Thursday, June 30, 2011

Haish, blog ni memang nak kena..

Salam kepada readers2 semua tak kisah lah yang tengah makan atau yang tengah sibuk buat kerja.. Okay, pada entry ini aku rasa macam nak meluahkan segala hasrat yang telah terpendam sejak seribu tahun dahulu.. Ye, aku tau itu ayat tipu, so korang tak payah nak tegur aku..hehehe

Just saje nak ceritakan dekat dalam entry ini. Kalau ada yang baca baguslah, tapi kalau takde sorang pun yang baca melainkan aku.. Itu aku rasa macam nak pergi terjun lombong lah, sapa nak join sila jangan baca entry ni..hehe. Yelah2, aku serius lah ni..

Sejak kebelakangan ini, blog aku telah membuat onar dengan aku.. Wah2, berani sungguh ye blog aku ni nak menconteng arang batu ke muka kucing aku.. Macam ni ceritanya, sila flashback ke beberapa hari yang lepas, tak kisah lah hari apa pun..

Pada masa itu aku tengah menaip entry, aku sendiri pun tak ingat entry apa yang aku taip masa tu.. Tiba2 aku nampak dibahagian bawah entry aku tu tertulis ayat ni.. "Draft tidak disimpan", lebih kurang macam tu lah.. Kalau salah pun siapa lah sangat yang kisah..

Setelah aku membaca ayat tu, aku test buka dashboard aku.. Owh, rupanya aku telah log out.. Dan itulah masalahnya, macam mana aku boleh log out kalau aku tengah menaip entry..?? Masa mula2 aku tak kisah sangat, tapi kemudian kejadian itu berlaku lagi..

Aku ambil keputusan untuk tukar password.. Entah kenapa aku amik keputusan spm yang macam tu.. Lepas tukar password, dah okay lah problem tu, tapi hanya untuk sehari je, lepas tu jadi lagi benda alah tu.. Lagi satu problem yang aku dapat kesan..

Korang perasan tak dekat atas tu dah takde iklan dari Churp2..?? Kalau tak perasan, pergi cepat scroll dekat atas tu dan tengok.. Hah, iklan2 dekat situ takde kan..?? Perkara ini terjadi disebabkan bila aku nak tukar iklan lain, tiba2 aku tak boleh nak save widget html tu..

Entah kenapa jari ni gatal sangat, maka tertekanlah butang buang.. Kini aku tak dapat lah lagi nak letak iklan untuk churp.. Err, buat masa ni je, nanti bila dah okay balik aku letak lah.. Okay lah, itu je yang aku nak luahkan dalam entry ni..

P/s : Blog korang ada tak buat perangai macam tu..??

Wednesday, June 29, 2011

Kereta api berhantu.. (Part 1)

Pada suatu malam yang hening lagi sunyi.. Hanya kedengaran bunyi unggas2 yang sedang bersembunyi di balik2 celahan rumput.. Kamal baru sahaja keluar dari dewan seminar yang dihadiri beliau, dan kini dia mahu pulang ke hotel tempat dia menginap..

mungkin begini ketika Kamal dapat penggilan
Ketika di dalam bilik hotelnya itu, tiba2 dia mendapat satu penggilan telefon dari adiknya.. Kata adiknya itu, Kamal perlu pulang segera kerana nenek nya sedang sakit tenat.. Memandangkan seminar Kamal itu pun sudah tamat, maka dia mengambil keputusan untuk pulang malam itu juga..

Kamal segera memberitahu kepada pengurus majlis yang merupakan kawan sepejabatnya yang beliau terpaksa balik malam itu juga.. Kamal keluar dari kawasan hotel itu dan menunggu teksi untuk dia naiki.. Tapi malangnya, mungkin disebabkan waktu itu sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi, maka tiada satu teksi pun  yang lalu di situ..

Disebabkan malas sangat menunggu, Kamal mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana beliau fikir mungkin akan ada kenderaan yang boleh beliau tumpang.. Ketika dia sedang berjalan itu, tiba2 dia ternampak seakan2 satu terminal kereta api di hadapannya..

Kamal pun apa lagi, dia pun mempercepatkan langkahnya supaya cepat sampai ke terminal itu.. Ketika dia berada didalam terminal itu, Kamal terasa seperti ada sesuatu yanag ganjil.. Dia melihat pada waktu itu, keadaannya agak sibuk seperti waktu orang pergi bekerja..

Tapi disebabkan dia memikirkan untuk pulang sahaja, maka Kamal segera mencari tempat untuk membeli tiket.. Mujurlah pada waktu itu, tiket untuk ke kampungnya itu masih ada, jadi tanpa berlengah Kamal pun segera membeli tiket itu..

Mungkin juga nasib dia baik pada waktu itu, belum sempat 10 minit pun Kamal menunggu, kereta apinya itu telah pun tiba.. Maka Kamal pun segera bergegas mencari tempat duduknya di dalam kereta api tersebut... Sekali lagi Kamal terasa ada sesuatu yang pelik..

Didalam gerabak nya itu, hanya ada 3 orang sahaja yang duduk.. Sedangkan di terminal tadi keadaan agak sesak..Namun Kamal endahkan sahaja segala persoalan yang bermain dibenak fikirannya itu.. Dia mencari tempat duduknya dan mula memejam kan mata..

Tidak berapa lama kemudian, Kamal mula tersedar dari tidurnya itu.. Dia sendiri tidak tau sudah berapa lama dia tertidur, tapi yang pasti dia masih belum sampai lagi ke destinasinya.. Tiba2 Kamal terperasan sesuatu yang......

.... bersambung

P/s : Aku tak tau macam mana aku boleh terpanjangkan entry ni sampai kena buat part2..

Aku nak ceritakan ke tidak ye...

nak bagitau ke tak ye..??
Entah lah, aku tak tau nak ceritakan ke tidak benda ni.. Rasa macam segan pulak kalau asyik nak ceritakan benda ni dekat korang.. Benda ni dah banyak kali aku postkan, so kalau aku postkan lagi benda ni, mesti akan ada yang rasa menyampah meluat dan segala me akan keluar..

Jadi aku nak bagitau awal2 dekat korang semua ni.. Kalau korang rasa korang bosan atau menyampah dengan entry ini.. Silalah tekan pangkah di bahagian atas tu demi mengelakkan berlakunya gejala jelez yang melampau sempadan siam..hehe

Okay, kalau korang dah baca pada perenggan ni, itu maknanya korang dah sedia untuk mengetahui apakah benda yang aku nak storikan ni... Aku sebenarnya nak ceritakan yang blog aku ni telah menerima lagi satu BE.. Buffered Earning (BE) ialah jenis iklan yang diberikan oleh syarikat pengiklan Nuffnang..

Jenis iklan ini akan menjana wang melalui berapa ramai orang yang datang masuk ke dalam blog kita.. Makin ramai yang masuk, makin banyak lah duit yang akan masuk ke dalam blog kita.. Untuk kali ni blog aku telah menerima iklan Taylors University Business Masters Programme..


Tempatnya terletak di atas entry ini, kalau korang nampak ada tulis tentang universiti tu, itulah dia iklannya.. Aku bagitau ni bukanlah niat aku nak menunjuk atau belagak, tapi mana lah tau kalau2 ada pulak pihak nuffnang tu tengok blog aku..


Nanti adalah peluang aku untuk dapat BE lain pulak..hehe. Tak lupa juga, aku bersyukur sebab sejak kebelakangan ni BE aku tak putus2 datang.. Mungkin sekarang ni rezeki aku kot.. Okay, itu jelah benda yang aku nak storikan.. Hope takdelah sapa2 yang jelez okay..hehehe


P/s : Thanks kepada korang juga sebab datang menambahkan trafik aku..^^

Malam tadi kan....

Hai and salam buat korang semua yang sedang membaca entry ini tidak kira di rumah atau yang berada di mana2 tu.. Pagi ni aku nak story kan sikit satu kejadian yang berlaku malam tadi.. Kejadian benar yang memang ternyata bukan aku lah yang membuatnya..

Macam ni ceritanya bermula ye.. Malam tadi, ketika aku sedang sibuk bermain game angry bird, tiba2 aku asyik kalah je.. Lepas tu aku pulak yang jadi angry dekat game tu dan mengambil keputusan untuk tidak main game itu buat sementara waktu..hehehe

Err, bukan itu yang aku nak ceritakan walaupun ianya memang benar2 berlaku pada aku malam tadi.. Setelah selesai main game tu, tiba2 je pulak aku rasa macam nak tengok cerita movie.. Korang nak tau tak cerita apa yang aku nak tengok tu..

Yang pasti bukanlah cerita yang akan membuatkan mata korang jadi biru dan otak jadi kuning tu.. Cerita itu dah lama aku tinggalkan.. Entah kenapa aku rasa nak tengok cerita Paranormal Activity 2 pada pukul 2 pagi.. Aku pun dah tak tau nak buat apa, so aku buka jelah cerita tu..

Tengah2 syok aku melayan cerita yang aku tak berapa nak faham tu.. Maklumlah, cerita tu takde subtitle, so memang membuatkan aku lambat sikit nak fahamkannya..huhu. Tiba2 aku terdengar bunyi air dibilik air aku terpasang..

Pada saat itulah timbul perasaan curiga, lebih2 lagi baru lepas tengok cerita seram.. Aku perhatikan pintu tandas tu dan aku dapati ianya terbuka.. Ini bermakna tiada orang didalamnya, Dan lampu tandas juga tidak terpasang.. Jadi mengapakah ada bunyi air terpasang dan tertutup..??

Aku perhatikan pintu tandas tu melalui pandangan sisi.. Yelah, kalau nak pandang terus, takut pulak ada makhluk yang tak dikenali tiba2 terpacul depan mata aku.. Dalam area 1minit lebih, tiada sesiapa pun yang keluar dari tandas itu..

Selepas itu aku cepat2 menutup lappy aku sambil menutup mata sekali.. Ye, aku tutup mata sekali, bukan dua atau tiga kali tau.. Dan time itu jugalah babak seram dalam cerita seram tadi muncul di benak fikiran aku.. Adoi, memang kacau betul perasaan aku masa tu..huuhu

P/s : Tengah2 malam jangan lah tengok cerita seram sorang2, takut ada pulak yang teman kan..hihihi

Tuesday, June 28, 2011

Huhuhu, entry yang amat menyedihkan..

Aaargghh...!!!

Kenapa lah dengan aku ni.. Baru je buka new post, terus sahaja idea2 ini berlari pecut sejauh 4 kali 4000 kilometer.. Kalau nak lari pun, lari dekat sudah lah, senang sikit aku nak tangkap balik idea2 yang telah pergi meniggalkan kotak fikiran ni tadi..

Aku rasa inilah masalah yang paling biasa atau nenek aku cakap common, akan dihadapi oleh setiap blogger.. Baru je tadi aku ada idea nak tulis buat entry malam ni.. Tup2, bila bukak je new post, terus sahaja hilang tanpa meninggalkan kesan..

