Friday, August 14, 2015

[Facts Friday] Fakta ringkas untuk korang.

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hmm, hari ni macam malas pulak nak cari fakta tentang sesuatu topik. Kalau macam tu nak bagi fakta apa ye dekat entry kali  ni? Haa, apa kata kalau aku bagi fakta yang pendek-pendek je dekat korang semua.. Err, bukan lah fakta orang pendek, kalau yang itu lain hari nanti baru aku buat. Okay lah, korang teruskan lah pembacaan korang ye.
- Purata untuk seseorang manusia itu bernafas sepanjang hidupnya adalah sebanyak 5 juta kali.
= Haa, korang agak-agak korang dah benafas berapa banyak kali.??

- Bulan yang bermula pada hari ahad, pasti akan mempunyai hari jumaat dengan tarikh 13 hari bulan.
= Betul lah, aku dah buat kira-kira dengan menggunakan teori algoritma dan fakta ni memang betul.

- Air Coca Cola akan berwarna hijau jika tidak diletakkan bahan pewarna.
= Kalau korang tak dapat bayangkan, korang tengok je air Mountain Dew tu.

- Lipas boleh hidup beberapa minggu selepas kepalanya terputus.
= Kalau lipas-lipas lain jumpa lipas yang takde kepala tu berjalan, mesti dia ingat itu hantu.

- Gula-gula getah yang paling lama sekali berumur 9000 tahun
= Ni menunjukkan yang orang dulu-dulu suka buang gula-gula getah merata tempat.

- 1 daripada 5 orang dewasa percaya dengan kewujudan makhluk asing yang hidup di bumi ini.
= Aku dengan 3 orang kawan aku tak percaya, haa mesti korang percaya ni.hehehe

- Gajah ialah satu satunya haiwan darat yang tidak boleh melompat.
= Ish, kalau dia boleh melompat lah, mesti banyak lubang-lubang dekat tempat dia mendarat.

- Seperti cap jari, lidah untuk setiap orang juga berbeza.
= Aku tak tau lagi, sebab aku pun belum tengok lidah orang lain macam mana.

- 11% manusia di bumi ini kidal.
= Aku sebenarnya kagum dengan orang kidal, sebab aku tak boleh tulis guna tangan kiri..

- Mustahil untuk orang bersin ketika membuka matanya.
=  Aku dah lama nak try buat ni, tapi asyik lupa je nak tahan mata bila bersin.

P/s : Cukup lah untuk fakta-fakta ni, lain kali kalau aku malas lagi aku buat fakta ringkas macam ni.

6 comments:

Hafzhan Rauf's said...

Kelakar lah your explaination. Nasib baik tak minum air. Kalau tak mau terkeluar kat hidung ahahahaha XD

kakaktiricinderella said...

Banyak benda yang buat saya " Oh, yeke !? "
Hehehe Thanks share.

dariilhamkehati said...

hehehe, adoi, tapi gajah boleh berenang walaupun berat, CP yang manusia nih pun tak boleh berenang, apakah ?

Arpiiz said...

@Nur Hafzhan : Owh, tak tau pulak kelakar. Takpe, len kali saya buat lagi kelakar.hehee

Arpiiz said...

@Kakak Tiri Cinderella : Owh yeke.? Hehehe, macam tu ye..

Arpiiz said...

@NUR CAHAYA : Gajah boleh berenang sebab badan dia dah memang boleh terapung atas air.xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...