Sunday, June 19, 2011

Cara memainkan video fail *rmvb..??

Okay, petang ni aku nak buat tutorial lah sikit.. Saja je sementara aku ingat nak buat ni.. Nanti bila aku lupa, memang susah lah aku nak buat entry ni lagi.. Sebelum tu, maksud memainkan fail *rmvb tu bukanlah seperti mana korang bermain bola sepak ye..

Sebaliknya ialah korang nak gunakan fail jenis itu di player (pemain) yang mana.. Sebelum itu (untuk kali kedua) biarlah aku terangkan maksud rmvb itu sendiri.. Maksud rmvb itu ialah Real Media Variable Bitrate.. So, memang dah sah2 lah kena gunakan real player..

Namun akan ada satu keadaan dimana, selepas korang mendownload video jenis itu selama 2 jam setengah.. Korang tidak dapat nak bukak apatah lagi menonton video itu.. Dikala ini korang mesti akan merasakan seakan2 masa korang telah terbuang begitu sahaja..

Macam masalah aku pulak, aku dapat tengok, tapi tak keluar suara.. Jadi sebelum itu, korang jangan buang dulu video tu.. Apa yang korang kena buat ialah korang download K-Lite Mega Codec Pack.. Tapi aku tak pasti sama ada K-Lite Codec biasa boleh digunakan atau tidak..

Jadi kalau korang ada K-Lite Codec biasa and malas nak download K-Lite Mega Codec tu, korang boleh lah terus pergi ke cara ini..

* Download versi Window bagi binary codec pack untuk MPlayer (Windows version of binary codec pack for MPlayer)
((http://www.mplayerhq.hu/design7/dload.html#binary_codec))
* Extract kan fail jenis zip. tu..
* Cari cook.dll, pncrt.dll, sipr3260.dll, drv33260.dll, drv43260.dll 
* Korang copykan benda tu dan paste dekat C://windows


Selepas buat cara ini, masalah korang yang tak dapat tengok mahupun dapat tengok tapi video tu tak keluarkan suara akan selesai.. Psst, kalau tak berapa faham sila bagitau ye, atau baca lah sampai faham..hehe

P/s : Kalau K-Lite codec biasa tak mau juga, korang kenalah download K-Lite mega codec tu..
((K-Lite Codec = Media player classic))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...