Saturday, June 25, 2011

Sila berhati-hati, ada pembunuh di kalangan kita..

Okay, sebelum apa2 berlaku, aku mintak sangat dekat korang semua agar jangan cepat panik bila membaca entry aku ni ye.. Sila baca dengan penuh teliti dan cuba sedaya upaya korang untuk memahami apakah benda yang aku nak sampaikan ni..

Macam ni, aku telah mendapat info daripada sumber yang aku percayai bahawa dikalangan kita ini ada pembunuh.. Pembunuh yang sangat kejam sehingga jika kita tidak berhati2, kita mungkin akan terserempak dengan pembunuh2 itu..

Pihak polis masa kini tidak dapat memastikan berapa orang kah pembunuh2 yang sedang berada di luar itu.. Ini kerana hampir di setiap pelusuk negeri mempunyai kes dan cara pembunuhan yang sama.. Disebabkan perkara itulah, mereka masih tidak boleh mendedahkan hal ini kepada orang luar..

Cara pembunuhan ini ialah dengan cara langgar lari iaitu melanggar serta membiarkan mangsa tadi dalam keadaan cedera parah.. Kebanyakan mangsa akan mati di tempat kejadian.. Walaupun tempat pembunuhan itu berada di tempat yang ramai orang..

Namun masih tiada saksi yang dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai identiti pembunuh tersebut.. Menurut sumber lagi, kesemua mangsa itu tidak mengikut jantina namun masih terdapat beberapa persamaan yang dapat dikenal pasti.. :

* Bertubuh kecil..
* Sentiasa berjalan kaki dan bersendiri..
* Mempunyai warna kulit yang sama..
* Kesemua mangsa mati ketika mahu melintas jalan..

Itulah antara ciri2 mangsa yang mempunyai persamaan dan dapat dikenal pasti oleh sumber.. Seperti yang dinyatakan tadi, kawasan kejadian tidak dapat dipastikan kerana ianya berlaku di seluruh negara.. Namun korang semua boleh lah cuba mengelakkan diri dari melalui jalan2 yang sunyi..

Hanya itu sahajalah benda yang aku nak sampaikan dekat korang semua.. Aku harap korang semua perlulah berhati2 kerana kata orang malang memang tak berbau.. Dan aku jugak mintak2 pembunuh2 itu akan berhenti dari melakukan kerja2 mereka itu..

Owh ye, aku baru dapat info terbaru ni.. Sumber aku dah dapat kenal pasti siapakah yang berisiko untuk menjadi mangsa2 langgar lari ini.. Ini merupakan senarai mangsa2 dan mereka ialah biawak, kucing dan haiwan kecil yang lain..

P/s : Tadi ternampak ada orang langgar kucing, rasa sedih pulak bila tengok member2 dia datang and ketepikan kucing yang kena langgar tu..

5 comments:

Sunah Sakura said...

huuu...sekarang tengah peluk cici atas riba...takutnya kalo cici kene langgar..

terataiflowerz said...

hahaha...ok..mangsa yg berisiko tu sgt klkar

AzwanRamli said...

wakakaaka

tia @ Ini Kisah Tia said...

aduh ! hahaa ..

Mawar Berduri said...

saya lebih fokus cerita kucing kena langgar..

kecian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...