lepas tu aku pergi check dekat google webmaster, pun tiada juga.. Korang tau tak macam mana nak check dekat google webmaster tu..?? Kalau tak tau korang boleh pergi buka tab baru dan cari google webmaster.. Masuk je dalam tu dan klik dekat blog korang yang mana nak di check tu.. Pergi dekat diagnostik dan klik malware..


Kalau ada nanti dia akan bagitau lah dekat situ.. Bila dah tau, korang cari lah link tu dalam blog korang dan buangkannya.. Eh2, dah jadi tutorial untuk buang malware pulak entry ni.. Tapi takpe kan, korang pun bukan kisah sangat pun..(ye ke..??)

Err, korang masuk blog aku ada tak kena tanda2 amaran tu.. Kalau ada sila bagitau aku.. Macam mana nak bagitau..?? Kalau korang masuk je dekat blog aku ni dan komen terus boleh tak..?? Kalau tak boleh takpelah..huhu
lebih kurang macam ni lah warning yang aku dapat tu..

Saturday, April 16, 2011

Khabar angin tentang diri aku..T_T

Aku tau lah yang aku hanya insan biasa sahaja.. Sama sahaja seperti korang semua yang sedang baca entry ini.. Tapi kenapa tetap ada juga yang nak menyebarkan khabar angin yang memang tak benar itu ke atas diri aku ini.. Apa salah aku dekat korang yang sanggup buat macam tu..

Aku ni bukannya famous, bukannya dikenali ramai.. Tapi kenapa masih ada juga yang mempunyai hati yang sebegitu.. Aku tak nak marah2 atau mengeluarkan kata2 kesat dekat orang tu sebab aku bukannya jenis macam tu.. Tak mengapalah, aku redha sahaja dengan semua itu..

sedih menghadapi ujian ni..
Puas sudah aku memujuk hati aku ini supaya bersabar dengan ujian yang berlaku ini.. Sampai aku dah tak tau macam mana aku nak pujuk hati aku ni dari meronta untuk pergi menjawab khabar angin yang telah dorang sebarkan tu.. Masa mula2 mungkin aku boleh pekakkan telinga aku ini, tapi jika selalu kena, siapa yang boleh tahan..

Aku rasa aku mungkin perlukan masa untuk memulihkan semua keadaan ini.. Apa yang aku mampu buat ialah bersabar sahaja.. Aku perlu pergi menenangkan fikiran ini dan untuk melakukan itu, mungkin ianya akan mengambil masa yang agak lama..

Sekiranya korang pun mendengar khabar angin itu, sila jangan percaya ye.. Sebab aku takut korang akan percaya dengan kata2 itu.. Aku dah terlampau malas untuk menjawab soalan yang sama setiap hari.. Sampai dekat wall facebook aku tu penuh dengan soalan tentang khabar angin tu..

Apa2 pun aku berharap yang diri aku ini akan dapat mengharungi ujian yang sedang melanda diri aku ini.. Owh ye, kalau korang dengar khabar angin yang mengatakan aku adalah seorang pelakon kacak yang bernama Aaron Aziz sila jangan percaya ye.. Sebab itu cerita itu tak betul..


Aku bukanlah dia
Kan aku dah cakap jangan percaya dengan khabar angin tu, yang korang pergi percaya juga kenapa.. Hahaha, sorilah korang sebab terpaksa membaca entry aku yang macam ni.. Aku tengah penat + boring malam ni, so tiba2 boleh terhasil entry ni.. Hari ni dah lah sibuk sangat, sampai nak update blog pun tak sempat.. Sory ye korang kalau ada yang tunggu aku update hari ni..

P/s : Err, ada sapa2 ke yang caya dengan khabar angin yang aku reka tu..^^

Friday, April 15, 2011

Kejadian di kedai gunting rambut..

