Saturday, August 15, 2015

[Story Saturday] Wajah aku yang menakutkan.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Pada hari ini dan untuk entry ini, aku nak share kan dekat korang satu cerita yang benar-benar berlaku kepada diri aku. Jadi maknanya entry kali ini bukan lah entry berkenaan cerita membohong merakah yang selalu aku buat tu. Err, tapi sebenarnya cerita-cerita sebelum ni bukan lah cerita membohong pun, cuma cerita tu rekaan je..

Tapi tak kisah lah cerita tu tipu ke or benar ke, yang penting korang baca entry aku ni. Okay lah, sambung balik cerita untuk entry ni. Sebenarnya macam ni, pada suatu pagi yang tenang lagi damai, aku sedang baring di ruang tamu rumah aku sambil melihat cicak yang sedang berlari berkejaran. Sungguh romantik betul cicak-cicak tu, sikit je lagi aku nak rasa cemburu.

Sewaktu sedang termenung sendirian itu, tiba-tiba terdengar satu suara budak kecil memberi salam. Gerangan siapakah yang dengan beraninya dia mengganggu masa rehat aku.?? Apakah nyawa dia sudah cukup panjang sehingga dengan berani nya dia membuat onar pada waktu pagi ini. Err, macam melampau pulak ayat tu, sebenarnya aku takde lah rasa sampai macam tu sekali.

Rupa-rupanya suara budak tu datangnya dari luar dan dia adalah kawan adik aku. Pada mulanya aku biarkan sahaja budak itu memberi salam, tapi aku pelik pulak sebab biasanya diorang aku akan memanggil nama adik. Tapi kali ni cuma salam sahaja yang diberi. Aku pun dengan rasa malasnya bangun dan menjawab salam budak tadi.

Aku bangun dan terus tanya kepada budak itu gerangan siapakah yang dia cari? Tapi aku tak tau lah kenapa, sebaik sahaja budak itu memandang aku, mata dia terus terbeliak. Terserlah riak wajah ketakutan pada raut mukanya. Aku hairan dengan perangai dan sikap dia yang tiba-tiba terus berubah itu. Kemudian aku tanyakan lagi dia cari siapa.

Lepas tu barulah dia seakan-akan tersedar dan memberitahu bahawa dia datang kerana mahu memberikan buah rambutan. Selepas aku mengambil buah rambutan tadi, budak tu terus melarikan diri sambil meraung-raung. Okay, part meraung tu tipu lah., dia cuma lari biasa je. Cuma aku terfikir lah, kenapa dia tiba-tiba kaku apabila melihat aku tadi.

Selepas itu baru lah aku perasan, rupa-rupanya masa   aku bangun tadi rupa aku tak macam orang. Maksud aku, rupa aku tak terurus, dengan rambut berserabai, ditambah lagi dengan pencahayaan yang gelap. Memang sah lah budak tu takut bila nampak aku. Semenjak hari itu aku insaf dan aku tidak mahu merempit lagi. Eh eh, ni apahal tiba-tiba kes merempit masuk ni.??

P/s : Korang tak pelik ke aku nampak cicak berlari.??

9 comments:

kakaktiricinderella said...

Kenapa tak upload gambar Arpiiz yang menakutkan tuu kat dalam entry nie ha?
Saya suka benda benda seram nie.
Hahahaha XD
Anyway, tak heran pun cicak berlari. Biasa tengok :P

dariilhamkehati said...

hahahaha, itulah pasalnya, serabai sampai budak pun lari, melampau tuh , hahahah, btw , ini kelakar, punchline banyak, bagus....

yang benar,

Juri Raja Lawak

Cik Ain said...

Hahaaa.. yg kat atas tu seram semacam...

Unknown said...

ada unsur paksaan di suruh baca pd awal cerita,hihihi(gurau)... tapi bila habis cerita tak rasa rugi pun,..menarik.

Arpiiz said...

@Kakak Tiri Cinderella : Hahaha, tak nak lah letak sebab takut orang dekat blogger pulak yang takut..

Arpiiz said...

@NUR CAHAYA : Wah, tak tau pulak ada juri raja lawak baca entry ni.hahaha

Arpiiz said...

@Cik Candy : Eh, kat atas mana yang seram tu..?

Arpiiz said...

@AL FITRAH : Eh, ada ye.? Tapi masa baca tak terpaksa kan.??hehehe

dariilhamkehati said...

mestilah tatau, i la Fazura, hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...