Jadi apa benda yang aku nak tulis kan malam ni..?? Err, entah lah, aku sendiri pun tak tau nak tulis apa sekarang ni.. Aku rasa aku nak buat blogwalk jelah, mana la tau nanti boleh pulak aku amik idea2 yang telah korang curahkan dalam entry2 korang..hehe

P/s : Entry ni memang amat menyedihkan sebab aku tak dapat nak tangkap balik idea tu..huhu

Google pagerank telah di update..

Laa, dah petang rupanya sekarang ni.. Cepat betul masa sekarang ni berputar, kalau dulu time sekolah lah masa yang paling panjang sekali.. Tapi bukan itu benda yang aku nak tuliskan dalam entry petang ni, ada benda lain yang aku nak catatkan dalam entry ini..

Tadi masa aku berblogwalk tadi, aku perasan ada satu blog ni buat entry.. Entry apa ye, and korang tak teringin ke nak tau..?? Hah, cubalah korang teka2 dulu, aku nak pergi minum air kejap, nanti lepas aku minum air barulah aku ceritakan..

Okay, aku dah habis minum dah ni.. Korang dah teka ke belum ni, kalau dah cepatlah bagitau dekat aku.. Hehehe, yelah2 aku bagitau jelah apa benda yang aku nak storikan tu.. Tadi aku perasan ada blog ni buat entry tentang google pagerank..

Menurut entry nya ialah, google pagerank telah diupdate.. Korang tau tak apa maknanya tu..?? Kalau tak tau meh sini aku bagitau dekat korang.. Korang boleh lah pergi tengok blog korang mempunyai pagerank ke berapa.. Korang nak tau tak apa faedah menatang ni..??

Antara faedah google pagerank tu ialah, ia akan membuatkan blog atau website kita berada ditangga carian yang diatas.. Kiranya, makin tinggi google pagerank kita, makin mudah lah blog kita tersenarai di bahagian atas setiap carian..

Err, itu jelah yang aku tau, kalau korang nak tau lebih lanjut lagi, korang boleh search dekat google sendiri.. Saya sudah membuatnya, anda bila lagi.. Chewah, macam nak buat iklan syampoo rambut pulak..hehe. Okay, aku nak pergi buat blogwalk lagi..^^

P/s : Masa tulis ni, aku tak tau nak letak tajuk apa..huhuhu

Lidah itu sangatlah....

Lidah itu sangat lah tajamnya..

Walaupun ia tidak mampu melukakan badan..

Tetapi ia mampu menghancurkan hati..

Dan apabila hancurnya sekeping hati..

Maka pada saat itulah..

Nafsu dan syaitan begitu mudah menyesatkan kita..

Oleh kerana itu..

Jagalah lidah..

Janganlah gunakan ia untuk menyakitkan..

Tetapi gunakan lah ia untuk menyembuhkan..

Sesungguhnya..

Dengan membuatkan orang gembira..

Sudah pasti akan datang satu nikmat yang tak ternilai..

Iaitu nikmat ketenangan jiwa..

Entry pemanas badan..

Hai korang semua2 ni.. Aku tau masa aku postkan entry ni mungkin masih ramai lagi yang belum tidur.. Sebabnya ialah time2 ini lah yang sesuai untuk korang bergayut kan.. Err, maksud aku bukanlah bergayut di pokok2 yang berhampiran rumah korang..

Ala, sendiri faham sudah lah.. Takkan aku nak storikan jugak, nanti kalau ada adik2 yang bawah 10 tahun baca, mesti dorang bagitau dekat mak korang..hehe. Just saja nak taip dekat entry ini selepas membiarkan kemalasan diri ini melanda seharian..

Aku tak tau lah kenapa aku boleh berasa terlampau malas sangat.. Bukanlah malas nak buat kerja rumah, tapi malas sangat nak menghadap lappy ini.. Kalau nak hadap lappy pun malas, apatah lagi dengan blog..huhu. Kesian dekat jari ni sampai rindu sangat nak menekan2 keyboard..

Err, just ini jelah yang aku nak tulis.. Sebab dah tajuk pun tulis macam tu, so tulis pendek2 jelah.. Nanti kalau tulis panjang2, tak samalah dengan apa yang tajuk itu cuba sampaikan.. Aku nak pergi buat blogwalk kejap sebelum tidur ni..^^

Sunday, June 26, 2011

Berita terbaru..

SELANGOR : Pemilik kepada blog Arpiiz Itu Nama Ku telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari dunia blog ini. Ini kerana pemilik blog ini sedang menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan beliau terpaksa mengambil keputusan sebegitu..

Hal ini telah disahkan sendiri oleh setiausaha beliau iaitu Cik Tifa Lockhart ketika ditemui di syarikat Arpiiz Itu Nama Ku. Katanya bahawa, pemilik blog ini memerlukan ruang dan masa untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu..

"Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi itu dengan kadar segera. Kami juga berharap agar para pembaca tidak akan percaya dengan khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa pemilik blog itu sudah bersara.." kata Cik Tifa Lockhart.

Bila di tanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh pemilik blog itu. Beliau tidak mahu mengulas soalan itu dengan lebih lanjut. Tambahnya lagi, diharapkan para pembaca blog itu tidak akan terkejut apabila melihat blog itu tidak dikemaskinikan dengan entry-entry yang baru..

Macam mana..?? Agak2 korang kalau cikgu BM korang baca entry aku ni, dia boleh bagi markah penuh tak..?? Aku sebenarnya nak rehat kejap dari dunia blog ni, tapi entah kenapa rasa macam berat pulak nak buat benda tu..huhu

P/s : Lama tak masukkan Cik Tifa ni ke dalam entry..

Nothing to say..

Seriously, I'm wordless

Blank

And

Nothing....~_~

Saturday, June 25, 2011

Sila berhati-hati, ada pembunuh di kalangan kita..

Okay, sebelum apa2 berlaku, aku mintak sangat dekat korang semua agar jangan cepat panik bila membaca entry aku ni ye.. Sila baca dengan penuh teliti dan cuba sedaya upaya korang untuk memahami apakah benda yang aku nak sampaikan ni..

Macam ni, aku telah mendapat info daripada sumber yang aku percayai bahawa dikalangan kita ini ada pembunuh.. Pembunuh yang sangat kejam sehingga jika kita tidak berhati2, kita mungkin akan terserempak dengan pembunuh2 itu..

Pihak polis masa kini tidak dapat memastikan berapa orang kah pembunuh2 yang sedang berada di luar itu.. Ini kerana hampir di setiap pelusuk negeri mempunyai kes dan cara pembunuhan yang sama.. Disebabkan perkara itulah, mereka masih tidak boleh mendedahkan hal ini kepada orang luar..

Cara pembunuhan ini ialah dengan cara langgar lari iaitu melanggar serta membiarkan mangsa tadi dalam keadaan cedera parah.. Kebanyakan mangsa akan mati di tempat kejadian.. Walaupun tempat pembunuhan itu berada di tempat yang ramai orang..

Namun masih tiada saksi yang dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai identiti pembunuh tersebut.. Menurut sumber lagi, kesemua mangsa itu tidak mengikut jantina namun masih terdapat beberapa persamaan yang dapat dikenal pasti.. :

* Bertubuh kecil..
* Sentiasa berjalan kaki dan bersendiri..
* Mempunyai warna kulit yang sama..
* Kesemua mangsa mati ketika mahu melintas jalan..

Itulah antara ciri2 mangsa yang mempunyai persamaan dan dapat dikenal pasti oleh sumber.. Seperti yang dinyatakan tadi, kawasan kejadian tidak dapat dipastikan kerana ianya berlaku di seluruh negara.. Namun korang semua boleh lah cuba mengelakkan diri dari melalui jalan2 yang sunyi..

Hanya itu sahajalah benda yang aku nak sampaikan dekat korang semua.. Aku harap korang semua perlulah berhati2 kerana kata orang malang memang tak berbau.. Dan aku jugak mintak2 pembunuh2 itu akan berhenti dari melakukan kerja2 mereka itu..

Owh ye, aku baru dapat info terbaru ni.. Sumber aku dah dapat kenal pasti siapakah yang berisiko untuk menjadi mangsa2 langgar lari ini.. Ini merupakan senarai mangsa2 dan mereka ialah biawak, kucing dan haiwan kecil yang lain..

P/s : Tadi ternampak ada orang langgar kucing, rasa sedih pulak bila tengok member2 dia datang and ketepikan kucing yang kena langgar tu..

Aku menghidap penyakit..

Salam kepada para pembaca setia dan yang kurang setia.. Maksud kurang setia tu bukan lah maknanya korang curang atau apa.. Tapi kepada mereka yang jarang atau kadang2 je baca entry2 dalam blog aku ni, itulah maksud yang cuba aku sampaikan tu..

Aku nak mintak maaf sangat2 dekat korang sebab mungkin blog ini tidak akan bertahan dengan lebih lama.. Di tambah lagi dengan keadaan aku yang sangat kritikal ini.. Mungkin akan mempercepatkan jangka hayat umur blog ini..

Sekarang ini aku telah menghidap yang amat susah untuk aku ubati.. Kalau dulu mungkin aku boleh tahan lagi.. Namun, kini penyalit ini sudah semakin maju dan ia telah berjaya menangkis segala antibiotik yang pernah aku gunakan untuk menentang mereka pada masa dahulu..

Penyakit ini juga bukan calang2 orang yang boleh lepas, terutama blogger.. Terdapat banyak penyakit untuk blogger2 ni, namun bagi aku hanya 2 sahaja yang amat kuat.. Kini kedua2nya telah menyerang diri aku ini.. Korang tau tak apa nama penyakit2 itu..

Penyakit pertama dikenali penyakit Sderephobia.. Namun orang biasa panggil ia sebagai penyakit malas je.. Penyakit ini akan melumpuhkan sistem2 urat jari jemari untuk menaip di atas keyboard ini.. Di peringkat tinggi juga, ia boleh menyebabkan seseorang itu malas nak hadap komputer..

Penyakit yang kedua pulak dikenali sebagai Pholiricbia.. Ia juga dipanggil sebagai penyakit hilang idea.. Penyakit ini memang biasa terkena kepada blogger, namun pada tahap tertinggi.. Mereka akan kehilangan segala ayat2 power untuk ditaip ke dalam blog mereka..

Itu jelah benda yang aku nak ceritakan ni, kepada sesiapa yang mempunyai antibotik untuk aku melawan penyakit ini.. Silalah hantar ke pejabat pos yang berdekatan dengan rumah korang tu ye..hehe

P/s : Nama penyakit itu adalah rekaan aku sahaja, benda tu memang tipu je..

Friday, June 24, 2011

Entry paling bosan, so jangan baca tau..

Ye, selepas penat pada sebelah pagi tadi.. Petang ini tibalah masa aku untuk berehat2 di rumah sambil menghirup secawan air teh dan dicicah dengan biskut jagung berjenama pingpong.. Chewaah.. Tiba2 pulak berangan nak buat benda2 macam tu..

Tidur mungkin menjadi pilihan utama aku petang ini.. Tapi rasa macam tak best pulak kalau nak pergi tidur.. Aku nak buat benda lain ni.. Tapi apakah benda tersebut..?? Err, korang boleh bagi cadangan tak..?? Kalau korang suruh aku pergi main lompat antara bangunan tu, aku rasa tak payah lah..