Salam petang buat para readers yaang sedang membaca entry ini.. Korang semua dah makan..?? Kalau belum makan jom temankan aku makan pisang goreng petang ni.. Err, temankan jelah yang korang boleh buat, kalau nak ajak makan sekali takut ada yang dah kenyang pulak..huhuhu

Apa2 pun petang ni bukan nak cerita tentang aku makan pisang goreng yang masih panas lagi ni.. Tapi petang ni aku nak cerita dekat korang tentang kedai gunting rambut.. Kenapa dengan kedai gunting rambut..?? Entah lah, tiba2 itu pulak yang terlintas dalam kepala otak aku ni..

Sapa yang dekat sini tak pernah pergi kedai gunting rambut..?? Ada ke, agak susah aku nak caya kalau ada orang yang tak pernah pergi kedai tu.. Apa kejadian yang paling tension pernah terjadi ketika korang berada di kedai tersebut..??

Macam aku ni, kejadian yang bagi aku pernah buat aku tension ialah masa aku nak gunting rambut(dah nama pergi kedai gunting rambut).. Aku dah duduk dekat kerusi tu sambil memikirkan gaya2 yang sesuai untuk diberitahu.. Tiba2 telefon orang tu berbunyi pulak..

Dia pun jawablah telefon tu dengan segera dan pergi ke luar kedai.. Aku ingatkan kejap je, so aku tunggu lah dengan penuh kesabaran (dengan kesabaran konon).. Setelah dalam masa lebih kurang 10 minit lebih, orang tu tak masuk2 dekat kedainya lagi.. Sibuk bergayut dekat luar kedai tu..

Masa tu pulak aku dah sampai terlelap, bukan setakat lelap je, tapi sampai mengingau (ayat ni tipu je, jangan caya).. Aku pun segera turun dari kerusi tu dan pergi keluar kedai.. Aku tumbuk muka orang tu sambil mencaci maki orang tu dan segala sumpah seranah telah keluar dari mulut aku ni..

Err, ayat tu pun tipu jugak, yang sebenarnya aku pergi keluar kedai tu dan blah je dari situ.. Masa aku atas motor tu, orang tu sibuk panggil aku pulak.. Mintak maap ye bang, lepas ni saya tak jejak la dekat kedai abang tu lagi kata aku dalam hati..

Okay lah, aku nak pergi kedai gunting rambut ni.. Kepala aku ni bukan boleh sangat bila rambut panjang, nanti mulalah gatal..huhu. Aku nak buat gaya macam dia ni lah, hensem tak..hehehe

Thursday, April 14, 2011

Terima kasih ye korang semua..^^

Salam buat para readers yang sedang duduk membaca entry ini.. Apakah korang sihat2 sahaja..?? Kalau tak sihat, sila berehat diatas katil yang tersedia di bilik korang tu ye.. Malam ni aku stop main game dulu sebab nak fokus dekat blog pulak..

Bagi sesiapa yang tak tau aku main apa, korang boleh baca entry aku yang sebelum ini.. Kesian dekat blog aku sebab aku telah mengabaikan dia.. Sampai dalam mimpi dia datang suruh aku berblogging balik.. Err, macam berhantu pulak blog aku ni kan.. Ni yang takut ni..huhu

Oleh kerana jari ini sibuk sangat nak menaip, maka aku pun biarkanlah jari aku ni menari diatas papan kekunci ni.. Eceh, bahasa pun dah macam bahasa kamus dewan bahasa dan pustaka je.. Jadi korang jangan hairan lah ye kalau korang tak berapa faham dengan apa yang aku taip ni..

Kenapa pulak..?? Sebab apa yang korang baca sekarang ni bukanlah datang dari otak aku.. Tapi datang nya dari jari aku ni.. Sebab tu aku punya tagline (eceh, nak tagline2 pulak) "bila jari menaip"..  Aarghh, apa benda yang jari aku lalutkan ni..

Okay lah, aku nak pergi baca blog2 korang.. Owh ye, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada korang yang sudi singgah baca blog aku yang tak seberapa ni.. Tapi yang paling penting ialah kepada mereka2 yang sudi memberi komen dekat entry2 aku sebelum ni..

Aku nak pergi singgah blog korang ni.. Korang kenalah siap2kan blog korang tu dengan juadah2 yang enak tau.. Macam KFC bucket ke, ayam panggang atau ayam rendang ke, sebab aku datang ni sambil bawak rombongan Cik Kiah..hahaha

P/s : Yang last tu gurau je, tak payah lah korang buat betul2 pulak ye.. (ada ke yang betul2 nak buat..??)

