Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, September 04, 2015

[Facts Friday] Fakta menarik tentang Malaysia

Salam dan hai kepada para readers semua...
Memandangkan Hari Kemerdekaan baru sahaja berlalu, jangan lah kita lupa pula yang negara kita ini akan menyambut satu lagi hari bersejarah iaitu Hari Malaysia. Sempena hari itu, aku kongsikan sedikit beberapa fakta menarik yang berkaitan dengan negara Malaysia yang kita semua cintai.

- Malaysia secara rasminya mencapai kemerdekaan daripada kerajaan British pada 31hb Ogos, 1957.

- Malaysia mula dijajah pada tahun 1511 dengan jatuhnya kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis.

- Kesultanan Kedah adalah salah satu kesultanan tertua di dunia (tahun 1136).

- Setakat tahun 2009, jumlah penduduk Malaysia adalah seramai dua puluh lapan (28) juta orang (tidak termasuk pendatang asing).

- Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook tertinggi di Asia.

- Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjalankan pilihanrayanya sendiri secara berasingan.

- Tapak bangunan KLCC sekarang sebelum ini adalah merupakan bekas tapak Kelab Lumba Kuda Selangor yang telah dipindahkan ke Seri Kembangan, Selangor.

- Cuti umum hari keputeraan Yang Dipertuan Agong telah ditetapkan pada 2hb Jun setiap tahun walaupun hari keputeraan baginda yang sebenar bukan jatuh pada hari tersebut.

- Pemandu Malaysia lebih gemar membayar tunai di plaza-plaza tol dari menggunakan sistem Touch N' Go atau Smart Tag walaupun terdapat barisan yang panjang di lorong tunai tersebut.

- Malaysia masih belum pernah memenangi pingat emas dalam mana-mana acara kejohanan sukan Olimpik.

Okay, cuma itu je fakta yang aku senaraikan dekat sini. Kalau korang rajin lagi nak tau fakta-fakta lain yang berkaitan dengan negara Malaysia ni, korang boleh pergi dekat blog 1000 Fakta Tentang Malaysia. Ye, aku cuma copy paste je fakta-fakta dekat atas tadi dari blog tu. Nampak sangat pemalas ya amat tuan blog ni kan.

P/s : Masa Hari Kemerdekaan tu korang pergi tengok perarakan tak.??

Thursday, August 27, 2015

[Tutorial Thursday] Cara keluarkan hidden file

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku rasa korang mesti pernah guna pendrive korang nak ambil benda macam lagu atau gambar, tapi sebaik sahaja korang masukkan pendrive korang tu, tiba-tiba pendrive korang tu menjadi kosong. Korang tak dapat jumpa benda yang korang nak cari tu. Bukan setakat benda yang korang cari tu je, tapi semua benda dalam pendrive tu seolah-olah tidak pernah wujud.

Aku selalu kena benda macam tu, biasanya terjadi selepas aku menggunakan pendrive itu di Cyber Cafe yang tak lah begitu Cyber sangat. Bila aku guna dekat komputer aku, abis semua data aku hilang. Tapi bila tengok dekat properties pendrive tu, masih ada lagi datanya. Jadi kalau korang pun ada masalah macam yang aku kena ni, kat sini aku tunjukkan cara untuk betulkan.

Pergi ke Start >> All Programs >>  Accessories >> Pilih Command Prompt
- Atau cara yang lebih senang, korang tekan Start dan dekat kotak search tu korang taip cmd, kemudian korang pilih lah Command Prompt tu.

Pergi ke My Computer
- Korang tengok pendrive korang tu dekat drive yang mana, kalau macam aku punya (E:)

Taip E: (atau drive mana yang korang nak)
- Tekan enter dan korang nampak dekat command prompt tu akan tunjuk E:\>

Sekarang taip attrib -h -r -s /s /d E:\*.*
- Dan tekan enter lagi, korang akan perasan yang benda kelip-kelip tu turun ke bawah. Korang tunggu sampai jadi macam ni.

Tengok dekat pendrive korang tu
- File atau data yang disorokkan tu dah boleh nampak.

Sebelum
Selepas
Scan virus dekat pendrive korang tu sebab biasanya virus akan menyorokkan file sebenar dan menjadikan file tadi sebagai shortcut. Tapi seeloknya korang scan jelah semua pendrive yang masuk dekat komputer korang tu. Sebab kalau virus dah masuk dalam komputer, entah apa lah jadi untuk jangka masa yang lama.

P/s : Masa first time aku kena jadi macam ni, aku terus format sebab tak tau nak buat apa..huhuu

Tuesday, August 25, 2015

[Tech Tuesday] Solar Pod, rumah bergerak.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Kalau kita pergi berkhemah mesti kita tak jumpa khemah yang moden, bergaya dan juga style kan. Tapi yang ini lain, sebab ini ialah "rumah bergerak" yang lain dari yang lain. Memang lah ianya nampak kecil dan tak sesuai untuk tinggal lama-lama. Tapi Solar Pod ni sesuai lah kalau nak dibawa ketika pergi berkhemah atau membuat aktiviti luar.

Berkhemah tanpa menggunakan elektrik memang agak susah bagi kebanyakan orang. Inilah yang menjadi penyebab bagi pembuat Solar pod ini membina rumah yang boleh menggunakan elektrik dengan hanya mengumpulkan tenaga solar sahaja.

Dengan bentuk yang diambil seakan-akan gaya model dari era masa depan, ianya bukan kerana dibuat secara suka-suka. Tetapi ia mengambil kira jangka masa benda ini boleh digunakan kerana dianggarkan rumah ini mampu bertahan sehingga beberapa generasi.

