Thursday, March 31, 2011

Misteri bas rosak... yang ke-2

Salam malam buat korang semua yang sentiasa tertunggu2 aku punya entry seram walau pun aku tak pasti seram ke tidak.. Err, ada ke orang yang tunggu entry aku..?? Ah, lantaklah asalkan aku nak cerita lagi cerita yang ayah aku pernah bagitau dekat aku..
bukan bas ini yang dimaksudkan..

Minggu lepas entry tentang bas rosak yang boleh hidup pada waktu malam.. Kali ni cerita yang sama juga, cuma aku tak pasti sama ada bas nya pun sama atau tidak.. Tapi aku rasa bas yang lain kot sebab ayah aku cakap bas ni bukan dari syarikat yang ayah aku kerja..

Okay, apa2 hal sila buat mood seram seperti ketawa mengilai2 dan melompat2 seperti katak.. Ada sebuah bas yang sudah begitu lama tidak digunakan.. Aku pun tak tau kenapa syarikat bas tu tak buang je bas tu.. Mungkin sebab bas tu berat dan mungkin juga dorang nak buat koleksi..


Bas yang ini pun rosak juga, tidak mempunyai enjin tapi yang ini tiada tayar.. Bas ini juga menpunyai satu misteri dimana bas ini akan melanggar bas2 lain.. Okay, aku nak korang bayangkan ye.. Bas rosak ni duduk jauh dari tempat bas2 lain berkumpul.. Tapi apa bila keesokkan paginya mesti bas rosak itu akan berada dibelakang sebuah bas yang lain dalam keadaan melekat yakni berlanggar..

Pomen2 dekat situ terpaksa pula mengalihkan bas itu menggunakan kren yang memang sudah tersedia ada dekat situ.. Maklumlah, bas tu kan takde tayar.. Pomen2 dekat situ pun tak kisah sebab kata dorang asalkan makhluk tu tak kacau dorang sudah lah.. Kata ayah aku lagi, tiada saksi yang pernah melihat bagaimana bas ini boleh melanggar bas lain..


Aku tak nak letak nama syarikat bas apa sebab jika namanya disebut, korang akan mengalami mimpi buruk selama 3 hari.. Taklah, sebenarnya ayah aku sendiri yang  tak nak bagitau aku so aku pun tak nak lah bagitau dekat korang..hehehe


P/s (play station) : Korang jangan risau sebab kata ayah aku bas tu pun dah dimusnahkan, so korang tak payah takut naik bas masa malam2 ye..^^

Aku tak tau nak letak tajuk apa..

Alhamdulillah, malam ni aku nak bagitau dekat korang satu berita yang agak menggembirakan aku ni.. Aku telah berjaya memenangi hati seorang wanita.. Siapakah dia..?? Aku rasa korang pun mesti kenal dengan dia ni.. Tapi betul ke korang nak tau..?? Yelah2, aku tunjukkan gambarnya ye, korang jangan terkejut pulak..

Err, korang terkejut ke..?? Mesti tak terkejut kan, sebab korang pun dah tau macam mana entry aku ni.. Okaylah, ni aku nak ceritakan dekat korang yang.. Sebenarnya....
.....
....
....
....
....
...
....
....
....
....
..... Aaaarrgghhhh..!!!

Tension betul aku, setiap kali aku nak taip je mesti idea2 tu hilang.. Kalau korang, korang rasa tension ke or happy (ada ke yang happy).. Okaylah, nanti kalau ada entry yang betul2 punya aku tulis dekat sini.. Ini sebenarnya entry saje2 sebab otak mengalami ke'blank'an yang melampau..

Cara untuk buatkan entry korang meletup...

tapi orang nak ke entry yang meletup macam ni..??
Salam buat para readers dan semestinya buat para bloggers yang sentiasa mencari cara untuk memperbaiki entry dorang.. Hehehe, korang baca je tajuk terus korang nak klik kan.. Tapi takpe, korang jangan risau, aku tak marah korang pun..

Tapi cuma ada sikit masalah disini.. Aku pun sebenarnya nak tau juga apa cara untuk membolehkan entry kita laku ibarat burger goreng (eh, ada ke burger goreng..?).. Aku punya entry ni pun kebanyakannya merapu dan lebih bersifat personal.. Eh, bukan lah, blog aku ni lagi banyak tipu dari betulnya..huhu

Kalau menurut pendapat aku, cuma buat entry yang memang wanted masa kini je satu2nya cara.. Korang nak tau ke entry apa yang biasa orang akan cari..?? Biasanya entry tentang artis, isu negara dan bencana alam lah yang orang akan cari.. Tapi cara ni aku jarang amalkan sangat sebab ramai orang buat dah..

Tapi kalau cara lain mungkin korang boleh buat entry attack blogger lain.. Cara ni memang tidak digalakkan oleh syarak dan juga aku sebab ia boleh menjatuh kan air muka orang.. Apatah lagi kalau menjatuhkan air mata orang tu, memang korang akan hidup tak tenang punya, aku gerenti lah..

Jadi apa cara lain untuk meletupkan entry..?? Err, aku nak bagi cadangan ni, tapi macam biasa lah, bila aku nak taip terus idea tu hilang.. Haish, sabar je lah macam ni.. Nak buat entry untuk petang ni pun dah berapa banyak draft dah yang jadi.. Aku rasa aku nak kena pergi menuntut ilmu sambil betapa dekat gunung berapi lah.. Masa tu mungkin senang nak dapat idea..

P/s (Play station) : Err, korang nak ikut aku pergi betapa tak..hehehe

Entry pada pukul 4.40 pagi..

Salam pagi buat para readers semua dan tak lupa juga buat para2 ibu bapa, abang akak yang sedang tidur lena diulit intan mimpi.. Ini merupakan entry yang ditaip pada pukul 4.30 pagi.. Mata aku masih lagi terkebil2 tak mau tidur.. Puas juga aku memujuk mata ini supaya tidur, tapi tak tau lah kenapa degil sangat mata ni, sama dengan tuan nya..

Aku nak minum kopi supaya aku boleh cepat tidur, tapi memandang kan sifat malas sedang menguasai jiwa dan diri ini.. Maka niat itu untuk membuat hanya tinggal niat sahaja.. Pada asalnya aku nak download movie, tapi entah kenapa aku punya lappy ada problem pulak..