Kenapa aku dah kurang update, korang boleh salahkan si dia ye..

Ketepi ketepi..!! Sila bagi laluan dekat blog ni untuk update.. Eh, aku ni apahal pulak, macam orang sasau je.. Entah lah, aku pun tak tau kenapa dengan aku hari ni.. Mungkin hari ni aku mengalami sedikit gangguan emosi atas sebab2 tertentu kot.. Takpelah, korang boleh buat2 tak tau yang aku tengah ada problem ye..^^

Dah petang baru nak update first entry ni.. Ye2, aku tau yang sekarang ni aku sudah tak aktif lagi untuk update seperti dulu.. Kalau dulu aku update dalam 3-4 entry sehari.. Tapi sekarang ni dah mula kurang pulak, jadi 2 pulak.. Nanti lama2, sehari sekali dan selepas tu, korang pun tau sendirikan..T_T

Semua ni berpunca dari si dia lah, kalau tak dipecahkan ruyung.. Err, apahal pepatah lain pulak yang aku taip ni.. Ye, kalau korang nak salahkan sesiapa, korang salahkan si dia tau.. Aarghh, apa2 hal pun aku dah boleh update entry sekarang ni sebab sudah tak diganggu oleh si dia..

Kalau korang nak tau, si dia ni memang tak boleh tengok aku senang sikit, mulalah lah dia ajak aku main.. Aku suka juga main, tapi kalau dah selalu penat juga kan.. Kena lah rehat2 kan badan ni.. Tapi si dia ni bukan paham cakap orang.. Nanti kalau aku marah2, apa pula orang cakap..

Mesti korang nak suruh aku jangan layan dia tu kan.. Memang aku nak buat macam tu, tapi malangnya godaan dia terlampau kuat.. Bila aku tengok body dia je dah buat aku terbayang2.. Itu belum lagi dengan aksi dia yang memang membuatkan aku terpegun..

Korang nak tengok gambar dia ke..?? Humm, yelah kalau korang sendiri yang nak tengok gambar dia.. Ini lah dia..
credit to google
Eh, apahal gambar lain pulak yang keluar ni.. Ini bukan gambar si dia tu.. Si dia tu lain dari yang lain..hehe.. Eh, dah puji lebih2 ni macam ada something wrong somewhere je.. Mesti lah kena puji lebih2 sebab susah nak dapat si dia ni.. Hah, ini baru gambar dia yang sebenar..^^




Cantikkan body si dia ni.. Tulah, aku dah cakap, yang godaan si dia ni memang kuat.. Aku nak dapatkan dia dari internet je mengambil masa selama 3 hari 3 malam.. Aku tak tau kenapa susah sangat aku nak download game ni.. Ada je masalahnya bila aku download hari tu..

Iu jelah citer untuk entry kali ni ye.. Malam nanti kalau aku tak main dengan si dia ni aku update lagi ye.^^

P/s : Ada sesapa yang berfikiran "waras" ke masa baca entry ni..??

Wednesday, April 13, 2011

Remove write protection untuk pendrive..

Salam buat para readers yang sedang berehat dan bersantai pada waktu ini.. Kali ni aku  nak sharekan sikit satu benda yang aku rasa mungkin ramai yang cari.. Tapi aku tak sure lah cara ni boleh guna atau tidak tapi sekurang2nya korang boleh try..

Kalau hari tu aku ada tunjukkan cara untuk remove write protection untuk micro sd card.. Dan nampaknya ramai juga yang baru tau tentang hal ni.. Kali ni pula aku telah ditanya oleh seseorang untuk cara buang write protection bagi pendrive pulak.. Lagi sekali aku ingatkan yang cara ni aku tak pasti berkesan atau tidak, tapi korang boleh lah try..

