Thursday, December 15, 2011

Rasa jemu itu tetap akan datang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tidak kira walau apa pun..
Akan sampai masanya kita akan berasa jemu..
Walau pun benda itu adalah benda yang paling kita minati..
Rasa jemu itu tetap akan singgah ke dalam hati..

Bila jemu itu mula melekat pada diri..
Kita nak buat benda itu pun sudah tidak bersemangat..
Maka pelbagai alasan akan mula kita ciptakan..
Sebab kita sudah tidak mahu melakukan perkara itu..

Walau kita tidak boleh membunuh rasa jemu itu.
Namun kita masih boleh menghilangkannya..
Di antara banyak2 cara ialah..
Ingat kembali saat2 manis ketika kita melakukan benda itu..

P/s : Err, ada ke yang tak tau jemu tu macam mana..??

Tuesday, December 13, 2011

Kembali ke sekolah.. Huwaaaa..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Err, kepada murid2 sekolah sila bertenang dulu ye.. Aku tau yang korang ada cuti selama 3 minggu lagi.. So jangan nak buat2 menggelabah bila terbaca tajuk diatas ye.. Sebenarnya aku yang akan kembali ke sekolah.. Tapi aku rasa istilah sekolah tidak sesuai untuk aku kot..

Ya, betullah tak sesuai sebab aku dah lepas daripada exam SPM.. So aku terpaksa tukar tajuklah ye.. Hmm, macam mana dengan Kembali belajar, atau kembali ke rahmatullah kelas..?? Ah, aku rasa dah tak penting kot dengan tajuk tu sebab korang pun tengah baca entry ni..

Sebenarnya macam ni, cuti sem aku yang lepas sudah pun melabuhkan tirainya.. Sepatutnya aku perlu berasa gembira kan. Tapi apa boleh buat, aku dah terlampau biasa dah dengan rumah ni.. Rasa macam malas je nak kembali berulang alik pergi ke kelas tu..

Namun, aku perlu tabahkan diri sebab cuma tinggal setahun je lagi untuk aku berada di situ.. Dan Insyaallah aku akan berjaya memegang segulung diploma.. Ye2, aku tau yang korang dah pegang ijazah, so aku tak nak lah membangga diri pulak..huhu

Okaylah, setakat itu sahaja entry kali ni sebab aku dah kena gerak untuk pergi ke kelas lah.. Nanti kalau ada masa dan idea aku upadate lagi blog ni okay.^_^

P/s : Huwaaa..!!! jadual sem kali ni padat gila..TTT_TTTT

Monday, December 12, 2011

Activation key untuk windows 7 Home..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, kali ni aku nak bagitau dekat korang semua cara2 untuk mengaktifkan windows 7 (pirate version).. Aku tak pasti kalau cara ini boleh digunakan atau tidak untuk windows2 lain selain 7 Home.. Tapi kalau korang nak cuba takpe lah..

Apa2 pun sila download benda alah ni..
>> Keylogger windows 7

Selepas korang menginstall windows korang tu, korang pergi ke benda alah atas tu and extract ye.. Sila extract menggunakan 7zip or Winrar.. Tapi kalau dua2 takde, korang kenalah adakan salah satu dari tu.. Bila dah extract, korang klik applicationnya..

Bila dah keluar, maka korang akan nampak seperti mana imej dibawah..

Hah, dah tau apa yang perlu dibuatkan, sila klik "Install/Remove loader"..

Korang kena tunggu beberapa minit dan komputer korang akan restart sendiri.. Bila dah restart, dia akan tanya sama ada korang nak aktifkan Genuine key atau tidak.. Maka silalah klik untuk aktifkan ye.. Kini tamatlah tutorial untuk kali ini dan aku nak mintak maaf sangat dekat korang semua jika apa yang korang buat tidak menjadi..

Tapi aku sendiri dah try and menjadi, takkan korang punya tak jadi pulak..?? Owh ye, entry aku berkenaan cara2 untuk tukar windows 7 starter kepada Home premium telah di deletekan setelah mengetahui yang info2 dekat situ sudah tidak boleh digunakan lagi..

P/s : Rasa macam menyesal pulak sebab pergi delete entry tu..huhu

Bangun tidur..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Sedang aku masih di dalam alam mimpi..
Tiba2 aku tersedar tanpa aku sedari..
Lantas aku melihat jam yang ada di sisi..
Rupanya waktu subuh sudah semakin ku hampiri..

Tangan ku mula menggapai tuala..
Untuk persiapkan tubuh menghadapi hari yang tiba..
Di tandas tempat aku membersihkan mata..
Di atas sejadah tempat aku memohon perlindungannya..

Pintu dibuka kaki melangkah..
Sambil melihat suasana yang indah..
Motor di hidup untuk aku memulakan langkah..
Yakin dan pasti ke tempat yang di arah..

P/s : Ala, cuti sem aku dah habis, kenapa masa berlalu begitu pantas..huhuhu

Friday, December 09, 2011

Sekali kantoi lah pulak...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

I see what you did....
Ini lah akibatnya bila kita tidak berhati2 dan lalai ketika melakukan tugas.. Akhirnya dengan mudah sahaja musuh mengetahui lantas mematahkan semua pelan dan strategi yang telah kita fikirkan.. Aku dah agak dah yang benda ni mesti akan berlaku punya..

Wah, ni apahal pulak aku ni.. Siap ada perkataan musuh lah, strategi lah.. Dah macam pergi berperang lah pulak.. Okay, kepada mereka2 yang masih bingung dengan benda yang aku tuliskan dekat atas tu, sila teruskan pembacaan anda ye..

Sebenarnya macam ni, aku sememangnya suka sangat tidur lambat.. Entah kenapa aku suka sangat tidur lambat pun aku tak tau lah.. So, bila tidur lambat ni kadang2 aku akan berasa lapar sehinggakan aku perlu melangkah ke dapur untuk menyelongkar apa yang ada di dapur tu..

Maka kejadian malam tadi pun berlaku.. Ketika aku sedang senyap2 menyelongkar dapur untuk mencari meggi yang telah aku nyorokkan siang tadi.. Tiba2 ada satu benda menyentuh kaki aku.. Bila aku pandang je ke bawah, aku ternampak ada tangan sedang memegang kaki aku..

Err, macam tak logik pulakkan.. Sebenarnya ada lipas yang terlanggar kaki aku.. So bila dah jumpa meggi yang aku sorokkan tu, maka aku pun mulakan lah sesi masak memasak.. Setelah aku siap masak maka aku pun hidangkan lah meggi perasa kari dicampur dengan telur tu ke dalam pinggan..

Tatkala aku baru je nak masukkan sesudu ke dalam mulut aku.. Tiba2 salah seorang adik aku keluar dari bilik dan ternampak lah aku yang sedang ternganga dengan sudu berisi meggi dihadapan mulut aku.. So, korang mesti dah tau apa yang terjadi selepas itu kan..??

Jadi, moral of the story ialah, kalau nak makan meggi sorang2, sila pastikan untuk memastikan (err, betul ke ayat ni..??) semua orang dah tidur dengan lena tau..

P/s : Perenggan pertama tu takde point pun, saje je nak menambahkan bilangan perenggan..hehehe

Thursday, December 08, 2011

Seksanya nak menukar jam biologi ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, mula2 sekali aku nak tanya, korang tau tak apa benda menatang jam biologi tu..?? Jam biologi atau lebih mudah dikenali sebagai biological clock ialah errr..... Alamak, aku pun tak tau macam mana nak terangkan dekat korang semua..

Jadi aku memohon maaf lah sekiranya korang berasa sangat hampa apabila mengetahui yang aku tak dapat nak memberikan penjelasan tentang biological clock ni.. Sebenarnya macam ni, korang tau kan yang badan kita ini boleh disetkan untuk tidur pada jam berapa yang kita nak tetapkan..

Tapi oleh kerana aku ni telah tersetkan mengikut jam tidur bagi seekor kelawar, so aku terpaksa untuk berjaga pada waktu malam dan tidor di siang hari.. Adeh, kadang2 tension jugak bila jadi macam ni.. Yelah, kalau dah masa malam cuma aku sorang je yang berjaga..

Apa yang boleh aku buat sangat..?? Main komputer jelah, itu pun sekarang ni aku dah bosan dengan game2 yang ada dalam komputer tu..huhu. Nampaknya aku kena cuba lagilah supaya dapat membetulkan kembali masa tidur aku kearah yang lebih elok..

P/s : Err, tidur yang cukup ialah sebanyak 6 jam kan..??

Tuesday, December 06, 2011

Mimpi indah buat si jejaka..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ku lihat dia sedang berdiri di sana..

Berlatar belakangkan taman bunga yang indah..

Aku segera berlari pergi mendapatkan dia..

Tatkala itu aku hanya dapat merasakan perasaan yang sangat bahagia..

Dan perasaan itu telah membuatkan aku tersenyum ketika aku berdiri dihadapanya..