Bila aku tengah download, tiba2 stuck dan memaksa aku untuk download balik semula.. Kalau saiz fail tu kecik okay lah juga, tapi saiz nya itu mengalahkan saiz bapak gajah (eh betul ke apa yang aku tulis ni..?).. Owh ye, aku ada benda yang nak tanya dekat korang semua..

Siapa dekat sini yang layan forum atau pernah join forum..?? Aku nak tanya, apa beza antara forum dan blog..?? Mana satu lagi best dan macam mana nak join forum tu..?? Uish, banyak pulak soalan aku ni.. Tapi takpelah, korang yang kena jawab (kalau korang nak jawab ye)..hehhe

Okay, cuma itu aja yang aku nak tulis.. Aku nak paksa mata aku ni pergi tidur dan kalau dia degil juga, aku kena lah buat air kopi untuk aku.. Err, korang nak juga ke minum air kopi..?? Eh, lupa pula, korang kan tengah tidur sekarang ni.. Semoga mendapat mimpi yang indah okay..^^

Wednesday, March 30, 2011

Huwaaa...!!! Apa benda tu...

Errr, aku bukan nya nak merengek macam budak  kecik ye.. Tapi disebalik tajuk itu terdapat cerita yang menarik untuk aku sampaikan dekat korang semua.. Bagi aku menarik lah, tapi kalau korang rasa tak menarik, korang baca jugak...hehehe

Cerita yang baru  berlaku tadi, aku keluar pergi membeli sebuah kereta sport atas permintaan mak aku.. Ops, satu penipuan dapat dikesan.. Okay2, aku cerita secara serius ye.. Korang diminta tukarkan suasana korang kearah suasana yang lebih seram gila babas ye...

Ketika aku dalam perjalanan hendak ke kedai, tiba2 dari jauh aku ternampak sesuatu yang agak mencurigakan.. Seakan2 kain putih yang sedang terbang dan menuju kearah aku.. Hish, takkan ada hantu pula fikir aku.. Aku tau lah dekat kawasan kampung ada benda2 macam tu, tapi takkan lah.. Aku cuba juga menafikan apa yang aku fikirkan tu..

Kain tu semakin datang dekat kearah aku, dan aku cuba memberanikan diri aku untuk buat lampu tinggi.. Selepas kain yang aku nampak itu melepasi aku.. Akhirnya segala persoalan terjawab, korang nak tau tak apa yang aku nampak tu..?? Aku ternampak seekor langsuir terbang kearah aku..huhuhu

Taklah, sebenarnya kain yang aku nampak tu ialah kain telekung yang dipakai oleh seseorang sambil menaiki motor yang tiada lampu.. Aku tak pasti lah sama ada orang itu ialah makcik2 yang nak ke masjid atau budak2 nakal yang saja pakai macam tu untuk menakutkan orang..

Walau macam mana pun keadaan itu telah membuatkan aku rasa cuak dan membuatkan aku hampir luluh jantung aku.. Tragedi ini juga telah membuatkan aku tergelak besar diatas motor berseorangan.. Kalau korang pun nampak benda yang aku nampak tu, korang nak buat apa ya..??

Just a short entry..

Salam buat para readers dan sesiapa sahaja.. Aku rasa hari ni antara hari aku yang agak sakit lah.. Kenapa aku cakap macam tu..?? Sebab seharian aku tak larat nak bangun atas penangan sakit kepala.. Aku tak pasti sama ada korang perasan atau tidak, tapi aku rasa yang sejak kebelakangan ni aku asyik cerita tentang personal life aku sahaja..

Tapi tak mengapalah kan, sebab dah memang itu tujuan blog ni dihidupkan.. Tapi walau macam mana pun aku syukur juga sebab diberi ujian macam ni agar aku tidak lupa kepada Si Pencipta.. Aku bukan nya nak merungut atau apa, tapi kadang2 aku lupa yang segala kesakitan tu adalah penebus dosa..

Okay, aku pun malas nak tulis panjang2 ni sebab dah tajuk pun cakap cuma entry pendek je.. Jadi sebagai konklusinya aku cuma nak tulis, kita sebagai manusia kadang2 lupa yang kita mesti tidak terlepas dari menerima ujian tuhan.. Ujian tuhan tu tidak semestinya dari segi kesakitan dan kekurangan je tau, kesenangan tu pun ujian juga..Salam beristirehat buat semua..^^

P/s (Play station) : Lepas dah elok sakit ni insaf lah sekejap..hehehe

Tuesday, March 29, 2011

Aku dah tak boleh menulis...

Benar lah apa yang korang baca tu, aku memang dah tak boleh nak menulis lagi dah.. Apatah lagi nak menaip untuk blog ni.. Entry ini juga mungkin entry yang terakhir sebab sekarang ini pun aku dengan bersusah payah mahu menaip.. Tidak mengapa, korang tak perlulah bersimpati kepada aku sebab aku redha..

Ini bukan tangan aku, entah tangan sapa entah..
Huhuhu, agak2nya korang ada rasa nak menangis tak bila baca intro yang macam tu.. Mesti tak kan, malah mungkin korang dah jangka yang aku nak kelentong korang lagi ni..Aku memang terfikir nak buat entry tipu2 ni, tapi nanti dululah.. Aku tengah tak dapat nak fikirkan apa ayat yang aku nak tulis ni..

Walau macam mana pun aku sebenarnya memang tengah menghadapi masalah untuk menaip satu entry pada malam ini.. Kenapa..?? Jari aku patah ke..?? Hmm, taklah, tapi sekarang ni aku tengah tak boleh nak menjana ayat untuk aku tulis dalam entry ini dan secara tak langsung memberi kepuasan untuk aku...

Apa kah sebab2 dan punca kuasa dua aku tak boleh nak menulis dengan rasa puas ni.. Err, antara sebabnya ialah aku tengah menaip sambil keadaan yang bising.. Aku tak taulah, sejak aku tak duduk dekat dalam bilik aku tu, aku tak boleh nak buat entry yang boleh memuaskan hati akulah..