Menggunakan bahan yang mampu tahan lama, sesuai dengan keadaan sekeliling dan juga mesra alam, Solar Pod ini dianggap sebagai rumah yang berteknologi hijau. Walaupun ada yang mengatakan rupanya tidak sesuai dengan kehendak sesetengah orang, tetapi ianya agak bersesuai mengikut peredaran masa.

P/s : Hmm, aku dah lama tak pergi berkhemah, kena ajak member ni..

Friday, August 21, 2015

[Facts Friday] Fakta menarik tentang telefon bimbit dan smartphone

Salam dan hai kepada para readers semua...

Handphone, smartphone, mobile phone merupakan alat komunikasi yang menjadi salah satu kemudahan asas pada masa kini. Ni apa kes guna ayat dalam majalah IT ni.?? Okay, aku guna ayat biasa aku lah ye. Hampir kesemua orang memiliki smartphone, korang yang tengah baca ni pun mesti ada smartphone dekat depan korang kan.?? Eleh, nak nyorok kan pulak, aku boleh nampak lah.

Tapi korang tau tak yang ada banyak fakta-fakta menarik tentang smartphone ni yang mungkin boleh menarik minat korang untuk ambik tau. Dekat sini aku listkan beberapa fakta tentang smartphone yang mana sebenarnya aku jumpa artikel tentang tajuk ni dekat website orang lain.


* Baling telefon jadi acara sukan.
- Di Finland, mereka menjadikan acara membaling telefon bimbit sebagai salah satu acara untuk sukan tahunan mereka. Kalau kat sini aku tengok bukan acara membaling, tapi acara menjatuhkan telefon adalah.

* Purata membuka smartphone
- Dianggarkan purata setiap orang akan membuka kunci smartphone mereka sebanyak 110 kali setiap hari. Itu baru membuka kunci, kalau menaip mesti lagi banyak kali..

* Sasaran virus malware pada pengguna smartphone
- Sebanyak 99% sasaran untuk virus malware pergi kepada pengguna android. Patut lah tiap kali bukak website guna smartphone ada banyak iklan bersihkah malware.

* Pengguna tidak download apps (aplikasi)
- Setiap bulan, seramai 65% pengguna smartphone tidak mendownload apps. Aku selalu download, tapi lepas install aku buang balik, sebab nak jimat memori.huhuhu

* Nomophobia
- Nomophobia ialah ketakutan apabila seseorang itu tidak dapat pegang telefon dia atau pun telefon dia takde line. Aku rasa aku tergolong dalam ni kot, sebab aku paling takut kalau tak dapat line internet.

* Telefon kalis air.
- Di Jepun, 90% telefon mereka kalis air kerana ramai penggunanya selalu menggunakan telefon walaupun ketika mandi. Aku nak basahkan jam tangan pun tak berani, inikan pulak handphone.

Haa, macam mana dengan fakta-fakta yang korang baca tadi.? Ada rasa macam best tak, atau ada rasa macam dah pernah baca semua ni.? Kalau yang belum pernah baca, aku harap info ni dapat memberi ilmu dekat korang dan kalau yang dah pernah baca, aku harapkan benda yang sama jugak lah..

P/s : Aku dengar orang cakap yang jangka hayat smartphone ni cuma 2 tahun je ye.??

Thursday, August 20, 2015

[Tutorial Thursday] Cara cari telefon hilang

Salam dan hai kepada para readers semua..

Pernah tak korang menghadapi masalah, okay semua orang pernah ada masalah. Tapi masalah yang aku maksud kan ialah masalah lupa tempat letak telefon. Dan lagi teruk lagi masalah tu bila telefon tu dalam keadaan mode silent. Haa, mesti ada yang pernah menghadapi situasi seperti itu kan.?? Kalau ada, tahniah aku ucapkan kerana korang bertuah membaca entry ini.

Hari ni aku nak share kan dekat korang cara untuk cari telefon korang yang hilang disebabkan salah letak atau pun telefon tu pergi menyorok sendiri. Aku dah biasa dah kena situasi macam tu, tapi dulu lah sebab dulu aku suka letak telefon aku merata-rata. Sekarang ni aku dah ada tempat khas, jadi takde lah bersepah-sepah telefon aku tu.

* Bukak Google Play dekat dekstop atau laptop browser korang.
* Pergi ke Android Device Manager atau pun korang klik je dekat tulisan warna biru tu.
* Login guna akaun Gmail yang korang gunakan dekat dalam telefon korang tu.
* Pilih 'Ring'.

Selepas itu, telefon korang akan berbunyi selama 5 minit dan dalam masa itu boleh lah korang cari dekat mana telefon tu pergi menyorok. Aku dah try tadi dan ianya memang menjadi, walaupun aku dah silent kan telefon aku, tapi boleh jugak berbunyi lepas aku klik 'Ring' tadi.

Selain itu, kalau korang rasa yang telefon korang dicuri atau tercicir dan hilang ke. Korang boleh guna cara yang sama macam dekat atas tadi untuk mengesan dan siap tengok dalam Google Map dimanakah letaknya telefon tu. Kalau tak silap aku ada fungsi format telefon, jadi bila telefon tu kena curi, korang boleh lah buang semua data-data korang yang ada dalam telefon tu.

P/s : Tapi kalau telefon tu dah off, rasanya tak boleh buat apa kot..

Tuesday, August 18, 2015

[Tech Tuesday] Teknologi pada tahun 2020

Salam dan hai kepada para readers semua...

Tahun 2020, tinggal lagi 5 tahun je lagi kita akan sampai ke tahun itu. Cepat sangat masa berlalu dan sama lah juga dengan teknologi yang semakin hari semakin pesat berubah. Korang ingat lagi tak 5 tahun dulu teknologi macam mana rupanya.? Kalau 5 tahun dulu, aku memang tak pernah pun terfikir tentang smartphone, smartwatch., tapi sekarang semua tu dah ada.