Sebab benda tu aku dah biasa buat, so dah memang jadi bahan mainan aku je tu.. Plus, benda tu bukanlah salah satu untuk berehat di petang hari yang indah ini.. Aku rasa aku nak pergi cari idea lah untuk entry2 aku yang akan datang..

Sekarang ni aku memang tengah mengalami krisis kehilangan idea yang sangat kritikal tau.. Otak aku tak dapat nak menjana idea2 yang sesuai untuk aku tuliskan berdasarkan apa yang aku lihat sepanjang hari ini.. Aku rasa mungkin aku perlu berehat sebentar dari blog ini..

P/s : Aku sendiri dah tak tau nak tulis apa ini, so aku nak mintak maaf kalau entry ni entah apa2..huhuhu

Pagi ini aku seorang menteri..

Salam buat mereka2 yang sudi menjawab salam ini.. Ye, benar lah apa yang korang baca di bahagian tajuk itu.. Pagi ini aku akan menjadi seorang menteri selama setengah hari.. Kenapa..?? Korang tak nak percaya dan tak percaya serta tidak mampu untuk mempercayainya..??

Tengok, dah berapa banyak perkataan percaya aku tulis tu pun korang still tak nak percaya..?? Takpelah, itu semua korang punya hal kalau tak nak percaya pun.. Hah, aku tau mesti dah ada sorang dua mula percaya kan..hehehe
tengah tulis list untuk hari ni..

Sebenarnya aku tidak lah menjadi menteri di jabatan2 tu.. Tetapi pagi ini aku akan sibuk sampai mengalahkan menteri itu sendiri.. Kalau menteri tu tak kalah, mungkin seri lah kot, tapi aku still juga nak menang..hehe. Kalau mengikut kan jadual aku pagi ini..

Pada pukul 8.30 sahaja aku perlu pergi ke sekolah menengah adik aku untuk menandatangani surat perlantikan aku sebagai Pengetua di sekolah itu.. Ala, aku baru nak tipu sikit, dah korang pergi percaya bulat2 macam donat tu.. Aku nak pergi sign report kad adik2 aku lah..

Lepas tu pada pukul 10.00 aku kena pulak pergi ke sekolah rendah adik.. Yang ini pulak aku kena datang sana adalah kerana aku perlu memberi ucapan kepada budak2 dekat sana sempena kempen anti dadah dan rokok.. Err, yang ini pun tipu jugak tau..hehe

Yang sekolah rendah itu pun aku kena pergi sign report kad adik aku jugak.. Dah lepas buat benda2 tu semua, aku kena pulak jumpa dengan tokey jual ikan.. Nak tanya dia kenapa dia tak jual ikan piranha, dah lama aku mengidam nak makan ikan tu..

Okay, yang last tu memang sah tipu so korang jangan lah percaya pada bahagian yang aku katakan tipu tu ye.. Err, aku baru perasan, kenapa aku tulis perkara yang aku nak buat ni dalam entry ini..?? Korang pun bukan nya nak amik kisah dan amik tahu di kedai Pak Manap..

Jadi, tanpa berlengah lagi, aku tutup lah entry ni sebab takut habis semua jadual aku hari ni aku tulis dalam etnry ini...hehe.. Owh ye, kan aku ada kata hari ni aku jadi menteri kan, sebab aku kata macam tu ialah kerana aku kena jumpa dengan orang2 ni lah..^^

Thursday, June 23, 2011

Entry yang wajib ada dalam setiap blog..

Aku tau yang korang mesti tak perasan dengan apa yang bakal aku dedahkan ni.. Err, aku bukan nak dedah body tau, ye aku tau body aku tak lah seperti ahli bina badan tu, so buat apa nak dedah2 ni.. Aku juga bukan nak dedahkan aib orang lain, yelah siapa aku nak buat macam tu..

Tapi walau macam mana pun aku tak pasti dengan kebenaran benda ni.. Jadi kemungkinan besar, tak semua yang akan buat macam ni.. Okay, tanpa membuatkan korang tertanya2 dan membuatkan aku menghilangkan idea yang setia melekat di kepala otak ni.. Aku bagitau terus jelah ye..

Korang perasan tak dalam blog korang tu ada entry2 ini..

* Entry bagitau follower korang cecah 100..
* Entry tentang dapat duit pertama nuffnang atau lain2..
* Entry berkaitan dengan blogwalk
* Entry teguran kepada blogger baru, biasanya tentang word moderation tulah..
* Entry perkenalan diri..

Kalau korang nak tau, bukan korang sahaja yang buat, malah hampir kebanyakan blog2 yang ada dalam Malaysia ini telah membuat dan akan membuat entry2 di atas.. Entah2 masa korang baca ni pun ada blogger2 yang tengah publish entry2 macam tu..

Entry2 ni boleh dikatakan sebagai entry wajib tulis lah kalau dah masuk ke alam barzakh blogger.. Tapi kalau orang tu buat blog personal aku rasa dia tak buat macam ni kot.. Jadi cuma itu jelah benda yang aku nak bagitau dekat korang semua..

P/s : Korang ada tak buat entry2 yang macam aku nyatakan tu..??

Yang ini pun aku tak perasan..

apa benda lah yang si Arpiiz ni dah lupakan..??
Adeh, macam mana lah aku boleh tak perasan dengan benda ni.. Kalau dulu benda ni lah yang selalu aku jenguk tapi sekarang ni entah macam mana boleh pulak aku melupakannya.. Err, agak2nya apakah benda yang telah aku lupakan tu..??

Apakah aku telah lupakan dimanakah terletaknya harta2 Ahmad Albob..?? Aku rasa aku tak lupakan benda tu sebab aku sendiri tak tau dekat mana benda tu.. Jadi apakah bendanya, cepat2 korang semua tolong fikirkan.. Siapa dapat jawab degna betul korang akan dapat hadiah..

Hadiahnya memang amat lumayan, korang nak tau tak..?? Ala, aku tau korang memang tak sabar nak tau bila aku sebut pasal hadiah.. Hadiahnya berupa wang tunai sebanyak 1 juta saidina.. Hah, macam mana, korang terpegun tak dengan hadiah yang dimasinkan ditawarkan tu..

Okaylah, aku rasa sudah cukup kot untuk aku menghentikan segala repekan yang telah aku taipkan didalam entry ini.. Sebenarya aku lupa nak buat entry tentang BE baru aku.. Ye2, aku tau mungkin ada diantara korang tu yang agak bosan bila membaca entry2 berkenaan BE2 bagai ni..

Tapi percaya lah, nanti bila korang pulak dapat BE tu, mesti korang pun akan buat entry macam aku ni..hehe. Sebelum aku umumkan apakah iklan BE itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Proton sebab sudi meletakkan iklan di dalam blog aku ini..

Iklan BE kali ini diberi nama sebagai Proton Inspira Testdrive Grapevine .. Grapevine itu ialah jenis iklan, ianya terletak dibahagian tepi, kira sama macam iklan jenis skyscarper lah.. Iklan ini sudah mula berkhidmat sejak semalam lagi..

Sebab tu aku kata aku tak perasan, ini pun tadi baru aku perasa selepas aku nak tengok kalau2 ada BE lain yang dah tamat tempoh ke.. Jadi, hanya inilah benda yang aku nak storikan, jumpa lagi di entry2 yang akan datang..

Korang, aku nak mintak maaf ni..

Salam kepada semua yang sedang membaca entry ni.. Terutama sekali kepada para pengkomen2 tegar dan baru je nak jadi tegar.. Walau macam mana pun, kepada para pengkomen yang tak tegar jangan lah kecik hati, kalau korang nak baca pun takpe, aku tak kisah..hehe

Entry ini ditujukan kepada mereka2 yang sejak kebelakangan ni sudi mengkomen entry2 aku.. Walau pun dorang tau (atau mungkin dorang tak tau) yang aku tak balas pun komen dorang semua.. Bukan aku sengaja tak nak balas komen korang semua..

Tetapi masa yang aku ada sekarang ini amatlah penuh.. Entry2 yang korang baca sebelum ni pun hanyalah entry autopost sahaja.. Aku dapat bukak kejap je blog ni itu pun sebab aku nak tengok ada komen yang perlu diapprovekan ke tidak..

Aku nak ucapkan terima kasih dekat korang sebab walaupun aku belum membalas komen2 korang tu, korang still juga mengomen entry2 aku..huhuhu. Err, siapa ada tisu, aku nak lap hingus ni.. Tapi selepas ini korang dah tak payah nak risau lagi..

Kerana selepas ini Ultraman pasti akan datang menentang raksasa mata lapan tu..hehe. Tak lah, sebabnya mengikut jadual yang telah aku susun, aku sudah dapat meluangkan masa untuk berblog.. Masa yang aku rasa cukup untuk aku datang singgah membalas komen dan membaca entry korang2 tu..

Tapi kalau tiba2 je jadual aku tak menjadi, sekali lagi aku meminta maaf ye.. Korang jangan lah jemu mengomen entry2 aku, dan jika korang jemu dengan entry2 aku, sila bagitau aku ye.. Yelah, kita kenalah memuaskan hati pembaca blog kita, betul tak..??

P/s : Nak memulakan sesi membalas komen dan buat blogwalk kejap..^^

Wednesday, June 22, 2011

Okay, sekarang ni aku memang tension..

Ye, betul lah apa yang korang baca tu. Sekarang ni aku memang dah mula tension.. Manakan tidaknya, cubalah korang bayangkan masa kita perlukan dia tak datang.. Tapi bila kita tak hiraukan, time itu jugalah dia sudi singgah mengetuk pintu kepala otak ini..

Hah, mesti korang dah tau kan apakah benda yang aku tengah tension kan ni.. Jika korang ada fikirkan yang aku tengah tension dengan idea2 ini.. Sebenarnya korang memang pandai, tapi bukan itulah benda yang aku nak storikan dalam entry ini..

Habis tu, dengan apakah yang aku tengah tension kan ni..?? Apakah aku tengah tension dengan Arnold susahnakeja (schwarzengger) sebab dia berhutang dengan aku sebanyak 2 dollar..?? Err, aku rasa itu bukan lah sebabnya sebab benda itu pun tak berlaku..

Jadi apakah sebabnya aku mula tension ni..?? Okay aku ceritakan perkara yang terjadi.. Dari petang tadi aku cuba mendownload satu software.. Tapi entah kenapa setiap kali dah nak habis download, dengan secara tiba2 sahaja connection download tu failed atau pun terputus..

Kalau setakat pertama kali tu mungkin aku tak kisah sangat, tapi kali ni dah masuk kali ke 4 dah ni.. Di tambah lagi dengan masa nak tunggu tu menggunakan masa selama 2 jam untuk dowload software tu.. Kalau masa awal2 dia dah mula buat perangai pun aku boleh jugak lah terima..huhu

So, kalau kali ni pun perkara itu tetap terjadi, aku rasa aku nak pergi buat lompatan dari tingkat 50 lah.. Kalau terselamat aku nak pergi terjun dari tingkat 100 pulak.. Err, aku rasa macam ada penipuan pulak disitu.. So, aku terpaksa lah menamatkan entry ini dengan segera..