Firstly korang pergi buka Disk Management.. Kalau tak tau nak cari dekat mana, korang pergi dekat Run dan taip diskmgmt.msc.. Korang akan jumpa benda ni..
jangan segan untuk klik kalau tak nampak..
Kedua pulak korang pergi klik dekat pendrive korang tu dan klik kanan, pilih Format.. Korang jangan pulak terus pergi format pendrive korang tu, tapi korang buat macam dekat gambar bawah ni.. Err, yang nama tu korang tak payah lah ikut ye..

Okay, cuma itu jelah.. Nampaknya korang terpaksa lah format juga.. Tapi kalau dah pendrive korang tu ada write protection, takkan lah korang boleh isi apa2 kot.. Cuma itu je yang aku nak share kan.. Kalau ada sebarang masalah boleh lah tanya dekat sini.. Nanti boleh lah aku tolong2 cari jalan penyelesaiannya ye..^^

Ini reason sebab aku tak update semalam tau..^^

Salam pagi buat para readers yang sentiasa menantikan bahan2 panas dalam dunia internet ni.. Tapi aku bukan ada citer2 panas yang aku nak kongsikan pun.. Aku punya citer just suam2 kuku je.. Itu pun kalau suam, kalau tak mungkin citer aku ni sejuk beku je..hehe

Eh, apa benda yang aku sudah carut lalutkan ni.. Err, pagi ni nak tanya dekat korang, korang perasan tak yang semalam aku tak update seharian..?? Kalau korang perasan maknanya misi aku untuk tak update selama sehari telah berjaya.. Tapi semalam aku bukan saja2 tak nak update.. Ada cerita disebalik nya, jeng.. jeng... jeng.......

Alah, nak buat muzik latar pulak aku ni.. Sebenarnya semalam dekat rumah aku menghadapi masalah internet.. Semalam juga aku jadi macam orang gila sebab takde benda yang nak dibuat.. Maklumlah, biasanya aku akan bukak blog, tapi bila dah takde internet ni, terpaksa lah main sorang2..huhu

Err, maksud main sorang2 tu ialah aku main game tau, korang jangan ingat aku main sorang2 tu macam aku cakap sorang2 pulak.. Untuk menyelesaikan masalah tu, aku pun segera menghubungi pihak TM.. Ni nak puji lah sikit TM ni, korang tau tak..?? Laa, tak tau ke, meh sini aku citerkan..

Pagi tadi aku buat report tentang problem modem aku ni, dalam pagi ni juga dorang dapat selesaikan.. Kira pantas dan efficien juga lah.. Eh2, cuba tengok tu siapa yang kembang hidung tu.. Kalau nak tengok sapa korang klik dekat sini ye.. >> klik je dekat sini.. Kenapa aku suruh korang pergi dekat blog dia, sebab dia kerja dekat TM setahu aku (kalau salah pun, sapa yang kisah..)

Okay, cuma itu je nak bagitau dekat korang.. Bagitau apa..?? Bagitau kenapa aku tak update semalam lah.. Sekarang sudah boleh melayari bahtera internet dengan hati yang gumbira..hahahaha

P/s : Nak pergi mintak nombor tipon dekat blogger tu sebab kalau ada apahal tentang tm boleh tanya dia..hehehe

Monday, April 11, 2011

Benda yang tak best ketika mendownload...

Salam buat para readers yang sentiasa duduk menghadap laptop/ komputer/ lappy/ hadphone/ blackberry/ dan yang sama waktu dengannya.. Salan ini juga ditujukan kepada sesiapa yang sedang terbaring kemengahan akibat makan malam terlalu banyak..hehe

Siapa yang suka main download2 ni sila angkat tangan macam saya (baca ikut gaya usup wilcha ye..hehe).. Apakah perkara yang paling korang tak suka ketika mendownload ni, ceciter ceciter.. Mesti macam2 yang benda yang korang tak suka kan.. Tapi kalau dah tak suka tu buat apa download..??

Aku antara jenis yang suka download software2 yang berlambak dekat internet ni.. Untuk apa aku download software..?? Hmm, pada mulanya aku plan nak jual, tapi takut kena tangkap so aku buat collection je..hehe. Tapi aku bukan nak citer tentang koleksi software aku, tapi... Ah, korang kan dah tau..

