Kenapalah dengan aku hari ni, semua benda yang dirancang tak menjadi.. Semua benda yang sepatutnya berlaku, tak berlaku... Adoi, hari ni memang hari yang agak kurang baik lah bagi diri aku ni..
Betul lah kata orang, kita hanya boleh merancang, tetapi hanya tuhan sahaja yang akan dan boleh menentukan sama ada apa yang kita rancang itu menjadi atau tidak.. Nak aku ceritakan ke tak dekat dalam entry ni..?? Err, aku rasa aku ceritakan lah sikit, nanti kalau banyak sangat takut tak larat korang nak baca..
Macam ni, dari semalam lagi aku dah plan untuk melakukan rompakan bersepadu bersama anggota2 perompak seluruh dunia ini.. Err, itu adalah ayat yang aku tak rancang langsung nak tulis, kita kembali kepada ayat2 yang menceritakan perkara yang benarnya..
tension pulak aku bila fikirkan hal ni..huhu |
Time dalam perjalanan nak jumpa dengan orang yang berhutang dengan aku tu, tiba2 motor aku pulak rosak di tepi jalan.. Nasib baik jalan besar, kalau jalan sunyi entah apa pulak yang jadi.. Aku pun apalagi, kena lah pulak menolak motor mencari kedai yang berdekatan..
Dekat 20 minit jugak lah aku menolak motor tu.. Dengan hari yang panasnya, akhirnya aku jumpalah dengan kedai motor dan motor aku yang mati tadi dah berjaya dihidupkan.. Err, dah macam cerita zombi pulak ada mati hidup balik ni..hehe
Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja lagi untuk aku sampai ke destinasi, tiba2 aku dapat mesej dari member aku tu.. Katanya yang dia tak dapat datang sebab ada hal yang lagi penting dari membayar hutang aku..Adoi, aku rasa macam nak je mengeluarkan bahasa kesat sekesat kertas pasir tu..
Tapi bila aku fikirkan yang mungkin masalah dia tu pun datang tanpa diundang.. So, aku pun membatalkan lah niat untuk menabur ayat2 sensor tu diatas ruang udara ini, chewah..hehe. Err, baru satu problem aku ceritakan dah panjang ni..
Kalau aku letak lagi beberapa cerita macam mana lah ye panjangnye..huhu. Okay lah sampai disini sahaja lah aku menaip.. Sampai kita bertemu dilain hari pada waktu dan tempat yang berlainan, salam malam dan selamat Hari Bapa kepada semua yang bapa2 yang berada diluar sana tu..
P/s : Agaknya mungkin feng shui aku tak berapa ong kot..hehe
8 comments:
sabor je lah... huhuhu..
huhu~ kan Allah dah tetapkn mana yg trbaik buat hambaNya ^^
kita hanya merancang Dia tetapkan..he
amboi,feng shui x ong..haha
teringat aku pesan pakcik aku.ni aku saja kongsi ilmu.die kata kalau nak Allah bantu kita buat sesuatu, kita kena baca "Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wa la fis sama'i wa hual a'liyulazim~" sebanyak 7 kali..mesti dapat baca sempurna sampai 7 kali.Jangan sekat2 dan mesti lancar. Selagi tak cukup 7 kali, ulang semula sampai cukup. Dah siap 7 kali,boleh mula bertindak seperti apa yang di niatkan. Insyaallah, Allah bantu.. :)
huhu..mungkin ada hikmahnya..hanya tuhan yang tahu :)
rasanya kalau cerita semua tu dalam 1 entri , habis tak ? hehe :)
pernah juga datang nasib malang bertimpa2 dalam masa satu hari
dah la hujung bulan duit tengah kering masa tu..tayar motor pancit,,pergi tukar tiup..dah tukar tak sampai 2 jam pancit lagi ..gi tukar lagi, yang geramnya bengkel yang tukar tiup tu kata bukan masaalah dia..dah nasib..geramm
Kita hanya mampu merancang beb,hehe!
Post a Comment