Tuesday, May 17, 2011

Mengapa kau kena pergi...!!!

Kau hadir tika ku duka...
Dalam cahaya dikau menjelma..
Kau hilang dalam gembira...
Membuatkan ku terluka...

Itulah antara bait2 lagu yang sedang aku dengar ketika termenung pada saat ini..Termenung mengenangkan kenangan2 kita sewaktu bersama dahulu.. Lagu itu juga menjadi salah satu lagu kegemaran yang aku gemar kerana lagu itu mempunyai kenangan ketika bersama deangan kau..

Mungkin kau tidak tahu bahawa lagu itu mempunyai persamaan dengan kisah kita.. Namun bagi aku lagu itu memang menggambarkan bagaimana kisah perhubungan kita.. Aku ingat lagi 2 tahun lepas, selepas sahaja tamat peperiksaan SPM..

Kau menyatakan hasrat kau untuk memutuskan perhubungan kita atas sebab kita sudah tidak sehaluan lagi.. Aku pun memang sudah menjangkakan yang perkara ini akan berlaku, maka aku pun tidak lah terlalu kecewa sangat.. Dan pada masa itu lah kita mula membawa haluan kita sendiri..

Namun pada pagi ini tiba2 aku mendapat satu panggilan telefon dari adik kau.. Dia mengatakan yang kau mengalami kemalangan dan kini sedang berada di hospital.. Pada mulanya aku memang tidak mahu pergi kerana memikirkan yang kita sudah lama tidak berhubung..

Namun apabila memikirkan yang hubungan kita sebagai sahabat masih lagi terjalin, maka aku nekad juga untuk pergi melawat kau.. Ketika aku sampai ke hospital, aku lihat adik kau dan keluarga kau sudah berada diruang menunggu..

Mereka semua didalam keadaan yang amat risau.. Aku tau yang mereka amat risaukan kau kerana aku juga memikirkan perkara yang sama.. Dalam masa beberapa minit, doktor keluar dan memberitahu tentang keadaan diri kau..

Selepas sahaja doktor memberitahu keadaan kau, semua orang disitu menangis.. Aku juga hampir rebah kerana doktor mengatakan yang sudah meninggalkan dunia dan keluarga kau.. Kami dibenarkan untuk pergi melihat kau, alangkah sebaknya dada aku apabila melihat wajah kau terkujur kaku sambil ditutup dengan selimut putih..

P/s : Aku tak dapat menghabiskan entry ni sebab kena buat satu kerja.. Lagi satu, ini entry rekaan je tau, tiada kena mengena dengan sesiapa didalam hidup aku..

12 comments:

Unknown said...

pergh, menusuk kalbu kot apa yang hang tulis nie..ingt cerita betol ah.. aish, hang nie..

Sunah Sakura said...

adehhh..ingatkan betul tadi apis oiii...

Xyz said...

menusuk kalbu ? kihkihkih. cerekarama cerekarama :P

Jenny Pa-un said...

betul2 tertipu aku hahahaha p nice hahaha boleh hilangkan stress hahahha

FatinFirdaus said...

ngah berangan la tu.. ekeke

anumuchan said...

aaa bru igt betul2..isk2

Xyz said...

boleh je singgah. ada post baru. komen laaa. kah3

noreenrara said...

perrrgghhh... asyk tertipu je..
dis is u..suke kasi readers suspens..last2 rekaan semata..potong btol..heh ~

farah wahedda said...

huuuuuu sedynyeeee T_T

Anonymous said...

DA AGAK DA....LALALLALA

Anonymous said...

Stress je..huhu ingat tul td..mcm kena mengena je..huhu

tia @ Ini Kisah Tia said...

grr ~ ingatkan citer betol . pandainye arpiiz reka ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...