P/s : Adeh, entry ni tak boleh nak letak gambar lah..huhu

Rabu tak bercakap (Wordless wednesday)

sejuk lah sekarang ni..~_~

Menutup mata ku..

Salam pagi kepada readers2 semua.. Kalau korang baca entry ni pada waktu yang bukan aku nyatakan tadi, silalah buat2 tak tau je ye.. Kenapa aku suruh buat2 tak tau je, sebabnya dah itu yang jari aku taipkan, so korang ikutkan jelah ye..

Okay, mengikut dari tajuk diatas itu, ianya tiada kene mengena langsung dengan lagu Acha iaitu "menutup mata"... Jadi jangan ada sesiapa pun yang pandai2 nak timbulkan isu tiru2 meniru diantara kitorang.. Maklumlah, kitorang ni kan pasangan paling hot pada abad ini..hehehe

Okay lah, nampaknya aku terpaksa masuk campur dalam entry ni.. Sebab makin lama aku biarkan jari aku ini menaip, makin melalut pulak dia taip.. Silalah abaikan perkara2 yang korang rasakan tak penting.. Sekiranya korang rasakan entry ini memang tak penting, korang pun boleh abaikan entry ni ye..

Sebenarnya macam ni, tajuk itu diciptakan atas dasar pembangunan negara.. Okay, aku tau benda tu tipu je, aku ceritakan lah terus terang lagi bersuluh.. Macam ni, aku sebenarnya letih sangat ni, dari malam tadi ada hal, pagi tadi baru sampai rumah..

Jadi bila perkara itu berlaku, aku perlulah menutup mata ini sebentar.. Bak kata Victor dalam cerita Kongsi tu "Manusia perlu tidur selama 8 jam satu hari, hari ni satu jam pun belum tidur lagi..".. Err, aku rasa macam tu lah ayat dia, kalau salah korang buat2 tak nampak je lah ye..

Okay lah tu, aku pun dah penat sangat dah ni.. Nanti takut tak sempat nak publish dah tertidur atas lappy ni..huhu. Lepas setengah jam korang baca entry ni, korang jangan lupa kejutkan aku tau.. Tak kisah lah macam mana korang nak kejutkan pun..hehe

P/s : Kalau korang nak kejutkan aku melalui mimpi pun boleh jugak..^^

Tuesday, June 21, 2011

Malam yang sepi...

Malam ini aku sepi bertemankan angin2 yang bertiup dengan lembut.. Aku tak tau mengapa, seakan2 terasa seperti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.. Tapi apakah dia..?? Mengapa benda ini mesti mengganggu malam ku ini..

Aku duduk di buaian yang ada di beranda rumah aku.. Ku lihat langit, tiada bintang2 terang menghiasi dada2 langit.. Hanya awan mendung sahaja yang berarak menutupi cahaya bulan.. Mungkin malam ini akan hujan, tapi tak mengapalah..

Apa yang aku pentingkan sekarang ini ialah perasaan tidak tenang aku ini.. Mengapa perasaan ini hadir tanpa di undang.. Ia telah membuatkan aku terpaksa untuk memikirkan cara bagi menghilangkan perasaan gelisah ini.. Ku lihat lagi di dada langit yang gelap itu..

Tiba2 dan entah bagaimana aku terbayangkan wajah si dia.. Wajah si dia yang pernah aku kenali dan aku senangi.. Si dia yang dulunya aku panggil sebagai sahabat.. Kini aku sudah tidak tahu lagi kemana kah menghilangnya si dia..

Ketika aku mengelamun itu, tiba2 aku satu makhluk yang agak aneh datang ke arah aku.. Aku tergamam sebentar, tiada kata2 yang mampu aku luahkan dari mulut ku ini.. Makhluk itu semakin hampir, semakin hampir, dan semakin hampir dengan aku..

Aku cuba juga untuk melarikan diri, tapi entah kenapa kaki aku ibarat telah dikunci dengan tanah.. Aku tidak mampu menggerakkan anggota tubuh ku kecuali mata aku.. Aku menutup mata aku seerat2nya dengan harapan makhuk itu akan pergi.. Tiba2 makhluk itu bersuara..

...
...
...

"Ada mahu power..!!"
Laa, sekali jin dalam iklan Super Power tu datang..hehehe

Laa, korang tak tau rupanya..

Salam semua readers.. Pagi tadi aku tak sempat nak update sebab ada beberapa faktor yang tersangatlah aku tak dapat nak elakkan.. "Eleh, cakap jelah yang ko bangun lambat arpiiz oii..", suara misteri.. Alamak macam mana boleh kantoi ni..hehe

Apa boleh buat, tiba2 je boleh terlajak tidur.. Kalau terlajak perahu bolehlah diundur, tapi kalau dah terlajak tidur ni memang tak boleh nak kata apa lah..huhu. Ni pun aku  baru je lepas kemas rumah, so barulah boleh update entry dengan aman dan tenteram..

Bila aku tengok komen2 berkenaan entry cerita malam tadi.. Barulah aku tau yang rupanya korang tak tau aku pernah buat cerita bersambung2 ni.. Tapi memang patut lah korang tak tau pun, sebabnya last cerita tu aku buat masa bulan 1 dulu..

Sekarang bila dah bulan 6 baru nak sambung balik cerita tu.. Sebenarnya aku tak plan pun nak sambung balik cerita tu sebab aku memang tengah kering idea.. Tapi pada beberapa hari yang lepas (aku tak ingat hari apa), ada lah seorang tu komen, katanya yang dia nak aku sambung balik cerita tu..

Malam tadi pulak aku memang tengah takde apa2 idea yang sudi datang menerjah ke kepala lutut otak aku ni.. So, aku sambung jelah cerita tu, dan amik keputusan untuk tamat kan terus cerita itu.. Nanti kalau aku sambung lagi, takut bulan ke berapa pulak aku tamatkan cerita tu..

Bagi mereka yang nak baca cerita tu dari part 1 korang boleh lah cari dekat bahagian entry lama2 aku tu.. Kalau malas sangat, korang taip je dekat kotak search tu "Ada satu cerita.. ( Part _ )". Lain kali kalau ada idea yang datang mencurah2 ibarat teh tarik tu, aku buat cerita yang lain pulak..^^

Ada satu cerita.. ( Part 1)

Monday, June 20, 2011

Ada satu cerita.. (Part 11)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 10)

Wak Darmawi bertanya kepada dia yang kenapa dia masih duduk di dalam badan lelaki itu walaupun perjanjian antara mereka sudah tamat.. Lelaki itu menjawab yang dia perlu melakukan sesuatu perkara sebelum dia keluar dari badan itu..


Tiba-tiba Leman mencelah dan bertanya apakah perkara tersebut.. Lelaki tersebut menjawab yang dia perlukan darah seorang wanita muda.. Selepas sahaja mendengar apa yang lelaki itu katakan, dengan tidak semena-menanya Wak Darmawi menepuk lantai rumahnya..


Serentak dengan itu juga lelaki itu mula meraung kesakitan.. Suaranya bertambah garau, mungkin disebabkan makhluk itu berada didalam kesakitan yang teramat.. Dalam beberapa minit, badan lelaki itu sudah mula lemah.. Menurut kata Wak Darmawi, makhluk itu sebenarnya sedang cuba mempengaruhi semua orang didalam rumah..


Maka dia terpaksa menghalau makhluk itu secara keras dan kasar.. Kini lelaki itu sudah pulih dan dia dibiarkan berehat.. Setelah matahari mula mengeluarkan cahayanya, maka si suami dan si isteri telah mengambil keputusan untuk segera pulang.. 


Sebelum mereka pulang, Wak Darmawi memesan kepada si suami agar sentiasa ingat Tuhan, kerana hanya Dia sahaja yang boleh membantu dan menghalang dari berlakunya perkara2 yang jahat.. Si suami akur dengan nasihat Wak Darmawi, dia pun telah sedar yang dia memang sudah lama melupakan Tuhan..


Sebab itulah syaitan dengan begitu mudah mempermainkan dirinya.. Ketika mereka berdua sampai di rumah lama mereka.. Tiba-tiba si suami mendapat panggilan telefon dari rakannya.. Kata rakannya itu, rumah yang sepatutnya diduduki oleh mereka itu telah terbakar 3 hari lepas..


Si suami pun terkejutlah dan dia cuba bertanyakan alamat rumah itu.. Sekali lagi si suami terkejut, kerana rumah yang diberitahu oleh rakannya itu adalah di tempat yang lain, bukan di tempat yang mereka pergi semalam..


TAMAT...


Puas aku memikirkan macam mana nak habiskan cerita ni.. Kalau ikutkan idea ni memang boleh panjang lagi.. Tapi aku rasa cukuplah tu, takut nanti aku akan tangguhkan lagi sambungan cerita ni..huhu

Petang ni aku blank..~_~

Adoi, petang2 ni jari aku rasa lincah sangat nak menaip entry.. Tapi seperti kebiasaan lah, idea untuk aku menaip sesuatu memang tak akan datang bila aku rasa beria2 sangat ni.. Jadi apa benda yang aku nak taipkan dalam etnry ni..??

Err, mungkin taip sikit jelah kot.. Aku nak bagitau yang 2 BE aku telah pun pergi meninggalkan blog ini.. Bukan pergi melarikan diri, tetapi pergi kerana sudah sampai masanya untuk pergi.. Tapi kenapa..?? Kenapa dia pergi tanpa memberitahu kepada diri aku ini..

Alamak, nampaknya ayat2 tu macam nak mula menuju kearah simpang yang menyimpangkan dari pemberitahuan tu je.. Lantaklah, nampaknya aku kenalah fokuskan pula pada BE2 yang lain.. Kalau tak nanti tak dapat hasil..hehe

Tapi itulah masalah aku sekarang ni.. Masalah blogger2 yang terbesar sekali telah mula menjangkiti diri aku ini.. Penyakit yang sememangnya membuatkan semangat aku luntur dah jatuh luluh.. Sehinggakan iklan2 BE tu pun dah tak mampu nak memberikan semangat pada diri aku ni..huhu

Korang nak tau masalah apa..?? Aku pernah buat tentang masalah ini dulu.. Kalau korang rajin, korang baca lah.. Tapi kalau korang dah baca, korang bacalah lagi..hehe. Okay, itu je benda yang aku nak tulis, otak aku memang dah blank terus ni..huhuhu

Komen yang biasa kita jumpa..

Salam kepada semua2 readers pada pagi ini.. Adeh, mata aku tak boleh nak bukak ni sebab time aku tulis ni pukul 4.30 pagi.. Biasalah, demi blog tercinta, ketika tidur itu idea datang, ketika itu jugalah aku bangun dari tidur semata2 nak tulis idea yang singgah sebentar..

Okay, itu tipulah ye sebab takde maknanya aku nak bangun balik semata2 nak tulis entry.. Macam semalam aku cakap kan lah, aku ialah Batman, so tak yah heran lah bila aku tak dapat tidur malam ni..huhu. Dah lah tu, benda tu takde kaitan pun dengan apa yang aku nak tulis sebentar nanti..

