Monday, October 10, 2011

Cerita yang sumpah korang takkan faham..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hari itu cuaca agak mendung, awan hitam berarak tanda akan turunnya hujan dengan lebat.. Aku hanya mampu memperhatikan awan gelap itu dari dalam rumah sahaja.. Mujurlah aku sempat sampai ke rumah, kalau tidak sudah pasti aku akan ditimpa hujan ketika dalam perjalanan pulang tadi..

Aku kembali baring ke katil aku sambil terbayang2kan kejadian tengahari tadi.. Kejadian dimana Ahmad sedang leka bermain guli bersama adiknya di hadapan rumah neneknya.. Masa itu Ahmad masih tidak pandai bermain guli, jadi dia pun berlatih lah dengan bersungguh2 untuk mahir..

Sedang dia berlatih itu, tiba2 seekor burung terbang lalu menangkap cacing yang baru keluar dari tanah.. Kesian cacing tu sebab itulah buat kali pertama dalam hidupnya untuk melihat cahaya matahari.. Tapi apa boleh buat sebab itu adalah nasib bagi si cacing itu sendiri..

Si burung makan dengan lahapnya sehingga membuatkan Sarah terduduk dihadapan pintu sambil menuggu kepulangan suaminya.. Dia menanti dengan penuh sabar kerana dia yakin yang hari itu mesti suaminya akan pulang setelah 2 minggu pergi ke outstation..

Tidak lama kemudian, muncullah seorang pakcik tua yang sedang membawa sebuah bungkusan kecil.. Katanya yang di dalam bungkusan itu mengandungi sebiji batu hikmat.. Jika batu hikmat itu bercahaya diatas tangan, maka nasib orang itu akan menjadi sangat bertuah..

Lantas Kamil menggenggam batu itu lalu melontarkanya jauh ke tengah2 tasik.. Dia sangat kecewa kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak berjaya.. Kamil menangis teresak2 keseorangan dan tanpa dia sedari bahawa ada orang yang memerhatikannya..

Satu jeritan seekor kucing kedengaran, rupanya2 dia telah bergaduh dengan beberapa ekor kucing lain.. Mungkin mereka itu sedang berebutkan kawasan, jadi aku biarkan sahaja dan terus baring sambil memikirkan kejadian tengahari tadi..

P/s : Aku sendiri pun tak faham dengan apa yang aku nak sampaikan..huhu

3 comments:

ch000tz said...

aerrrrkkkk nak try untuk faham gak ni....tapi tak berjaya2 lagi hehehe

Kuronofu91 said...

Hummm...ni semua perkara yg awk tgk dr tingkap sebelum sambung tidur balik??? hahahaha

Unknown said...

sumpah aku x paham apit !

jejaka malaya dlm magazine.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/aku-glamer-lagik.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...