Monday, May 02, 2011

Malam yang tersangat panjang..

Salam buat semua readers yang matanya masih menghadap skrin laptop tu.. Korang dah sarapan ke belum..?? Kalau belum jom temankan aku sarapan nasi goreng.. Korang nak temankan ke tak..?? Kalau nak temankan korang bawaklah sarapan korang sekali ye..hehehe

Okaylah, malas pulak aku nak berceloteh macam dj pagi2 ni.. Sebenarnya just nak buat entry ringkas je ni.. Nak bagitau dekat korang yang mungkin selama seminggu ni aku tidak dapat menjalani aktiviti merompak berblogging.. Kenapa..?? Sebab aku sekarang ni tengah mengahdapi beberapa masalah..huhu

Masalah dari segi pelajaran, segi kesihatan, kolej segi dan segi kewangan datang menyerang aku minggu ni.. Itu belum termasuk lagi dengan masalah peribadi.. Tapi rasanya masalah peribadi tak ada kot.. Walau macam mana pun, aku akan tetap cuba update selagi mata ini masih terbuka..

Kalau dah tertutup contohnya tidur memang tak boleh nak update lah, kecuali buat autopost.. Malam tadi pun aku tak dapat nak berblogging dengan riang gembira seperti dihari raya.. Sebabnya tiba2 aku sakit gigi dari petang sampai lah ke pagi ni..

Kalau ikutkan hati ni rasa macam nak je cabut gigi ni guna playar, tapi memang dah tau yang aku memang tak sanggup.. Puaslah aku mencari pelbagai alternatif yang boleh aku gunakan demi menghilangkan rasa sakit gigi ni.. Bila try tidur mata ni pulak tak mau nak lelap sebab mulut ni rasa tak selesa..

Eh2, tercerita tentang sakit gigi pulak.. Tapi tak pelah sebab benda tu memang betul pun, malam tadi merupakan malam yang aku rasa tersangat panjang (eh2, ni macam tajuk dekat atas tu je..).. Aku tak boleh nak buat apa2 selain memaksa mata ni tidur.. Korang pun mungkin ada pengalaman macam aku kan..

P/s : Ini pun still rasa sakit, nak pergi klinik tapi hari ni cuti pulak..huwaaaa..!!!!

5 comments:

JR said...

Jangan di simpan gigi yg sakit, sebab kalau jual pun bukan ada harga...Pergi saja ke klinik dan cabut, lepas tu boleh tidur nyenyak.

Nota: Istri JR nurse gigi, kalau JR sakit gigi, kata2 di atas selalu diulangnyai.

mykhalis said...

sori ala..Khalis baca post ni dah tengahari..hehe..terlambat ziarah

Unknown said...

kesian,sabor je laar

Noor Fatin said...

cepat2 pegi klinikk. nanti kang melarat pulak! huu

amal said...

teringat cerita tooth fairy..hehe.lepas cabut gigi,simpan bawah bantal.esoknya,try check ada duit x bawah bantal.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...