Ku renung wajahnya dan dia juga merenung mata ku..

Entah mengapa aku seakan2 merasa tenang sahaja..

Tiba2 dia bersuara..

"Bangunlah sayang ku, kuatkan lagi semangat mu ya.."

Begitulah kata2 yang keluar dari mulutnya..

Dan disaat itu lah dengan secara tiba2 aku tersedar dari tidur aku..

Aku bangun dan aku juga merasakan sesuatu..

Rupanya2 ada sekeping gambar di tangan ku dan gambar itu ialah gambar dia..

P/s : Entry ini telah ditaip ketika si penulis sedang boring sebab tak boleh nak tidur..huhu

Monday, December 05, 2011

Game seram yang paling Horror...!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pergghh, dah lama gila aku tak update2 blog ni.. Last entry aku ialah pada errrr, korang lah yang tengok sendiri, aku malas pulak nak pergi check..hehe. Tapi apa2 pun sebelum aku memulakan mukadimah untuk entry ni, aku nak minta korang ketepi dulu sebab aku nak sapu habuk2 yang ada dekat dalam blog ni..

Okay, dah siap dah.. Ya, menurut daripada tajuk dekat atas tu, aku macam nak buat review tentang game.. Tapi untuk pengetahuan korang, aku ni sebenarnya tak reti nak review mereview ni.. So kiranya ini aku cuma nak sharekan dekat korang lah macam mana perasaan aku tentang game ni..




Gamenya bertajuk Fatal Frame, nah tengoklah wallpapernya dekat sebelah tu.. Game ni menggunakan plantar/konsol PS2.. Ada 4 siri kesemuanya dan siri yang ke-4 menggunakan Wii.. Game seram dari Jepun ni memang betul2 mencabar keberanian sesiapa sahaja..

Kalau ada orang yang main game ni tapi cakap yang dia tak takut, itu tandanya yang dia tipu atau dia tu takde perasaan.. Aku yang main kejap dekat rumah kawan aku pun asyik terbayang wajah2 hantu dalam game tu..huhuhu

Jadi, sesiapa yang rasa nak menguji tahap keberanian tu, boleh lah cuba main game ni.. Aku nak ingatkan, bagi mereka yang lemah semangat, jangan lah cuba2 main game ni sebab ia mampu membuatkan demam selama 2 minggu (bergantung kepada tahap semangat korang)..

Okay, itu jelah yang aku nak tulis buat masa sekarang.. Kalau yang takde PS2 tu, korang cuma boleh tengok walkthrough dekat youtube jelah ye.. Kalau tak pun korang pinjamlah PS2 sepupu korang ke, jiran korang ke atau korang pergi beli terus ke..hehe

P/s : Game ni ada dalam versi bahasa Jepun dan bahasa English..

Monday, November 28, 2011

Hujan itu masih lebat lagi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Malam ini sekali lagi hujan turun.. Sama seperti malam2 yang sebelum ini, turun tanpa aku sedari dan pergi ketika aku sedang bermimpi.. Namun hujan malam ini tidak sama seperti malam2 yang lepas.. Entah kenapa aku seakan2 dapat merasakan sesuatu..

Sesuatu yang membuatkan aku perlu menunggu sehingga larut malam.. Pada mulanya aku tidak menghiraukan perasaan itu.. Tapi entah bagaimana, perasaan itu semakin kuat sehinggakan aku tidak mampu untuk melelapkan mata ini..

Tiba2 aku mendapat panggilan.. Panggilan dari kawan lama aku, Zahid namanya.. Memang sudah lama kitorang tidak berjumpa.. Last sekali ialah ketika hari raya puasa dulu.. Kitorang memang berbual lama sehingga jam pun menunjukkan pukul 2.30 pagi..

Selepas bersembang dengan dia, barulah perasaan yang menyelubungi aku dari tadi hilang.. Aku pun baring ke katil aku dan cuba melelapkan mata.. Aku dengar di luar hujan masih lagi lebat, namun kelebatan hujan itu tidak mampu untuk menghalang aku dari tidur..

Ketika aku sedang lena tidur itu, tiba2 aku tersentak.. Aku terus bangun dan dalam keadaan yang bingung itu aku cuba melihat jam di telefon aku.. Satu mesej dari Zahid aku terima dan dengan pantas aku membaca nya.. Mesej itu berbunyi..

"Terima kasih sebab kau sudi bersembang dengan aku tadi.. Kau memang kawan aku yang sejati.. Aku harap kau takkan lupakan aku ye.. Ada lagi satu benda yang aku nak bagitau dekat kau..

Jika kau sedang membaca mesej ini..
Itu tandanya yang....
....
......
........
....
.....
..."
Aku semakin berdebar, aku teruskan menekan button ke bawah untuk menghabiskan mesej itu..
".....
.......
......
......
......
.....
.....
.....
Kau takkan tau apa yang aku tulis sebab penulis entry ni malas nak tuliskan..hehehe"

Sunday, November 27, 2011

Bosan yang gila..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..



Entry ini ditulis pada tengah malam tadi atau dengan lebih tepatnya pada pukul 2.50 pagi.. Err, aku rasa itu sudah dikira sebagai awal pagi.. Ah, tak kisahlah walau apa pun yang nak disebut.. Tapi apa yang pasti ialah ketika aku sedang menaip entry ini..

Aku sedang dibelenggu oleh satu keadaan yang sangat boring.. Aku tak tau kenapa rasa boring kali ni lain macam.. Hampir semua benda aku tak dapat nak buat sebab aku langsung takde keinginan atau nafsu untuk membuatnya..

Masa nak buat entry ni pun aku perlu mengambil masa sekurang2nya 10 minit untuk menyeru semangat menaip ni.. Kalau tak memang korang tak dapat bacalah entry ni.. Okay lah, aku pun tak tau nak tulis apa lagi.. So aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah..

P/s : Diharapkan kita semua akan dapat berubah kearah yang lebih baik pada tahun baru ini..^_^

Saturday, November 26, 2011

Errr, hmmm....

Salam dan hai kepada readers serta para pembac semua..

Errr...

Errrrrrr...

Macam mana nak cakap ye..??

Hmmmm...

Hmm..

Okay, biar aku terus terang jelah ye..

Yang sebenarnya...

Aku ni..

Dah

Nak..

..

...

....

.....

.......

Pergi tidur sekejap, mengantuk sangat ni sebab malam tadi tak dapat tidur la..huhuhu

Thursday, November 24, 2011

Blogger ditahan membawa dadah..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang blogger untuk menikmati dadahnya tidak kesampaian apabila beliau telah dicekup ketika sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke rumahnya.. Pihak polis mendakwa bahawa blogger ini mempunyai beberapa maklumat penting yang diyakini amat berguna untuk mereka..


Tambah pihak polis lagi, dadih jenis buatan sendiri itu amat popular dikalangan golongan muda kerana ia mampu membuatkan seseorang itu menambahkan selera makannya.. Dadih jenis baru ini juga mempunyai beberapa perisa dan kebiasaanya perisa coklat yang mendapat permintaan yang paling tinggi..

Kini pihak polis telah membawa blogger tersebut ke rumahnya demi belajar bagaimana cara2 hendak membuat dadih yang sedap itu.. Okay, saya juga nak pergi belajar macam mana blogger tu buat dadih sebab saya pun memang hantu dadih..hehehe

P/s : Satu lagi cerita meraban di malam hari..huhu. Psst, gambar tu ihsan google je tau..

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Rabu (Cara lajukan download speed)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

kalau tak nampak, klik lah gambar tu..

Macam mana, korang nak test tak buat macam ni..hehehe

Wednesday, November 16, 2011

Wordless rabu ( Horoscope baru )

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

kalau tak nampak boleh klik untuk besarkan..
Korang punya yang mana ya..hehehe

Tuesday, November 15, 2011

Selamat berjaya buat mereka yang berperang..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tahu tak korang semua, tatkala korang sedang membaca entry ini.. Terdapat mereka2 diantara kita ini sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperangan di medan pertempuran esok.. Pertempuran yang akan menentukan nasib mereka di masa hadapan..

Mungkin pada malam ini mereka semua sedang menggilap dan menyediakan senjata mereka, sedang membaca peta serta menyusun strategi demi menawan markas musuh.. Namun tidak kurang juga masih ada yang sedang leka dan tidak bersedia untuk menghadapi peperangan esok..

Mereka2 yang bersikap sedemikian adalah mereka yang sudah gagal.. Sudah tewas sebelum bertempur dengan pihak musuh.. Jadi, marilah kita sebagai manusia berdoa untuk kejayaan mereka semua.. Doakanlah mereka semua agar berjaya memenangi pertempuran itu..