Bukanlah aku nak cakap entry aku yang lepas2 tu tak memuaskan hati aku, cuma agak kurang feel la bila aku baca balik.. Aku rasa mungkin aku kena berada ditempat yang sunyi baru boleh buat entry yang boleh menjamin kepuasan hati aku kot.. Macam duduk dekat gua atau rumah kosong..hihihi

Tapi selama ni aku punya entry memuaskan hati korang ke..?? Takdelah, kadang2 nak juga tau yang entry aku buat tu adakah dapat memuaskan hati dan perasaan korang.. Kalau aku sorang je yang rasa puas, nanti aku dikatakan syok sendiri pulak.. Apa2 pun salam malam dan semoga mendapat mimpi yang indah2 buat aku korang ye..^^

Kenapa lah aku boleh lupa..T_T

Alahai, malunya lah aku tadi.. Kenapa2..?? Apakah aku telah di prankkan oleh member2 aku..?? Owh, tidak lagi, harap tak kena lah..hehhe. Sebelum tu nak ucapkan salam sejahtera buat korang semua, tak kisah lah  yang tengah kerja atau yang tengah bercuti tu..

Al kisahnya bermula begini, hari ni aku terbangun agak lambat.. Err, bukan agak lambat, memang lambat sangat, sehinggakan kain yang patutnya dijemur pagi tadi dah kering dalam mesin basuh tu.. Ish2, teruk betul aku ni kan.. Ini semua gara2 tak mau tidur lah malam tadi, tapi nasib baik mau tidur juga...

Aku bangun dah terus mandi kemudian makan sarapan yang mak aku tinggalkan pagi tadi.. Matahari dah terpacak atas kepala baru nak makan sarapan..huhuhu.. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi.. Okay, teruskan kepada tajuk utama untuk entry ni..

Pada pukul 12 tengah hari, aku pun bersiap2 lah untuk pergi mengambil adik aku yang bersekolah.. Dah sampai dekat sekolah dia tu, aku pun tunggulah dengan penuh sabar.. Aku agak pelik juga sebab yang keluar time tu cuma budak pra sekolah je.. Mana budak2 sekolah yang lain..

Aku tengok jam tangan aku, pukul 12.05 tengah hari, lambatnya dorang keluar ni, keluh aku sorang2 dekat situ.. Tiba2 aku rasa macam ada something wrong somewhere pulak.. Aku tengok jam tangan aku lagi, pukul 12.07 minit.. Aku mengambil keputusan untuk balik kerumah semula selepas aku tersedar sesuatu..

Korang nak tau tak apa yang aku baru tersedar.. Aku baru ingat yang adik aku habis sekolah pukul 1 bukan pukul 12.. Bila aku sampai rumah aku tengok mak aku ada dekat rumah.. Dia tanya aku pergi mana, dan disebabkan aku ni tak nak lah tipu mak aku, maka aku bagitau lah benda yang sebenar..huhuhu

Mak aku apa lagi, gelakkan lah aku dan aku terpaksa gelak sekali untuk cover malu..hehhe. Moral of the story is, janganlah korang bangun lambat nanti akan ada lah benda yang memalukan berlaku dekat korang.. Itu mungkin moral untuk aku, tapi kalau korang pun nak ambil pengajaran itu pun takpe juga, aku tak marah..^^

Tempat komen yang bukan tempat komen dah..

Kenapa..?? Tempat komen dekat mana ni..?? Takde apa, just aku nak bagitau yang aku suka sangat baca komen dekat video2 youtube tu.. Apa yang bestnya..?? Adalah, takkan aku nak bagi tau sekarang pulak kan..hehehe

Sebelum tu salam pagi buta buat korang (entry ini ditulis ketika pukul 3.25 pagi..). Kalau korang baca masa siang, korang tukar la pulak kepada salam siang ye.. Aku tak tau kenapa mata aku ni tak mau tidur pulak.. (Ala, cakap jelah yang ko dah tidur petang tadi..). A'ah ye, aku lupa pula..hehehe

Apa yang aku buat bila tak mau tidur ni..?? Aku tengok lah video2 yang ada dekat youtube tu.. Sementara tunggu buffer video tu aku bacalah komen2 yang ada dekat situ sekali.. Korang nak tau tak apa yang mengejutkan aku.. Aku tau yang korang tak nak tau, tapi atas desakan aku korang kena nak tau juga..hehe

Ada beberapa video lagu yang aku dapat kesan dalam youtube tu telah membuatkan aku ketawa berseorangan.. Aku tak berani nak kata ada benda lain ketawa sekali sebab macam yang aku cakap, entry ni ditulis pagi2 buta.. Aku ketawa bukanlah sebab video tu, tapi disebabkan komen2 yang ada dekat situ..

Dekat tempat komen tu boleh pula berlaku kenduri pergaduhan, bukanlah gaduh betul2.. Tapi kalau korang baca memang boleh buatkan korang tersenyum sinis jugalah.. Komen2 yang pada mulanya seorang tu mengatakan yang lagu itu tak sedap, boleh terus tukar kepada caci maki dan kutuk mengutuk..

Itu baru yang sesama melayu, kalau baca komen dari orang indon memang sampai kutuk negara la pulak.. Aku sebenarnya tak suka kalau tempat komen tu dicemari dengan ayat2 kasar.. Tapi aku tengok, makin orang lain tegur, makin banyak pula kata2 kesat yang tertulis dekat tempat komen tu..

Last2 aku lupa lah nak tengok video tu sebab terlalu asyik membaca komen yang pedas2 sampai mengantuk.. Aku rasa mungkin patut juga aku ucapkan terima kasih sebab dengan adanya komen2 yang macam tu telah membuatkan aku mengantuk semula.. TERIMA KASIH CIKGU PARA PEMBERI KOMEN...!!!

Monday, March 28, 2011

Alahai, tak nak duit ke...

Siapa setuju dengan aku sila buat air milo atau pun air horlicks okay.. Setuju apa..?? Laa.. korang tak tau cerita lagi ke.. Meh sini aku nak cerita dekat korang semua ye.. Tapi korang kenalah sediakan air kalau2 korang rasa haus masa baca entry ni.. Nanti tak payah lah korang nak pergi ke dapur, lagi pun aku tau yang korang ni pemalas..huhuuhu gurau saja..

Ceritanya bermula begini, tersebutlah kisah ketika aku mahu pergi membeli biskut2 di kedai pak munawir.. Eh, silap nama kedai pula, di kedai.... Errr, kedai apa entah, aku pun tak tau namanya.. Okay, kita boleh abaikan nama kedai tu.. Kedai itu dimonopoli oleh seorang cina, maksud aku tokey kedai tu cina lah..

