Wednesday, June 29, 2011

Kereta api berhantu.. (Part 1)

Pada suatu malam yang hening lagi sunyi.. Hanya kedengaran bunyi unggas2 yang sedang bersembunyi di balik2 celahan rumput.. Kamal baru sahaja keluar dari dewan seminar yang dihadiri beliau, dan kini dia mahu pulang ke hotel tempat dia menginap..

mungkin begini ketika Kamal dapat penggilan
Ketika di dalam bilik hotelnya itu, tiba2 dia mendapat satu penggilan telefon dari adiknya.. Kata adiknya itu, Kamal perlu pulang segera kerana nenek nya sedang sakit tenat.. Memandangkan seminar Kamal itu pun sudah tamat, maka dia mengambil keputusan untuk pulang malam itu juga..

Kamal segera memberitahu kepada pengurus majlis yang merupakan kawan sepejabatnya yang beliau terpaksa balik malam itu juga.. Kamal keluar dari kawasan hotel itu dan menunggu teksi untuk dia naiki.. Tapi malangnya, mungkin disebabkan waktu itu sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi, maka tiada satu teksi pun  yang lalu di situ..

Disebabkan malas sangat menunggu, Kamal mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana beliau fikir mungkin akan ada kenderaan yang boleh beliau tumpang.. Ketika dia sedang berjalan itu, tiba2 dia ternampak seakan2 satu terminal kereta api di hadapannya..

Kamal pun apa lagi, dia pun mempercepatkan langkahnya supaya cepat sampai ke terminal itu.. Ketika dia berada didalam terminal itu, Kamal terasa seperti ada sesuatu yanag ganjil.. Dia melihat pada waktu itu, keadaannya agak sibuk seperti waktu orang pergi bekerja..

Tapi disebabkan dia memikirkan untuk pulang sahaja, maka Kamal segera mencari tempat untuk membeli tiket.. Mujurlah pada waktu itu, tiket untuk ke kampungnya itu masih ada, jadi tanpa berlengah Kamal pun segera membeli tiket itu..

Mungkin juga nasib dia baik pada waktu itu, belum sempat 10 minit pun Kamal menunggu, kereta apinya itu telah pun tiba.. Maka Kamal pun segera bergegas mencari tempat duduknya di dalam kereta api tersebut... Sekali lagi Kamal terasa ada sesuatu yang pelik..

Didalam gerabak nya itu, hanya ada 3 orang sahaja yang duduk.. Sedangkan di terminal tadi keadaan agak sesak..Namun Kamal endahkan sahaja segala persoalan yang bermain dibenak fikirannya itu.. Dia mencari tempat duduknya dan mula memejam kan mata..

Tidak berapa lama kemudian, Kamal mula tersedar dari tidurnya itu.. Dia sendiri tidak tau sudah berapa lama dia tertidur, tapi yang pasti dia masih belum sampai lagi ke destinasinya.. Tiba2 Kamal terperasan sesuatu yang......

.... bersambung

P/s : Aku tak tau macam mana aku boleh terpanjangkan entry ni sampai kena buat part2..

8 comments:

Unknown said...

part2 lg bgs..mke sure xde yg lost la.. huu

dah tengok transformers 3? movie review!!! http://eleventx.blogspot.com/2011/06/movie-review-transformers-dark-of-moon.html

Jenny Pa-un said...

wah2 hehe tajuk mcm scary jer ahaha.. meh aku sambung hahaha.. dia mendapati dia berada di alam lain haha... ce wah hahaha :P

Ferfarfer said...

TAK SABAR TGU PART 2!

Damn Nations said...

oh best! cepat pos yg seterusnya! hehe..

syuxer said...

aku suka baca citer seram..:)..teruskan penulisan cmni..

Unknown said...

cept2 lh smbung part 2..mcm suspens jer..lehleh

Kak Long said...

sy nak baca tp sy penakut sket. so sy komen dulu, nti esok dah siang sy baca eh.. hehehe

Alif Haris said...

alamak suspen .. huhu ..

cpt2 bro buat part 2 ..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...