Friday, April 22, 2011

Ini entry berhantu..

Ye, apa yang korang baca dekat tajuk tu adalah benda yang benar.. Kerana jika ianya tidak benar maka ia adalah satu lagi entry tipu lagi menipu yang dicipta oleh diri aku ini.. Tapi benda ni memang betul, korang nak tau tak kenapa dan macam mana entry ni boleh jadi berhantu..??

Bagi sesiapa yang dah tau tu sila duduk diam dekat atas katil tu, tak boleh baring, kena duduk juga..hehe. Kalau yang tak tau pulak korang boleh meneruskan perjalan hidup pembacaan korang itu.. Owh, ye, jangan lupa untuk menakut nakutkan diri sebab entry ni memang tidak lah seseram tajuk nya..

Siapa yang pernah buat entry berhantu ni memang taulah macam mana rasanya.. Ke korang pun tak tau rasanya macam mana.. Okay aku bagitau apa yang korang rasa jika korang pun buat entry berhantu ni.. Jika korang buat entry berhantu ni, korang akan berasa lega..

Kenapa nak berasa lega pulak..?? Sebabnya ialah entry ini tidak akan menganggu hidup korang, sebaliknya entry ini akan mengganngu dashboard2 follower korang.. Hah, seram tak bila membacanya..?? Apa, tak seram ke.. Laa, kan aku dah suruh korang seramkan diri korang tu..


Bagi yang tak tau apa benda entry berhantu ni.. Biar aku bagitau apa benda yang membuatkan entry ini berhantu.. Benda yang menyebabkan sesuatu entry itu berhantu ialah sebab entry ini akan muncul sendiri walaupun korang tengah tidur dengan lena pada masa itu..

Okaylah, aku guna bahasa biasanya, orang biasa panggil ianya sebagai entry autopost.. Autopost ni akan membolehkan entry yang korang nak tu diterbitkan pada waktu yang korang nak.. Macam entry ni, masa entry ni muncul, aku tengah lena bermimpi berjalan2 dengan awek ditepi pantai tau..hehe

Macam mana nak buat autopost ni..?? Korang taip entry korang macam biasa, lepas tu korang tekan dekat opsyen pilihan (aku punya bahasa melayu).. Pergi dekat tarikh dan masa catatan tu dan klik pada dijadualkan pada.. Korang setkan lah masa dan tarikhnya yang bila korang nak entry ni pergi menghantui dashboard follower korang tu..

Itulah dia cerita tentang entry berhantu aku pagi ni.. Pinjam tagline misteri nusantara " Jangan biarkan hidup anda diselubungi, misteriiiii......"

4 comments:

farah wahedda said...

UUUUUU sungguh mengerunkan..ape tujuan dy buat post macam tu?? hehe

cik ina said...

thanx kongsi info :)))

NUR AYNIE said...

takutnyerrrr~~~ aaaaa....larikkkkkk

mykhalis said...

khalis selalu guna autopost..untuk memudahkan fokus pada BW..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...