Setelah aku membeli biskut yang aku rasa mampu menghilangkan rasa lapar aku pada waktu tengah malam.. Melangkah lah aku dengan penuh bergaya ala2 gaya Adi Putra berjalan, sehinggakan ada seorang budak tu cakap "Owh, kacak nya abang itu berjalan, aku telah dilamun cinta.."...

Okay, itu cuma satu penipuan yang teramatlah nyatanya.. Cuma bab yang budak tu cakap je aku still tipu lagi..hehehe. Apabila dah sampai ke kaunter pertanyaan pembayaran, aku tanya lah berapa harga biskut tu.. Baru sahaja aku nak bertanya, boleh pula dia berborak dengan membernya yang masa tu berdiri dekat belakang aku..

Aku still membuat muka macho aku(sila muntah dengan kadar kelajuan cahaya ya).. Aku berdiri didepannya sambil mengeluarkan dompet, aku ingatkan bila dah keluarkan dompet tu, dia nak kira lah berapa harga biskut tu.. Tapi rasanya orang tu tak nak duit lah, so aku pergilah dari situ sambil membawa biskut tu.. Betul ke aku buat macam tu..??

Semestinya tidak, aku still berdiri didepan orang tu sambil mendengar dorang tu berborak.. Nasib baik dalam bahasa cina, kalau tak memang aku mencelah apa yang dorang sembang kan tu.. Tiba2 datanglah seorang perempuan, mungkin pekerjanya kot, dia tanya lah nak apa dan aku cakaplah yang aku nak bayar..

Bila dah habis bayar dan aku pun keluar dari kedai tu, aku cuma memandang sahaja tokey yang tengah berborak dengan kawannya tu.. Kalau nak berniaga tu buatlah cara nak berniaga, tak payah lah nak bersembang..huhuu..Agak2 kalau aku blah je tanpa bayar harga biskut tu, korang rasa siapa yang patut marah siapa...??

Aku hilang ingatan..!!!

Salam buat para readers yang berada diluar sana.. Harap sihat sejahtera korang semua ye.. Pada hari yang sangat panas ni telah membuatkan aku kehilangan beberapa memori aku ini.. Apa benda memori aku yang hilang..?? Apakah aku telah melupai asal usul aku..?? Oh, aku  harap benda tu tak berlaku..

Aku tau yang korang mesti tertanya2 (kalau tak tanya nanti aku sumpah pensil korang jadi pen) kenapa aku lambat update hari ni kan.. Sebenarnya ada sesuatu perkara yang aneh telah berlaku kepada aku ini.. Kejadian yang memang aneh sehinggakan ia mampu membuatkan aku rasa sedikit takut..

Korang percaya tak kalau aku cakapkan yang pagi tadi aku telah hilang ingatan.. Bukan lah secara serius, tapi aku lupa tentang password untuk blog aku ni.. Password2 lain aku ingat macam facebook, yahoo dan benda2 lain.. Aku tau yang korang mungkin takkan percaya sebab aku pun hampir tak percaya..

Agak serabut jugalah pagi tadi sebab aku tak dapat nak bukak blog aku ni.. Last2 aku terpaksa biarkan dulu blog ni, dan tengok tv je.. Memang agak boring jugalah sebab hari ni bukan hari minggu, so tak banyak sangat lah cerita kartun..

Aku rasa ni mesti tanda2 untuk aku berehat dari terus berblog.. Maksud aku bukanlah berhenti terus dari berblog.. Just berehat untuk beberapa hari sahaja.. Korang setuju tak kalau aku nak buat macam tu..?? Okay terima kasih sebab baca entry ketika otak sedang keletihan ni..huhuhu

Sunday, March 27, 2011

Volkswagen kuning masih kekal misteri

Salam buat semua readers yang tengah berehat.. Bagi mereka yang baru balik kerja, pergilah berehat dulu ye, nanti sakit kepala pulak.. Nak bagitau dulu ye, ini adalah entry yang paling lama untuk aku hasilkan.. Aku sendiri pun tak tau kenapa lambat sangat untuk entry siap..huhuhu

Okay, kita teruskan kepada tujuan entry ini dibuat.. Meh baca apa benda yang aku nak cerita.. Tukar kepada mood seram okay.. Korang mesti pernah dengar tentang cerita2 misteri yang berlaku di highway Karak.. Bagi yang tak tau tu sini aku story sikit cerita yang pernah hot dulu..

Wak segan atau lebih dikenali sebagai volkswagen kuning.. Cerita ni seingat aku pernah hot masa tahun 2000 kalau tak silap akulah.. Menurut saksi kereta itu akan muncul pada arah bertentangan dan muncul semula serta memintas kereta saksi..Waktu kejadian dalam area 3-4 pagi kalau tak silap aku..

Kata saksi juga, sekiranya pemandu lain cuba memotong kereta itu, alamatnya orang itu pasti akan kemalangan.. Tapi jika dibiarkan sahaja, kereta itu pun takdelah nak kacau.. Sumber adalah dari forum2 yang aku baca dekat internet.. Aku sendiri tak tau betul atau tidak..

Mula2 aku tau cerita ni pun dari buku mastika dulu.. Aku tak tau kenapa aku rasa minat sangat nak tau tentang kisah volkswagen kuning ni.. Setelah kajian yang agak dalam sedalam 1 mililiter sahaja, aku dapati yang volkswagen ini sudah tidak menganggu orang di highway lagi dah.. Ini adalah gambar volkswagen kuning yang aku jumpa tepi longkang dekat google..
inilah dia volkswagen kuning tersebut..
Tapi kali ini dia sudah tidak menganggu orang lain.. Kenapa..?? Apakah kerana harga minyak dunia sudah melonjak naik dan menyebabkan dia berhenti seketika dari mengacau pemandu lain..?? Itu aku tak tau, tapi yang pasti cerita itu sudah senyap sunyi..

Selepas habisnya cerita volkswagen kuning tu, sekarang sudah muncul pula misteri lain.. Kali ini tentang vespa kuning pula.. Menurut saksi, kebiasaannya orang akan ternampak vespa kuning ini pada hari jumaat.. Dan waktu yang paling orang kerap jumpa ialah dalam area jam 8.30 malam..

Awal pula vespa kuning ni muncul ye.. Tapi apakah vespa kuning ini ada kaitan dengan volkswagen kuning itu..?? Kalau nak diikutkan persamaan yang ada ialah, kedua2nya adalah kenderaan dan berwarna kuning.. Kedua2nya juga bermula dengan huruf 'V'..

