Friday, October 28, 2011

Kejadian yang paling menakutkan aku...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kejadian yang berlaku pada hari khamis malam jumaat itu telah menjadi salah satu peristiwa yang akan aku kenang hingga ke akhir hayat.. Aku ada kelas pada waktu malam masa itu, so setelah selesai menimba ilmu, maka aku pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah..

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, cuaca pada masa itu pula ialah hujan lebat.. Aku tak tau sama ada aku nak terus tunggu di kelas atau balik sahaja.. Namun apabila melihat keadaan sudah larut malam, aku mengambil keputusan nekad untuk pulang sahaja..

Didalam hujan lebat itu aku segera berlari mendapatkan motor aku dan terus memakai baju hujan yang tersimpan didalam box.. Maka aku pun hidupkan motor tu dan terus bergerak pulang dalam hujan lebat itu.. Lalu ku redah hujan lebat itu dengan kelajuan tahap maksima..

Namun ada sesuatu pula yang telah berlaku ketika aku leka memecut motor kesayangan aku itu.. Sedang aku melalui sebatang jalan yang sangat sunyi dan juga sangat gelap sebab ketiadaan lampu jalan.. Tiba2 aku seperti perasan ada sesuatu dihadapan aku..

Disitulah kejadian yang menakutkan itu bermula.. Aku masih lagi memecut dengan laju dan belum sempat aku mengenal pasti apakah benda dihadapan aku itu.. Tiba2 aku terlanggar lopak air yang menyebabkan habis seluar aku basah terkena air itu..

Bila dah terlanggar lopak air, hanya satu sahaja benda yang perlu aku segera lakukan.. Aku perlu segera memujuk2 motor aku ni supaya jangan mati, namun dia tetap juga pergi meninggalkan aku sendirian.. Kini tinggallah aku berseorangan didalam kegelapan malam dan hujan yang lebat itu..

Mujurlah aku tau apa yang perlu aku buat.. Aku pun segera mencabut kepala plug dan mengeringkannya.. Sebab hanya itu sahaja punca yang menjadi penyebab kematian motor aku tu.. Setelah motor dapat dihidupkan semula, aku pun segera bergerak pulang..

P/s : Amacam, menakutkan tak kejadian yang aku alami tu.hehehe

5 comments:

Unknown said...

x delah seram pon.mana part yg seram.haha

Sunah Sakura said...

ceytt...lopak air je ke...

Unknown said...

hg ni apit buat suspender jer..tp plug masuk ayaq mmg kejadian yg mencuak kan klu kena kt batang hidong sendiri

nur maisarah said...

boleh tahan seram lah. =P

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...