Aku tau ramai antara korang ni suka mengkomen entry2 orang kan.. Err, kalau yang meng'kondem'kan (menjatuhkan) tu aku tak nak campur lah ye.. Korang ada tak baca komen2 yang terdapat dalam entry tu..?? Kalau korang baca, mesti korang akan perasankan benda2 ni..

Entry sedih :
"Sabar lah", "Banyak2 kan bersabar", dan sabar yang lainlah..hehe

Entry seram :
"Eeii, seramnya", "Cerita ni betul ke..?"

Entry berinfo :
"Nice info", "Thanks for sharing"

Err, setakat itu jelah jenis2 entry yang aku ingat.. Apakah pula ayat2 dibawah tu..?? Kalau korang perasan, di entry2 yang jenis diatas, mesti akan ada komen yang macam tu..Kiranya itu adalah komen wajib yang mesti ada dalam entry tu..

Tapi yelah, takkan entry sedih tu nak bagi komen ketawa pulak kan.. So, ini just nak share kan hasil penemuan aku je.. Takde apa yang penting sangat pun, tapi kalau korang rajin cubalah korang check balik entry2 korang yang macam tu, ada tak komen2 seperti aku nyatakan..hehe

Sunday, June 19, 2011

Bila semua yang dirancang tak menjadi..

Aaarghh..!!!
Kenapalah dengan aku hari ni, semua benda yang dirancang tak menjadi.. Semua benda yang sepatutnya berlaku, tak berlaku... Adoi, hari ni memang hari yang agak kurang baik lah bagi diri aku ni..

Betul lah kata orang, kita hanya boleh merancang, tetapi hanya tuhan sahaja yang akan dan boleh menentukan sama ada apa yang kita rancang itu menjadi atau tidak.. Nak aku ceritakan ke tak dekat dalam entry ni..?? Err, aku rasa aku ceritakan lah sikit, nanti kalau banyak sangat takut tak larat korang nak baca..

Macam ni, dari semalam lagi aku dah plan untuk melakukan rompakan bersepadu bersama anggota2 perompak seluruh dunia ini.. Err, itu adalah ayat yang aku tak rancang langsung nak tulis, kita kembali kepada ayat2 yang menceritakan perkara yang benarnya..

tension pulak aku bila fikirkan hal ni..huhu
Aku dah rancang yang hari ini aku nak pergi menyelesaikan semua masalah aku.. Dari masalah peribadi sampai lah masalah kewangan yang sememangnya bersangkut paut.. Masalah peribadi aku tu pun bukannya besar sangat, just nak jumpa member aku yang nak bayar hutang je..

Time dalam perjalanan nak jumpa dengan orang yang berhutang dengan aku tu, tiba2 motor aku pulak rosak di tepi jalan.. Nasib baik jalan besar, kalau jalan sunyi entah apa pulak yang jadi.. Aku pun apalagi, kena lah pulak menolak motor mencari kedai yang berdekatan..

Dekat 20 minit jugak lah aku menolak motor tu.. Dengan hari yang panasnya, akhirnya aku jumpalah dengan kedai motor dan motor aku yang mati tadi dah berjaya dihidupkan.. Err, dah macam cerita zombi pulak ada mati hidup balik ni..hehe

Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja lagi untuk aku sampai ke destinasi, tiba2 aku dapat mesej dari member aku tu.. Katanya yang dia tak dapat datang sebab ada hal yang lagi penting dari membayar hutang aku..Adoi, aku rasa macam nak je mengeluarkan bahasa kesat sekesat kertas pasir tu..

Tapi bila aku fikirkan yang mungkin masalah dia tu pun datang tanpa diundang.. So, aku pun membatalkan lah niat untuk menabur ayat2 sensor tu diatas ruang udara ini, chewah..hehe. Err, baru satu problem aku ceritakan dah panjang ni..

Kalau aku letak lagi beberapa cerita macam mana lah ye panjangnye..huhu. Okay lah sampai disini sahaja lah aku menaip.. Sampai kita bertemu dilain hari pada waktu dan tempat yang berlainan, salam malam dan selamat Hari Bapa kepada semua yang bapa2 yang berada diluar sana tu..

P/s : Agaknya mungkin feng shui aku tak berapa ong kot..hehe

Cara memainkan video fail *rmvb..??

Okay, petang ni aku nak buat tutorial lah sikit.. Saja je sementara aku ingat nak buat ni.. Nanti bila aku lupa, memang susah lah aku nak buat entry ni lagi.. Sebelum tu, maksud memainkan fail *rmvb tu bukanlah seperti mana korang bermain bola sepak ye..

Sebaliknya ialah korang nak gunakan fail jenis itu di player (pemain) yang mana.. Sebelum itu (untuk kali kedua) biarlah aku terangkan maksud rmvb itu sendiri.. Maksud rmvb itu ialah Real Media Variable Bitrate.. So, memang dah sah2 lah kena gunakan real player..

Namun akan ada satu keadaan dimana, selepas korang mendownload video jenis itu selama 2 jam setengah.. Korang tidak dapat nak bukak apatah lagi menonton video itu.. Dikala ini korang mesti akan merasakan seakan2 masa korang telah terbuang begitu sahaja..

Macam masalah aku pulak, aku dapat tengok, tapi tak keluar suara.. Jadi sebelum itu, korang jangan buang dulu video tu.. Apa yang korang kena buat ialah korang download K-Lite Mega Codec Pack.. Tapi aku tak pasti sama ada K-Lite Codec biasa boleh digunakan atau tidak..

Jadi kalau korang ada K-Lite Codec biasa and malas nak download K-Lite Mega Codec tu, korang boleh lah terus pergi ke cara ini..

* Download versi Window bagi binary codec pack untuk MPlayer (Windows version of binary codec pack for MPlayer)
((http://www.mplayerhq.hu/design7/dload.html#binary_codec))
* Extract kan fail jenis zip. tu..
* Cari cook.dll, pncrt.dll, sipr3260.dll, drv33260.dll, drv43260.dll 
* Korang copykan benda tu dan paste dekat C://windows


Selepas buat cara ini, masalah korang yang tak dapat tengok mahupun dapat tengok tapi video tu tak keluarkan suara akan selesai.. Psst, kalau tak berapa faham sila bagitau ye, atau baca lah sampai faham..hehe

P/s : Kalau K-Lite codec biasa tak mau juga, korang kenalah download K-Lite mega codec tu..
((K-Lite Codec = Media player classic))

Aku ialah Batman..

Salam kepada semua2 yang sedang membaca mahupun just terbaca ayat ini.. Ni apahal pagi2 lagi aku dah mula menghidupkan enjin merapu ni.. Hope korang layankan jelah ye segala ayat2 merapu aku di pagi hari ini..

Sebenarnya macam ni, sejak 2 malam yang lepas aku sudah mula mengikut amalan gaya hidup seekor kelawar.. Tidur ku diwaktu siang manakala jaga ku di waktu malam.. Nasib baik aku tak ikut cara dia tidur, kalau tak dekat mana aku nak cari pokok buat aku tidur secara terbalik..

Korang tak faham lagi apakah kaitan antara masalah tidur aku, kelawar dan juga Batman..?? Bukankah kelawar itu didalam bahasa jawa omputihnya ialah bat, jadi bila aku dah ikut cara kelawar, jadilah Batman..Hehe, bukanlah jadi macam Batman dekat Gotham City tu..

Kalau nak jadi macam tu, aku kena ada tanah yang luas sekurang2nya 200 kangkang babun.. Hah, macam mana lah nak mencari 200 ekor babun and suruh dia kangkang..haha. Tapi itu lah masalah aku sekarang ni, tak dapat nak tidur malam..

Kalau kata aku hadap lappy ni memang lah aku tak mengantuk, tapi aku tak buat apa2 pun aku tak mengantuk juga.. Dah pelbagai cara dan modus operandi yang berbeza telah aku lakukan seperti mendengar lagu, main lumba lari sorang2 dan dan juga pergi berjalan2 di atas bulan..

Okay, yang last tu memang tipu.. Siapa percaya dia memang lah nak kena aku bagitau dekat dia yang aku tipu.. Err, aku rasa cukup lah dengan apa yang aku merepek pagi ni, petang nanti nak merepek lagi..hehe

Saturday, June 18, 2011

Dikala idea tidak dapat dikesan..

Perhatian semua, aku sedang mencari idea pada waktu petang ini.. Idea yang boleh digunakan untuk aku mengisi ruang2 yang ada dalam entry ini dan entry2 akan datang.. Kali terakhir idea2 itu dapat dilihat ialah di kawasan Lembah Klang dan Ijok..

Idea2 ini boleh berubah kepada macam2 rupa, tetapi hanya ada satu sahaja cara untuk mengesan sama ada ia adalah idea atau tidak.. Caranya ialah, idea2 ini kebiasaannya akan mempunyai mentol diatas kepala mereka.. Jadi kepada sesiapa sahaja yang pernah melihat mereka, sila laporkan kepada pihak polis ye..

Ini kerana idea ini merupakan sesuatu yang sangat2 berharga bagi golongan mereka2 yang telah ketandusan idea untuk digunakan.. Kerjasama korang memang amat2 diharapkan, dan kalau korang tak sempat nak laporkan kepada polis..

beginilah rupa idea tu..
Korang juga boleh laporkan terus kepada blog aku ni.. Tak kisah sama ada ditempat komen atau tempat ruangan jerit yang terletak dibawah blog ini ye.. Hmm, aku rasa cukuplah apa yang aku tulis ni, ni pun dah tak tau nak tambah ayat2 apa lagi..Daaa

P/s : Inilah yang terjadi bila idea dah menghilangkan diri..

Kenapa boleh terjadi..!!!

Owh tidakkk..!!!

Kenapa dengan mata aku ini..??

Kenapa ketika ini aku tidak dapat melihat..??

Alangkah sedihnya aku jika aku tidak dapat melihat pagi ini..

Bagaimana aku ingin melihat keindahan alam ini..??

Bagaimana aku nak menikmati kecantikan yang telah tuhan kurniakan ini..??

Yang penting sekali..

Bagaimana aku ingin meneruskan kehidupan ini..??

Aku rasa kecewa..

Kecewa yang teramat sangat..

Agak2nya macam mana mereka yang buta itu meneruskan kehidupan..??

Tidak boleh dibiarkan perkara ini..

Aku perlu mencari apakah punca aku tidak dapat melihat ini..

Mungkinkah mata aku sudah dijangkiti kuman..??

Owh, akhirnya..

Barulah aku tau kenapa aku tidak dapat melihat pagi ni..

Rupanya2 aku masih belum sedar dari mimpi lagi..hehe

P/s : Ni lah akibatnya kalau tidur lambat dari biasanya..^^

Friday, June 17, 2011

Pergi kau dari sini..

Err, sila baca ayat tu seperti mana Tok Malam menyebutnya.. Kenal tak dengan Tok Malam..?? Laa, takkan tak kenal pulak.. Hmm, kalau tak kenal maknanya korang belum tengok lagilah cerita Karak tu ye.. Takpe2, kalau takde masa tengok dekat wayang, tunggu jelah download link ye..hehe

Sebelum itu aku nak bagitau, dalam entry ini bukanlah aku nak review cerita Karak tu.. Aku rasa dah ramai yang buat review tu pun, so korang boleh lah cari sendiri ye.. Seperti biasa, kalau nak baca entry2 aku, silalah duduk dengan tertib dan beradab ye, ke korang memang dah biasa meniarap atas katil..??

