Okay, ni ada satu cerita sikit macam mana boleh terhasilnya tutorial kali ni. Mulanya macam ni, semalam aku saja lah godek-godek blog ni, kononnya nak tukar lah apa yang patut. Sekali buang sana, buang sini, terbuang lah widget Follow tu. Haa, menggelabah lah aku ibarat cacing kepanasan, lepas tu aku nak letak lah balik widget Follow tu, tapi tak jumpa pulak.
Namun setelah beberapa purnama aku mencari, okay lah sebenarnya tak sampai sejam pun aku cari dan akhirnya aku jumpa jugak kat mana widget Follow tu menyorok. Korang tau tak berapa gembiranya aku apabila aku menemui widget tu, aku hampir-hampir menitiskan air mata tanda kegembiraan. Err, ni entry tutorial or entry merapu ni.?? Okay, sambung balik tutorial aku.
Aku tak nak guna Google+ Followers tu sebab cuma orang yang ada Google+ je yang boleh add. |
Haa, tekan dekat More Gadgets tu. |
Tengok, dekat bawah sekali dia menyorok. |
P/s : Kalau dulu widget Followers tu ada dekat bahagian Basic, sekarang dah tukar pulak
4 comments:
hikmah hilang widget, ada idea tulis tutorial kan.. nice~ ^_^
@NuSaNa NoSa 91 : Hahaha, tula boleh gak update something.
Haha Takleh blah hampir menitiskan air mata XD
Bagus nie. Yang takde widget followers tuu sila buat cepat cepat.
Good sharing utk newbie
Post a Comment