Jadi aku disini sebagai tuan tanah kedaung dari blog Arpiiz Itu Nama Ku ingin mengucapkan :

*Selamat Berjaya kepada para2 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM..*

Aku tau mungkin dah lambat untuk aku ucapkan, tapi ketahuilah yang aku tak pernah rasa terlambat untuk mengucapkan ini semua..hehehe

P/s : Teringat cikgu aku dulu cakap yang time nak jawab SPM ni anggaplah macam nak pergi berperang melawan kertas2 soalan..hehe

Wah.. Kecewanya aku...!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Huwaaaa...!!!
Kecewanya lah aku, aku rasa kalau korang berada di kasut tempat aku pun, mesti korang akan merasai bagaimanakah peritnya percintaan.. Chewah, celah mana percintaanya Arpiiz oii.. Korang tau ke tak macam mana perasaan aku ni..??

Kalau korang tak tau korang bacalah kisah sedih ini.. Ceritanya macam ni, setelah aku mengambil masa selama 2 hari untuk mendownload game dekat atas ni.. Maka aku pun dengan penuh bersemangat nak main game tu..

Tapi entah apalah malang nasib Pak Kaduk, eh apa pulak kene mengena dengan Pak Kaduk ni..?? Ulang balik ye, tapi entah apa malangnya nasib aku ni, baru je aku nak main.. Dengan tiba2 malah tanpa tanda2 pun, komputer rumah aku telah pergi meninggalkan aku..

Apabila aku tau je yang komputer tu dah pergi buat selama2nya, aku merasakan seolah2 hidup aku sudah tidak bermakna lagi.. Aku rasa macam aku nak nak je menangis meraung selama 24 jam.. Hehe, takdelah sampai macam tu, aku cuma rasa sedikit kecewa je..

So, sekarang ni aku tengah cuba untuk membaik pulih komputer aku tu.. Kalau bernasib baik, hidup lah semula komputer tu.. Tapi kalau tak bernasib baik, terpaksalah aku untuk pergi menghantar kepada orang yang lebih bertauliah dalam membaiki komputer ni..huhu

Itu sahajalah luahan hati aku, korang dapat tak rasa macam mana perasaan aku ni..?? Kalau tak dapat, korang ulang balik baca and kali ni baca slow2 ye..hehe

Monday, November 14, 2011

Kemalasan tahap dewa melanda lagi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Adoiii..!!!
Ni yang buatkan aku makin tension ni.. Tak boleh lah nak tengok aku mula berbaik sikit dengan blog ni.. Mulalah kemalasan ni datang nak menyempit2 dalam hidup aku ni.. Tak boleh ke kau pergi dari hidup aku wahai kemalasan..

Kalau ada sesiapa yang jual ubat untuk hilangkan perasaan malas ni, boleh lah bagitau dekat aku ye.. Aku nak beli, tapi kalau boleh harga tu bagi la murah.. Ala, kita kan sesama bloggers, takkan lah tak dapat diskaun kot..hehehe

Okay2, nampaknya dah entah apa2 lah aku merepek kan ni.. Kesian dekat korang sebab terpaksa membaca repekan aku sambil makan kerepek pisang.. Korang makan kerepek pisang kan..?? Kalau tak makan tu takpelah, aku tak paksa pun korang kena cari kerepek pisang tengah2 malam ni..

Jadi seperti biasa, kalau dah sampai sini pun aku masih tak ada benda yang aku nak bagitau.. Itu tandanya yang esok petang akan berlaku hujan lebat dikawasan yang sama waktu dengannya.. Hehehe, bukanlah, itu tandanya ini adalah entry yang kosong..

Bila ini ialah entry kosong, itu tandanya aku telah membuatkan korang membuang sedikit masa korang untuk membaca sehingga ke tahap ini.. So, terima kasih lah aku ucapkan kerana sudi membaca entry yang kosong ini..^_^

P/s : Kalau korang nak tau,ini ialah entry yang ke 8 dan barulah menjadi.. Yang lain masih lagi menjadi draft dekat tempat entry ni....

Saturday, November 12, 2011

Mencari blogger legend..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Malam ni aku nak bagitau dekat korang semua, pengalaman aku dalam siasatan untuk mencari blogger yang paling legend.. Ini pun adalah disebabkan permintaan kawan aku, katanya yang ramai blogger2 baru tak kenal dia.. Aku pun pelik dengan apa yang kawan aku cakap kan tu..

Kalau dah legend tu patutnya mestilah makin dikenali.. Ini tidak, ada pulak makin dilupakan.. So, aku telah diminta untuk menyiasat mengapakah blogger legend tu telah dilupakan oleh warga2 blogger di dunia blog ni.. Pada awalnya aku menolak permintaan kawan aku tu..

Tapi bila dia sudah menawarkan aku wang tunai sebanyak USD 10 juta, maka aku terpaksa jugalah membuatnya.. Benda first sekali yang perlu aku buat untuk memulakan siasatan ini ialah membaca bismillah.. Yelah, setiap melakukan apa pun mestilah dimulakan dengan itu kan..

Sambung balik kepada kes siasatan aku ni.. Selepas itu aku perlu mencari alamat blogger tu, bukan alamat rumah, tapi alamat url blognya.. Bila dah dapat barulah boleh cari alamat rumahnya pulak.. Aku nak buat apa dengan alamat rumahnya tu..??

Mestilah aku nak buat panduan untuk aku pergi beraya ke rumah blogger tu.. Hehe, takkan lah aku nak buat macam tu pulak kan.. Aku mestilah pergi ke rumahnya untuk bertanyakan kepadanya mengapa dia sudah tidak dikenali oleh blogger2 sekarang..

Bila aku sampai dihadapan pintu rumahnya, maka ucapan salam aku hulurkan.. Senyap sunyi je, aku pun mengambil keputusan untuk masuk kedalam rumah itu memandangkan pintunya pun tak berkunci.. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat (lihat gambar dibawah)


Ya, itulah yang aku nampak.. Nampaknya blogger tu telah lama mati, dan matinya pula dihadapan komputer.. Bila aku lihat komputernya, dia sebenanrnya baru siap menaip entry terakhirnya.. Tapi belum sempat dia nak post entry tersebut, dia telah mengalami sakit jantung dan mati serta merta..

Moral of story :
* Mati tidak mengira masa dan tempat.
* Jangan asyik menghadap blog, benda lain kena juga buat..
* jangan lupa makan ubat kalau dah tau diri tu ada penyakit..
* Kenali jiran anda, anda mampu mengubahnya..(ni apa jadahnya ni..??)

P/s : Aku nak buat entry lain, tapi entry cerita pulak yang jadi..huhu. And nak bagitau yang ini ialah cerita rekaan je ye..

Macam biskut..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


biskut buat minum petang..

Ni apahal mula2 lagi dah muncul gambar biskut ni.. Biskut kering pulak tu, takde ke biskut merry ke, biskut gula ke, biskuat ke..?? Ah, ni apahal pulak muncul nama2 biskut ni..?? Nampaknya aku kena terus pergi ke perenggan kedua lagi ni..

Sebenarnya aku nak bagitau, yang sejak kebelakangan ni aku dah jadi macam biskut dekat dunia blog ni.. Kejap ada, lepas tu tak ada.. 2 hari muncul dengan entry baru, seminggu hilang tanpa update apa2 pun.. Yelah, kalau dah hilang memang lah takde update entry, betul tak..??

Dengan itu aku pun nak meminta maaf lah sekiranya kehilangan aku tu telah membuatkan korang resah gelisah ibarat cacing kena panggang bbq.. Lepas ni aku akan cuba dengan sedaya upaya aku untuk terus menghadap blog aku ni.. Bila dah jadi macam tu, korang jangan pulak rasa bosan ye..hehe

P/s : Aku still tak faham, apa kaitan biskut dengan kes kejap hilang kejap timbul ni..??

Bestkan bila dapat banyak komen..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

tengok, kan dah berbunga2 dah hati aku ni..
Okay, aku dah tak reti nak buat pendahuluan untuk entry ni.. Err, yang sebenarnya aku tengah malas, tapi saja nak cakap macam tu..hehe. So, tanpa banyak budi bicara membuang masa lagi, kita skip terus ke perenggan kedua okay..

Ya, dah sampai perenggan kedua pun.. Jadi di perenggan kedua ini sudah pasti aku boleh menyampaikan apa yang aku nak ceritakan dalam entry ni, betul tak..?? Ni aku nak tanya, siapa dekat sini atau lebih tepat sekali ialah blogger.. Yang tak suka dapat banyak komen dekat entry dorang..??

Kalau ada, meh sini aku nak tepuk dahi dia sikit.. Ish aku ni, suka2 je nak tepuk2 dahi orang.. Tapi aku rasa tak ramai kot yang macam tu.. Kebanyakannya mesti suka bila dapat komen dalam setiap entry dorang.. So, begitu juga dengan aku..

Aku sebagai blogger biasa pun suka sangat bila ada orang yang sudi menaip pada bahagian komen tu.. Bila tengok dekat bahagian komen tu terisi, hati aku ni terasa seakan2 nak meletup berbunga2 cinta.. Korang pulak rasa apa..??