Tak kisah lah macam mana pun cara korang baca entry aku, asalkan korang baca.. Cerita ini berlaku pada malam semalam.. Korang percaya tak kalau aku katakan yang aku telah diganggu dengan makhluk halus.. Takpe, kalau tak percaya takpe, tapi teruskan juga baca entry ini..

Siapa sangka, setelah sekian lama gangguan itu terhenti, akhirnya ia datang kembali mengganggu aku.. Puas sudah aku bersabar dengan makhluk tuhan yang ini, tapi dia tetap degil sebab nak kacau aku.. Aku bukanlah nak katakan yang aku ni berani sangat, tapi kira bolehlah kalau nak kata berani tu..

Korang nak tau macam mana dia kacau aku..?? Masa mulanya dia main2 dengan kaki aku, takpe aku still sabar lagi.. Lepas tu dia nak main dngan tangan aku pulak.. Aku pun apa lagi, cepat2 lah selubung badan aku dengan selimut demi mengelakkan makhluk itu terus mengacau aku..

Selepas beberapa minit, aku pun dah start nak masuk ke alam mimpi.. Tiba2 makhluk itu mengeluarkan bunyi dekat telinga aku.. Masa tu memang agak terperanjat lah, lantas telah mengurangkan kesabaran aku sehingga ke tahap yang paling bawah..

Aku pun apa lagi, turun dari katil dan terus pergi ke dapur.. Puas pulak aku cari benda2 yang boleh menghalau makhluk2 halus ni, tapi tak jumpa.. Disebabkan aku takjumpa benda2 yang boleh aku gunakan, so aku mengambil keputusan untuk mengambil wuduk sekejap..

Setelah selesai mengambil wuduk, lalu aku baring semula keatas katil sambil membaca ayat2 yang sepatutnya seperti al-fatihah dan ayat kursi.. Selepas habis ayat2 tu aku baca, aku sambung lagi dengan satu ayat yang aku biasa gunakan bila makhluk2 ni mula mengacau aku..

Ayatnya ialah " Woi nyamuk, kalau ko kacau aku lagi memang tamat lah riwayat ko..".. Dan alhamdulillah, selepas saya menggunakan produk ini, ternyata kulit saya bertambah cantik.. Eh2, dah salah ayat ni.. Selepas aku baca ayat tu, maka aku pun dapat lah tidur dengan lena..^^

P/s : Makhluk halus yang aku cakap tu ialah nyamuk tau..hehe

Kenapa bila khutbah, korang mengantuk..

Ala, kenapa aku gunakan perkataan korang tu..?? Patutnya para lelaki, betul tak..?? Tapi kalau aku buat macam tu, takut ada lelaki yang tak tidur masa khutbah.. Jadi bila aku gunakan perkataan korang tu, biarlah ia dirasakan oleh mereka2 yang tidur sahaja..

Aku tak nak tipu lah sebab aku sendiri pun kadang2 tergolong dalam kategori itu.. Jadi petang ni aku cuma tertanya2 kenapa boleh mengantuk masa dengar khutbah.. Apakah, ketika mendengar khutbah itu, hormon2 dalam badan ini berubah..??

Err, ni kena tanya dengan orang2 yang belajar bio lah ni..hehe. Di sini aku ada beberapa faktor sahaja yang aku tau.. Kalau korang nak tambah lain pun boleh jugak.. :

* Makan sebelum berangkat ke masjid..
* Ada setan tanduk lapan yang kacau mata korang tu..
* Korang letih sangat sebab pagi tadi buat banyak kerja..
* Tak cukup tidur malam tadi, so sambung masa dengar khutbah la pulak..
* Tak tau kenapa, memang dah semulajadi bila dengar khutbah je akan tertidur..
* Korang memang dah niat nak tidur masa khutbah..

Buat masa ini cuma itu jelah yang boleh aku nyatakan.. Aku pun tak tau sama ada benda ini betul ke menjadi faktor masalah itu.. Tapi menurut pengetahuan aku lah, mendengar khutbah itu rukun solat jumaat.. So, kalau dah tertidur tu macam mana lah ye..??

P/s : Masa sekolah dulu, lepas habis solat jumaat je mesti tertidur..huhu

Pagi2 jumaat ni..

Salam Jumaat korang semua, tak kisah lah kalau korang baca entry ni masa hari sabtu or hari2 lain ke.. Aku still juga nak ucapkan salam Jumaat dekat korang, boleh ke tak ni..? Ala, mesti boleh punya lah kan..

Pagi ni takde benda yang aku nak storikan, aku rasa aku nak biarkan je jari aku ni terus menaip tanpa aku fikirkan ayat yang akan keluar di entry ini.. Tapi kalau aku biarkan macam tu, mesti ayat2 yang korang sendiri bahkan aku pun takkan faham akan tertaip didalam entry ini..

Jadi lebih selamat kalau aku paksa juga memerah otak ini demi mencari sesuap nasi.. Eh2, buat apa sesuap nasi, tak kenyang lah kalau sesuap je, kan lebih baik kalau mencari seperiuk nasi ke..hehe. Hei, tengoklah apa yang dah jadi bila aku biarkan jari aku menaip dengan sendirinya..

Begitulah juga dengan manusia.. Kalau dibiarkan manusia itu sendiri, maka akan sesat lah dia.. Jadi sebab itulah diberikan panduan iaitu Al-Quran dan Sunnah.. Ditambah lagi dengan adanya akal dan iman, supaya kita lebih memahami dan mengahayati kehidupan dialam ini..

Alamak, tiba2 mood untuk berceramah muncul dalam entry ni.. Ini sesuatu yang jarang berlaku ni, mungkin sebab pagi2 jumaat ni kot..hehe. Okaylah, aku nak pergi siapkan satu kerja aku yang memang sengaja aku tangguhkan semalam..

P/s : Yang lelaki nanti jangan lupa pergi sembahyang jumaat tau..hehe

Thursday, June 16, 2011

Terima kasih daun keladi..

Err, malam2 ni apahal nak ucap terima kasih dekat daun keladi pulak.. Apakah yang telah daun keladi itu lakukan kepada aku.. Mungkin dia telah menyelamatkan aku terjatuh dari bangunan yang bertingkat 50 tu.. Tapi kalau itu memang sahlah menipu kan..
Menurut En.Google, ini ialah daun keladi.

Okaylah, tanpa membuang lebih banyak masa lagi.. Lebih baik aku terus terang sahaja kepada korang semua, sebab korang pun mesti nak tau cerita yang sebenarnya kan.. Ala, tak payah lah korang kata yang korang tak nak tau, sebab aku tau yang korang memang nak tau benda yang aku nak bagitau ni..

Ah, aku pun dah mula pening dengan ayat aku ni.. Sebenarnya aku nak ucapkan kepada mereka2 yang sudi meletakkan blog aku ni didalam bloglist mereka.. Siapakah mereka2 yang sungguh baik hati sehingga sudi meletakkan blog aku dalam bloglist dorang tu..??

Kalau nak tau, korang pergi tengok dekat bloglist aku yang bernama Final Fantasy VII.. Didalam bloglist itu ialah blog2 mereka yang telah meletakkan blog aku dalam bloglist mereka.. Mesti korang tertanya2 berapa banyak blog yang tersenarai dalam bloglist aku tu..

Laa, korang tak tanya ke.. Baik korang tanya cepat, kalau tak nanti aku kena pulak mintak no telefon adik2 korang..hehe. Yelah, kalau tak nak tau takpelah, aku bagitau jugaklah ye.. Dalam bloglist tu ada lah 35 blog, ye aku tau memang sikit je kalau nak dibandingkan dengan korang 2 semua..huhu

Tapi kalau ada sapa2 diantara korang yang dah letakkan blog aku dalam bloglist korang tu, tapi nama blog korang takde dalam bloglist aku.. Sila beritahu kepada pegawai perkhidmatan aku iaitu tempat komen aku yang terletak dibawah entry ini ye..hehe

P/s : Sebenarnya malam ni nak letak entry lain, tapi idea untuk entry lain tu pulak tiba2 hilang..huhu

Kelebihan ada entry banyak..

Okay semua, sila hentikan semua kerja2 yang korang sedang lakukan sekarang ini.. Sebabnya aku nak bagitau tentang kelebihan2 berblog ni.. Okay, dah hentikan semua kerja tu..?? Kalau dah silakan membaca entry ini dengan penuh berhati2 ye..

Eh2, apahal pulak kena berhati2 ni, entry aku ada periuk nasi api ke..?? Hehe, taklah, saje je nak gurau2 dengan korang semua.. Macam apa yang korang baca dekat bahagian tajuk tu, "Cara2 mencari kekasih hati".. Apa..?? Korang terkejut ke..??

kalau entry kita bentuk helaian kertas lah..
Tak payah lah nak buat2 terkejut pulak, aku tau yang itu memang bukan tajuk entry ini.. Mungkin untuk entry lain kot, itu pun kalau aku rajin nak buatnya.. Kelebihan bila kita ada entry yang banyak, calon2nya ialah.. :

* Boleh mengembalikan memori terindah kita..
= Yelah, kadang2 bila banyak sangat entry, ia akan membuatkan kita lupa pada entry2 lama.. Jadi bila baca balik entry2 lama, maka ia akan membuatkan kenangan ketika entry itu dibuat datang..

* Membuatkan reader2 yang baru datang melekat dekat blog kita dengan lebih lama..
= Benda ni bagi aku betullah sebab bila aku jumpa satu blog yang best dan entrynya banyak.. Ia akan membuatkan aku melekat disitu sampailah aku habis baca semua entry dia..

* Bagi idea untuk kita buat entry baru..
= Kadang2 bila kita baca balik entry2 lepas, idea akan senang je datang singgah ke kepala otak kita ni..

Okay, aku bagi 3 jelah ye.. Aku tau korang pun sibuk, so tak boleh lah bagi banyak2 sangat takut tak terbaca pulak korang nanti.. Aku pun nak pergi siapkan kerja aku lagi sikit ni..hehe

Aku plan nak ....

Nak apa ni..?? Apa benda yang aku nak plan kan ni..?? Owh ye, hai and salam buat para pembaca semua.. Rasa rindu pulak sebab semalam tak dapat nak menghadap blog ni selama 1 juta 5 ratus 89 saat..hehe. Pagi ni aku plan nak buat something, tapi still tak tau lagi apa yang nak dibuat..

Kalau lah boleh, aku rasa macam nak je pergi merompak bank.. Kenapa aku rasa macam tu..?? Sebabnya aku sekarang ni tengah kekurangan duit untuk membeli sebatang aiskrim yang berharga seringgit.. Nak mintak dekat mak aku, mak aku pulak pergi kerja..

Err, lupa nak bagitau dekat situ ye.. Sekiranya ada sesiapa yang percaya tak kisah lah percaya bulat2 ke, petak2 ke.. Itu adalah satu penipuan semata2 dan sehidung2 sahaja.. Takde maknanya aku nak pergi merompak bank tu, lebih baik aku pergi merompak tabung aku sendiri..