Ini adalah gambar yang berjaya ditangkap oleh saksi...
vespa kuning dalam Apa Saja FBI di tv9
Hahaha, inilah dia vespa kuning tu.. Aku tak tau lah kenapa entry ni boleh jadi macam ni.. Asalnya nak buat cerita lain, last2 endingnya macam ni pula.. Entry ni mula di buat 3 malam yang lepas, tapi sebab asyik tak tau nak buat ending apa, maka malam ni baru ada idea dan publish kan untuk korang..

P/s (Play station) : Agak2 sekarang ni volkswagen kuning tu masih ada lagi tak..??

Sejara dulu berulang kembali..

Petang tadi aku tidur lah sekejap.. Biasalah, niat tu memang nak sekejap, tapi yang jadi entah berapa jam dah berlalu.. Tengah aku syok2 tidur tu, tiba2 aku dapati macam bising je rumah aku ni.. Apahal pulak ni..?? Aku rasa time tu cuma ada adik aku 2 orang dengan aku je..

Masa mulanya aku biarkan jelah, yelah sebab mata ni sibuk betul memujuk aku supaya meneruskan perjalanan mimpi tadi.. Biasa tidur petang takde mimpi, tapi entah kenapa boleh sesat pula mimpi yang memang tak masuk akal tadi.. Err, aku rasa korang tak nak tau aku mimpi apa kan..??

Aku rasa baru je aku lelapkan mata, terdengar pulak macam ada bunyi.. Aku macam dengar bunyi suara budak.. Aku rasa suara tu bukan suara adik2 aku.. Habis tu suara siapa pulak..?? Aku pun bangun lah dan pergi meninjau keadaan yang berlaku diruang tamu..

Laa, rupanya adik aku bawak kawan2 dia masuk rumah.. Kalau budak tu main dekat kawasan luar rumah okay lagi.. Kalau main tu tak jerit2 okay lah lagi, ni siap main lumba lari dalam rumah lagi.. Mujur aku bukan yang jenis panas baran, kalau tak mau juga aku tengking budak2 tu..huhuhu

Tiba2 aku teringat masa aku kecik2 dulu, macam ni juga lah.. Aku suka main dekat dalam rumah orang, cuma tak lah main  lumba lari, just main daun terup je.. Aku pun teringat bila jiran aku dulu suruh aku main dekat kawasan luar rumah.. Aku tersenyum sendirian dekat dalam bilik..

Time ni barulah aku rasa apa yang jiran aku dulu rasakan.. Rasa macam tak selesa bila budak2 yang kurang dikenali main dalam rumah.. Aku pun keluar dari bilik dan suruh budak2 tu main dekat luar, ayat yang sama masa jiran aku suruh aku dulu.. Sejarah dulu kini berulang kembali.. Jadi inilah apa yang orang katakan sebagai hukum karma tu ye..??

Maaf, dilarang membaca entry ni...

Ini adalah entry larangan, korang semua diminta supaya meninggalkan zon larangan ini dengan kadar segera.. Sekiranya korang tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kucing aku, seekor semut akan dihantar kepada korang.. Semut itu akan memusnahkan semut2 yang duduk dekat dalam keyboard korang itu..

Laa, korang still tak ikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kucing aku tu..?? Owh, aku tau yang hukuman itu masih tidak berjaya menakutkan korang semua kan.. Macam mana pula kalau aku hantarkan dekat korang seekor lipas agar lipas itu dapat membunuh lipas2 yang bermaharajalela dekat rumah korang tu..

Korang masih lagi tak takut dengan hukuman tu..?? Ish, kira hebat juga korang ni ye.. Kalau macam tu aku akan menghantar seekor nyamuk supaya nyamuk itu boleh menghisap darah nyamuk yang baru gigit korang tu.. Haaa, takut tak dengan hukuman tu..?? Laa, korang gelak pulak kenapa.??

Takde maknenya aku nak buat macam tu dekat para pembaca semua.. Owh ye, lupa pula aku nak ucapkan salam membaca buat para readers semua.. Entry ni dibuatkan hasil dari kegiatan aku menyeludup dadah ke negara Siam.. Tolong jangan laporkan kepada polis dulu sebab kenyataan itu adalah kenyataan palsu semata2..

Sorilah korang semua sebab terpaksa membaca entry yang mengarut ni.. Aku sebenarnya tengah sakit kepala ni.. Tak tau lah sama ada kerana kekurangan tidur atau terlebih tidur.. Aku rasa inilah akibat tidak menghadap blog melebihi 12 jam.. Lihat lah betapa kuatnya pengaruh blog ni terhadap diri aku ni..

Ala, orang lain tak tengok blog sampai berbulan2 rilek je, takde pun sampai nak sakit2.. Hmm, mungkin aku terlalu obes obses dengan blog kot.. Ish, kalau macam tu bahaya lah jugak.. Nampaknya lepas ni kena pandai bahagi masa antara berblog dengan masa seharian la..

Okay, terima kasih kerana sudi membaca entry ini walau pon aku dah larang..hehehe..^^

Saturday, March 26, 2011

Aku terpaksa pasang bodyguard..

Ye, betul lah apa yang korang baca tu.. Buat masa ni aku terpaksa menggunakan khidmat bodyguard yang aku jumpa dekat tepi jalan.. Even dia ni merempat di tepi jalan, tapi kekuatan dia amat mengagumkan aku tau..Aku tau korang mesti tertanya2 kenapa aku kena guna bodyguard, bukan body builder atau bob the builder(kartun tv3)..

Semua ni berpunca dari satu kejadian dimana aku telah diserang tanpa sebarang notis pemberitahuan.. Mujurlah aku sempat melarikan diri.. Si penyerang ni juga bukan calang2, sudah puas aku menggunakan taktik2 yang aku pernah belajar dari seorang ninja dulu.. Tapi dia masih gagah berdiri even aku telah menggunakan teknik rasengan (cerita naruto)..

Aku cuba juga menggunakan taktik secara psikology, tapi hati dia ni sememangnya hati keras.. Tak nak dengar cakap nasihat aku.. Menurutnya dia terlalu bencikan aku kerana dendam atuk dia.. Aku pun pelik, aku dah lah tak kenal atuk dia macam mana atuk dia boleh berdendam dengan aku..?? Oleh kerana setiap kali aku keluar dia akan menyerang, maka aku mula membuat report polis..

