Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

[Tutorial Thursday] Cara keluarkan hidden file

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku rasa korang mesti pernah guna pendrive korang nak ambil benda macam lagu atau gambar, tapi sebaik sahaja korang masukkan pendrive korang tu, tiba-tiba pendrive korang tu menjadi kosong. Korang tak dapat jumpa benda yang korang nak cari tu. Bukan setakat benda yang korang cari tu je, tapi semua benda dalam pendrive tu seolah-olah tidak pernah wujud.

Aku selalu kena benda macam tu, biasanya terjadi selepas aku menggunakan pendrive itu di Cyber Cafe yang tak lah begitu Cyber sangat. Bila aku guna dekat komputer aku, abis semua data aku hilang. Tapi bila tengok dekat properties pendrive tu, masih ada lagi datanya. Jadi kalau korang pun ada masalah macam yang aku kena ni, kat sini aku tunjukkan cara untuk betulkan.

Pergi ke Start >> All Programs >>  Accessories >> Pilih Command Prompt
- Atau cara yang lebih senang, korang tekan Start dan dekat kotak search tu korang taip cmd, kemudian korang pilih lah Command Prompt tu.

Pergi ke My Computer
- Korang tengok pendrive korang tu dekat drive yang mana, kalau macam aku punya (E:)

Taip E: (atau drive mana yang korang nak)
- Tekan enter dan korang nampak dekat command prompt tu akan tunjuk E:\>

Sekarang taip attrib -h -r -s /s /d E:\*.*
- Dan tekan enter lagi, korang akan perasan yang benda kelip-kelip tu turun ke bawah. Korang tunggu sampai jadi macam ni.

Tengok dekat pendrive korang tu
- File atau data yang disorokkan tu dah boleh nampak.

Sebelum
Selepas
Scan virus dekat pendrive korang tu sebab biasanya virus akan menyorokkan file sebenar dan menjadikan file tadi sebagai shortcut. Tapi seeloknya korang scan jelah semua pendrive yang masuk dekat komputer korang tu. Sebab kalau virus dah masuk dalam komputer, entah apa lah jadi untuk jangka masa yang lama.

P/s : Masa first time aku kena jadi macam ni, aku terus format sebab tak tau nak buat apa..huhuu

Thursday, August 20, 2015

[Tutorial Thursday] Cara cari telefon hilang

Salam dan hai kepada para readers semua..

Pernah tak korang menghadapi masalah, okay semua orang pernah ada masalah. Tapi masalah yang aku maksud kan ialah masalah lupa tempat letak telefon. Dan lagi teruk lagi masalah tu bila telefon tu dalam keadaan mode silent. Haa, mesti ada yang pernah menghadapi situasi seperti itu kan.?? Kalau ada, tahniah aku ucapkan kerana korang bertuah membaca entry ini.

Hari ni aku nak share kan dekat korang cara untuk cari telefon korang yang hilang disebabkan salah letak atau pun telefon tu pergi menyorok sendiri. Aku dah biasa dah kena situasi macam tu, tapi dulu lah sebab dulu aku suka letak telefon aku merata-rata. Sekarang ni aku dah ada tempat khas, jadi takde lah bersepah-sepah telefon aku tu.

* Bukak Google Play dekat dekstop atau laptop browser korang.
* Pergi ke Android Device Manager atau pun korang klik je dekat tulisan warna biru tu.
* Login guna akaun Gmail yang korang gunakan dekat dalam telefon korang tu.
* Pilih 'Ring'.

Selepas itu, telefon korang akan berbunyi selama 5 minit dan dalam masa itu boleh lah korang cari dekat mana telefon tu pergi menyorok. Aku dah try tadi dan ianya memang menjadi, walaupun aku dah silent kan telefon aku, tapi boleh jugak berbunyi lepas aku klik 'Ring' tadi.

Selain itu, kalau korang rasa yang telefon korang dicuri atau tercicir dan hilang ke. Korang boleh guna cara yang sama macam dekat atas tadi untuk mengesan dan siap tengok dalam Google Map dimanakah letaknya telefon tu. Kalau tak silap aku ada fungsi format telefon, jadi bila telefon tu kena curi, korang boleh lah buang semua data-data korang yang ada dalam telefon tu.

P/s : Tapi kalau telefon tu dah off, rasanya tak boleh buat apa kot..

Thursday, August 06, 2015

[Tutorial Thursday] Cara letak widget follow untuk blogspot.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Okay, ni ada satu cerita sikit macam mana boleh terhasilnya tutorial kali ni. Mulanya macam ni, semalam aku saja lah godek-godek blog ni, kononnya nak tukar lah apa yang patut. Sekali buang sana, buang sini, terbuang lah widget Follow tu. Haa, menggelabah lah aku ibarat cacing kepanasan, lepas tu aku nak letak lah balik widget Follow tu, tapi tak jumpa pulak.

Namun setelah beberapa purnama aku mencari, okay lah sebenarnya tak sampai sejam pun aku cari dan akhirnya aku jumpa jugak kat mana widget Follow tu menyorok. Korang tau tak berapa gembiranya aku apabila aku menemui widget tu, aku hampir-hampir menitiskan air mata tanda kegembiraan. Err, ni entry tutorial or entry merapu ni.?? Okay, sambung balik tutorial aku.
Aku tak nak guna Google+ Followers tu sebab cuma orang yang ada Google+ je yang boleh add.
Mula-mula korang pergi je dekat bahagian Layout tu dan korang tekan lah Add a Gadget tu dan nanti akan keluar lah pop-up skrin yang menunjukkan pelbagai jenis widget untuk blog korang. Kemudian korang pilih pulak More Gadgets dekat bahagian kiri skrin tu. Selepas itu, korang scroll je ke bawah, dan korang akan nampak disitu lah widget Followers menyorok.
Haa, tekan dekat More Gadgets tu.

Tengok, dekat bawah sekali dia menyorok.
Sebenarnya aku tak sure kalau ada orang nak guna tutorial ni atau tak, kalau bermanfaat untuk orang lain bagus lah, tapi kalau takde pun boleh juga buat tambah aku punya entry.hahahaha. Jadi, sampai disini sahaja entry tutorial untuk minggu ni, nak kena cari bahan untuk entry minggu depan ni, kalau tak entah tutorial mengarut apa yang aku bagi korang baca.

P/s : Kalau dulu widget Followers tu ada dekat bahagian Basic, sekarang dah tukar pulak

Wednesday, August 05, 2015

[Wordless Wednesday] Rekaan Pendrive yang menarik.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Jangan lah korang sepahkan, nanti mesti ada yang menjerit..

Alala, comelnya lah..

Tak pasti sama ada pendrive laju atau perlahan..

Kalau dapat dekat mak korang, mesti dia buat jemur baju..

Kalau kita makan, nanti kita dapat tak data dalam pendrive tu.??

P/s : Nasib baik pendrive aku elok lagi, kalau tak mesti aku dah tukar macam yang dekat atas tu..

Tuesday, August 04, 2015

[Tech Tuesday] Apa itu RAM dan ROM

Salam dan hai kepada para readers semua...

Untuk entry Tech Tuesday minggu ni aku nak share kan sedikit ilmu pengetahuan aku tentang komputer ni. Untuk orang yang biasa menggunakan kan komputer ni mesti tau apa itu ROM dan juga RAM kan.?? Tapi kalau ada yang tak tau pun takpe sebab dekat entry ni aku memang nak jelas kan dekat korang apa kah perbezaan kedua-dua menatang benda ni.

RAM (Random Access Memory)
- RAM boleh menyimpan dan juga menulis data secara rawak dan bila-bila masa.
- RAM ialah memory untuk OS (Operating System), ia digunakan ketika memprogram dan juga memproses software ketika komputer hidup.
- RAM bersifat volatile atau pun sementara, memory data hanya tersimpan ketika komputer hidup dan jika komputer tertutup atau mati, data tadi akan hilang.
- RAM mempunyai 2 jenis
  * Static RAM
  * Dynamic RAM

ROM (Read Only Memory)
- ROM ialah tempat simpanan data yang susah untuk diprogram kan.
- ROM juga ialah tempat memory yang telah tersedia didalam komputer untuk digunakan ketika menghidupkan komputer.
- ROM hanya boleh membaca memory data sahaja.
- ROM bersifat non-volatile atau pun kekal, memory data tadi akan kekal walaupun komputer tadi telah terputus bekalan elektrik.
- ROM mempunyai 3 jenis
  * PROM (Programmable ROM)
  * EPROM (Erasable Programmable ROM)
  * EEPROM (Electrical Erasable Programmable ROM)

P/s : Kalau untuk orang yang nak cari komputer untuk gaming, better tengok dekat bahagian RAM, makin tinggi RAM, makin laju game korang main.

Friday, July 31, 2015

[Facts Friday] Fakta tentang facebook

Salam dan hai kepada para readers semua...

Semua orang tau tentang Facebook kan, dan aku rasa semua orang ada akaun Facebook. Aku pun ada juga akaun Facebook, tapi dah berapa bulan dah aku tak bukak. Tak tau lah kenapa aku malas sangat nak hadap Facebook tu, mungkin diatas faktor desakan hidup kot.hahaha. Kali ni aku nak share dekat korang beberapa fakta yang berkaitan dengan laman sosial Facebook ni..
Masa aku mula2 berfacebook dulu, benda ni selalu jadi.
Godam atau hacking
Setiap hari, sebanyak 600,000 cubaan telah dibuat untuk menggodam akaun Facebook, mungkin salah satu cubaan tu untuk godam akaun Facebook korang..

Bahasa lanun
Korang tau tak yang korang sebenar nya boleh tukarkan bahasa dekat Facebook tu dengan menggunakan bahasa lanun atau pirate language. Tapi bahasa lanun english lah, aku tak sure ada bahasa lanun melayu.

Facebook dan smartphone
Purata bagi seorang yang menggunakan Facebook di telefon pintar atau smartphone ada lah selama 14 jam untuk satu hari. Jadi lagi 10 jam tu korang gunakan untuk makan dan juga tidur..

Unfriend untuk selamanya
Terdapat beberapa kes yang orang sanggup membunuh cuma kerana mangsa tidak kawan atau unfriend suspek di laman Facebook. Tapi kalau sampai sanggup membunuh, memang patut lah orang tu kena unfriend.

Tekanan perasaan
Mengikut satu kajian, 1 daripada 3 orang akan berasa tertekan setelah masuk ke laman Facebook. Mungkin sebab orang tu tertengok gambar ex dorang kot, sebab tu dia tertekan..hehehe

Warna biru Facebook
Warna biru dipilih menjadi warna tema Facebook adalah kerana Mark Zuckerberg mengalami masalah rabun warna hijau dan merah. Agaknya sume benda yang dia pandang warna biru je kot..

Facebook di block
Negara China telah menghalang penduduknya dari mengakses Facebook, Twitter, dan New York Times sejak dari tahun 2009 lagi. Adakah dorang masih lagi menggunakan myspace.??

Lempang kalau nampak main Facebook
Seorang blogger telah mengupah seorang perempuan untuk melempang dirinya jika dia dilihat bermain Facebook. Agak-agaknya ada blogger kat Malaysia nak buat camtu.??

Like button
Pada asalnya, nama untuk "Like" button dipanggil sebagai "Awesome" button. Mungkin dorang tukar sebab panjang sangat awesome tu..

Waris kan Facebook akaun
Facebook ada ciri baru yang membolehkan korang untuk mewariskan akaun Facebook korang kalau korang meninggal dunia.. Aku baru tau pasal ni, tapi kalau betul boleh lah mintak orang tu deletekan akaun facebook aku..

Aku share kan fakta tentang Facebook sampai sini je, tapi kalau korang nak baca lagi banyak, korang boleh pergi dekat link ni je..
Sumber artikel.. 36 fakta tentang Facebook.

P/s : Facebook page untuk blog ni pun aku dah lama tak tengok, maybe aku patot delete je kot..

Thursday, July 16, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Remove Write Protection

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku dah pernah buat entry tentang cara untuk buang write protection dekat kad micro SD. Walaupun ada orang yang berjaya mengikut tutorial tu, tapi masih ada juga yang gagal. Hehehe, suka-suka aku je cakap orang gagal, mungkin kena guna cara lain kot. Jadi dekat sini aku tunjukkan cara yang mungkin berjaya, sebab aku pun tak try lagi buat cara ni..

Cara ni memerlukan korang untuk masuk ke dalam registry. Apa itu registry..? Registry ialah tempat simpanan data (database) untuk OS Windows. Ia mengandungi semua jenis maklumat dari segi system, hardware dan juga program yang kita install. So, korang jangan pandai2 nak main uba-ubah dekat tempat ni. Okay, teruskan kepada tutorial kita.

Klik dekat Start Menu korang dan taip regedit dekat dalam ruangan Search for programs and files. Korang akan jumpa macam dalam gambar ni.

Tekan butang Enter. Registry Editor akan terbuka. Dekat bahagian kiri tu, ada ikon komputer dan bawah nya ada banyak folder kan. Okay, korang cari folder berdasarkan urutan dibawah ni.

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies 

Sampai korang jumpa nama ni, WriteProtect .

Kalau korang jumpa benda tu, korang right click dekat benda tu dan pilih Modify.

Sekarang, korang mungkin akan nampak nilai yang ditulis tu disetkan kepada nombor 1. Nombor 1 bermaksud yang korang nak kad atau pendrive korang di write protect kan. Jadi, korang tukarkan no 1 tadi kepada nombor 0. Nombor 0 bermaksud yang korang tak nak gunakan write protect, lepas tu tekan lah butang OK.

Tutup Registry tadi dan cabut pendrive atau kad SD korang. Lepas tu korang pasang balik, dan tengok, menjadi tak cara tu. Kalau menjadi, tahniah lah aku ucapkan. Tapi kalau tak menjadi jugak, aku cadangkan korang tengok dekat website ni, dia ada banyak cara untuk menghadapi masalah write protect ni.
>> How to fix write protection

P/s : Kalau menjadi lah cara ni, korang bagitau aku ye. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2015, maaf zahir dan batin.

Tuesday, July 14, 2015

[Tech Tuesday] Benda Yang Kena Tahu Sebelum Membeli Komputer

Salam dan hai kepada para readers semua...

Membeli komputer sebenarnya bukan lah satu tugas yang mudah, dengan pelbagai jenis komputer yang keluar pada masa kini, korang mesti nak pastikan yang pembelian korang itu berbaloi. Jadi nanti takde lah rasa macam menyesal sebab dah terbeli komputer yang low specs. Bila dah tersalah beli, takkan korang nak beli lagi komputer yang baru kan.? Lebih baik korang teruskan pembacaan korang..

Dalam entry ni aku akan bagitau tips-tips yang perlu diambil kira kalau korang nak pregi beli komputer. Kalau korang ikut je tips-tips ni, insyaAllah yang korang dapat membeli komputer yang sesuai dengan kehendak pasaran korang. Bila dapat beli komputer yang sesuai, takde lah rasa macam menyesal kan.? Betul tak.??

Nampaknya kucing ni pun tengah cari komputer apa yang sesuai..

Dekstop atau Laptop ?
Untuk mereka yang tak tau, laptop sebenarnya lebih mahal jika dibanding kan dengan dekstop. Laptop mempunyai bateri dan ia boleh dibawa kemana-mana. Disebabkan kelebihannya itu lah yang membuatkan harga laptop menjadi tinggi jika dibandingkan dengan dekstop. Jadi, korang kena lah pilih sama ada korang nak beli laptop atau dekstop.

Pilih processor yang sesuai.
Processor boleh diibaratkan sebagai otak komputer. Kalau korang nak komputer korang tu laju bila buka program atau software, atau pun korang tak nak tunggu komputer korang lambat sangat hidupnya, korang kena lah pilih processor yang kuat. Macam mana korang nak tau processor tu kuat atau tak, korang tengok lah pada bahagian speeds dan core processor tersebut. Makin laju speeds dan banyak core, makin kuat lah processor tu.

RAM simpanan data sementara.
Random Access Memory (RAM) pulak boleh mempengaruhi berapa banyak program yang korang bukak dalam satu masa. Kalau RAM tu rendah, korang mungkin cuma dapat bukak satu fail je dalam satu masa, tapi kalau RAM besar pulak, korang boleh lah bukak lagu sambil buat kerja dan tengok video. Kalau korang pilihr RAM, korang tengok yang 1GB keatas tau, sebab bawah 1GB tu dah kira rendah dan kecik sangat tu.

Hard Drive atau memori komputer
Setiap komputer memerlukan tempat simpanan data, kalau takde tempat simpan data macam mana komputer tu nak simpan fail-fail lagu dan gambar korang kan. Jadi, sama macam dekat atas tadi, makin besar saiz hard drive tu, makin bagus lah dia..

Graphic Card untuk proses gambar.
Ini cuma tambahan je, tapi kalau boleh korang cari lah komputer yang mempunyai graphic card. Sebab dengan graphic card ni, dia boleh memproses gambar dalam komputer tu dengan lebih cantik. Tapi aku rasa komputer sekarang semuanya dah ada graphic card, jadi korang tak payah risau lah pasal ni.

Okay, cuma itu je tips yang aku nak share kan. Aku harap dapat lah membantu buat sesiapa yang tengah mencari komputer tu. Sebenarnya aku pun tengah pikir nak cari komputer baru, sebab tu aku buat entry ni supaya aku tak lupa benda apa yang aku kena tengok sebelum beli.

P/s : Korang rasa aku perlu buat semua perkataan inggeris kekal atau tukar kepada bahasa melayu.?

Tuesday, July 07, 2015

[Tech Tuesday] Mengenali Augmented Reality

Salam dan hai kepada para readers semua...

Okay, untuk entri malam ni aku nak cerita dekat korang tentang Augmented reality. Tetapi apa kejadahnya Augmented Reality ni.?? Adakah ianya sejenis makhluk purba yang pernah hidup di zaman dahulu kala.?? Atau mungkin ianya seekor makhluk asing dari planet lain.?? Hahaha, yelah2 aku tak merepek dekat entri ni. Aish, dekat semua entri aku nak merepek, kesian korang semua yang baca ni..

Apa itu Augmented Reality ?

Atau lebih dikenali sebangai AR, Augmented Reality ialah salah satu jenis realiti maya yang bertujuan untuk membuat salinan persekitaran dunia realiti ke dalam komputer. AR tadi akan menghasilkan pandangan campuran untuk pengguna yang mana ia merupakan gabungan pandangan sebenar yang dilihat oleh pengguna dengan pandangan maya yang dihasilkan oleh komputer dengan menambah maklumat di tempat yang dilihat. Pandangan maya yang dihasilkan oleh komputer direka untuk meningkatkan persepsi deria pengguna terhadap dunia maya yang mereka dari segi pandangan dan juga interaksi.

Tujuan Augmented Reality
AR bertujuan untuk mewujudkan satu sistem dimana pengguna tidak dapat membezakan diantara dunia sebenar dan juga dunia maya yang telah diubahsuai. Hari ini AR telah banyak digunakan dalam pelbagai sektor dan industri antaranya ialah dalam bidang hiburan, latihan ketenteraan, reka bentuk kejuruteraan, robotik, pembuatan dan penghasilan serta dalam industri yang lain.

Antara contoh-contoh Augmented Reality

Untuk reka bentuk kejuruteraan

Untuk pengiklanan

Untuk permainan
Aku tak pasti sama ada penggunaan Augmented Reality ni dah meluas atau belum dekat Malaysia ni, tapi yang aku pernah nampak, dekat komik Upin Ipin pernah buat AR ni. Pendapat aku, AR ni memang banyak kelebihan nya, kalau orang meniaga, korang boleh buat iklan guna AR, mesti dapat tarik ramai orang.hehehe

P/s : Sorry sangat-sangat kalau korang tak dapat faham translation aku tu. Aku dah cuba nak mudahkan dalam bahasa melayu, cuma itu je yang aku mampu..

Tuesday, June 30, 2015

[Tech Tuesday] Benda yang ada kena ada dalam laptop

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Okay, malam ni aku nak share kan dengan korang sedikit ilmu pengetahuan aku tentang bab komputer ni. Sebenarnya bukan lah ilmu sangat pun, tapi lebih kepada pengalaman aku dalam menggunakan komputer ni. Eh, tapi ilmu tu kan boleh datang dari pengalaman jugak, jadi betul lah bila aku cakap aku nak kongsi ilmu dekat korang. Okay, kita ke perenggan seterusnya...

Kali ni aku nak senaraikan beberapa software yang sepatutnya diinstall kan kedalam komputer anda. Korang dah sedia nak tau kan.? Kalau tak sedia lagi, anda diminta untuk duduk sambil peluk bantal korang kuat2 sebab aku bakal menyenaraikan software2 itu.

CCleaner
CCleaner ialah software yang aku gunakan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh komputer aku. Beban yang aku maksud kan ialah cache2 atau data2 yang terkumpul didalam komputer sama ada ketika kita gunakan internet atau gunakan komputer itu sendiri. Jadi, kalau korang rasa komputer korang tu dah mula slow. Nak bukak folder pun makan masa bertahun, baik korang gunakan software ni.



Media Player Classic (Home Cinema)
Software pilihan aku yang seterusnya ialah Media Player Classic, software pilihan aku kalau nak tengok movie, filem dan cerita. Bukannya aku tak nak gunakan windows player yang sudah tersedia tu, tapi bagi aku software ni lagi senang untuk aku gunakan.


Winrar
Winrar ialah software yang digunakan untuk menyimpan file ke dalam saiz yang lebih kecil. Kalau korang ada nak simpan file yang saiz nya besar, tapi sayang nak buang. Korang boleh lah compress kan file korang tu menggunakan Winrar ni. Aku gunakan software ni sebab senang aku nak extract file2 yang aku dah download.


 

Windows Security Essential
Software ini ialah sejenis antivirus software yang digunakan untuk melindungi komputer kita daripada serangan-serangan iblis virus yang ada di dalam internet. Memandangkan banyak antivirus popular berbayar, jadi aku gunakan software free ini sebagai pilihan hati aku..hahahaha


Firefox
Aku baru je menggunakan Firefox ni, walaupun dulu aku pernah meninggalkan dia demi Google Chrome yang boleh tahan lah powernya. Tapi kini aku kembali semula menggunakan khidmat dia apabila aku mahu melayari dunia internet yang sangat luas. Masa mulanya memang aku tak puas hati sebab Firefox ni selalu crash, tapi untuk update baru ni nampaknya dia dah makin stabil. Jadi aku terus masukkan dia didalam senarai ni.


Open Office
Untuk software yang terakhir ni, aku gunakan Open Office sebagai pengganti Microsoft Office. Fungsinya sama sahaja seperti Microsoft Office, ada word, powerpoint dengan excel. Cuma apa yang berbezanya, software ni percuma. Jadi kalau korang tak jumpa tempat download Microsoft Office, korang boleh lah gunakan Open Office ni dulu untuk sementara.

Okay, cuma itu jelah benda yang aku dapat senaraikan. Aku rasa korang sendiri pun dah ada semua software2 ni, tak payah aku bagitau pun korang dah download sendiri kan.?? Takpelah, sekurang-kurangnya aku boleh rujuk entri ni kalau aku lupa benda apa yang patot aku download lepas aku format laptop or komputer aku.hehehe

Monday, June 29, 2015

[Mumble Monday] Laptop atau komputer ??

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hello guys, ingat lagi tak kat blog ni.? Well, kalau tak ingat, takpe lah, sebab salah aku jugak.. Selalu sangat mengabaikan tanggungjawab aku sebagai owner kepada blog ni. Kesian blog ni, ditinggalkan oleh tuannya sendiri, kejam betul tuan blog ni kan. Sampai hati dia membiarkan blog ni kelaparan dan sendirian tanpa tempat tinggal. Hahaha, apa benda lah yang aku merepek ni.

Okay, sebenarnya macam ni cerita untuk entri malam ni. Aku tengah dalam dilema wanita kerana sejak kebelakangan ni aku sering terfikir, agak-agaknya perlu tak aku beli sebuah komputer baru.?? Tapi aku dah ada laptop, buat apa nak beli komputer pulak.?? Okay, ni hujah-hujah yang aku akan ke selatan utarakan dalam entri ni.

Hujah pertama
Laptop yang aku ada sekarang ini tidak mampu untuk menanggung game-game yang ada dipasaran sekarang. Game-game terkini memerlukan spesifikasi yang tinggi, malah lebih tinggi dari bangunan KLCC. Aku nak jugak merasa main game Assasin Creeds yang terbaru tu, or main game Final Fantasy 13 tu. Ni tak, dapat install pun cuma dapat tengok cutscene je. Bila masa main je, terpaksa lah menyediakan tahap kesabaran yang tinggi berhadapan dengan lag or crash yang berlaku.

Hujah kedua
Komputer rumah aku tu dah rosak, jadi apa salahnya kalau aku beli sebijik komputer dan mendermakan kepada family aku untuk gunakan. Takde lah sedih sangat aku terngok dorang terpaksa main handphone yang kecik skrinnya tu.

Hujah ketiga
Err, aku tak dapat pikir pulak untuk hujah ketiga ni. Boleh tak kalau korang pikirkan untuk aku, yakin kan aku untuk beli sebuah komputer. Korang gunalah apa cara pun, yang penting dapat buatkan aku untuk beli komputer baru.

Satu-satunya benda yang menghalang dan menjadi sebab paling kuat membuatkan aku tak jadi beli komputer ialah pasal duit. Bukannya aku tak berduit, cuma aku risau kalau tiba-tiba aku perlu gunakan duit tapi duit tu dah habis untuk komputer tu.

P/s : Aku plan nak beli high-end computer, tapi tak sure lagi.hehehe

Wednesday, May 11, 2011

Cara hack mana2 website..

Hah, macam mana dengan entry pagi tadi.. Percaya tak yang aku berjaya hack blog blogger tu.. Aku harap yang blogger tu tak marah lah sebab aku gunakan blog dia..hehe. Owh, bagi mereka yang tak tau aku cerita entry yang mana, korang boleh pergi tengok dekat entry ni.. >> Entry ni

Petang ni aku nak ajar korang macam mana cara aku buat tu.. Tapi aku bagi amaran awal2, benda ni digunakan sekadar nak main2 je.. Jangan korang buat untuk tujuan yang jahat sudah lah ye.. Macam mana boleh jadi tujuan jahat..?? Err, macam2 mana je lah..hehehe

Firstly, korang bukak satu page website yang korang nak kenakan tu.. Lepas tu korang salin or copy atau bahasa mudahnya tulis balik perkataan ni sebijik.. Dah buat macam tu, korang paste atau tampalkan dekat address url yang ada dekat atas tu..

*Copy benda ni.. :>>
javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

Kalau korang dah paste dekat address url tu, tekan enter tau.. Korang dah boleh lah edit page website korang tu.. Kalau korang rasa macam nak kenakan roommate korang tu ke.. Korang editlah facebook dia dan tunjuk dekat dia, jangan suruh dia bukak guna komputer dia sendiri nanti kantoi..hehe

Lupa pulak aku nak bagitau, benda ni tak boleh nak di safe kan, so kalau korang tension dengan blog seseorang, korang boleh lah lepaskan tension korang tu dengan edit blog orang tu.. Jangan risau, orang tu pun takkan tau punya..hehe

Benda ini hanya sebagai hiburan sahaja, ianya hanya boleh mengubah perkataan2 dalam website tu je, bukan mengawal website tu.. Tapi kalau korang nak gunakan untuk buat benda jahat, itu aku tak nak tanggung sekali tau.. Apa2 pun enjoy dengan kerja meng"hacking" website orang ye..

-Credit to this blog.. >> Open Jason

Aku berjaya hack satu blog blogger ni..hehehe

Salam buat para readers semua.. Perghh, aku tengok ramai gak yang baca entry ni ye, mentang2 lah aku buat tajuk tentang hacking2 ni.. Eh, macam mana aku tau yang ramai singgah baca entry ni..?? Err, entah lah, aku pun tak tau sebenarnya..hehehe

Semalam aku rasa kecoh tentang fanpage radio hot.fm kena hack dengan seorang hacker.. Jadi hari ni aku nak ajar korang untuk hack mana2 website, even blog aku pun korang boleh nak hack tau.. Jangan risau, pagi2 ni aku tak de niat nak tipu2 korang, ini entry betul punya..

Aku rasa nak tunjuk sikitlah contoh yang telah aku buat.. Aku nak hack blog sapa ye..?? Ada sapa2 yang volunteer nak blog dia kena hack tak..?? Emm macam takde je, takpelah aku try dekat mana2 blog yang aku jumpa ye..

Hah, aku jumpa satu blog dari bloglist aku ni.. Blog yang bernama Ini kisah tia, kenapa aku pilih blog dia..?? Entah lah, mungkin secara kebetulan je kot.. Tapi sebelum tu aku nak mintak maap lah dekat owner blog sebab menggunakan blog beliau sebagai bahan ujikaji..^^
sebelum
selepas
Ala, aku tau yang korang tak berapa nampak bezanya, so klik je dekat gambar tu untuk lebih kepastian.. Kalau nak bukak guna new tab, korang tekan shift masa klik dekat gambar tu.. Tengok tu, dia pun buat entry tentang fanpage hot fm tu..

Dah bersedia ke nak belajar hacking ni..?? Err, aku rasa mungkin aku buat lain entry lah, sebab sekarang ni aku nak bagi korang tengok dan aku nak tanya korang satu soalan.. Korang percaya tak dengan apa yang aku buat ni..??

P/s : Kalau korang nak tengok menjadi ke tidak aku buat tu, korang pergi lah dekat blog dia ye..hehe

Wednesday, April 13, 2011

Remove write protection untuk pendrive..

Salam buat para readers yang sedang berehat dan bersantai pada waktu ini.. Kali ni aku  nak sharekan sikit satu benda yang aku rasa mungkin ramai yang cari.. Tapi aku tak sure lah cara ni boleh guna atau tidak tapi sekurang2nya korang boleh try..

Kalau hari tu aku ada tunjukkan cara untuk remove write protection untuk micro sd card.. Dan nampaknya ramai juga yang baru tau tentang hal ni.. Kali ni pula aku telah ditanya oleh seseorang untuk cara buang write protection bagi pendrive pulak.. Lagi sekali aku ingatkan yang cara ni aku tak pasti berkesan atau tidak, tapi korang boleh lah try..

Firstly korang pergi buka Disk Management.. Kalau tak tau nak cari dekat mana, korang pergi dekat Run dan taip diskmgmt.msc.. Korang akan jumpa benda ni..
jangan segan untuk klik kalau tak nampak..
Kedua pulak korang pergi klik dekat pendrive korang tu dan klik kanan, pilih Format.. Korang jangan pulak terus pergi format pendrive korang tu, tapi korang buat macam dekat gambar bawah ni.. Err, yang nama tu korang tak payah lah ikut ye..

Okay, cuma itu jelah.. Nampaknya korang terpaksa lah format juga.. Tapi kalau dah pendrive korang tu ada write protection, takkan lah korang boleh isi apa2 kot.. Cuma itu je yang aku nak share kan.. Kalau ada sebarang masalah boleh lah tanya dekat sini.. Nanti boleh lah aku tolong2 cari jalan penyelesaiannya ye..^^

Thursday, March 17, 2011

Cara untuk remove write protection dalam Micro SD card..

Malam ni aku nak tunjukkan satu cara yang aku baru jumpa pagi tadi.. Cerita sebenarnya pagi tadi aku nak copy lagu dari lappy aku  ni ke phone mak aku.. Oleh sebab phone mak aku tu takde cable a.k.a wayar usb, maka aku gunakanlah Micro SD card tu..

Masa mula aku masukkan tu, aku nak copy lah lagu tu kedalam phone.. Tapi alangkah malangnya dia tulis macam ni "Please remove the write protection".. Puaslah aku godek sume benda dalam lappy aku ni.. Tapi tak jadi juga..

Last2 aku cari lah dekat internet dan aku jumpa web ini.. Rupanya punyalah senang nak betulkan.. >> web ini..

Web ni dalam bahasa english, so aku tuliskan balik dalam Malay ye..
yang besar tu adapter, yang kecik tu micro sd
Untuk hilangkan write protection tu korang pastikan benda putih tu tidak pergi ke bahagian lock.. Korang tak tau mana benda putih tu..?? Ala, benda plastik putih yang ada dekat tepi adapter tu lah..

Function lock tu bukanlah untuk kunci sd card atau kunci data dalam card tu, tapi hanya untuk memberitahu kepada komputer agar tidak 'write' apa2 dekat dalam card tu..

Okay, cuma itu je yang aku nak tulis.. selamat malam..^^

P/s (play station) : Kalau tak paham korang boleh pergi dekat link yang aku bagi dekat atas tu.. Kalau nak tanya dekat sini pun boleh juga..

Friday, February 04, 2011

Shortcut key...

Salam semua, korang tau tak yang komputer ni pun ada shortcut juga.. Aku tau mesti ada yang tau dan ada yang tidak.. Tapi aku pasti yang ramai antara blogger yang ada dekat sini pandai tentang shortcut key komputer kan.. Fungsi untuk shortcut ni dapat korang gunakan andai kata korang punya mouse dah tak hidup.. so korang boleh la gunakan shortcut key ni untuk sementara waktu.. Bagi sesiapa yang tak tahu tu, jom la baca dekat sini supaya ilmu aku ni dapat memberi manfaat kepada korang ye..
kan senang kalau ada shortcut

*alt + tab : Tukar kepada windows lain.
*ctrl + F4 : Tutup windows yang aktif.
*ctrl + print screen : Copy gambar dari skrin ke clipboard.
*alt + print screen : Copy gambar dari skrin tanpa tab START.
*esc : Keluar.
*ctrl + Z : Undo.
*ctrl + Y : Redo.
*ctrl + C : Copy.
*ctrl + V : Paste.
*ctrl + X : Cut.
*ctrl + A : Select all.
*shift + F10 : Tunjukkan shortcut menu.
*ctrl + T : Tab baru.
*F5 : Refresh.
*F1 : Help

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku lupa pula.. Nanti kalau aku jumpa buku aku tu aku tulis lagi ya.. Tapi kalau korang rasa rajin and nak tau lebih banyak lagi korang bole la cari dekat google.. Kalau korang cari mesti jumpe punya..