Jadi, korang nak tau tak apakah teknologi yang bakal atau kemungkinan akan keluar pada tahun 2020.? Okay, dekat sini aku akan share kan dekat korang. Lepas baca nanti boleh lah korang bayangkan macam mana lah tahun 2020 tu akan jadi nanti.hehehe

* Penggunaan telefon pintar semakin meluas.
- Mungkin sekarang ni kita tengok penggunaan telefon memang sudah meluas, tapi pada masa akan datang penggunaan telefon canggih atau pintar yang akan semakin meluas. Orang-orang tua yang duduk dekat kampung pun nanti dah pandai main skype, chatting. Yelah, lagi pun orang-orang tu masa tu pun kita-kita jugak kan..

* Perkembangan penggunaan tenaga solar
- Oleh kerana sumber asli semakin berkurang, maka akan banyak negara akan mula beralih kepada sumber yang boleh diperbaharui. Contohnya macam tenaga solar, bila sudah banyak penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, jumlah kos pengunaan akan semakin berkurang. So, korang dah tak payah lah nak marah-marah sebab harga bil naik.hehehe



* Semakin banyak penyakit dapat dirawat
- Para saintis dan doktor tidak pernah berhenti daripada menghasilkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit-penyakit yang muncul. Jadi mungkin pada masa akan datang, penyakit kronik pada masa kini akan mudah diubati. Entah-entah, masa tu nanti kalau demam pun cuma makan sebijik pil je, terus sihat..

* Teknologi kereta pandu sendiri.
- Aku dah pernah cerita tentang Autonamous Car ni dekat entry lepas. Jadi pada tahun itu nanti, mungkin pengunaan nya di jalan raya sudah bermula. Tapi untuk ia digunakan secara meluas, aku rasa belum lagi kot. Kalau dah meluas, baru lah dapat merasa tidur masa pandu kereta..

* Internet percuma dimana-mana sahaja.
- Sekarang sudah ada rancangan untuk mewujudkan rangkaian internet percuma secara meluas tanpa batas negara. Kemungkinan untuk membuat internet percuma tanpa sempadan ini boleh berlaku pada tahun 2020 nanti. Aku rasa pada masa tu nanti, kita dah tak payah bayar bil internet sebab mungkin bil tu masuk terus dalam cukai je.

Sebenarnya semua andaian ni berdasarkan pemikiran aku je, tapi tadi aku check yang orang lain pun ada pikir macam aku jugak. Kalau ikut korang pulak, masa tahun 2020 tu nanti teknologi apa yang akan ada.??

P/s : Aku tak sabar nak tunggu internet percuma tu, mintak-internet nya laju.hehehe

Friday, August 14, 2015

[Facts Friday] Fakta ringkas untuk korang.

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hmm, hari ni macam malas pulak nak cari fakta tentang sesuatu topik. Kalau macam tu nak bagi fakta apa ye dekat entry kali  ni? Haa, apa kata kalau aku bagi fakta yang pendek-pendek je dekat korang semua.. Err, bukan lah fakta orang pendek, kalau yang itu lain hari nanti baru aku buat. Okay lah, korang teruskan lah pembacaan korang ye.
- Purata untuk seseorang manusia itu bernafas sepanjang hidupnya adalah sebanyak 5 juta kali.
= Haa, korang agak-agak korang dah benafas berapa banyak kali.??

- Bulan yang bermula pada hari ahad, pasti akan mempunyai hari jumaat dengan tarikh 13 hari bulan.
= Betul lah, aku dah buat kira-kira dengan menggunakan teori algoritma dan fakta ni memang betul.

- Air Coca Cola akan berwarna hijau jika tidak diletakkan bahan pewarna.
= Kalau korang tak dapat bayangkan, korang tengok je air Mountain Dew tu.

- Lipas boleh hidup beberapa minggu selepas kepalanya terputus.
= Kalau lipas-lipas lain jumpa lipas yang takde kepala tu berjalan, mesti dia ingat itu hantu.

- Gula-gula getah yang paling lama sekali berumur 9000 tahun
= Ni menunjukkan yang orang dulu-dulu suka buang gula-gula getah merata tempat.

- 1 daripada 5 orang dewasa percaya dengan kewujudan makhluk asing yang hidup di bumi ini.
= Aku dengan 3 orang kawan aku tak percaya, haa mesti korang percaya ni.hehehe

- Gajah ialah satu satunya haiwan darat yang tidak boleh melompat.
= Ish, kalau dia boleh melompat lah, mesti banyak lubang-lubang dekat tempat dia mendarat.

- Seperti cap jari, lidah untuk setiap orang juga berbeza.
= Aku tak tau lagi, sebab aku pun belum tengok lidah orang lain macam mana.

- 11% manusia di bumi ini kidal.
= Aku sebenarnya kagum dengan orang kidal, sebab aku tak boleh tulis guna tangan kiri..

- Mustahil untuk orang bersin ketika membuka matanya.
=  Aku dah lama nak try buat ni, tapi asyik lupa je nak tahan mata bila bersin.

P/s : Cukup lah untuk fakta-fakta ni, lain kali kalau aku malas lagi aku buat fakta ringkas macam ni.

Tuesday, August 11, 2015

[Tech Tuesday] Autonomous car, kereta pandu sendiri.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Cuba korang bayangkan masa korang tengah memandu tu, tiba-tiba ada kereta sebelah memotong. Macam biasalah, korang mesti tak kisah kan sebab kereta tu lagi laju dari kereta korang. Tapi macam mana pulak masa kereta tu tengah potong kereta korang, korang nampak yang dekat tempat duduk depan takde orang. Atau pun korang nampak yang pemandunya tengah tidur.?