Malangnya polis tak nak layan aku.. Dia kata kes ni adalah kes yang paling susah sepanjang 10 juta tahun.. Aku terpaksa lah balik dengan perasaan hampa.. Akhirnya ketika dalam perjalanan pulang aku jumpalah dengan bodyguard aku tu.. Aku terpaksa merahsiakan nama dia atas permintaan diri dia sendiri.. Tapi yang bestnya ialah aku tak perlu membayar dia just bagi dia tinggal dekat rumah aku je..

Tadi masa aku pergi keluar tadi, aku telah diserang oleh musuh aku yang aku ceritakan dekat ataas tadi.. Oleh kerana bodyguard aku tu ada, maka dia telah berjaya membuatkan penyerang itu menyerah kalah dan berjanji untuk tidak menyerang aku lagi.. Aku berjaya juga mengambil beberapa gambar ketika mereka bergaduh tadi, tapi aku uploadkan satu jelah ye..
hebat tak bodyguard aku tu..^^
Okay, cukuplah  untuk cerita imaginasi aku ni.. Cerita diatas adalah cerita rekaan aku sendiri, tiada langsung kejadian yang aku ceritakan tadi berlaku.. Ia hanya berlaku didalam kotak imaginasi aku sahaja.. Tapi aku pasti, korang tau yang cerita ni mesti rekaan semata2 dan sejari2.. Yelah, siapa aku ni sampai nak mengupah bodyguard semua tu.. Apa2 pun hope korang enjoy pada hari sabtu ni..^^

Friday, March 25, 2011

Apa kejadahnya ni...??

tengok, kucing ni pun gelak dengan aku..
Alahai, sampai sekarang aku still gelak tak henti2, cuma gelak sambil guling2 je aku dah stop kan.. Malu pulak rasanya bila gelak sambil guling depan adik2 ni.. Karang aku dituduh menghidap penyakit adenovirus.. Apa pulak lah kena mengena antara adenovirus tu dengan gelak guling2, takde maknenya...

Al kisah nya bermula dipadang pasir.. Celah mana padang pasir piiz.. Okay, ceritanya baru je kejap tadi aku berlaku.. Aku selepas penat membaca entry2 aku yang dulu, maka aku dengan selamba badaknya pergilah melihat analitik aku di nuffnang..

Even arini aku punya traffik agak jatuh menjunam ibarat sebuah belon terbang keudara.. Eh, itu bukan menjunam, itu menaik namanya.. Okay, ibarat belon terbang tadi pecah dan jatuh menyembah aku bumi, puas hati ye.. Aku pun pergilah tengok dekat kata kekunci (nuffnang aku bahasa melayu).. Tiba2 sesuatu yang mengejutkan aku telah terjadi..

Sebelum tu korang tengok lah dulu gambar bawah ni yang berjaya aku amik ni..
kalau tak nampak tu klik je..
Ye2 aku tau hari ni sikit je yang jumpa blog aku melalui kata kunci.. Kalau korang nak cari blog aku korang taip je dekat google "arpiiz", mesti jumpa blog aku.. Ceh, sempat gak nak promote blog.. Tapi yang penting benda ni.. Exam tadi macam babi..?? Apa kejadahnya orang cari benda ni..

Aku tau, mesti orang ni baru habis exam.. Oleh kerana dia tension dengan soalan2 yang dia dapat tadi, maka dia menggunakan cara ini untuk melepaskan tesion.. Itu cuma pendapat aku je dan aku pasti peratusan aku untuk salah teka amatlah tinggi..

Okay lah, kepada sesiapa yang nak tengok dekat bahagian mana dia boleh jumpa blog aku, korang taip lah sendiri ye..hehehe. Dan kepada orang yang search kan benda ni tadi, aku harap dia tak tension menghadapi exam.. Mana ada exam yang senang, kalau ada maknanya korang dah study la tu..

Korang pernah jumpa keyword yang menyebabkan korang gelak sampai tak cukup nyawa tak..??

Kejadian ngeri ketika exam

Salam jumaat semua dekat korang yang ada dekat sana, sana, sana, sana, dan yang ada dekat sana tu..^^. Sepatutnya entry ni aku nak postkan malam nanti, tapi memandangkan malam ni aku ada hal, maka aku post jelah pagi ni.. Cerita ni dah lama dah berlaku, tapi baru hari ni aku nak ceritakan..

Kalau korang nak kata cerita ni dah basi, memang cerita ni dah basi pun, siap ada ulat lagi... Eeee, tapi korang jangan risau, aku dah buang ulat2 tu dan refresh kan balik cerita ni.. Err, korang tak kisah kan kalau nak baca cerita ni... Aku teruskan kepada cerita lah ye..

2 minggu lepas kan aku menghadapi exam yang memang membuatkan segala urat2 saraf aku timbul akibat memikirkan jawapan yang sesuai.. So, bila time idea tak datang, aku mulalah memandang ke duit syiling, ke lantai, jeling2 paper kawan dekat sebelah.. Kebiasaannya dengan cara itu idea akan datang mencurah ke ladang gandum dan poof jadilah..... Err, tersalah taip pulak..

Sedang mata ini melilau2 memandang suasana yang senyap sunyi dalam dewan itu, tiba2..!! Ada sesuatu yang mengerikan telah aku pandang.. Aku tak sanggup nak memandangnya lama2 kerana aku dalam ketakutan yang amat sangat.. Aku terus mengalihkan pandangan ku ke arah kertas soalan yang ada di atas meja aku itu..

Sesekali aku jeling juga kearah benda yang mengerikan itu.. Tapi aku memang tak sanggup nak tengok.. Terlalu seram untuk aku pandang.. Di sebelah aku, ada juga seorang yang terjeling2 kearah benda tu.. Dia tak takut ke pandang benda tu..?? fikir aku.. Mujurlah time tu tiba2 switch idea aku terbuka, maka idea pun datang lah sehingga aku berjaya menjawab beberapa soalan yang mampu aku jawab..

Selepas aku selesai menjawab soalan tu, aku tengok benda tu dah tiada lagi dah.. Korang nak tau ke apa benda tu..?? Okay lah aku bagitau ye, tapi aku bagitau ni pun supaya korang berhati2 terutama perempuan.. Aku ternampak lurah punggung seorang perempuan.. Sesuatu benda yang amat mengerikan bagi aku, tapi kalau bagi orang lain aku tak tau lah..

