Err, sila baca ayat tu seperti mana Tok Malam menyebutnya.. Kenal tak dengan Tok Malam..?? Laa, takkan tak kenal pulak.. Hmm, kalau tak kenal maknanya korang belum tengok lagilah cerita Karak tu ye.. Takpe2, kalau takde masa tengok dekat wayang, tunggu jelah download link ye..hehe
Sebelum itu aku nak bagitau, dalam entry ini bukanlah aku nak review cerita Karak tu.. Aku rasa dah ramai yang buat review tu pun, so korang boleh lah cari sendiri ye.. Seperti biasa, kalau nak baca entry2 aku, silalah duduk dengan tertib dan beradab ye, ke korang memang dah biasa meniarap atas katil..??
Tak kisah lah macam mana pun cara korang baca entry aku, asalkan korang baca.. Cerita ini berlaku pada malam semalam.. Korang percaya tak kalau aku katakan yang aku telah diganggu dengan makhluk halus.. Takpe, kalau tak percaya takpe, tapi teruskan juga baca entry ini..
Siapa sangka, setelah sekian lama gangguan itu terhenti, akhirnya ia datang kembali mengganggu aku.. Puas sudah aku bersabar dengan makhluk tuhan yang ini, tapi dia tetap degil sebab nak kacau aku.. Aku bukanlah nak katakan yang aku ni berani sangat, tapi kira bolehlah kalau nak kata berani tu..
Korang nak tau macam mana dia kacau aku..?? Masa mulanya dia main2 dengan kaki aku, takpe aku still sabar lagi.. Lepas tu dia nak main dngan tangan aku pulak.. Aku pun apa lagi, cepat2 lah selubung badan aku dengan selimut demi mengelakkan makhluk itu terus mengacau aku..
Selepas beberapa minit, aku pun dah start nak masuk ke alam mimpi.. Tiba2 makhluk itu mengeluarkan bunyi dekat telinga aku.. Masa tu memang agak terperanjat lah, lantas telah mengurangkan kesabaran aku sehingga ke tahap yang paling bawah..
Aku pun apa lagi, turun dari katil dan terus pergi ke dapur.. Puas pulak aku cari benda2 yang boleh menghalau makhluk2 halus ni, tapi tak jumpa.. Disebabkan aku takjumpa benda2 yang boleh aku gunakan, so aku mengambil keputusan untuk mengambil wuduk sekejap..
Setelah selesai mengambil wuduk, lalu aku baring semula keatas katil sambil membaca ayat2 yang sepatutnya seperti al-fatihah dan ayat kursi.. Selepas habis ayat2 tu aku baca, aku sambung lagi dengan satu ayat yang aku biasa gunakan bila makhluk2 ni mula mengacau aku..
Ayatnya ialah " Woi nyamuk, kalau ko kacau aku lagi memang tamat lah riwayat ko..".. Dan alhamdulillah, selepas saya menggunakan produk ini, ternyata kulit saya bertambah cantik.. Eh2, dah salah ayat ni.. Selepas aku baca ayat tu, maka aku pun dapat lah tidur dengan lena..^^
P/s : Makhluk halus yang aku cakap tu ialah nyamuk tau..hehe
1 comment:
ceh tertipu lagi hahahahhahah
Post a Comment