Sunday, May 08, 2011

Korang yang lelaki sila jawab ye..

Salam semua readers yang membaca entry ini.. Maaf lah sebab aku terlambat nak update hari ni, korang nak aku bagi alasan atau sebab..?? Kalau alasan, aku sebenarnya sibuk melawat tapak projek membina satu menara pencakar langit.. Tapi kalau sebab, aku sebenarnya baru habis tengok tv...hehehe
kalau hari2 tengok tv macam ni lah jadinya..

Hari minggu ni aku agak boring tapi aku suka sebab masa hari ni aku dapat duduk dekat rumah seharian tanpa ke mana2.. Kalau macam hari2 lain tu aku kena pergi ke kelas, amik adik aku dari sekolah dan macam2 lagi lah.. Tapi bila hari minggu ni aku just duduk dekat rumah dan hadap lappy ni..

Korang pulak macam mana..?? Masa hari minggu mesti masa untuk korang pergi shopping kan.. Ala, aku tau lah sebab kalau hari2 biasa sibuk, so tak dapat nak melepaskan nafsu shopping tu..hehe. Itu bagi perempuan lah, tapi kalau bagi lelaki apa agak2nya dorang buat ye..

Blogger or reader lelaki sila jawab persoalan aku ni.. Aku nak tau apa yang korang buat ni.. Aku ada beberapa kemungkinan yang dapat aku fikir kan sekarang ni.. Tapi itu just kemungkinan sahaja, tak taulah yang betul macam mana.. :

* Duduk dekat rumah sepanjang hari (macam aku lah)
* Temankan awek/adik/kawan pergi shopping..
* Sibuk siapkan kerja2 yang bertangguh dari minggu lepas..
* Pergi menghadiri kenduri2 saudara/kawan..
* Jalan2 ke tempat2 riadah...

Okay, cuma itu jelah yang dapat aku tuliskan.. Nanti kalau aku tulis banyak2 macam ada yang tak kena pulak.. So, korang2 yang lelaki sila jawab persoalan aku supaya mereka2 yang perempuan pun tau juga apa yang lelaki suka buat masa hujung minggu..

2 comments:

Unknown said...

haha ! excuse meeeee . Tia pun dah macam lelaki . terperap kat rumah . sejak 29hb lepas habis praktikal hari tu sampai la ni , tak keluaq rumah lagi ni . langsung tak kena matahari . haha ..

mykhalis said...

khalis sedang bekerja..non stop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...