Jadi, itu jelah benda yang aku nak bagitau dekat dalam entry ni.. Dah tu apa lagi, bagi sesiapa yang membaca entry ni, pergilah komen di tempat komen tu ye.. Ini adalah satu paksaan, jika korang tak komen, nanti aku sumpah semut korang jadi basikal..hahaha

P/s : Entry yang entah apa2 dari tuan blog ni..T_T

Wednesday, November 09, 2011

Pelajar paling hebat abad ini..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ya, disini aku nak menceritakan satu kisah tentang seorang pelajar yang aku rasa sangat hebat.. Kenapa aku cakap begitu..?? Ya, kalau korang semua nak tau, korang teruskan pembacaan korang ini.. Kalau korang tak teruskan, macam mana korang nak tau..

Macam ni, pelajar yang mengambil jurusan teknologi ini akan menghadapi peperiksaan akhir atau budak2 U cakap final exam lah.. Aku pun tak tau kenapa budak2 U panggil macam tu, dorang ingat dorang tu dah hebat sangat lah nak speaking2 tu..

Okay, kembali semula.. Pada malam sebelum exam tu pun, pelajar ini dengan selambanya tidak study.. Dia plan nak bangun tengah malam lah.. Tapi alangkah sedihnya apabila dia telah terlajak tidur.. Kalau terlajak tidur dari study tengah malam tu takpe lagi..

Ini tidak, pelajar tu telah terlajak tidur sampai pukul 9 pagi.. Ada apa dengan 9 pagi..?? Ya, 9 pagi ialah waktu untuk pelajar itu menjawab paper examnya.. Macam mana, hebat tak pelajar ni.. Dah lah tak study, lepas tu boleh pulak datang lambat time final exam..

Aku dengar cerita lagi, pelajar tu masih lagi tidak insaf dan katanya yang dia rasa teruja pulak untuk melakukan perkara macam tu lagi sekali.. Haih, aku harap pelajar ni cepat lah insaf dan sedar sebelum dia dapat mana2 paper dia yang tertulis FAIL..

Cerita ni member aku yang bagitau, so aku cerita pulak kat sini untuk peringatan kat aku and korang agar tak buat benda macam ni..

P/s : Macam mana, hebat tak pelajar tu..hehe

Tuesday, November 08, 2011

Kadang2 jahat jugak...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Petang2 ni malas pulak nak menaip, korang tengok gambar jelah ye..hehe
agaknya apalah yang batman tu dah buat..??

Tergamaknya kau..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Mengapa kau tergamak untuk melakukan perkara ini terhadap aku.. Mengapa kau mahu tinggal kan aku tatkala kita sedang didalam kebahagian.. Mengapa kau sanggup rampas keceriaan yang sedang kita miliki bersama.. Sudah 2 tahun kita bersama..

Apakah kau sudah lupa siapakah yang menjaga kau ketika kau sakit dahulu.. Ketika penyakit yang kau hidap itu memberitahu yang kau tidak akan mempunyai banyak masa untuk hidup.. Namun hasil berkat aku kehulur kehilir mencari penawar bagi penyakit kau, maka sihat juga tubuh kau..

Sudah kah kau lupa, siapakah yang sentiasa menemani diri kau setiap masa.. Walaupun aku sentiasa sibuk dengan tugasan aku, namun akan sentiasa aku meluangkan masa untuk menemani kau.. Apakah kau sudah melupakan perkara2 itu..

Jika benar kau tidak melupakan perkara2 itu, mengapa kau perlu mahu pergi meninggalkan diri aku buat selama2nya.. Aku sangat sedih bila mengetahui yang kau mengambil keputusan untuk meninggalkan aku.. Jika tiada kau, dengan siapakah lagi aku mahu bermain..

Dengan siapa lagi aku perlu menghabiskan masa2 aku.. Janganlah tinggalkan aku, aku merayu kepada kau.. Aku tak sanggup kehilangan kau yang pada aku amat berharga.. Namun jika kau berkeras juga mahu pergi, aku terpaksa jugalah redha..

Apalah daya aku untuk menghalang diri kau.. Tapi satu sahaja aku nak bagitau, jika kau sudah tiada, mungkin aku memerlukan masa untuk mencari pengganti diri mu..

P/s : Ini ialah cerita diantara penulis dengan laptopnya yang sudah mula rosak, sekian terima kasih...

Monday, November 07, 2011

Still blurrr lah...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

macam ni lah kalau takde idea..
Okay, seperti mana yang korang tau.. Kalau ada yang tak tau tu, korang boleh tau selepas ini.. Aku ni dah lama tak menjalankan aktiviti berblog ni.. So, bila dah lama tak menggerakkan otak untuk berkata2, maka otak ni pun dah mula terhenti dari terus menyumbang idea..

Jadi, untuk malam ni tiadalah entry yang mampu menghiburkan hati korang dapat aku buat.. Aku rasa aku nak pergi balas komen2 korang dulu.. Mungkin selepas itu baru aku dapat menangkap idea2 yang best untuk aku tuliskan dalam entry2 yang akan datang..

P/s : Sesapa ada yang nak jual idea2 tak, aku nak beli ni..hehehe

Huaarghh..!! Bangun juga akhirnya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kejap ye, aku nak mengeliat kejap..
Hiaaghh..!!!
Ah, lega sikit.. Maklumlah, setelah sekian lama tidur di dalam gua musang ni.. Akhirnya dapat juga aku bangun, risau gak kalau tidur tak bangun2..huhu

Wah, sepanjang aku tidur ni pun, maka blog aku ni pun turut tidur bersama.. Takde langsung apa2 penambahan, baik dari segi entry, follower dan yang paling penting sekali tabung nuffnang aku..huhu. So, sekarang ni bila aku dah bangun, aku perlulah menjalankan misi yang baru ini..

Misi baru aku ialah untuk menambahkan semua benda tak kiralah dari segi bilangan entry, follower, komen mahupun tabung nuffnang aku tu.. Jadi langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan melakukan blogwalk dekat blog orang.. Tapi kepada mereka yang pernah komen dulu, malam nanti baru aku balas ye..hehe

P/s : Dah lama sangat tak menaip entry, rasa macam lain pulak..huhu

Friday, October 28, 2011

Kejadian yang paling menakutkan aku...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kejadian yang berlaku pada hari khamis malam jumaat itu telah menjadi salah satu peristiwa yang akan aku kenang hingga ke akhir hayat.. Aku ada kelas pada waktu malam masa itu, so setelah selesai menimba ilmu, maka aku pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah..

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, cuaca pada masa itu pula ialah hujan lebat.. Aku tak tau sama ada aku nak terus tunggu di kelas atau balik sahaja.. Namun apabila melihat keadaan sudah larut malam, aku mengambil keputusan nekad untuk pulang sahaja..

Didalam hujan lebat itu aku segera berlari mendapatkan motor aku dan terus memakai baju hujan yang tersimpan didalam box.. Maka aku pun hidupkan motor tu dan terus bergerak pulang dalam hujan lebat itu.. Lalu ku redah hujan lebat itu dengan kelajuan tahap maksima..

Namun ada sesuatu pula yang telah berlaku ketika aku leka memecut motor kesayangan aku itu.. Sedang aku melalui sebatang jalan yang sangat sunyi dan juga sangat gelap sebab ketiadaan lampu jalan.. Tiba2 aku seperti perasan ada sesuatu dihadapan aku..

Disitulah kejadian yang menakutkan itu bermula.. Aku masih lagi memecut dengan laju dan belum sempat aku mengenal pasti apakah benda dihadapan aku itu.. Tiba2 aku terlanggar lopak air yang menyebabkan habis seluar aku basah terkena air itu..

Bila dah terlanggar lopak air, hanya satu sahaja benda yang perlu aku segera lakukan.. Aku perlu segera memujuk2 motor aku ni supaya jangan mati, namun dia tetap juga pergi meninggalkan aku sendirian.. Kini tinggallah aku berseorangan didalam kegelapan malam dan hujan yang lebat itu..

Mujurlah aku tau apa yang perlu aku buat.. Aku pun segera mencabut kepala plug dan mengeringkannya.. Sebab hanya itu sahaja punca yang menjadi penyebab kematian motor aku tu.. Setelah motor dapat dihidupkan semula, aku pun segera bergerak pulang..

P/s : Amacam, menakutkan tak kejadian yang aku alami tu.hehehe

Senyap..

Salam dan hai kepada readers sserta para pembaca semua..

Sssshhhhhh.....

Tolong senyap..
Jika anda tak tau apa-apa..
Jangan suka main teka sahaja..
Kelak boleh buat diri malu tak tentu hala..

Tolong senyap..
Kalau anda tau yang anda bersalah..
Jangan cuba tegakkan benang yang basah..
Nanti buatkan orang bertambah marah..