Aku tak berniat nak mengaibkan sesiapa ye, entry ni dibuat untuk aku mengingatkan kepada korang terutama perempuan.. Lain kali kalau nak pergi mana2 silalah pakai pakaian yang labuh dan tak ketat.. Dan bila korang duduk dekat kerusi, sila rasa belakang badan korang tu dah tertutup semua ke..?? Kalau tak nanti ada benda yang tak patut dilihat orang lain pula..hehehe.. Salam jumaat..^^

P/s (Play station) : Seram tak entry ni..??..hehehe

Misteri bas rosak...

Cerita ni ayah aku yang ceritakan sendiri dekat aku.. Terpulang kepada korang sama ada nak percaya atau tidak cerita ni.. Tapi aku memang suka sangat nak share kan cerita ni dekat korang.. Sebelum tu korang silalah membuatkan suasana keliling korang tu dalam keadaan senyap sunyi ye.. Barulah ada feel seram sikit..hehehe
lebih kurang macam nilah tempat letak bas tu..

Aku tak pasti dimana kah tempat kejadian ini berlaku, tapi aku rasa area selangor juga lah.. Cerita ni diceritakan sendiri oleh kawan ayah aku kepada ayah aku (korang paham ke maksud aku ni..??).. Ayah aku dulu kerja bawak bas, so biasanya bila dah habis shif maka bas tu akan dikumpulkan di sebuah tempat khas.. 

Nak dijadikan cerita, ada sebuah bas yang memang dah lama rosak dan terbiar berada ditempat tu.. Bas tu dah lah tiada enjin, tayar pula dah pancit.. Dekat dalam bas tu lagilah, kotor dah dipenuhi dengan tumbuhan2 liar.. Jadi time tu dalam area pukul hampir pukul 12 tengah malam jugaklah..

Selepas dia meletak bas dia ke kawasan itu.. Tiba2 dia terdengar ada enjin bas yang tengah hidup.. Kawan ayah aku tu pun apa lagi, pergilah tengok, bas mana yang hidup tu..  Alangkah terkejutnya dia bila dia nampak bas rosak tu hidup sambil menyalakan semua lampu, termasuklah lampu didalam bas itu..

Dalam keadaan takut itu, dia juga ternampak yang didalam bas itu seakan2 penuh dengan penumpang.. Kawan ayah aku tu terus lari meninggalkan kawasan tu.. Menurut ayah aku lagi, bas itu sebenarnya pernah mengalami kemalangan yang dasyat, ramai juga yang terkorban..

Katanya lagi, bas tu dah macam2 dibuat tapi still lagi benda tu terjadi.. Bas tu dah dibakar, dah ditukar enjin, senang citer bas tu memang dah di overhaul kan lah.. Namun misteri didalam bas itu masih lagi belum terjawab.. Sebab itulah bas itu dibiarkan tersadai dekat situ..

Ada banyak lagi cerita seram dari ayah aku, tapi yang peliknya ayah aku cuma pernah kena sekali sahaja semenjak dia membawa bas dulu.. Err, nak aku ceritakan ke..?? Tak payah lah, kita tunggu malam jumaat akan datang..hehe

P/s (Play station) : Menaip dalam keadaan gelap ni, tiba2 rasa lain macam..huhuhu.

Thursday, March 24, 2011

Cuba jangan guna backspace..

sapa yang nak guna backspace tu..?? Aku lah siapa lagi, sekarang ni aku tengah menaip entry ini tanpa menggunakan backspace.. So korang jangan marah atau kecewa jika apa yang korang baca ni akan membuatkan otak korang berkerja dengan lebih keras..

Kenapa aku cakap macam tu ..?? Yelah, sebab aku nak test taip entry tanpa memadam segala kesalahan2 ayat yang aku tulis ni.. Tapi korang jangan risau sebab kalau korang ntak pahanm korang boleh tanya aku tdekat ruangan komen tu..
korang jangan risau, keyboard aku tak macam ni..

Tengok, dah start salah tulis.. Tapi korang srtill boleh paham kan..?? Korang pernah tak cuna buat entry yang macam ni..?? Aku rasa aku pernah baca satu blogger yang buat cara macam ni..?? Tapi malangnya aku tak ingat siapakanh bloggert tersebut..

Rasa macam lawak pulak buila aku nampak yang selama ni aku banyak salah taip bila menulis entry.. Patutlah aku mengambil masa yang lama untuk menaip sesuatu entry.. tapi 15 minit tu lama ke..?? Bagi mereka yang tak tau cerita korang boleh cari entry yang bertajuk Durasi penghasilan entry2 aku..

Aku hampoir2 menekan button bask backspace tu, tapi nasib baik tak tekan..huhu. Ini pun dah cuba maneaip dengan berhati2 tapi still salah tekan juga.. Mugnkin aku gunakan lappy yang kecil, sebab tu banyak salah taip.. kalau guna keyboard maybe okay..

Adei, aku rasa cukuplah samopai disini aku menapi, aku dah tak sanggu[ nak gelak lagi memnaip perkataan yang banyak salah dari betul ni.. Tapi aku risau gak kalau korang tak paham apa yang aku taip ni.. Kalau korang tak paham korang baca lah entry ni ulan2 kali sampai korang paham ye..hehehe

salam petang buat korang semua..^^

Durasi penghasilan entry2 aku...

Salam pagi, eh rasa macam nak tengah hari ni.. Pagi ni aku terlajak tidur akibat tidurku lena diulit intan mimpi2 indah.. Korang nak tau tak aku mimpi apa..?? Aku mimpi yang aku telah bertemu dengan..... Errr, takpelah, lain kali lah aku bagitau dekat korang ye..hehehe

Okay, kembali kepada tajuk diatas.. Eh, bukan kembali ke tajuk, tapi  kembali ke arah niat entry ini diwujudkan.. Aku tak tau kenapa aku rasa macam nak cerita benda ni dekat korang.. Mungkin sebab aku takde benda yang aku nak cerita kot..

Aku tak tau lah sama ada entry2 aku tu dikategorikan sebagai entry yang panjang atau pendek.. Sebab aku cuma menaip sahaja, bila dah siap baru aku tengok balik.. Itu pun cuma untuk check sama ada aku ada salah taip ke tidak.. Err, korang rasa entry2 aku ni panjang2 ke..??