Hehehe, korang jangan risau ini bukan entry seram atau merepek. Tapi korang tau tak yang sekarang ni sudah ada kereta yang yang boleh memandu secara automatik. Maksud aku, korang cuma perlu setkan destinasi korang dan kereta itu sendiri akan memandu tanpa korang perlu kawal. Haa, itu lah teknologi untuk kereta yang sudah sedia ada. Cuma buat masa ni, kereta-kereta itu masih lagi dalam kajian.

Kemungkinan kereta itu akan mula keluar dipasaran dalam lingkungan 5 - 10 tahun lagi. Syarikat-syarikat besar seperti Mercedes, BMW, Google dan juga Tesla telah mengeluarkan model kereta yang mempunyai teknologi pandu sendiri. Namun sebelum kereta seperti itu dipasarkan, terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan, contohnya berkenaan undang-undang jika berlaku kemalangan.

Mercedes Autonomous car

BMW Autonomous car

Google Autonomous car
P/s : Agaknya kalau kereta yang pandu sendiri, statistik kemalangan akan meningkat atau menurun.?

Friday, August 07, 2015

[Facts Friday] Fakta menarik tentang kereta.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Kereta merupakan kenderaan utama pada masa kini. Setiap hari akan keluar sahaja kereta baru dan memasuki ke jalan-jalan raya. Jadi kat sini aku kongsikan sedikit beberapa fakta menarik tentang kereta yang mungkin korang tau atau mungkin korang tak tau.

* 1 billion kereta digunakan setiap hari.
- Purata dianggarkan hampir 1 billion kereta digunakan oleh manusia disetiap negara atas bumi ini.

* Masa untuk kereta pergi ke bulan
-  Kalau kereta boleh pergi ke bulan, ia mengambil masa selama 6 bulan dengan kelajuan 60mph atau pun 95km/jam.

* Jumlah bahagian kereta.
- Kereta biasa mempunyai 30,000 bahagian. Siapa lah yang rajin sangat tanggalkan satu persatu kereta tu.

* Kemalangan kereta pertama.
- Kemalangan kereta pertama telah dicatatkan berlaku pada tahun 1891, di Ohio.

* Salah bawak kereta kotor.
- Di Rusia, menjadi satu kesalahan jika pemandu membawa kereta yang kotor dan tidak dicuci. Kalau dekat sini tak payah risau, setiap tempat ada je kedai cuci kereta.

* Jangka hayat kereta.
- 95% jangka hayat kereta hanya berada di tempat parking sahaja. Jadi, rajin-rajin lah korang bawak kereta korang tu jalan-jalan.

* Jumlah kereta di Los Angeles.
- Di Los Angeles, jumlah kereta telah melebihi daripada jumlah penduduk di negeri itu. Tak tau lah kalau kereta rosak pun dikira jugak.

* Kereta dan pencemaran.
- Pada awal abad ke-20, kereta kuda dikatakan telah mencemarkan alam sekitar kerana najisnya yang berada dimerata-rata tempat, jadi penggunaan kereta pada masa itu dilihat lebih mesra alam.

P/s : Aku ni nak bawak kereta pun tak tau..huhuhu

Thursday, August 06, 2015

[Tutorial Thursday] Cara letak widget follow untuk blogspot.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Okay, ni ada satu cerita sikit macam mana boleh terhasilnya tutorial kali ni. Mulanya macam ni, semalam aku saja lah godek-godek blog ni, kononnya nak tukar lah apa yang patut. Sekali buang sana, buang sini, terbuang lah widget Follow tu. Haa, menggelabah lah aku ibarat cacing kepanasan, lepas tu aku nak letak lah balik widget Follow tu, tapi tak jumpa pulak.

Namun setelah beberapa purnama aku mencari, okay lah sebenarnya tak sampai sejam pun aku cari dan akhirnya aku jumpa jugak kat mana widget Follow tu menyorok. Korang tau tak berapa gembiranya aku apabila aku menemui widget tu, aku hampir-hampir menitiskan air mata tanda kegembiraan. Err, ni entry tutorial or entry merapu ni.?? Okay, sambung balik tutorial aku.
Aku tak nak guna Google+ Followers tu sebab cuma orang yang ada Google+ je yang boleh add.
Mula-mula korang pergi je dekat bahagian Layout tu dan korang tekan lah Add a Gadget tu dan nanti akan keluar lah pop-up skrin yang menunjukkan pelbagai jenis widget untuk blog korang. Kemudian korang pilih pulak More Gadgets dekat bahagian kiri skrin tu. Selepas itu, korang scroll je ke bawah, dan korang akan nampak disitu lah widget Followers menyorok.
Haa, tekan dekat More Gadgets tu.

Tengok, dekat bawah sekali dia menyorok.
Sebenarnya aku tak sure kalau ada orang nak guna tutorial ni atau tak, kalau bermanfaat untuk orang lain bagus lah, tapi kalau takde pun boleh juga buat tambah aku punya entry.hahahaha. Jadi, sampai disini sahaja entry tutorial untuk minggu ni, nak kena cari bahan untuk entry minggu depan ni, kalau tak entah tutorial mengarut apa yang aku bagi korang baca.

P/s : Kalau dulu widget Followers tu ada dekat bahagian Basic, sekarang dah tukar pulak

Tuesday, August 04, 2015

[Tech Tuesday] Apa itu RAM dan ROM

Salam dan hai kepada para readers semua...