Tolong senyap..
Bila anda berada di dewan peperiksaan..
Dan juga di perpustakaan..
Kalau tak nanti anda akan kena saman..hehe

P/s : Aku terpaksa senyap sebab dah keletihan sekarang ni..huhu

Thursday, October 27, 2011

Please jangan terkejut ye...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, mula2 sekali aku nak mintak korang jangan terkejut bila tengok header dekat atas tu.. Laa, dah ada yang pengsan rupanya bila tengok header tu, cepat2 sesapa tolong simbahkan air dekat muka dia bagi dia sedar.. Hah, dah sedar ke belum orang yang pengsan tadi..??

Hai, apa benda lah aku ni.. Takdenya ada orang nak pengsan bila tengok header yang macam tu.. Bukan seram sangat pun, betul tak..?? Ya, inilah yang terjadi bila sifat mengada2 datang dikala aku kesunyian.. Entah apahal pulak malam tadi boleh datang mood nak buat header..

Kalau buat header tu jadi cantik tak mengapalah, tapi ni jadi yang macam dekat atas tu.. Oleh kerana mengenangkan aku telah bersusah payah untuk membuat header tu, maka aku letakkan lah jugak dalam blog ni.. Nanti bila dah ada idea lain yang datang, aku tukar lagi..(itu pun kalau adalah..huhu)

Okaylah, aku nak out dulu.. Eh, dah macam facebook pulak nak main out2 ni..hehe. Maksud aku, aku nak tamatkan entry ni sebab lepas ni ada banyak hal yang nak kena settlekan.. Malam nanti kalau aku tak kepenatan, aku buat blogwalk..

P/s : Aku tak tau kenapa aku hilang mood nak buat blogwalk..huhu

Tuesday, October 25, 2011

Apa salah ke aku nak kedekut..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hah, ni apahal pulak ni..?? Datang2 terus je tanya soalan objektif peringkat SPM ni.. Lain kali tanyalah soalan2 yang mencabar minda dan keimanan aku ni.. Chewah, mengada2 pulak aku ni kan, dah lah lama tak update, lepas tu terus nak tanya2 ni..

kalau ada lebih tu, apa salah hulur sikit..
Okay2, aku tau yang aku dah lama menyepikan diri dari dunia blog ni.. Tapi pasal hal tu dalam entry lain aku stori okay.. Sekarang ni aku nak tau, apa salah ke untuk aku ni kedekut..?? Setelah sekian lama aku menyimpan duit, tiba2 ada orang yang dengan senang hati je nak pinjam duit aku tu..

Wei, kalau nak pinjam duit, sila pinjam dengan orang lain okay.. Duit dengan aku ni sudah tidak dapat untuk dipisahkan lagi, kami ialah pasangan kekasih yang paling sweet di abad ini.. Hahaha, ni apa jadah pulak lah aku melalut ni..

Bagi mereka2 yang ada perangai macam aku ni iaitu kedekut.. Korang sebenarnya boleh bersifat kedekut dalam masa2 tertentu sahaja.. Dibawah ini telah disenarai hitamkan time2 mana yang sesuai untuk korang solat kedekut..

* Time korang takde duit..
- Dah takde duit, takkan still nak bagi pinjam dekat orang.. Kalau setakat pinjam duit jutaria tu boleh lah dibagi..

* Time member korang nak pinjam buat beli rokok..
- Sebenarnya time ni amat bagus, tatkala korang dapat menyelamatkan duit korang dari digunakan untuk beli rokok.. Korang juga dapat menyelamatkan nyawa kawan korang tu..

* Time member yang pinjam tu member yang jenis tak reti nak bayar balik..
- Ini ialah time yang paling wajib sekali sebab kalau kita dah tau yang dia tak reti atau memang liat nak bayar hutang.. Buat apa nak bagi pinjam lagi, buat habis duit je..

* Time orang nak pinjam duit pada nilai yang amat tinggi..
- Yang ini agak susah sikit, sebab kita tak tau apa akan jadi pada masa depan.. Jadi seboleh2nya bagilah pinjam sekadar mana yang mampu, bukan sekadar mana yang kita ada..(yelah, kena jugak simpan untuk diri sendiri)

Itu jelah antara masa2 yang patut untuk korang bersifat kedekut.. Tapi yang sebenarnya sifat kedekut ni tak elok sebab ia akan membuatkan korang terlalu tamakkan benda yang korang kedekutkan tu.. So, pandai2 lah fikirkan mana yang baik dan yang buruk okay..!!

Thursday, October 20, 2011

What the..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

WHAT..!!!
How it possible..?? itulah antara ayat2 yang keluar dari mulut selepas aku tersedar yang aku sudah mula mengabaikan blog aku ni.. Aku sendiri tak tau kenapa aku boleh terkena penyakit malas update blog ni.. Kalau setakat malas update takpe lagi..

Ini sampai malas nak hadap blog ni.. Adeh, aku rasa bila dah terjadi benda ni aku terpaksa untuk kembali fokus ke dalam bidang berblogging aku ni.. Aku rasa inilah penyakit malas yang paling lama melekat dekat dalam diri aku sepanjang berblogging ni..

Sebenarnya, sekarang ni pun aku tengah takde mood nak menaip.. Tapi kalau aku nak tunggu mood, entah sampai bila lah aku baru boleh menaip dekat dalam blog ni.. Korang tunggu jelah ye, nanti bila dah datang semangat blogging aku tu, aku update 8 kali sehari..hehehe

P/s : Bila dah sibuk sangat dengan assignment, tiba2 je rasa malas nak hadap blog ni..huhu

Wednesday, October 19, 2011

Dark is here..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Huaaa..!!!
Ni apahal pulak dengan ko ni..?? Sikit2 nak nangis, bajet ada orang yang nak pujuk kan lah tu.. Wei, ko jangan mimpi lah Arpiiz oii.. Orang lagi suka tengok monyet dalam zoo tu dari tengok ko menangis, ko tau tak..?? Err kejap, siapa aku ni nak kutuk2 si Arpiiz tu..??  Korang mesti tak kenal sapa aku ni kan..??

Takpe2, korang jangan risau lah.. Aku akan perkenalkan diri aku sekarang jugak.. Nama aku ialah ......., tapi korang boleh panggil aku dengan nama Dark.. Untuk entry ni, aku yang akan tulis dan bukan si Arpiiz yang sekarang ni sedang sibuk menyiapkan assignment dia yang bertimbun2 macam bukit tu..

Mesti banyak sangat persoalan dalam fikiran korang tu kan, contohnya kenapa aku yang taip entry ni, siapa 'Dark' ni, dan kenapa korang masih meneruskan pembacaan korang ni kan.. Tapi kalau korang tak terlintas pun nak tanya soalan2 dekat atas tu..

Aku tak kisah pun, sebab aku cuma diarahkan untuk menaip entry sebab si Arpiiz tu cakap yang dia ni dah lama sangat tak update entry.. Jadi aku rasa cukuplah untuk sampai disini, korang tak marahkan kalau aku buat entry macam ni..??

Kalau korang nak marah jugak, korang marah si Arpiiz tu.. Yelah, sapa suruh dia tak nak update entry dia sendiri.. Lain kali kalau Arpiiz tu suruh aku buat entry, aku cerita benda lain ye.. Tapi sebelum tu, korang nak tak tolong aku sikit..??

Korang pergi tekan butang komen tu dan taip "Saya disini", yelah nanti kalau Arpiiz tu tengok entry ni dapat banyak komen, dia mesti suruh aku buat entry lagi..hehehe

"The Dark is always looks beautiful"

Friday, October 14, 2011

Selamat malam sayang ku...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Maafkan aku sayang ku, aku sudah tidak dapat bertahan lagi untuk meneruskan perjuangan ini.. Sudah terlalu lama aku bertahan dan kini sudah tibalah masanya untuk aku pergi meninggalkan kamu.. Bukan kerna kamu pernah melakukan kesalahan..

Tetapi ini semua adalah atas kehendak aku sendiri.. Aku sudah tewas, dan kini aku mengaku kalah.. Aku harap kau tidak kecewa dengan keputusan yang aku ambil ini.. Anggaplah yang kejadian ini adalah satu mimpi bagi dirimu..

Jangan lah kau tangiskan lagi, aku tidak mahu kau mengalirkan air mata mu yang sungguh berharga itu diatas kejadian ini.. Apa yang aku mahu hanyalah, kau lupakanlah janji2 yang pernah aku tabur dahulu.. Janji dimana aku akan setia bersama dengan kamu setiap masa..

Tidak mengapa, kau boleh memarahi aku atas janji yang aku beri dahulu.. Tapi kau tahu tak mengapa aku terpaksa memungkiri janji itu..?? Sebabnya sekarang ni dah pukul 4 pagi, esok pagi aku ada kerja.. So sekarang aku kena tidur..

Takkan lah sepanjang malam aku kena bersembang dengan kau dalam phone ni.. Taulah yang ko guna bil, so takdelah ko nak risau sangat.. Tapi yang problemnya, bil tu aku pulak yang kena bayarkan.. Hish, tengok kan dah hilang dah kesabaran aku ni..

P/s : Janganlah calling lama2 sangat, kesian dekat pakwe tu sebab tak cukup tidur..hehe

Thursday, October 13, 2011

Ni tengah dilema ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Huaaa...!!!!
Memang dalam dilema betul lah bila terjadi macam dalam gambar tu..

P/s : Sesiapa tolong belanja aku makan sekarang..huhuhu

Saat2 yang paling mencabar bagi seorang student U..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hidup sebagai seorang pelajar di universiti ini amat2 lah mencabar.. Kalau korang rasa yang sekolah menengah tu lagi mencabar, itu maknanya korang dah silap besar dah tu.. Cepat pergi buat solat taubat cepat..hehe. Macam buat dosa besar pulak sampai nak kena buat solat taubat ni..

Antara2 perkara yang menjadikan student U ni menghadapi cabaran yang sangat hebat ni ialah..

* Takde duit belanja, atau pun duit dah habis sebab selalu sangat topap henset..
* Assignment berlambak sampai kan korang rasa yang setiap masa korang cuma boleh digunakan untuk buat assignment je..
* Pengaruh kawan2 yang malas buat assignment, lepas tu bila dah dekat due date baru sibuk nak siapkan..
* Kena buat final assignment dimana ia adalah assignment yang paling susah dan paling lambat untuk disiapkan..

Aku rasa cukuplah apa yang aku bagitau dekat atas tu, nanti kalau banyak2 sangat korang kata aku kutuk korang pulak kan.. Lagi pun, sebenarnya sekarang ni aku tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment aku..

Kalau bernasib baik, dapat lah aku hantar hari ni.. Kalau tak, terpaksalah bersemuka dengan lecture untuk mendapatkan belas kasihan demi menambahkan tempoh masa..huhu

Wednesday, October 12, 2011

Bapak ah, air mineral berharga 3 ringgit..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

ini ialah contoh air mineral ya adik2..
Huih, bapak sapa yang jual air mineral dengan harga yang sebegitu rupa..?? Sila mengaku bapak2 sekalian, ala tak payah lah nak malu2 pulak dalam blog aku ni.. Hehehe, eh ni apahal aku main bapak2 ni, nanti kalau bapak orang tu marah, baru padan muka aku..

Sebenarnya aku nak ceritakan kejadian yang berlaku dekat kawan aku.. Masa tu aku pun ada dengan dia sekali, so kiranya aku pun terlibat sama lah.. Semalam aku dengan member2 aku keluar tengok wayang.. Ala, tengok wayang pun sebab itu adalah assignment yang perlu dibuat..

Mesti korang kata best gila kan sebab assignment aku ialah tengok wayang.. Ya, memang best bab tengok wayang tu, tapi bab nak buat assignment tu yang tak best..huhu. Eh, aku sambung balik kisah kawan aku tadi ye.. Masa tu kitorang baru habis tengok wayang..

So, sementara menuggu bas tu, kitorang pun berjalan2 lah kejap sekeliling bangunan tu.. Perghh, memang penat kot bila asyik berjalan tanpa henti.. Bila dah penat, kitorang pun sibuklah nak cari air demi menghilangkan keletihan yang melampau ni..

Kepenatan tadi semakin bertambah apabila kitorang tak jumpa kedai2 yang jual air.. Yang ada ialah kedai2 yang sememangya tak jual air.. Setelah lama kitorang berpusing2 di bangunan tu, akhirnya kitorang jumpalah satu restoran ni..

Kawan aku pun apa lagi, pergilah membeli air mineral sebab dah penat tambah dengan haus sangat.. Sekali time bayar tu, cashier tu cakap yang harga air mineral 500 ml tu ialah 3 ringgit.. Perghh, memang terpaku sekejap depan cashier tu..

Tapi sebab kitorang memang dah haus sangat, maka hanya sorang jelah member aku yang beli.. Mungkin akan ada diantara korang yang kata harga itu adalah harga biasa.. Tapi bagi aku itu ialah harga yang luar biasa.. Maklumlah, dekat kawasan aku tu air mineral cuma harga RM1.20 je kot..

P/s : Kata kawan aku, air mineral tu mungkin air yang diimport dari London, sebab tu mahal..hehehe

Tuesday, October 11, 2011

Apa ke bosannya blog aku ni..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Korang perasan tak, dalam blog aku ni kebanyakannya berkisarkan tentang cerita kehidupan aku dan cerita2 yang aku reka.. Lepas tu cerita tentang kehidupan aku ni pulak dah lah membosankan.. Balik2 cerita tentang aku mengantuk..

Lepas tu kalau bukan cerita aku mengantuk tu, cerita tentang aku bizi sangat sampai tak sempat nak update entry.. Kalau bukan tentang cerita itu jugak, cerita yang aku malas sangat nak buat sesuatu.. Nampak sangat yang hidup aku ni sungguh bosan kan..huhu

Kalau aku buat cerita yang direka2 pulak, balik2 cerita seram yang tak tahulah seram ke tidak.. Bila bukan cerita seram, mesti cerita merepek meraban yang akan membuatkan korang rasa nak menyumpah2 je owner blog ni sebab siarkan cerita2 tak best..

Sebenarnya aku buat macam ni adalah untuk aku mengasah gaya penulisan aku ni.. Maklumlah, bak kata blogger senior, kita kenalah cari rentak atau gaya penulisan kita sendiri.. So bila aku perhatikan entry2 lama aku, aku dapati yang aku ni jenis yang suka bercerita..

Jadi sekarang ni aku cuma kena pelbagaikan lagi gaya penceritaan aku ni.. So sekarang ni aku tengah belajar macam mana nak buat cerita berbentuk jiwang2 dan aksi..

Monday, October 10, 2011

Cerita yang sumpah korang takkan faham..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hari itu cuaca agak mendung, awan hitam berarak tanda akan turunnya hujan dengan lebat.. Aku hanya mampu memperhatikan awan gelap itu dari dalam rumah sahaja.. Mujurlah aku sempat sampai ke rumah, kalau tidak sudah pasti aku akan ditimpa hujan ketika dalam perjalanan pulang tadi..

Aku kembali baring ke katil aku sambil terbayang2kan kejadian tengahari tadi.. Kejadian dimana Ahmad sedang leka bermain guli bersama adiknya di hadapan rumah neneknya.. Masa itu Ahmad masih tidak pandai bermain guli, jadi dia pun berlatih lah dengan bersungguh2 untuk mahir..

Sedang dia berlatih itu, tiba2 seekor burung terbang lalu menangkap cacing yang baru keluar dari tanah.. Kesian cacing tu sebab itulah buat kali pertama dalam hidupnya untuk melihat cahaya matahari.. Tapi apa boleh buat sebab itu adalah nasib bagi si cacing itu sendiri..

Si burung makan dengan lahapnya sehingga membuatkan Sarah terduduk dihadapan pintu sambil menuggu kepulangan suaminya.. Dia menanti dengan penuh sabar kerana dia yakin yang hari itu mesti suaminya akan pulang setelah 2 minggu pergi ke outstation..

Tidak lama kemudian, muncullah seorang pakcik tua yang sedang membawa sebuah bungkusan kecil.. Katanya yang di dalam bungkusan itu mengandungi sebiji batu hikmat.. Jika batu hikmat itu bercahaya diatas tangan, maka nasib orang itu akan menjadi sangat bertuah..

Lantas Kamil menggenggam batu itu lalu melontarkanya jauh ke tengah2 tasik.. Dia sangat kecewa kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak berjaya.. Kamil menangis teresak2 keseorangan dan tanpa dia sedari bahawa ada orang yang memerhatikannya..

Satu jeritan seekor kucing kedengaran, rupanya2 dia telah bergaduh dengan beberapa ekor kucing lain.. Mungkin mereka itu sedang berebutkan kawasan, jadi aku biarkan sahaja dan terus baring sambil memikirkan kejadian tengahari tadi..

P/s : Aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku nak sampaikan..huhu

Apakah ini satu realiti..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Berdasarkan gambar rajah diatas, para2 wanita sekalian sila jawab apakah ianya satu realiti..?? Err, kalau yang lelaki nak tolong jawabkan pun boleh je..hehehe

Kisah moon halo di rumah aku..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Seperti yang korang semua tau, atau mungkin yang tak tau.. Malam tadi telah berlakunya kejadian yang agak jarang berlaku.. Untuk mereka yang baru tau ketika membaca entry ni, korang memang telah melepaskan peluang untuk melihat keindahan bulan malam tadi..

macam ni lah Moon Halo tu..
Kejadian itu diberi nama sebagai Moon Halo, kalau korang tak tau, korang boleh search google untuk tau lebih lanjut.. Tapi takpe, sebab mungkin di lain masa nanti korang boleh tengok kejadian tu.. Aku nak ceritakan yang malam tadi aku sempat jugak lah tengok bulan tu..

Tapi aku bukan tengok masa time2 orang masih berjaga.. Aku tengok masa pukul 12 tengah malam, itu pun selepas terbaca status dekat facebook kawan aku.. Bila aku tengok bulan tu, maka muncul lah niat aku untuk mengambil beberapa gambar menggunakan kamera aku..

Setelah bersedia membawa kamera, maka aku menghalakan lensa kamera aku kearah bulan.. Aku klik sekali, namun kamera aku seakan2 mati.. Aku tak puas hati, aku klik lagi sekali, tapi benda yang sama berlaku lagi.. Entah macam mana aku boleh teringatkan sesuatu..

Aku teringatkan kata2 member yang kalau kita amik gambar, tapi kamera tu tiba2 macam mati sendiri.. Itu tandanya ada makhluk lain tengah lalu.. Bila aku terfikirkan benda tu, maka aku terus masuk ke rumah.. Aku terus menyimpan kamera aku tu..

Plan nak tengok gambar tu pagi ni, tapi sebab pagi ni aku ada kelas, so terpaksa lah aku tunggu sampai habis kelas malam ni.. Korang agak2 lah, betul tak apa yang member aku tu cakapkan??

P/s : Sebelum ni aku pernah jugak tengok Moon Halo ni, tapi takde pulak dorang heboh2kan..

Sunday, October 09, 2011

Aku terima panggilan ugutan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pada suatu malam yang hening, aku berdiri di hadapan pintu aku sambil merenung kearah bintang2 yang berkerdipan di angkasa sana.. Tiba2 handphone aku berbunyi, dan dengan langkah yang lemah aku berjalan pergi mendapatkan handphone aku itu..

Satu nombor yang tidak bernama muncul di skrin handphone aku itu.. Aku pun menjawab panggilan itu, tapi tiada apa2 bunyi pun yang kedengaran.. Aku cuba bertanya siapakah yang berada di talian, namun hanya bunyi dengusan nafas sahaja yang dapat aku dengar..

"Wei..!! bila ko nak update blog ko hah..!!, tiba2 satu suara yang agak keras kedengaran..
"Dah berjanggut aku tunggu ko update blog tau, ko jangan sampai aku hack blog ko and buat entry aku sendiri.." sambung suara misteri tadi..

Kemudian aku tersentak, barulah aku sedar yang rupa2nya aku masih belum update apa2 lagi untu hari ini.. Aku cuba jelaskan kepada orang itu kenapa aku tidak mengupdate blog aku, namun orang itu tetap mahu aku update sebelum pukul 10 malam ini..

Katanya lagi, jika aku tidak update nanti dia akan meletupkan bangunan KLCC.. Ah sudah, tak boleh jadi dah ni.. Aku terpaksa mengupdate blog aku demi menyelamatkan nyawa dan bangunan KLCC yang menjadi lambang kemegahan negara ini..huhuhu

P/s : Cerita diatas adalah rekaan semata2, takde maknanya ada orang nak suruh aku update entry..hehehe

Saturday, October 08, 2011

Misteri Rahman...(Part 3)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

... Sambungan dari Misteri Rahman... (Part 2)

Setelah keadaan aku pulih semula, aku mendapati di sekeliling aku sudah gelap.. Jam ditangan aku pula menunjukkan pukul 9.30 malam.. Ini bermakna yang aku telah berdiri disitu selama 2 jam tanpa disedari oleh sesiapa yang melalui jalan itu..

Tanpa berlengah lagi, aku segera menghidupkan motor aku dan terus pulang ke rumah.. Apabila sampai sahaja aku dirumah, aku lihat yang Rahman sedang terbaring dihadapan tv sambil berselubung dengan selimut.. Aku tanya dengan dia adakah dia okay..

Tapi Rahman hanya dia membisu sahaja, aku pelik sebab di dalam rumah ni hanya Rahman dan Faizal sahaja yang banyak cakap.. Aku menganggap yang Rahman mungkin penat, jadi aku hanya terus masuk ke dalam bilik aku..

"Kenapa kau balik hah..?" tanya Rahman..
"Aku nak tidur lah.." jawab aku dengan nada bergurau..
"Kau berambus sekarang, aku benci dengan kau.." sambung Rahman dengan nada yang agak keras..

Aku semakin pelik, kenapa pulak Rahman ni nak halau aku.. Aku menganggap yang Rahman juga bergurau, jadi aku terus mengambil tuala sebab nak mandi.. Sedang aku berjalan menuju ke bilik air, tiba2 Rahman berdiri di hadapan aku seperti menghalang aku dari terus pergi ke bilik air..

Belum sempat aku bertanya dengan dia kenapa dia buat begitu, tiba2 satu tumbukan padu dilepaskan kearah perut aku.. Aku terjelopok jatuh menahan kesakitan yang amat sangat.. Belum sempat aku bangun dari kesakitan itu, satu lagi tendangan dihalakan kearah muka aku..

Aku tercampak ke pintu bilik air, bibir aku berdarah dan badan aku sudah mula menggeletar kerana terlampau marah.. Aku bingkas bangun dan apabila Rahman mahu menumbuk muka aku, dengan pantas aku menahan tumbukannya itu..

"Aarghh..!!" aku menjerit sedikit, entah kenapa aku tidak dapat menahan tumbukannya itu.. Tumbukan Rahman itu ibarat tumbukan 10 orang lelaki yang berbadan sasa.. Sekali lagi aku terjelopok ke lantai, aku segera berlari ke dapur dan mengambil botol air masak diatas meja..

...Bersambung sekali lagi..

P/s : Err, korang nak aku buat ending cepat2 atau tak..??

Post entry pun boleh tension..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tahukah anda bahawa 90% blogger pernah mengalami keadaan dimana mereka mengalami satu tekanan perasaan ketika nak post entry.. Lagi 10% peratus yang tidak pernah mengalami ialah blogger yang baru dan blogger yang jarang sangat update, namun mereka juga akan mengalami situasi itu..

Apa, korang tak percaya dengan apa yang aku tulis kan dekat atas tu..?? Kalau korang tak percaya takpe sebab nanti aku akan tunjukkan situasi2 yang membuatkan para blogger ni tension ketika nak post entry.. Antara sebab2 blogger tension ketika nak post entry ialah...

* Tak tau nak tulis apa..
- Aku rasa benda ni adalah lumrah dalam kehidupan seorang blogger.. Blogger akan bertambah tension bila dapat tau yang follower dorang berkurang akibat lama sangat tak update..

* Banyak sangat cerita yang nak ditulis..
- Ini pulak terjadi bila idea datang mencurah2 sampai melimpah ruah.. Yang buatkan tension ialah bila nak susun entry mana yang patut keluar dulu..

* Tak tau nak postkan atau tidak..
- Benda ni akan terjadi bila korang nak postkan entry tentang keburukan orang.. Contoh gossip lah, kalau postkan entry macam tu memang dapat banyak reader, tapi rasa macam tak best pulak kan..huhu

* Tv atau post entry..
- Benda yang aku biasa sangat hadapi.. Tak tau sama ada nak buat entry atau nak tengok tv.. Biasa kalau ada cerita2 best, aku memang terpaksa mengabaikan blog ni lah..ish2

Hmm, aku rasa cukuplah dengan apa yang aku tulis dekat atas tu.. Kalau tulis panjang2 sangat, bukan ada orang yang nak baca pun.. Korang bagitau aku, dekat part / bahagian mana yang selalu buatkan korang jadi tension sangat...??

Friday, October 07, 2011

Inilah gunanya blog..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tentu ramai yang tahu tentang kebaikan dan keburukan blog ni.. Kalau ada yang tak tau tu, korang cari sendiri lah ye.. Sebab sekarang ni aku tak sempat nak bagitau dalam entry ni.. Kalau korang nak aku jugak yang bagitau, lain kali aku buat entry tentang kebaikan blog ni ye..

Macam yang aku cakap tadi, aku tak sempat nak tulis banyak2 dalam entry ni.. So aku tunjukkan gambar ni dan korang faham2 sendiri lah ye..hehehe
Korang faham ke tak gambar tu..^_^

Okay, nak log out dulu..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

entah kenapa aku still jugak nak update blog ni..
Hari ni aku ada kelas dari pagi sampai malam.. Sampai rumah pun masa dekat pukul 11 tadi, so sekarang ni aku tak nak cakap banyak.. Aku cuma nak bagitau yang aku nak log out dulu dari......... (kroooh... kroooh....)

P/s : Ini entry malam tadi, oleh kerana aku tertidur sebelum sempat aku habiskan taip.. Maka aku post jelah hari ni..huhuu

Thursday, October 06, 2011

Gambar ni smart kan..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Agak2, berapa ramai orang yang pernah kena campak dalam kolam ni..??

P/s : Aku tau yang tajuk tu tak sesuai untuk entry ni..huhu

Memang tak best kalau benda ni jadi.

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Benda ni dah banyak kali berlaku dekat aku, tapi entah kenapa aku sendiri tidak pernah serik untuk mengulangi dari melakukannya.. Itulah yang dinamakan sebagai tak belajar dari pengalaman.. Bukankah guru yang paling bagus sekali ialah pengalaman hidup..??

Err, apa benda lah yang aku tuliskan dekat atas tu..?? Rasa macam tak penting pulak, jadi lebih baik aku teruskan kepada apa benda yang aku nak ceritakan dalam entry ni.. Sebenarnya ada satu kejadian dimana masa tu aku sedang mendownload nota dari website lecturer aku..

Sedang aku menantikan download itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.. Eh, takkan nak tunggu pun kena ada sifat kasih sayang jugak..?? Abaikan jelah, baik aku sambung je.. Tatkala loading proses aku hanya tinggal 95 peratus..

Tiba2 lappy aku terpadam dengan sendirinya.. Apahal pulak dia padam sendiri, takkan ada orang telah menghantar bug untuk mengawal komputer aku..?? Aduh, kalau jadi macam tu, aku kena format balik lah lappy aku ni..

Aku try bukak lagi sekali, namun usaha aku gagal.. Aku tak dapat nak menyelamatkan lappy aku lagi, aku menjerit bagaikan orang yang telah kehilangan bini.. Okay, aku tipu je tu.. Yang sebenarnya aku try hidupkan balik, dan bila aku lappy aku tu tak mau hidup balik..

Maka aku pun barulah sedar yang mungkin bateri lappy aku sudah kong atau kosong.. Bila aku sambung je wayar charger, barulah lappy aku kembali pulih seperti sedia kala.. Mujurlah aku boleh sambung lagi download tu, kalau tak aku nak je gigit lappy ni..hehe

Kejadian macam ni dah banyak kali berlaku, jadi bila aku buat entry ni.. Aku harap dapatlah aku untuk sentiasa alert untuk perhatikan bateri lappy aku setiap masa.. Korang pernah tak jadi kejadian seperti itu..??

Wednesday, October 05, 2011

Tragedi di malam hari..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Sebenarnya kejadian ni aku sedar masa pagi tadi, tapi setelah aku mendapat maklumat dari pakar bedah forensik.. Mereka menyatakan bahawa kejadian ini berlaku sekitar jam 12.00 tengah malam.. Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah satu kemalangan sahaja..

Ceritanya begini, malam tadi sewaktu aku sedang tidur dengan lenanya di ruang tamu rumah aku.. Keluarlah seekor makhluk yang kalau pada waktu siang hari, dia akan menyorok.. Pada waktu dia keluar itu, mungkin dia fikir yang famili aku telah tidur..

Jadi dia pun pergilah berjalan2 sambil memerhatikan keadaan rumah aku pada waktu malam.. Mungkin kerana dia terasa nak tengok ruang tamu aku ni dari arah yang lebih tinggi.. Maka dia telah pun mendaki kaki aku ni tatkala aku sedang lena dibuai mimpi..

Tiba2 dia merasakan permukaan yang sedang dia jejaki itu bergerak dan tanpa sempat dia melarikan diri, ajal dia telah menjemput dia terlebih dahulu.. Kesian dia, belum sempat dia nak buat wasiat untuk family dia, dia telah pergi dulu meninggalkan keluarganya..

Apabila keesokkan paginya atau senangnya, masa pagi tadilah.. Aku tersedar dari tidur dan ketika aku bangun itulah aku ternampak mayatnya telah penyek atau leper kerana dihempap oleh aku ketika tidur malam tadi.. Kesian lipas itu, itulah lain kali jangan suka sangat nak memanjat badan orang masa tidur..

Bila aku cerita hal ni dekat adik2 aku tadi, dorang semua takut nak tidur dekat lantai.. Aku pulak..?? Err, aku still jugak nak tidur dekat lantai sebab dekat lantai ni sejuk.. Bila aku fikir2 balik, agak2nya mesti masa malam2 sebelum tu lipas ni selalu panjat badan aku..huhuhu

P/s : Mujurlah masa aku hempap lipas tu, badan lipas tu tak pecah, kalau tak..ish3

Wordless Rabu (Situasi dalam kelas pagi/malam)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

korang pun mesti tidur sekali kan..hehe

Inilah perkara yang paling aku benci..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku pasti dan yakin malah berani bertaruh sebijik I-Phone 5 untuk mengatakan bahawa korang semua mempunyai satu perkara yang paling korang benci.. Tak kiralah apa pun benda tu, tapi yang pasti korang pasti ada satu benda yang boleh buatkan korang menjerit macam ni.. "Arrghhh..!!"

Jadi di sini aku nak bagitau lah dekat korang satu benda yang paling aku benci ketika melayari dunia maya ni.. Ini untuk di dalam dunia maya je, kalau dalam dunia realiti ni, ada benda lain lagi yang paling aku benci.. Tapi aku rasa kebanyakan dari korang pun akan bersetuju dengan aku..

Aku paling benci kalau tengok video seram yang last2nya buatkan jantung korang berhenti berdegup selama 10 saat tu.. Faham ke tak apa benda yang aku tuliskan ni..?? Macam ni, korang mesti pernah tengok video macam Follow The Red Dot, Naga makan itik..

Kalau tak pernah tengok, korang pergi bukak youtube sekarang.. So, video2 yang seperti itu telah membuatkan aku terpaksa untuk menekan button mute dekat speaker aku ni, terutama kalau nak tengok video seram..

Aku kena pulak tengok tanpa suara dulu, kemudian tengok lagi sekali kalau dah pasti takde adengan2 yang mampu membuatkan aku tersentak berkali2..huhu. Kalau dulu, aku suka tengok video seram ni dengan suara yang kuat..

Tapi satu peristiwa paling tragis telah membuatkan aku berubah, lantas telah mengurangkan kadar metabolisma keberanian aku bila nak tengok video2 seperti itu.. Macam mana dengan korang pulak, mesti sama macam aku jugakkan..

P/s : Peristiwa tragis tu aku ceritakan lain kali ye..hehe

Tuesday, October 04, 2011

Misteri Rahman...(Part 2)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

... Sambungan dari Misteri Rahman.. (Part 1)

Aku pelik kerana seingat aku, aku berada didalam bilik Rahman, tapi macam mana pulak sekarang ni aku boleh berada diatas katil aku ni.. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku terperanjat sebab nampak gayanya aku sudah terlambat untuk ke kelas.. Maka pagi itu aku lupakan perkara aneh yang berlaku malam tadi..

Habis sahaja kelas aku pada waktu petang, maka aku pun mulalah bergerak untuk pulang ke rumah sewa aku.. Di dalam perjalanan itu, aku terpaksa melalui jalan yang sunyi untuk sampai ke rumah aku itu.. Waktu itu pula sudah maghrib, jadi aku hanya berlagak biasa sahaja..

Sedang mata aku ini memerhatikan jalan, tiba2 satu bunyi letupan yang agak kuat memaksa aku untuk memberhentikan motor di tepi jalan.. Aku melihat2 jika tayar motor aku pancit tapi nampaknya semua dalam keadaan elok2 sahaja..

Apabila aku pandang sahaja ke depan, entah dari dan macam mana muncul pula si Rahman di hadapan aku ini.. Aku cuba bertanya kepada Rahman, namun aku seakan2 tidak berdaya untuk membuka mulut ini. Rahman yang dari tadi hanya tunduk membisu, mula memandang kearah aku..

Aku sendiri tidak faham mengapa aku tidak mempunyai perasaan takut bila Rahman memandang aku dengan pandangan yang tajam.. Namun apa yang aku faham ialah, dihadapan aku ini bukanlah Rahman yang aku kenal.. Dihadapan aku ini ialah satu lagi makhluk yang menghuni alam ini..

Bagaimana aku boleh tau..?? Sebabnya ialah aku terpandang ada seekor pepatung yang terbang dan menembusi badan Rahman.. Dengan pantas aku memberanikan diri untuk bertanya sekali lagi walaupun aku tak pasti sama ada aku mampu atau tidak untuk bercakap..

"Siapa kau ni hah..??" tanya aku setelah mendapati bahawa makhluk ini cuba mengganggu aku.. Makhluk itu hanya diam membisu sahaja.. "Siapa kau ni hah..!!!", kali ini aku bertanya dengan suara yang lebih lantang lagi.. Tiba2 aku perasan yang mata makhluk itu bercahaya merah..

Pada masa yang sama jugalah aku seakan2 sedang menonton tv.. Aku lihat Rahman sedang berbual dengan seseorang yang aku teka beliau adalah seorang bomoh atau dukun.. Bomoh itu memberikan Rahman sebuah bungkusan kuning dan pandangan aku gelap semula..

Bersambung lagi..

Kalau nak buat password, ingat ni..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku tau sekarang ni memang banyak masalah untuk buat password, lagi2 bagi mereka yang baru saja kena hack.. Mesti puas nak memikirkan password yang betul2 boleh digunakan.. So, disini aku nak share kan satu gambar kalau korang nak buat password..

Macam mana, dah dapat password yang sesuai ke..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...