Salam dan hai kepada para readers semua...
....sambungan dari Misteri Rahman...(Part 3)
Aku mengambil botol air yang berisi air mineral diatas meja dapur lalu aku meneguknya. Aku membaca beberapa potong ayat suci al-quran sebelum aku menelan air tadi. Setelah berbuat demikian, aku mula mendapat tenaga aku kembali. Rahman hanya berdiri sahaja sambil memandang ke lantai ketika aku minum air tadi. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi aggressif seperti tadi dan aku juga sudah mula kembali tenang.
Baru sahaja aku mahu menghelakan nafas, Rahman kembali memandang aku dengan wajahnya yang bengis. Tidak pernah aku lihat wajah dia semarah ini, tapi kenapa dia marahkan aku.? Aku bertanyakan soalan itu kepada Rahman dan jawapan dia ialah dia bencikan aku kerana selalu menghalang kerja dia. Jawapan itu tidak dapat aku terima, bila pulak aku halang kerja dia dan kerja apa yang dia buat.??
Tapi apa yang aku pasti, yang berada dihadapan aku ini bukan lah Rahman yang aku kenal. Dihadapan aku ini ialah makhluk lain yang mengawal jasad kawan aku. Dari segi percakapan dan juga gaya bahasa yang aneh itu membuatkan aku bertambah yakin bahawa Rahman sudah dirasuk. Tanpa berlengah lagi, sekali lagi aku meneguk air mineral yang ada ditangan aku.
Setelah beberapa teguk aku ambil, lalu aku semburkan kearah Rahman. Rahman menjerit marah, dia mahu menerkam aku dan tanpa membuang masa lagi aku halang terkamannya itu dan mengunci pergerakan dia dengan menggunakan salah satu seni pertahanan diri yang aku pernah belajar. Aku pegang erat badan Rahman dan membacakan ayat kursi di telingannya.
Tiba-tiba Rahman terjatuh ke lantai, dia pengsan dan tidak sedarkan diri dilantai itu. Aku berhati-hati menghampiri dia kerana aku takut jika dia tiba-tiba bertindak ganas lagi. Aku curahkan air botol yang ada digenggaman aku tadi ke muka dia. Sebaik sahaja air itu mengenai mukanya, Rahman terus bingkas bangun ibarat orang mengigau sambil menjerit-jerit.
"Aaaaa, apa hal ni apa hal ni.???", tanya Rahman dalam keadaan bingun sambil mukanya basah dengan air mineral tadi. Rahman terkejut melihat aku sedang menyiram air ke mukanya namun apa yang lagi mengejutkan dia ialah mengenai wajah aku yang cedera akibat pergaduhan tadi. Setelah aku menceritakan kepada dia, Rahman segera meminta maaf atas apa yang berlaku tadi.
Walaupun aku masih lagi berasa sakit dan juga marah, namun aku biarkan sahaja perasaan itu kerana aku tahu yang Rahman tidak sedar dengan apa yang dia telah lakukan. Tanpa berlengah lagi, aku terus bertanyakan kepada Rahman adakah benar yang dia ada pergi bertemu dengan seorang bomoh baru-baru ini. Pada mulanya dia cuba mengelak dari menjawab pertanyaan aku, namun setelah aku merenung jauh-jauh ke dalam anak matanya, baru lah dia mengaku.
Rahman mengaku yang dia ada berjumpa dengan bomoh kerana dia mahu menghilangkan nasib malang yang selalu menimmpa dirinya baru-baru ini. Aku juga tahu mengenai nasib malang yang menimpa dirinya, tapi aku memang tidak menyangka yang dia sanggup berjumpa dengan bomoh semata-mata mahu mengubah nasib. Setelah dia bercerita, giliran aku pula bercerita kepadanya berkenaan perempuan yang menjelma dibilik tidurnya dan juga lembaga yang mengganggu aku petang tadi.
Aku menasihatkan kepada Rahman supaya bertaubat dan kembali kepada Allah, kerana hanya Nya lah yang kita sepatutnya berserah, bukan dengan meminta bantuan dari makhluk lain. Rahman mengangguk faham dan dia mahu memulangkan kembali barang yang diberikan oleh bomoh kepadanya dulu. Akhirnya aku berasa lega kerana berjaya menyelamatkan kawan aku dari terus sesat.
Tamat..
P/s : Haahaha, aku tak sangka ada cerita yang tak abis lagi. Nasib baik ada orang yang bagitau, kalau tak memang takde ending lah citer ni..
2 comments:
scary betul kalau jadi camtu betul2 dpn mata.
ana dah la jenis tak kuat nk hadap benda2 cmtu huhu
@anamizu : sama lah kita, kalau jadi depan mata mesti tak tau nak buat apa..
Post a Comment