Untuk entry Tech Tuesday minggu ni aku nak share kan sedikit ilmu pengetahuan aku tentang komputer ni. Untuk orang yang biasa menggunakan kan komputer ni mesti tau apa itu ROM dan juga RAM kan.?? Tapi kalau ada yang tak tau pun takpe sebab dekat entry ni aku memang nak jelas kan dekat korang apa kah perbezaan kedua-dua menatang benda ni.

RAM (Random Access Memory)
- RAM boleh menyimpan dan juga menulis data secara rawak dan bila-bila masa.
- RAM ialah memory untuk OS (Operating System), ia digunakan ketika memprogram dan juga memproses software ketika komputer hidup.
- RAM bersifat volatile atau pun sementara, memory data hanya tersimpan ketika komputer hidup dan jika komputer tertutup atau mati, data tadi akan hilang.
- RAM mempunyai 2 jenis
  * Static RAM
  * Dynamic RAM

ROM (Read Only Memory)
- ROM ialah tempat simpanan data yang susah untuk diprogram kan.
- ROM juga ialah tempat memory yang telah tersedia didalam komputer untuk digunakan ketika menghidupkan komputer.
- ROM hanya boleh membaca memory data sahaja.
- ROM bersifat non-volatile atau pun kekal, memory data tadi akan kekal walaupun komputer tadi telah terputus bekalan elektrik.
- ROM mempunyai 3 jenis
  * PROM (Programmable ROM)
  * EPROM (Erasable Programmable ROM)
  * EEPROM (Electrical Erasable Programmable ROM)

P/s : Kalau untuk orang yang nak cari komputer untuk gaming, better tengok dekat bahagian RAM, makin tinggi RAM, makin laju game korang main.

Friday, July 31, 2015

[Facts Friday] Fakta tentang facebook

Salam dan hai kepada para readers semua...

Semua orang tau tentang Facebook kan, dan aku rasa semua orang ada akaun Facebook. Aku pun ada juga akaun Facebook, tapi dah berapa bulan dah aku tak bukak. Tak tau lah kenapa aku malas sangat nak hadap Facebook tu, mungkin diatas faktor desakan hidup kot.hahaha. Kali ni aku nak share dekat korang beberapa fakta yang berkaitan dengan laman sosial Facebook ni..
Masa aku mula2 berfacebook dulu, benda ni selalu jadi.
Godam atau hacking
Setiap hari, sebanyak 600,000 cubaan telah dibuat untuk menggodam akaun Facebook, mungkin salah satu cubaan tu untuk godam akaun Facebook korang..

Bahasa lanun
Korang tau tak yang korang sebenar nya boleh tukarkan bahasa dekat Facebook tu dengan menggunakan bahasa lanun atau pirate language. Tapi bahasa lanun english lah, aku tak sure ada bahasa lanun melayu.

Facebook dan smartphone
Purata bagi seorang yang menggunakan Facebook di telefon pintar atau smartphone ada lah selama 14 jam untuk satu hari. Jadi lagi 10 jam tu korang gunakan untuk makan dan juga tidur..

Unfriend untuk selamanya
Terdapat beberapa kes yang orang sanggup membunuh cuma kerana mangsa tidak kawan atau unfriend suspek di laman Facebook. Tapi kalau sampai sanggup membunuh, memang patut lah orang tu kena unfriend.

Tekanan perasaan
Mengikut satu kajian, 1 daripada 3 orang akan berasa tertekan setelah masuk ke laman Facebook. Mungkin sebab orang tu tertengok gambar ex dorang kot, sebab tu dia tertekan..hehehe

Warna biru Facebook
Warna biru dipilih menjadi warna tema Facebook adalah kerana Mark Zuckerberg mengalami masalah rabun warna hijau dan merah. Agaknya sume benda yang dia pandang warna biru je kot..

Facebook di block
Negara China telah menghalang penduduknya dari mengakses Facebook, Twitter, dan New York Times sejak dari tahun 2009 lagi. Adakah dorang masih lagi menggunakan myspace.??

Lempang kalau nampak main Facebook
Seorang blogger telah mengupah seorang perempuan untuk melempang dirinya jika dia dilihat bermain Facebook. Agak-agaknya ada blogger kat Malaysia nak buat camtu.??

Like button
Pada asalnya, nama untuk "Like" button dipanggil sebagai "Awesome" button. Mungkin dorang tukar sebab panjang sangat awesome tu..

Waris kan Facebook akaun
Facebook ada ciri baru yang membolehkan korang untuk mewariskan akaun Facebook korang kalau korang meninggal dunia.. Aku baru tau pasal ni, tapi kalau betul boleh lah mintak orang tu deletekan akaun facebook aku..

Aku share kan fakta tentang Facebook sampai sini je, tapi kalau korang nak baca lagi banyak, korang boleh pergi dekat link ni je..
Sumber artikel.. 36 fakta tentang Facebook.

P/s : Facebook page untuk blog ni pun aku dah lama tak tengok, maybe aku patot delete je kot..

Thursday, July 30, 2015

[Tutorial Thursday] Cara cantikkan telur rebus

Salam dan hai kepada para readers semua...

Korang mesti pernah pergi kenduri kahwin dan dapat bunga telur kan. Biasanya telur rebus tu korang akan simpan dalam peti ais sebab korang belum lagi rasa nak makan telur tu. Tapi lepas lama-lama tersimpan, korang pun akan buang telur rebus tu sebab dah takde tempat nak letak telur biasa. Kalau nak bagi budak-budak makan pun kadang-kadang dorang makan sikit je.

Jadi hari ni aku nak ajar korang macam mana nak cantikkan telur rebus tadi tu dan lantas dapat menarik minat orang untuk memakannya.. Korang dah sedia ke belum nak membuat eksperimen terhadap telur-telur rebus yang tersimpan dalam peti ais korang tu.?? Kalau dah sedia, sila teruskan pembacaan korang ni..

Bahan-bahan :
- Telur rebus
- Pewarna makanan

Cara-cara:
- Korang retakkan kulit telur rebus yang korang ada tadi dengan menggunakan sudu atau korang hentakkan ke lantai je. Tapi jangan sampai tertanggal kulitnya tu.

- Kemudian, korang pilih lah pewarna makanan mana yang korang nak gunakan. Kalau ada macam-macam warna, korang gunakan je semua..

- Selepas itu, korang sapukan perwarna makanan tadi dekat kulit telur rebus yang dah retak tadi. Korang sapukan gunakan sudu boleh, gunakan tangan pun boleh tapi nanti tak boleh hilang pulak warnanya.

- Dah warnakan kulit telur tadi, korang bilas dengan air biasa dekat sinki rumah korang. Tapi kalau korang nak guna sinki rumah jiran pun boleh jugak, cuma pastikan yang korang dapat izin dulu lah.

- Bila dah siap basuh, korang keringkan sebentar di tempat-tempat yang boleh mengeringkan telur tadi. Kalau rajin sangat, korang guna hair dryer pun boleh je.

- Last steps, korang buangkan lah kulit telur tadi dan korang lihat lah hasil nya.

Okay, korang boleh lah tunjukkan dekat budak-budak tadi dan sudah pasti mereka akan makan telur rebus tadi dengan lahapnya. Bukan setakat budak-budak je yang tertarik, mesti jiran sebelah yang korang tumpang sinki tadi pun akan turut sama menikmati telur rebus yang telah korang ubah ni..Owh ye, sebenarnya aku belum cuba buat lagi dan aku harap siapa-siapa yang dah makan telur tu tak menghidap penyakit kronik lah ye.hehehe

Dah macam telur dinosaur pulak aku tengok.
P/s : Aku konfius nak letak kan entry ni dekat wordless wednesday or tutorial thursday..

Tuesday, July 28, 2015

[Tech Tuesday] 10 smartphone paling top masa kini.

Salam dan hai kepara para readers semua...

Smartphone merupakan satu alat komunikasi yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Setiap tahun akan ada sahaja muncul model-model smartphone baru yang akan dijual dipasaran. Terlalu banyak model smartphone yang ada sekarang tapi korang tau tak yang manakah menjadi pilihan orang ramai.? Kat sini aku tunjukkan smarphone apa yang paling popular pada masa ini.

No.10 - Nexus 6
OS: Android 5 | Screen size: 5.96-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB | Battery: 3,220mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 2MP

No.9 - Sony Xperia Z3
OS: Android 5 | Screen size: 5.15-inch | Resolution: 1920 x 1080 | Memory: 3GB | Storage: 16GB/32GB | Battery: 3,100mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 2.2MP

No.8 - iPhone 6 Plus
OS: iOS 8 | Screen size: 5.5-inch | Resolution: 1920 x 1080 | Memory: 1GB | Storage:16GB/64GB/128GB | Battery: 2,915mAh | Rear camera: 8MP | Front camera: 1.2MP

No.7 - Samsung Galaxy Note 4
OS: Android 5 | Screen size: 5.7-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: removable 3,220mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 3.7MP

No.6 - Sony Xperia Z3 Compact
OS: Android 5 | Screen size: 4.6-inch | Resolution: 1280 x 720 | Memory: 2GB | Storage: 16GB | Battery: 2,600mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 2.2MP

No.5 - HTC One M9
OS: Android 5 | Screen size: 5-inch | Resolution: 1920x1080 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: 2840mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 4MP

No.4 - Samsung Galaxy S6 Edge
OS: Android 5 | Screen size: 5.1-inch | Resolution: 1440 x 2560 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB/128GB | Battery: 2560mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 5MP

No.3 - LG G4
OS: Android 5.1 | Screen size: 5.5-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: removable 3,000mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 8MP

No.2 - iPhone 6
OS: iOS 8 | Screen size: 4.7-inch | Resolution: 1334 x 750 | Memory: 1GB | Storage:16GB/64GB/128GB | Battery: 1,810mAh | Rear camera: 8MP | Front camera: 1.2MP

No.1 - Samsung Galaxy S6
OS: Android 5 | Screen size: 5.1-inch | Resolution: 1440 x 2560 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB/128GB | Battery: 2550mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 5MP
P/s : Haish, gambar-gambar semua ni buatkan aku nak beli phone baru lah..huhuhu

Friday, July 17, 2015

[Facts Friday] Amalan Sunat Di Aidilfitri

Salam dan hai kepada para readers semua..

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua para pembaca, tapi kalau masa korang baca ni hari raya haji, selamat hari raya haji aku ucapkan. Tapi macam mana pulak kalau masa korang baca ni takde hari yang special.? Kalau macam tu aku wish selamat sejahtera jelah ye..hehehe. Kali ni aku nak share dekat korang antara amalan sunat di hari raya. Jadi, teruskan pembacaan korang kalau nak tau..


Antara amalan sunat di hari raya aidilfitri.
Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

Memakai pakaian baik dan juga wangian
Disunatkan kaum muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

Menghidupkan malam raya dengan beribadah
Jika sepanjang Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

Makan sebelum solat sunat hari raya

Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

Bergembira di hari raya

Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, maka tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam. 

Ada banyak lagi perkara sunat yang korang boleh buat, kalau korang nak tau korang tengok dekat blog  tempat aku amik artikel ni.