Yang sebenarnya aku plan nak tidur selepas mengupdate blog ni.. Itu je plan aku sekarang ni, tapi malangnya aku tak boleh pulak nak berbuat sedemikian.. Kerana sekarang ni aku kena mengemas rumah, maklumlah kalau dah duduk sorang2 ni..

Kalau masa adik2 aku cuti dulu boleh lah suruh dorang yang kemas.. Sekarang ni aku sorang je yang cuti, aku jelah yang kena buat kerja2 tu..huhuhu.. Okay, itu je benda yang aku nak bagitau dekat korang.. Kalau ada sesiapa yang nak tolong aku kemas rumah ni..

Sila bawa peralatan mengemas masing2 seperti penyapu dan kain lap sendiri ye.. Hehehe, perasan je aku ada orang yang rajin nak tolong kemas kan rumah aku ni.. Agak2nya rumah korang pun belum di kemaskan lagi sekarang ni...hehe

Wednesday, June 15, 2011

Aku pun nak gak buat wordless wednesday ni..hehe

Satu pergi, datang satu lagi..

Err, apa yang pergi dan apa yang datang ni ye..?? Aku pun tak tau kenapa aku menulis tajuk yang sebegini rupa.. Maklumlah, time2 otak tengah blank ni memang akan membuatkan aku menaip tanpa hala tujuan.. Tapi aku akan cuba juga untuk membuatkan hala tujuan untuk entry ini..

Nanti kalau entry ni dah ada hala tujuan, korang pun takdelah sesat ketika membaca entry ini.. Okay2, aku tau ayat2 diatas tu memang dah pun menyesatkan korang.. Jadi aku ceritakan benda yang aku nak storikan ni.. Sebenarnya semalam aku tak update entry langsung..

Eh2, jangan la ada yang pengsan pulak bila aku cakap macam tu.. Tapi bukan hal itu yang nak cakap kan.. Aku nak bagitau yang kesan daripada ketidak 'update'an tu, telah menyebabkan trafik aku jatuh merudum ibarat jatuhnya kapal terbang dari udara..

Tapi itu pun bukan perkara yang aku nak storikan dekat entry ini.. Ye2, aku ceritakan lah yang betul2nya.. Disebabkan trafik aku tu jatuh, ini telah menyebabkan satu daripada iklan BE aku lari meninggalkan blog ini.. Ingin sahaja aku menangis mengenangkan BE aku yang telah meninggalkan blog ini..

Yelah, setelah hampir sebulan BE itu setia disamping blog ini.. Tiba2 dia pergi, memang membuatkan jiwa dan raga aku meronta2 untuk meluahkan perkara ini ke seluruh dunia.. Err, nampaknya aku dah nak memulakan ayat2 tipu ni, baik aku straight to the point..

BE aku yang dah tamat tempohnya itu ialah iklan ADT Home Security.. Tak mengapalah, aku redha jelah dengan pemergiannya itu.. Wah2, senang betul ye aku meredhakan ni.. Hehe, memang lah sebab ada BE baru pulak yang sudi memberikan khidmat iklan dia didalam blog ni..

Thanks kepada Nuffnang dan juga pengiklan yang sudi meletakkan iklannya dalam blog ni.. Iklannya kalau korang nak tau atau dah tau ialah iklan Standard Chartered Credit Card.. So, sekarang boleh lah aku kembali menambahkan semangat berblogging aku ni..hehe


P/s : Sekarang ni semangat berblogging aku memang sangat down lah..huhu

Pengalaman merasai gegaran gempa..

Salam semua readers.. Ni dah bangun ke belum ni..?? Ke ada yang still berterbangan dialam mimpi..?? Tapi kalau ada yang still tidur tu, biarlah ye, mungkin malam tadi dia buat solat hajat kot..hehe. Kalau ada yang tidur lambat sebab merempit tu, aku tak nak komen lebih lah..

Tapi ada ke mat2 rempit layan blog..?? Okay2, aku teruskan kepada tujuan asal untuk entry ni.. Seperti yang korang tau, semalam kan berlakunya kejadian gempa di Sumatera Utara.. So Malaysia pun kene jugak lah tempiasnya..

Siapa dekat sini yang ada rasa gegarannya.. Aku dengar cuma area pantai barat je yang kena, kalau dekat tempat lain tu aku tak tau lah pulak.. Ni nak aku ceritakan tak pengalaman aku ni time gegaran tu..?? Hah, kalau nak, korang cepat2 lah habiskan sarapan korang tu ye..hehe

Sebelum kejadian itu berlaku, suasana waktu itu amatlah tenang.. Burung2 berkicauan memecah keheningan pagi itu.. Pokok2 pun seakan2 sedang tersenyum girang dengan suasana pagi itu.. Tiba2, satu gegaran yang amat kuat telah berlaku..

Tanah2 merekah, pokok2 banyak yang tumbang.. Manakala burung2 terbang kerana takut dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.. Err, aku rasa macam makin melampau pulak aku ni menipu.. Okay, ini cerita yang sebenarnya..hehehe

Kalau tak silap aku, time tu area 8.30 pagi.. Aku tengah sibuk menyiapkan diri aku untuk sambung tidur sebab malam semalamnya aku lewat tidur.. Time aku tengah baring itulah aku rasa macam bergoyang2.. Aku ada terfikir, mungkin ini gempa bumi..

Tapi bila aku tengok bunga perhiasan diatas meja ruang tamu tu, takde pulak bergoyang.. So aku tidak lah mengambil kesah tentang perkara itu.. Lepas tu malam tadi pulak, ketika aku tengok berita pukul 8 tu, barulah aku tau yang time aku rasa bergoyang tu, memang betul ada gegaran..

So, aku dah dapat lah pengalaman dan rasa macam mana ketika berlakunya gegaran.. Masa gegaran2 sebelum ni aku tak dapat nak rasa sebab time tu aku tengah tidur..huhu

Monday, June 13, 2011

Huhuhu, aku pun tertipu juga..T_T

Laa, ni apahal pulak dengan aku ni..?? Siapakah yang berani2nya telah menipu diri aku ini.. Memang nak kena orang ni, kalau tak dapat makan penumbuk, makan pelempang pun cukuplah.. Hehehe, takdelah sampai macam tu sekali aku nak buat..

Sekarang barulah aku tau macam mana rasanya ditipu setelah suka sangat menipu orang lain.. Nak tau tak ceritanya..?? Kalau nak tau, mari duduk rapat2 depan atuk ni, nanti barulah cucu2 semua dapat baca dengan jelas..hehe

Malam semalam ketika aku tengah sibuk berblogwalk, tiba2 aku terjumpa satu blog ni.. Aku tak ingat pulak blog apa, tapi time aku tengah cari shoutbox dia..  Tiba2 aku terjumpa dekat recent post dia tertulis " KL Gangster Mediafire", lebih kurang begitu lah..

Aku pun dengan perasaan yang gembira teruslah mengklik link entry itu.. Tengah aku baca2 dari perenggan pertama, tiba2 aku perasan satu ayat yang ditulis dengan warna merah.. Err, bukan tulisan warna merah yang biasa along2 tu tulis tau..

Aku pun bacalah barisan ayat yang ada tulisan warna merah itu.. Korang nak tau tak apa yang ditulis oleh owner blog tersebut.. Dia tulis "Klik link untuk download : Link akan diupload nanti ".. Setelah membaca ayat itu, betapa hancur luluhnya hati ini..huhu

Ketika itu aku rasakan aku seperti sudah tidak ada gunanya lagi untuk hidup.. Okay, ayat2 tipu tu dah mula muncul, so korang jangan percaya ye.. Aku pun pergi lah baca dekat bahagian komen dia, kesian tuan blogger tu, ada pulak anon2 yang datang menabur beras kata2 kejian dekat entry tu..

Okay, itu jelah cerita yang aku nak storykan dekat korang semua.. Kalau lah blogger tersebut membaca entry ini.. Bagitau ye, sebab aku nak dia bagi dekat aku dulu link untuk download cerita tu..hehe

Cikgu dan anak muridnya..

Pada suatu hari di sebuah kelas.. Seorang lelaki yang bergelar cikgu telah masuk kedalam kelas tersebut untuk mengajar.. Selepas sahaja ucapan salam diberikan oleh murid2 itu, tiba2 dia terperasan sesuatu yang pelik pada seorang pelajarnya yangmemang agak nakal..

Kemudian berlaku lah seperti mana dialog dibawah ini..:

Cikgu : Zaki, kenapa ada kapas dekat telinga kanan kamu tu..?? Kamu ada penyakit ke..?

Zaki : Tak lah cikgu, saya cuma menyelesaikan masalah yang cikgu cakap semalam..

Cikgu : Masalah apa..??

Zaki : Kan semalam cikgu ada cakap yang masalah saya ialah bila cikgu ajar, ilmu tu masuk telinga kiri, keluar di telinga kanan.. Jadi saya tutup lah telinga sebelah kanan ni supaya ilmu tu tak keluar lagi..

P/s : Kalau tak silap aku, lawak ni aku baca masa aku form 4..

Korang bacalah ye..^^

Salam buat semua readers yang sedang menghadap entry ini.. Siapa dekat sini yang tak pergi sekolah sebab lambat bangun.. Sila bagitau nama cikgu korang supaya aku boleh bagitau dekat dorang pulak..hehe. Aku rasa kalau ada yang ponteng pun mungkin budak2 darjah 1 kot sebab dorang dah biasa duduk rumah..

Tapi kalau ada budak2 U yang poteng kelas, itu aku tak boleh lah nak cakap apa2, sebab dorang pun dah besar panjang.. Okay2 daripada aku terus membebel tentang budak2 yang ponteng sekolah, aku ada benda yang nak bagitau dekat korang sebenarnya..


Seperti yang korang tengok dekat gambar tu, sebenarnya aku tak sangka pun yang bulan lepas aku telah membuat entry sebanyak itu.. Sebab aku rasa bulan lepas banyak juga hari yang aku tak update blog.. Dengan masalah internetnya, and sibuk dengan beberapa hal peribadi lagi..

Jadi rasa macam tak percaya pulak bila tengok jumlah entry untuk bulan tu.. Ye2 aku tau yang korang nak tanyak kenapa aku lambat buat entry ini kan..?? Laa, tak tanya rupanya.. Takpelah, biarlah aku bagitau dekat korang untuk suka2..hehe

Sebenarnya aku dah lama nak buat entry tentang hal ni.. Tapi entah kenapa aku still tak dapat masa dan idea untuk tulis tentang hal ni.. So, korang boleh tak terima dengan alasan aku yang ini..?? Ala, korang terima jelah, korang pun bukannya nak tau sangat kan..

Tapi, aku still tak puas hati sebab aku percaya, entry dalam bulan tu banyak yang jenis entah apa2.. Tak memberi manfaat kepada agama bangsa dan negara yang tercinta ini, chewaah..hehe. Maksud aku banyak entry yang jenis merepek je lah..

