Monday, October 03, 2011

Split personality dan aku..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Siapa dekat sini tau apa itu Split Personality..?? Okay bagi yang tak tau menatang apa tu, maka disini aku akan bagitau dekat korang semua.. Split Personality ialah sejenis kek yang diatasnya disadur dengan coklat tetapi didalamnya ialah perasa vanilla..

Hehehe, aku gurau jelah.. Yang sebenarnya Split Personality ialah sejenis penyakit mental, ia juga dikenali sebagai Pesonality Disorder.. kalau dalam bahasa melayunya pulak ialah Personaliti Berbeza atau Kecelaruan Personaliti..

Kalau korang tengok dalam cerita2 omputih tu, biasanya orang yang mengalami penyakit ini ialah seorang pembunuh yang amat hebat.. Sehinggakan kena ada pulak sorang polis atau detektif yang paling pandai dalam kumpulan tu siasat sendiri tentang pembunuh tu..

Inilah pelakon dalam cerita cina tu..
Eh, aku bukan nak cerita tentang filem2 omputih lah.. Sebenarnya aku nak cerita je, masa aku dalam sekolah rendah dulu, aku suka sangat berangan untuk mempunyai Split Personality ni.. Nak tau kenapa aku berangan macam tu..?? Sebabnya masa tu aku ada tengok dalam satu cerita cina..

Cerita itu mengisahkan seorang lelaki yang agak lembab, tapi dalam masa yang sama dia mempunyai personaliti yang amat bijak.. Aku pun dah tak berapa ingat cerita tu, tapi cerita tu memang betul2 mempengaruhi pemikiran aku yang sememangya mentah macam nasik tak masak..huhu

Jadi bila dah besar ni barulah aku tau, yang sebenarnya masalah personaliti ni amat serius sebab banyak masalah yang akan timbul.. Contohnya ialah kita tak akan sedar apakah yang telah kita lakukan semasa personaliti lagi satu tu ambil alih badan kita..

Jadi kesimpulannya ialah, jagalah kesihatan badan dan juga minda kita.. Elakkan mengalami stress yang berlebihan.. Kalau rasa stress sangat, pergi cari tempat2 yang tenang, macam masjid ke atau taman2 bunga ke.. Eceh, dah macam pakar psikologi pulak aku ni kan..hehe

4 comments:

niij said...

yup...sihat n mental yg baik....
e2 yg perlu hihihi
xbes la jd split personality...
xknl diri kot

Unknown said...

jgn jd totally out of mind udah ler

Unknown said...

Good info. Jangan lupa, split personality ni berlaku di luar kesedaran pesakit.

emarieys said...

amalkan hidup yg sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...