Sumber blog : 10 amalan sunat Rasulullah di hari raya aidilifiti

P/s :  Ada yang terlupa solat hari raya ke tadi.??hehehe

Thursday, July 16, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Remove Write Protection

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku dah pernah buat entry tentang cara untuk buang write protection dekat kad micro SD. Walaupun ada orang yang berjaya mengikut tutorial tu, tapi masih ada juga yang gagal. Hehehe, suka-suka aku je cakap orang gagal, mungkin kena guna cara lain kot. Jadi dekat sini aku tunjukkan cara yang mungkin berjaya, sebab aku pun tak try lagi buat cara ni..

Cara ni memerlukan korang untuk masuk ke dalam registry. Apa itu registry..? Registry ialah tempat simpanan data (database) untuk OS Windows. Ia mengandungi semua jenis maklumat dari segi system, hardware dan juga program yang kita install. So, korang jangan pandai2 nak main uba-ubah dekat tempat ni. Okay, teruskan kepada tutorial kita.

Klik dekat Start Menu korang dan taip regedit dekat dalam ruangan Search for programs and files. Korang akan jumpa macam dalam gambar ni.

Tekan butang Enter. Registry Editor akan terbuka. Dekat bahagian kiri tu, ada ikon komputer dan bawah nya ada banyak folder kan. Okay, korang cari folder berdasarkan urutan dibawah ni.

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies 

Sampai korang jumpa nama ni, WriteProtect .

Kalau korang jumpa benda tu, korang right click dekat benda tu dan pilih Modify.

Sekarang, korang mungkin akan nampak nilai yang ditulis tu disetkan kepada nombor 1. Nombor 1 bermaksud yang korang nak kad atau pendrive korang di write protect kan. Jadi, korang tukarkan no 1 tadi kepada nombor 0. Nombor 0 bermaksud yang korang tak nak gunakan write protect, lepas tu tekan lah butang OK.

Tutup Registry tadi dan cabut pendrive atau kad SD korang. Lepas tu korang pasang balik, dan tengok, menjadi tak cara tu. Kalau menjadi, tahniah lah aku ucapkan. Tapi kalau tak menjadi jugak, aku cadangkan korang tengok dekat website ni, dia ada banyak cara untuk menghadapi masalah write protect ni.
>> How to fix write protection

P/s : Kalau menjadi lah cara ni, korang bagitau aku ye. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2015, maaf zahir dan batin.

Tuesday, July 14, 2015

[Tech Tuesday] Benda Yang Kena Tahu Sebelum Membeli Komputer

Salam dan hai kepada para readers semua...

Membeli komputer sebenarnya bukan lah satu tugas yang mudah, dengan pelbagai jenis komputer yang keluar pada masa kini, korang mesti nak pastikan yang pembelian korang itu berbaloi. Jadi nanti takde lah rasa macam menyesal sebab dah terbeli komputer yang low specs. Bila dah tersalah beli, takkan korang nak beli lagi komputer yang baru kan.? Lebih baik korang teruskan pembacaan korang..

Dalam entry ni aku akan bagitau tips-tips yang perlu diambil kira kalau korang nak pregi beli komputer. Kalau korang ikut je tips-tips ni, insyaAllah yang korang dapat membeli komputer yang sesuai dengan kehendak pasaran korang. Bila dapat beli komputer yang sesuai, takde lah rasa macam menyesal kan.? Betul tak.??

Nampaknya kucing ni pun tengah cari komputer apa yang sesuai..

Dekstop atau Laptop ?
Untuk mereka yang tak tau, laptop sebenarnya lebih mahal jika dibanding kan dengan dekstop. Laptop mempunyai bateri dan ia boleh dibawa kemana-mana. Disebabkan kelebihannya itu lah yang membuatkan harga laptop menjadi tinggi jika dibandingkan dengan dekstop. Jadi, korang kena lah pilih sama ada korang nak beli laptop atau dekstop.

Pilih processor yang sesuai.
Processor boleh diibaratkan sebagai otak komputer. Kalau korang nak komputer korang tu laju bila buka program atau software, atau pun korang tak nak tunggu komputer korang lambat sangat hidupnya, korang kena lah pilih processor yang kuat. Macam mana korang nak tau processor tu kuat atau tak, korang tengok lah pada bahagian speeds dan core processor tersebut. Makin laju speeds dan banyak core, makin kuat lah processor tu.

RAM simpanan data sementara.
Random Access Memory (RAM) pulak boleh mempengaruhi berapa banyak program yang korang bukak dalam satu masa. Kalau RAM tu rendah, korang mungkin cuma dapat bukak satu fail je dalam satu masa, tapi kalau RAM besar pulak, korang boleh lah bukak lagu sambil buat kerja dan tengok video. Kalau korang pilihr RAM, korang tengok yang 1GB keatas tau, sebab bawah 1GB tu dah kira rendah dan kecik sangat tu.

Hard Drive atau memori komputer
Setiap komputer memerlukan tempat simpanan data, kalau takde tempat simpan data macam mana komputer tu nak simpan fail-fail lagu dan gambar korang kan. Jadi, sama macam dekat atas tadi, makin besar saiz hard drive tu, makin bagus lah dia..

Graphic Card untuk proses gambar.
Ini cuma tambahan je, tapi kalau boleh korang cari lah komputer yang mempunyai graphic card. Sebab dengan graphic card ni, dia boleh memproses gambar dalam komputer tu dengan lebih cantik. Tapi aku rasa komputer sekarang semuanya dah ada graphic card, jadi korang tak payah risau lah pasal ni.

Okay, cuma itu je tips yang aku nak share kan. Aku harap dapat lah membantu buat sesiapa yang tengah mencari komputer tu. Sebenarnya aku pun tengah pikir nak cari komputer baru, sebab tu aku buat entry ni supaya aku tak lupa benda apa yang aku kena tengok sebelum beli.

