Saturday, April 16, 2011

Khabar angin tentang diri aku..T_T

Aku tau lah yang aku hanya insan biasa sahaja.. Sama sahaja seperti korang semua yang sedang baca entry ini.. Tapi kenapa tetap ada juga yang nak menyebarkan khabar angin yang memang tak benar itu ke atas diri aku ini.. Apa salah aku dekat korang yang sanggup buat macam tu..

Aku ni bukannya famous, bukannya dikenali ramai.. Tapi kenapa masih ada juga yang mempunyai hati yang sebegitu.. Aku tak nak marah2 atau mengeluarkan kata2 kesat dekat orang tu sebab aku bukannya jenis macam tu.. Tak mengapalah, aku redha sahaja dengan semua itu..

sedih menghadapi ujian ni..
Puas sudah aku memujuk hati aku ini supaya bersabar dengan ujian yang berlaku ini.. Sampai aku dah tak tau macam mana aku nak pujuk hati aku ni dari meronta untuk pergi menjawab khabar angin yang telah dorang sebarkan tu.. Masa mula2 mungkin aku boleh pekakkan telinga aku ini, tapi jika selalu kena, siapa yang boleh tahan..

Aku rasa aku mungkin perlukan masa untuk memulihkan semua keadaan ini.. Apa yang aku mampu buat ialah bersabar sahaja.. Aku perlu pergi menenangkan fikiran ini dan untuk melakukan itu, mungkin ianya akan mengambil masa yang agak lama..

Sekiranya korang pun mendengar khabar angin itu, sila jangan percaya ye.. Sebab aku takut korang akan percaya dengan kata2 itu.. Aku dah terlampau malas untuk menjawab soalan yang sama setiap hari.. Sampai dekat wall facebook aku tu penuh dengan soalan tentang khabar angin tu..

Apa2 pun aku berharap yang diri aku ini akan dapat mengharungi ujian yang sedang melanda diri aku ini.. Owh ye, kalau korang dengar khabar angin yang mengatakan aku adalah seorang pelakon kacak yang bernama Aaron Aziz sila jangan percaya ye.. Sebab itu cerita itu tak betul..


Aku bukanlah dia
Kan aku dah cakap jangan percaya dengan khabar angin tu, yang korang pergi percaya juga kenapa.. Hahaha, sorilah korang sebab terpaksa membaca entry aku yang macam ni.. Aku tengah penat + boring malam ni, so tiba2 boleh terhasil entry ni.. Hari ni dah lah sibuk sangat, sampai nak update blog pun tak sempat.. Sory ye korang kalau ada yang tunggu aku update hari ni..

P/s : Err, ada sapa2 ke yang caya dengan khabar angin yang aku reka tu..^^

4 comments:

Keyla Frr . said...

HEIII , jangan sedih :)

amii afandi said...

hahahaa. ingat kena kutuk ke apa. cis. =.=''

anda selalu buat taktik sebegini.

farah wahedda said...

cisss ku sangka kan kne kutuk tapi rpenye2 lain pulek..huhuhuhu

Opah Kentang said...

khabar angin nie betul2 angin.hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...