Antara perkara yang aku tak suka ketika download..

* Masa yang lama..
= Kalau dah file besar, memang lah masa lama.. Tapi apa boleh buat, terpaksa lah berkorban juga..huhu

* Kelajuan internet ibarat ular sawa yang terbongkang kekenyangan..
= Pernah tak nampak macam mana ular sawa kenyang.. Kadang2 tak gerak pun kan..Masalah yang aku rasa bukan setakat aku je, tapi korang pun kena sama..

* Orang tutup modem
= Untuk kes aku ni, adik2 aku ni suka sangat tutup modem sebab katanya nanti bil api naik.. Untuk mengelakkan benda tu terjadi, maka bila aku nak download aku kena bagitau dekat dorang jangan tutup modem..

Err, aku rasa itu jelah kot yang aku nak taip malam ni.. Lepas ni nak download game pulak, asyik software je.. Selamat malam buat korang ye, dan selamat beristirehat..

Waktu sesuai untuk makan meggi..

Ya, siapa disini yang hantu meggi.. Bukan hantu yang berambut meggi, tapi mereka2 yang terlalu gemar makan meggi.. Sekirannya korang rasa korang antara golongan macam tu, aku ucapkan welcome to the club sebab aku pun sama macam korang..hehe. Owh lupa pulak, salam buat para readers yang ada dekat depan laptop tu..^^

Apa..?? Korang ingat nak makan meggi tak payah masa2 ke.. Kalau korang fikir macam tu korang memang silap lah.. Silap je tak dosa, so korang tak payah gabra okay.. Meh sini aku bagitau korang antara waktu2 yang 'afdal' untuk makan meggi..

Sebelum tu kena bagi korang meleleh air liur tengok gambar ni..hehe.

Dah meleleh ke belum..?? Eh2, ada yang dah pergi hidupkan kuali dah.. Nanti jangan lupa hulur2 dekat sini tau..hehe. Inilah dia masa2 yang bagi aku afdal untuk makan meggi..:

* Ketika tiada makanan yang sepatutnya untuk dimakan..
= Kalau korang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan ruji, terutama bagi student.. Korang memang digalakkan untuk makan meggi pada waktu itu.. Ini untuk membuat pelapik dekat perut korang tu, so nanti takdelah kebulur sangat..

* Kekurangan duit..
= Ini pun lebih kurang sama macam dekat atas tu.. Bila takde duit, maka tak boleh lah beli makanan yang sedap lagi menyelerakan.. Di saat itu meggilah yang menjadi pilihan, biasa untuk para student juga..

* Tengah malam..
= Masa ni ialah masa bagi mereka2 yang kedekut dengan member2 or adik2 sebab tak nak berkongsi meggi.. Dekat rumah aku selalu amalkan masa ni sebab dorang semua dah tidur..hehehe

Okay, cuma itulah jelah yang aku nak tulis.. Apa2 pun janganlah terlalu kerap sangat makan meggi ni sebab nanti boleh menyebabkan korang mengalami masalah dalam jangka masa yang lama.. Korang nak tau apa kesannya, err itu korang boleh tanya dekat pakcik google lah ye..^^

P/s (play station) : Meggi itu ialah makanan segera, makanan segera pun tak boleh diamalkan selalu tau.. Jagalah kesihatan anda..^^

Sunday, April 10, 2011

Mengapa kau pergi dulu...

Aku menyayangi diri mu umpama menatang minyak yang penuh.. Aku curahkan kasih sayang ku kepada diri mu yang sudah ku yakini menjadi milik ku.. Sudah ku laburkan semua benda yang ada didalam hidupku hanya untuk diri mu.. Namun mengapa kau sanggup mendustai diri ku..

kini aku kesunyian
Kau katakan bahawa kita akan kekal bersama.. Tapi ternyata itu hanya sandiwara mu sahaja.. Sandiwara yang sengaja kau lakukan agar aku tidak kecewa nanti.. Namun tindakan kau itu membuatkan aku memberi harapan yang tinggi kepada kau.. Tidakkah kau tau yang aku sangat sayang kepada dirimu..

Malam ini aku kesunyian.. Tiada lagi suara mu aku dengari.. Tiada lagi gelak tawa kita bersama seperti waktu dahulu.. Masih kah kau ingat ketika kita pergi ke taman.. Ya, taman yang pernah menjadi saksi untuk aku melamari mu demi menjadi penemanku sehingga ke akhir hayat.. Pada waktu itu kau pun tidak menjangkakannya bukan..

Tapi kenapa kau yang pergi dulu.. Kenapa kau perlu menipu diri aku ini.. Selama ini aku percaya kan diri mu.. Aku serahkan segala kepercayaan ku kepada dirimu.. Namun sanggup kau berbohong.. Bukan kah kita pernah berjanji untuk tidak merahsiakan apa2 demi perhubungan kita ini..

Terlampau payah bagi aku untuk menerima ketiadaan dirimu ini.. Hidupku memang ternyata lebih sunyi apabila ketiadaan dirimu.. Kalau lah boleh ku undurkan masa, pasti akan aku luangkan lebih masa untuk bersama mu.. Akan aku luahkan betapa aku cintakan dirimu..

Pulanglah kasihku.. aku terlalu rindu sangat padamu..

Si isteri : Bang..!! saya baru sehari tidur dekat rumah mak, tapi bercakap macam saya dah takde..grrr

Si suami : Eh ye ke, hehehe

Tamatlah perbualan antara suami isteri pada malam itu.. Salam malam buat korang ye..^^

Aku tak nak update blog hari ni..

Salam buat para readers yang sedang bersantai di rumah tu.. Hujung minggu ni korang terasa bosan ke..?? Kalau bosan korang dijemput untuk datang melawat ke blog aku ni hah.. Eh,2 korang dah datang rupanya, aku belum habis jemput lagi korang dah sampai ye..hehehe

Hari ni sebenarnya aku plan tak nak update blog.. Tapi apakan daya, blog ni mempunyai kuasa daya tarikan yang melampau2 sampai kan aku tidur malam tadi pun termimpi kan blog ni.. Dari pagi tadi aku buka blog ni tapi tak update apa2 sebab... Eh, kan aku dah cakap yang aku taknak upadate tadi..

Tapi bila aku tengok dekat Dashboard aku tu, korang semua asyik update je, ni yang buat aku jeles ni.. Walau macam mana pun untuk entry kali ni aku tak tau lah nak update apa sebab otak tengah blank.. Ditambah lagi dengan hari ni ramai pula sedara2 aku datang dekat rumah membuatkan aku sibuk..

Okay, cuma itu je yang aku nak tulis.. Kalau korang ada apa2 yang tak puas hati sila komen okay.. Eh, ada ke orang tak puas hati bila aku buat ertry macam ni.. Kalau ada sila bagi nama dan no ic ye..hehe, gurau je.. Salam istirehat buat korang semua ye..^^

P/s : Ini bukan update, ini cuma pemberitahuan sahaja..hehehe

Tolonglah pergi..T_T

Kenapa lah baru sekarang baru kau  nak datang.. Kenapa lah baru sekarang kau nak menunjukkan diri kau.. Aku tak nak kau lagi.. Aku tak nak kau datang menganggu hidup aku lagi.. Kehadiran kau ini hanya membuatkan diri aku menjadi tak tentu hala kau tau tak..

Aku tak tau apa kau nak, tapi setahu aku segala kemahuan kau sudah aku sediakan.. Kau mahukan makanan, aku dah bagi.. Kau mahukan tempat yang tenang, pun aku dah bagi walaupun sekejap sahaja.. Apa lagi yang kau nak, aku merayu pada kau jangan lah datang lagi..

Kau tau tak apa akan jadi bila kau datang.. Kau akan membuatkan segala kerja aku tergendala kerana terlalu melayan kerenah kau.. Aku tau yang aku tak patut layan kau.. Tapi semakin aku tak layan semakin kau mengada2 pula.. Sudah lah, aku dah penat tau tak..