P/s : Lepas ni target sebulan 100 entry, agak2 boleh tak..hehe

Sunday, June 12, 2011

Kini masa aku pulak..Hahaha

Pada sebutan hahaha tu, sila gunakan pada nada evil laugh (gelak jahat ) tau.. Korang tanya aku kenapa..?? Err, nanti lah aku ceritakan.. Takkan aku aku nak ceritakan diawal entry ini.. Owh ye, salam buat para pembaca semua, takkan dah tidur kot..

nampak macam dia buat evil laugh tak..??
Okay2, aku ceritakan lah apakah cerita yang ada disebalik tajuk yang telah korang baca itu.. Macam ni, seperti yang korang tau.. Seharian ini aku tidak langsung mencipta sebarang entry untuk blog ini.. Aku pun memang takde masa nak membukak blog ni..

Jadi apa bila aku dah ada masa untuk membuka blog ni, aku tengok lah apakah entry2 baru yang telah muncul dalam dashboard aku ni.. Amboi, tak sangka banyak pulak entry yang telah korang postkan hari ini.. Aku ingatkan hujung2 minggu ni korang malas..hehe

Jadi ini lah masa untuk aku pula mengepostkan entry dan mula membuat semak dekat dashboard2 korang tu.. Okay sila buat evil laugh yang macam korang buat dekat bahagian entry ini tadi.. Macam mana, korang nampak tak entry ni menyemak..??

Dan tak lupa juga, esok budak2 sekolah akan mula kembali ke sekolah bersama kasut palas kan.. Di sini aku nak korang buat evil laugh lagi sekali untuk aku sebab esok juga aku sudah bermula untuk cuti semester.. Aku pun tengah memikirkan apalah yang aku nak buat sepanjang aku cuti ni..

Err, kalau ada sesiapa diantara korang ni still bersekolah lagi, silalah belajar rajin2 ye.. Sebab kini time aku pulak nak cuti macam korang 2 minggu lepas..hehe. Okay lah, aku nak pergi balas komen2 yang telah korang berikan dari semalam.. daa

P/s : Ni pun tengah buat evil laugh lagi..hahaha

Saturday, June 11, 2011

Wah, aku nampak UFO lah..!!

Huish, biar betol dengan apa yang aku taip ni.. Dekat Malaysia ni ada ke UFO..?? Kalau setakat dengar cakap orang tu adalah, tapi kalau bukti tu aku masih belum nampak lagi.. Korang pernah tak dengar atau nampak UFO ni..??

Okay2, seperti biasalah aku akan cerita kan apa kah kisah yang sebenar2nya.. Macam ni, petang tadi masa aku pergi keluar pergi mencari sesuap nasi.. Eh2, salah ayat la pulak.. Petang tadi aku pergi keluar, ingatkan nak pergi kedai beli sikit barang..

Tapi malangnya barang yang aku cari tu tak ada pulak.. So, terpaksalah aku pulang dengan tangan kosong.. Time atas motor di jalan yang sunyi itulah perkara yang aku nak ceritakan ini terjadi.. Aku ternampak seakan2 sesuatu yang pelik pulak didada langit..

Aku memberhentikan motor aku dan cuba memerhati dengan lebih teliti.. Aku mengecilkan mata aku dan cuba menangkap apakah benda yang aku nampak itu.. Tapi entah kenapa mata aku tadi agak pedih masa memandang  benda alah itu..

Jadi aku mengambil keputusan untuk menggunakan kamera di handphone aku itu.. Setelah mengambil beberapa keping gambar, lalu aku pergi meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera.. Yelah, takut juga kalau2 aku kena kidnap dengan alien ke, naya aku nanti..huhu

Jadi korang jemput2 lah tengok gambar2 yang aku amik tu.. Aku cuma dapat upload satu gambar je, takpe kan..??







Eh2, macam mana boleh salah amik gambar ni.. Err, kalau betul lah ini gambarnya, maknanya aku lah yang salah pandang..Owh, maaf kan aku ye korang semua..hehe

P/s : Ini entry rekaan sahaja, gambar tu pun aku google je..^^

Kalau macam tu, tandanya ialah..

Kalau macam tu apa..?? Kalau aku boleh terbang macam Superman ke..?? Or, kalau aku ialah seorang yang hartawan, jutawan, dermawan atau Pak Wan..?? Tak lah, bukan itu yang nak di kalau kan.. Mungkin  lain entry ayat2 itu boleh diguna pakai..

Aku rasa orang yang rajin komen dalam blog ni mungkin akan perasan lah.. Tapi itu pun kalau dorang perasan, korang perasan tak ni..?? Mesti korang kadang2 rasa macam pelik kenapa tempat komen aku tu kadang perlukan pengesahan untuk diluluskan, dan kadang2 tidak kan..

Sebenarnya ada sebab kenapa benda itu boleh terjadi.. Korang nak tau ke tidak kenapa..?? Kalau tak nak tau aku tak nak bagitau.. Okay, siapa yang nak tau sila angkat tangan ye.. Satu, dua tiga, angkat tangan cepat.. Huih, ramainya yang angkat tangan sampai dekat 1000 orang ye..

Okay, cukuplah satu penipuan aku ini.. Bajet macam ramai yang nak tau je, aku bukan lah orang yang popular sehingga sampai macam tu sekali orang nak ambik tau.. Nak bagitau ni, kalau korang komen dekat tempat komen aku tu dan komen korang tu terus muncul di tapak pembinaan..

Itu tandanya yang hari itu aku tak akan bukak blog.. Mungkin aku malas nak bukak blog atau aku tiada masa untuk membuka blog ni.. Dan jika entry korang tu memerlukan pengesahan, itu tandanya aku dah jadi seorang werewolf..hehehe

Taklah, ala takkan tak faham2 lagi kot.. Itu tandanya aku akan ada masa untuk membuka blog ini.. Jadi adakah misteri ini sudah terbongkar..?? Belum lagi sebenarnya.. Korang tanya  kenapa..?? Sebabnya ini bukanlah satu misteri, so macam mana nak jadi misteri terbongkar pulak..

Dah2, sebelum korang makin pening dengan ayat2 yang aku sendiri tak faham, lebih baik aku stopkan entry ni.. Lepas ni cubalah korang komen, tengok adakah hari ini aku akan bukak blog atau tidak.. Kalau aku tak bukak blog pun, korang jangan lah terus tak singgah blog aku ye..hehe

Eh2 blogspot ni, buat perangai pulak dia..

Err, sebelum aku memulakan sesi meluahkan perasaan tidak puas hati ni, aku ucapkan salam kepada korang semua.. Korang dah sarapan ke belum ni..?? Kalau dah, korang makan apa..?? Sedap tak..?? Ni mak korang yang masak atau korang beli je..??

Ish2, banyak sangat pulak aku tanya kan.. Tapi aku tau korang bukan nak jawab pun soalan2 tu semua.. Jadi lebih baik kalau aku teruskan ke segmen meluahkan hati yang tak puas ni.. Aku sendiri tak pasti sama ada korang perasan atau tidak..

Tapi aku rasa korang mungkin tak perasan kot.. Kalau macam tu meh sini aku perasan kan dekat korang, tapi bukan nak buat korang perasan tau..hehe. Aku sebenarnya selalu buat entry autopost, tapi sejak dari semalam lagi yang aku dapati entry yang telah diautopost itu lambat keluar dekat dashboard..

Tak berapa faham ke dangan apa yang aku bagitau tu..?? Macam ni, aku dah buatkan entry autopost untuk pukul 4 petang, tapi dekat dashboard entry itu ditunjuk masa pukul 10 malam.. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya inflasi terhadap ekonomi negara di rantau Asia..

Ah, banyak lah rantau Asia.. Sebenarnya ini akan menyebabkan entry aku itu lambat dibaca pada waktu yang sepatutnya.. Tapi apa boleh buatkan, dah guna benda free, redha jelah kalau dia nak buat problem pun..huhu. Entry ni pun aku tak tau lah keluar masa pukul berapa..~_~

P/s : Malam tadi pun tempat follower aku hilang kejap..

Friday, June 10, 2011

Ku termenung lagi...

termenung memikirkan hal blog ni..

Aku tengah memikirkan apakah entry2 lain yang boleh aku buat dalam blog ni.. Takkan asyik nak merepek merapu je dalam blog ni.. Lepas puas merepek takkan asyik buat entry menipu pulak, korang pun sekarang dah tak tertipu lagi dah dengan entry yang macam tu..huhu

Entry jenis yang macam mana yang korang suka ye..?? Kalau ada apa2 cadangan dan bantahan sila isi borang yang telah disediakan dibawah entry ini ye.. Laa, tak nampak mana borangnya.. tempat komen itu lah yang menjadi borang cadangan korang..hehe

P/s : Sakit kepala pulak sebab petang tadi terlebih tidur.huhu

Macam mana boleh tak perasan ni..huhu

Ish2, macam mana lah aku boleh tak perasan kan dia ni.. Nanti kalau dia merajuk aku juga yang susah, dah lah nak mendapatkan dia ni pun memerlukan masa selama 4 bulan.. Uih, mesti korang tertanya2 kan..?? Baik korang cakap ye, kalau tak nanti aku panggil sepupu aku ajak main Counter..hehe

Eh, ni apa benda yang aku merepek kan ni..?? Tak boleh ke kalau aku buat ayat yang betul2 tulus dan ikhlas.. Sikit2 nak tambah ayat2 yang tak cukup terma dan syarat tu.. Dah2, berbalik kepada asal entry ini diwujudkan.. Sebenarnya aku nak kongsikan dekat korang satu berita ni..

Cuba teka berita apa yang aku nak bagitau ni..?? Sesiapa yang berjaya meneka dengan betul, korang akan menerima kertas pembalut gula yang berjenama.. Hah, macam mana dengan hadiah tu, adakah ia dapat menarik jiwa dan raga korang..hehe

Err,nampaknya masih tiada sesiapa pun yang berjaya dengan tepat.. So hadiah itu akan aku bawakan ke entry yang akan datang.. Sebenarnya aku nak bagitau yang aku baru perasan yang muka Orlando Bloom tu macam muka aku.. Okay2 aku akan hentikan penipuan yang sangat nyata ni..

Sebenarnya aku baru perasan yang blog aku ni telah menerima satu lagi BE baru yang telah diberikan oleh Nuffnang iaitu syarikat pembekal Iklan terbesar di Malaysia (err, betul ke apa yang aku tulis ni..??).. BE kali ni berupa iklan dari Paper Mate.. Korang tau tak apa itu Paper Mate..??

Ala, Paper Mate itu syarikat yang membuat alat2 tulis tu.. Macam pen, liquid paper dan gajah.. Abaikan part yang gajah tu, itu lagi satu penipuan yang nyata.. So, aku nak ucapakan dari pihak Nuffnang dan  juga Paper Mate sebab telah meletakkan iklan di bahagian atas entry ini..

Ini bermakna yang dia terpaksa berkongsi dengan iklan Nokia lah.. Nampaknya aku kena menambahkan pageview aku lah ni supaya dapat menambahkan duit yang akan dijana oleh iklan2 dalam blog ni..hehe. Okay, nak pergi makan dulu, lepas tu baru buat blogwalk..^^

P/s : Sekarang mesti korang dah perasan kenapa iklan tu ada didalam blog ni kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...