Kebiasaannya aku akan membuat dalam 6 perengggan untuk satu2 entry tu.. Kalau rasa idea tu membuak2 keluar adalah sampai 7 perenggan, tapi itu aku rasa macam dah panjang sangat.. Dalam satu perenggan tu pula aku biasa buat antara 3-4 baris sahaja.. Sebabnya aku taknak korang sesat pula bila baca panjang2..

Untuk durasi hasil penciptaan entry aku itu, aku rasa adalah dalam area 15-20 minit, kalau tiada idea dan jika idea mencurah2.. Kenapa jadi macam tu..?? Sebabnya bila takde idea, aku kena kerah otak ni pikir ayat dan bila banyak idea, banyak pula benda yang aku nka tulis..

Okay, cuma itu je yang nak tulis.. Kalau korang pula biasanya buat entry mengambil masa berapa lama..?? Aku paling lama sampai 2 hari kalau tak silap aku.. Sebab idea untuk buat entry tu asyik main nyorok2 je..huhu. Last2 aku delete entry tu..^^

P/s(Play station) : Entry ni mengmbil masa selama 15 minit 45 saat untuk dihasilkan..

Wednesday, March 23, 2011

Luahan hati sapa entah..^^

Siapa sini yang pandai melukis..?? Aku nak belajar dengan korang lah.. Aku dah lama sangat tak melukis ni.. Rasa macam ketagih pulak..huhuhu. Dulu aku minat sangat melukis.. Tapi melukis watak manga/komik jelah, aku suka tengok lukisan dari ben.. Aku tak reti lagi nak melukis pemandangan atau membuat potret..
ini bukan lukisan aku..hehe

Aku ingat lagi ketika waktu sekolah.. Aku kena sediakan satu buku kosong untuk aku melukis didalamnya.. Kalau tak silap aku hampir 4 tahun aku buat macam itu.. Dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5.. Satu buku untuk satu tahun..

Tapi bila dah habis sekolah ni, minat aku untuk melukis mula berkurang.. Tangan aku sudah mula keras dan tidak mampu untuk melukis seperti dulu lagi.. Untuk mengisi masa lapang seperti dulu aku buat blog ini.. Demi melupakan hobi aku dahulu.. Kini hobi aku ialah menulis pula.. Menulis di blog yang korang sedang baca ni..

Okay, stop it.. Aku malas lah nak menulis kata2 dari dalam hati ni.. Biasanya kata2 itu lebih kepada luahan perasaan.. Aku lebih suka menulis mengikut kata otak aku yang kadang2 kekurangan warasnya.. Tapi mujurlah kadang2 je kurang waras.. Kalau selalu mesti sekarang ni aku tengah menghempaskan lappy aku ni..huhu

Biasa korang menulis mengikut kata hati or kata sendi imaginasi..?? Apa beza antara luahan perasaan dan luahan rindu..?? Macam mana korang nak beza kan antara katak dan kodok..?? Okay, soalan no-3 tu korang boleh abaikan..

Kalau korang nak abaikan semua soalan pun tak pe juga.. Ini cuma entry untuk aku melatih jari aku agar menaip dengan pantas je.. Aku nak nanti jari aku boleh menaip sepantas 1000km/h.. Satu penipuan yang nyata kan..hehehe. Salam petang..^^

Keputusan SPM yang tidak disangkakan..T_T

Yeaayhh..!!!

Keputusan spm dah keluar, aku dah tak sabar2 nak pergi amik ni.. Sekarang ni tengah atas motor sambil menaip entry ini.. Aku tau merbahaya, tapi sebab aku dah eksaited kemain, aku taip jelah atas motor ni.. Bagi sesiapa yang ingat aku tengah bawak motor, meh sini aku nak ingatkan korang pulak.. Aku duduk atas motor, tapi motor tu tak gerak tau..hehehe

Ala, mesti semua orang tau kot, mana ada orang nak menaip entry macam ni sambil bawak motor.. Kalau taip sms boleh la kot.. Aku sekarang tengah ada dekat kawasan sekolah ni.. Dengan member2 aku sambil menunggu cikgu panggil nama kita orang.. Rata2 aku tengok dorang ni semua buat muka2 cool(bagi lelaki lah), yang perempuan pula buat muka2 comel gitu..aww

Sepatutnya keputusan tu dah keluar sekarang.. Tapi apahal lambat sangat ni.. Ni mesti kes cikgu tak sanggup nak bagi kita orang tengok keputusannya.. Maklumlah, keputusan trial pun dah cukup untuk menggempakkan dunia ni (belagak sikit..hehehe). Sambil2 aku tunggu ni aku ada lah tanya dekat member2 aku, apa yang dorang buat masa cuti dulu..

Ramai yang kata dorang kerja, yelah sambil2 cuti ni boleh lah tambah pendapatan sikit.. Aku pun sama juga, cuma kerja aku tak lah memerlukan masa yang panjang sangat.. Perlukah aku ceritakan dekat korang aku kerja apa.. Errr, tak payah lah ye, bukan penting sangat pun.. Eh, cikgu dah panggil nama aku lah, nanti aku sambung balik tulis ye...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab keputusan aku tidak mengecewakan.. Korang nak tau ke..?? Okaylah, sebab aku memang nak sharekan kegembiraan aku ni, maka aku bagitaulah dekat korang yang keputusan spm aku ialah 3910284 trilion A+.. Hahaha, giler banyak subjek yang aku amik.. Kalau lah betul, mesti aku dah jadi pelajar cemerlang dalam Malaysia ni..^^

Okay, yang diatas tu cumalah khayalan aku je untuk aku jadikan jalan cerita didalam entry ini.. Citer ni pun takde kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah tiada dan juga yang jadi zombi kampung _____ (fill in the blank) tau.. Kepada sesiapa yang dah dapat result spm tu citer lah berapa kali korang makan hari ni.. Aku tak nak tau berapa keputusan korang sebab aku tau korang tak nak cerita..hehehe.. Salam bergembira..

P/s (Play station) : Tahniah kepada sesiapa yang dapat keputusan warna terbang(flying colors)...^^

Tuesday, March 22, 2011

Aku rindu untuk bercerita lagi...

Salam malam buat para pembaca semua yang sedang menonton tv sekarang ini.. