Tuesday, August 04, 2015

[Tech Tuesday] Apa itu RAM dan ROM

Salam dan hai kepada para readers semua...

Untuk entry Tech Tuesday minggu ni aku nak share kan sedikit ilmu pengetahuan aku tentang komputer ni. Untuk orang yang biasa menggunakan kan komputer ni mesti tau apa itu ROM dan juga RAM kan.?? Tapi kalau ada yang tak tau pun takpe sebab dekat entry ni aku memang nak jelas kan dekat korang apa kah perbezaan kedua-dua menatang benda ni.

RAM (Random Access Memory)
- RAM boleh menyimpan dan juga menulis data secara rawak dan bila-bila masa.
- RAM ialah memory untuk OS (Operating System), ia digunakan ketika memprogram dan juga memproses software ketika komputer hidup.
- RAM bersifat volatile atau pun sementara, memory data hanya tersimpan ketika komputer hidup dan jika komputer tertutup atau mati, data tadi akan hilang.
- RAM mempunyai 2 jenis
  * Static RAM
  * Dynamic RAM

ROM (Read Only Memory)
- ROM ialah tempat simpanan data yang susah untuk diprogram kan.
- ROM juga ialah tempat memory yang telah tersedia didalam komputer untuk digunakan ketika menghidupkan komputer.
- ROM hanya boleh membaca memory data sahaja.
- ROM bersifat non-volatile atau pun kekal, memory data tadi akan kekal walaupun komputer tadi telah terputus bekalan elektrik.
- ROM mempunyai 3 jenis
  * PROM (Programmable ROM)
  * EPROM (Erasable Programmable ROM)
  * EEPROM (Electrical Erasable Programmable ROM)

P/s : Kalau untuk orang yang nak cari komputer untuk gaming, better tengok dekat bahagian RAM, makin tinggi RAM, makin laju game korang main.

3 comments:

mychickenfloss said...

dah lama tinggal kelas computer...x ingat dah rom n ram ni..nice sharing..:)

Arpiiz said...

@chicken_floss : Hahaha, saya pun dah lama lupa, tu yang saja buat tu..

kakaktiricinderella said...

Teringat pulak masa belajar ICT untuk SPM. Kekeke Dah banyak yang lupa.
Thanks share btw :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...