Tuesday, October 04, 2011

Misteri Rahman...(Part 2)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

... Sambungan dari Misteri Rahman.. (Part 1)

Aku pelik kerana seingat aku, aku berada didalam bilik Rahman, tapi macam mana pulak sekarang ni aku boleh berada diatas katil aku ni.. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku terperanjat sebab nampak gayanya aku sudah terlambat untuk ke kelas.. Maka pagi itu aku lupakan perkara aneh yang berlaku malam tadi..

Habis sahaja kelas aku pada waktu petang, maka aku pun mulalah bergerak untuk pulang ke rumah sewa aku.. Di dalam perjalanan itu, aku terpaksa melalui jalan yang sunyi untuk sampai ke rumah aku itu.. Waktu itu pula sudah maghrib, jadi aku hanya berlagak biasa sahaja..

Sedang mata aku ini memerhatikan jalan, tiba2 satu bunyi letupan yang agak kuat memaksa aku untuk memberhentikan motor di tepi jalan.. Aku melihat2 jika tayar motor aku pancit tapi nampaknya semua dalam keadaan elok2 sahaja..

Apabila aku pandang sahaja ke depan, entah dari dan macam mana muncul pula si Rahman di hadapan aku ini.. Aku cuba bertanya kepada Rahman, namun aku seakan2 tidak berdaya untuk membuka mulut ini. Rahman yang dari tadi hanya tunduk membisu, mula memandang kearah aku..

Aku sendiri tidak faham mengapa aku tidak mempunyai perasaan takut bila Rahman memandang aku dengan pandangan yang tajam.. Namun apa yang aku faham ialah, dihadapan aku ini bukanlah Rahman yang aku kenal.. Dihadapan aku ini ialah satu lagi makhluk yang menghuni alam ini..

Bagaimana aku boleh tau..?? Sebabnya ialah aku terpandang ada seekor pepatung yang terbang dan menembusi badan Rahman.. Dengan pantas aku memberanikan diri untuk bertanya sekali lagi walaupun aku tak pasti sama ada aku mampu atau tidak untuk bercakap..

"Siapa kau ni hah..??" tanya aku setelah mendapati bahawa makhluk ini cuba mengganggu aku.. Makhluk itu hanya diam membisu sahaja.. "Siapa kau ni hah..!!!", kali ini aku bertanya dengan suara yang lebih lantang lagi.. Tiba2 aku perasan yang mata makhluk itu bercahaya merah..

Pada masa yang sama jugalah aku seakan2 sedang menonton tv.. Aku lihat Rahman sedang berbual dengan seseorang yang aku teka beliau adalah seorang bomoh atau dukun.. Bomoh itu memberikan Rahman sebuah bungkusan kuning dan pandangan aku gelap semula..

Bersambung lagi..

4 comments:

Ungu Violet said...

wah saspen nih...nnti nk sambung bg tau eh..:)

Ezad Skytech said...

makin suspen pulak cerita ko ni..huuuhhh~

Unknown said...

Wah suspennyer! Sambung lagi tau.

p/s: Ni mesti letak blog ko ni dalam blog list aku ni supaya senang nak follow cerita c Rahman ni.

mochachichifinaz said...

>,< buat cerita suka sambung-sambung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...