Aku dah penat melayan sakit kepala ni.. huhuhu.. Aku tengah sakit kepala sekarang ni, tak boleh nak tidur, tak boleh nak buat apa2.. Sekarang ni pun mujur dah mula kurang sikit, kalau macam petang tadi.. Haish, tak dapat aku nak bayangkan sakitnya..

Lepas makan panadol petang tadi mahu jugalah tertidur, tapi bila malam ni datang lagi sakit kepala ni, macam mana nak tidur..?? Aarggh, tengah serabut sangat ni.. Sesiapa yang ada petua boleh turunkan sikit dekat aku.. Aku nak sakit kepala ni hilang dalam masa 5 saat dan lepas tu boleh buat mata laser...

Eh2, terover pulak aku mintak ni..hehe.. Jangan marah ye, okay lah aku nak pergi surf internet cari petua2 yang boleh aku amalkan buat malam ni.. Err, kata orang kalau setkan minda untuk tak rasa sakit, nanti menjadi, nak test lah.. Tak sakit kepala, tak sakit kepala, tak sakit kepala... Selamat malam korang..^^

Saturday, April 09, 2011

Bahasa tu boleh elok sikit tak..

Salam buat para readers yang setia menanti di blog aku ni hah.. Eh2, tengok tu ada orang yang dah tertidur lah sebab tunggu aku update entry.. Kesian betul orang tu, sesapa tolong kejutkan orang tu, suruh dia tidur dekat atas katil.. Nanti kalau tidur depan komputer meleleh pulak air liur dia, dah busuk pulak komputer kesayangan tu..

Okay, cukuplah apa benda yang aku mengarutkan dekat atas tu.. Kita teruskan ke sesi ke-2 kita... Err, sesi apa tu ye..?? Aku pun tak tau, ini pun baru first entry untuk hari ni... Maklumlah, kalau dah jadi popular ni memang sentiasa sibuk memanjang.. Korang tak tau ke aku ni seorang yang popular..??

Sebelum tu aku tanya korang dulu, umur korang berapa..?? 20, 18, eh, ada yang 70 tahun, tak sangka ada juga pembaca blog aku yang berusia macam tu.. Owh, patut lah korang tak tau, sebab aku cuma popular dikalangan budak2 yang berumur 3 ke 7 tahun je..

Ya, itulah topik yang aku nak bincangkan untuk entry kali ni.. Eh2 dah macam buat rancangan bual bicara pulak.. Tau tak apa tajuknya..?? Yelah2 aku bagitau lah, aku just nak tulis tentang bahasa yang kita gunakan dalam blog kita tu.. Tahukah anda susu tepung penting untuk tumbesaran anak anda..

Owh maaf ye, itu iklan sahaja.. Tahukah korang apakah golongan pembaca di blog korang..?? Kalau korang tanya aku memang aku akan jawab tak tau sebab aku tak buat poll tentang umur pembaca.. Tapi disini ada satu sahaja nasihat aku dekat korang semua.. Tak kisah lah korang nak amik atau tidak ye, aku tak paksa..

Silalah gunakan bahasa yang mudah difahami dan selesa dibaca.. Macam mana tu..?? Maksud aku kalau korang tulis tu, tulis lah ayat melayu biasa, bukan ayat melayu yang boleh buat lidah orang tergeliat untuk membacanya.. Kita bukan tau pembaca kita tu umur berapa, nanti manalah tau ada yang masuk hospital sebab lidah kejang akibat membaca ayat korang yang memang....(sambung sendiri okay..hehe)

Lagi satu gunakan bahasa yang sopan santun ibarat seorang gadis melayu terakhir gitu.. Itu bagi perempuan lah, kalau lelaki tulis ikut ayat perempuan, nanti boleh menimbulkan konflik dalaman pulak.. Seboleh2nya janganlah gunakan ayat yang kasar macam kertas pasir tu ye.. Bukan kah bahasa itu menunjukkan siapa kita..

Err, terpanjang pulak entry ni, ke memang entry biasa pun panjang macam ni.. Apa2 pun cuma itu jelah yang aku nak tulis buat siang ni, malam nanti kalau tak kena kacau dengan adik2 aku aku update lagi ye.. Salam sabtu buat korang semua..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...