P/s : Korang rasa aku perlu buat semua perkataan inggeris kekal atau tukar kepada bahasa melayu.?

Friday, July 10, 2015

[Facts Friday] 10 Fakta Tentang Buah Epal

Salam dan hai kepada pada readers semua..

Apalah owner blog ni, pergi promote buah larangan luar negara, buat lah entry yang boleh promote buah-buahan tempatan. Tak sayang negara betul lah owner blog ni, pergi duduk luar negara lah kalau macam tu... Okay, itu adalah dialog yang tiba-tiba muncul ketika aku sedang mula mengarang entry ini. Aku pun tak tau kenapa aku boleh mengeluarkan ayat-ayat yang sebegitu rupa, tapi biar kan jelah ye..hehehe

Mungkin ramai yang tau apa itu buah epal, tapi mungkin jugak ada yang tak tau. Kalau ada yang tau tu, pergi lah ke kedai Pak Hamid, dia ada jual buah epal segar yang baru dipetik dari ladang. Sudah-sudah, cukup lah aku merapu, kat sini aku senaraikan 10 fakta tentang epal yang korang mungkin tau atau mungkin tak tau.

1. Cuma ada satu saja buah epal yang berasal dari Amerika Utara iaitu crabapple.
2.  Buah epal mengandungi 0 grams lemak atau sodium dan buah epal juga tidak mempunyai kolestrol.
3.  Terdapat pelbagai saiz buah epal, bermula dari saiz sebesar kacang pis sehingga ke saiz labu.
4.  Ada dalam 8000 jenis buah epal di dunia ini.
5. Sebiji buah epal bersaiz sederhana mengandungi 80 kalori.
6.  Makan buah epal mampu untuk memperbaiki ingatan, kesedaran mental dan aktiviti elektrik yang ada didalam otak kita.
7. Boron yang ada didalam buah epal boleh menguatkan tulang.
8. Purata orang biasa memakan buah epal sebanyak 65 biji setiap tahun.
9. Terdapat 25% udara didalam buah epal, membuatkan buah tersebut boleh terapung diatas air.
10. Di China, buah epal disebut sebagai "ping" yang bermaksud aman (peace) .

P/s : Buah epal yang mana menjadi kegemaran korang.??

Thursday, July 09, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Ubati Sakit Kepala

Salam dan hai kepada para readers semua..

Sakit kepala....
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita mengalami sindrom Aeskruji Furangpa, atau lebih dikenali sebagai sakit kepala. Okay sebelum korang teruskan pembacaan korang yang baru nak khusyuk tu, biar aku bagitau korang yang nama sindrom kat atas tadi tu hanya lah rekaan aku semata-mata. Aku pun tak tau kenapa boleh tulis perkataan yang tidak membawa sebarang makna didalam kehidupan aku dan juga korang.
Ni bukan sakit kepala, ni kepala yang sakit.

Tapi yang pasti, korang semua pernah kena sakit kepala kan.?? Okay, kalau macam tu korang memang bertuah sebab aku buat entry ni. Dalam entry ni aku akan dedahkan rahsia-rahsia alam tentang cara untuk mengubati sakit kepala ini. Hahaha, banyak lah rahsia alam nya. Tutorial kali ni ialah macam mana nak hilangkan sakit kepala. Cara-cara yang aku bagitau ni berdasarkan pengalaman aku, setiap individu mempunyai kesan yang berbeza.

Langkah Satu
Minum air masak.
Kebiasaannya aku akan minum dalam 2 ke 3 cawan air masak, kemudian aku tunggu dalam masa 10 minit. Selalu nya sakit kepala yang aku alami akan berkurangan. Tapi kalau tak kurang jugak, korang baca langkah seterusnya..

Langkah Dua
Melihat pemandangan yang menenangkan.
Korang tanya dekat mana nak cari pemandangan yang menenangkan.? Korang jangan risau, dizaman serba maju ni, korang cuma perlu menaipnya sahaja di google dan korang pilih lah gambar pemandangan mana yang menenangkan korang.

Langkah Tiga
Tidur sebentar bersama kitkat
Haa, cara ni selalunya menjadi. Ini langkah final aku kalau aku dah sakit kepala sangat. Selalunya selepas aku bangun, aku akan segar dan sakit kepala aku hilang tanpa dapat dikesan.

Langkah Empat (tambahan)
Makan Panadol atau ubat yang berkenaan
Aku jarang buat cara ni, tapi kalau dah bangun tidur pun still sakit kepala. Kena jugak lah telan panadol 2 bijik. Korang jangan pulak makan ubat batuk ke or ubat gigi ke time sakit kepala, nanti lain pulak yang jadinya.

Okay, cuma itu je tutorial kali ni. Aku mintak maaf kalau ada sesiapa yang cuba ikut cara aku ni tapi masih lagi tak hilang sakit kepalanya. Kalau sakit kepala korang tu berterusan, aku cadangkan korang pergi klinik untuk check, takut korang kena migrain pulak.

P/s : Aku pun dari tadi sakit kepala, so lepas ni nak tido lah..

Wednesday, July 08, 2015

[Wordless Wednesday] 10 Ramadhan Terakhir

Salam dan hai kepada para readers semua...

Tips untuk 10 malam ramadhan terakhir.

10 malam terakhir ramadhan, kita pilih yang mana??

Amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir ramadhan.

Tips untuk iktikaf di 10 malam terakhir ramadhan
P/s : Nampaknya bulan puasa sudah mula menghampiri ke penghujungnya, jom kita sama-sama meningkat kan amal ibadat kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...