Monday, January 31, 2011

Cara nak betulkan printer anda..

Salam semua, bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak... Nak masak apa..?? kita masak la apa benda yang ada dalam peti ais korang tu.. Maaf semua ye, pada hari yang mendung ni, otak aku dah kurang kewarasannya dan menyebabkan aku merapu tak tentu pasal.. Tapi aku nak bagitau yang aku tak makan ikan kerapu tau..

lebih kurang macam ni la printer rumah aku..
Okay,yang ini betul punya.. Macam tajuk yang korang baca dekat atas tu, hari ini aku nak share la sikit pengetahuan aku tentang cara2 untuk membaiki printer korang yang korang rasa lagi banyak rosak dari berfungsi.. Cara2 yang aku nak bagitahu ni boleh di gunakan untuk apa jenis printer pun, kalau korang tak percaya tak apa lah.. Cara yang aku nak tunjukkan ni juga hanya untuk masalah kalau catridge printer korang tak mahu gerak atau sangkut..

Mula2 korang kena sediakan peralatan yang diperlukan untuk membaiki printer korang tu..
* Skrewdriver (mata bunga dan yang lagi satu tu).
* Tisu (tak kisah tisu muka atau tisu jamban..)
* Magnet
* Air sirap (kalau nak air kosong pun boleh)

Cara2 untuk membaiki..
* Korang pastikan printer korang tak bersambung dengan apa2 plug ya.
* Korang cari tempat skrew dan cabut menggunakan skrewdriver tu.
* Kalau boleh keluarkan catridge korang dulu..
* Gunakan magnet untuk melekatkan skrew2 yang dah korang cabutkan tadi..(nanti takde la hilang..)
* Korang tengok2 dulu dalam printer korang tu..
* Kalau korang rasa dahaga ke, korang minum la air sirap yang korang sediakan tadi..
* Pasang balik skrew yang dah korang cabutkan tadi.
* Masukkan juga catridge yang korang dah cabut tadi
* Yang paling penting, kalau korang rasa yang korang dah berpeluh, korang boleh gunakan tisu tadi ya..
* Pasang plug printer tu dan tengok hasilnya..

Boleh tak, kalau tak boleh aku ucapkan tahniah kerana hasil yang korang dapat tu sama macam aku.. So apa lagi, korang boleh la start kan enjin kereta korang dan bawa printer korang tu ke kedai komputer yang berhampiran rumah anda ya..

AMARAN KERAS : SILA BACA ENTRY INI DULU SEBELUM ANDA MELAKUKANNYA..
(aku tak bertanggungjawab atas segala kerosakkan yang telah korang lakukan...hehehe)

Sunday, January 16, 2011

Mozilla, laptop dan masalah ku...

Salam kepada semua bloggers, pada pagi yang indah dan sungguh menenangkan ni marilah kita mengucapkan syukur kerana kita masih lagi dipanjang kan umur untuk kita menikmati hari ini. Kenapa aku macam nak start berceramah ni, sebenarnya aku teringatkan zaman sekolah aku dulu. Masa dulu time perhimpunan harian tu, pengetua aku selalu cakap ayat yang macam tu. Korang ada macam tu juga tak..??

Tapi untuk entry aku pagi ni bukan lah tentang zaman aku masa sekolah dulu, mungkin lain kali kot bila aku rasa rajin nak ceritakan. Berdasarkan tajuk diatas yang dah macam tajuk novel tu, korang mesti dah tau tentang apa yang aku nak  sampaikan. Apa!! korang tak tau ke, owh ada gak yang tau ya, bagi yang tak tau tu cuba tanya dekat yang tau... Sudah2, apa yang aku bebelkan ni, aku ni melambatkan korang nak membaca je kan, korang ni pun, bagitau la dekat aku kalau aku ni dah stare start melalut... Owh, korang dah bagitau ya, okay2 korang teruskanlah membaca ya..^^

Entry aku kali ni ialah tentang masalah atau problem yang sedang aku hadapi berkenaan dengan laptop aku ni. Sejak aku beli dapat laptop ni.. Kejap2, sebenarnya bukan laptop pun, ianya adalah netbook atau orang lain panggil sebagai lappy (betol ke..?), tak kisah la asalkan bentuknya macam laptop. Okey kita sambung balik, laptop aku ni macam slow la bila time open mozilla. Lagi satu bila aku bukak dalam 5-6 tab, mozilla aku akan sangkut and crash. Agak2 korang la, ni masalah mozilla or aku punya laptop..

Kalau ada apa2 cadangan boleh la komen dekat bawah ni ya..^^
Mozilla Firefox..
Macam ni la aku punya laptop/netbook..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...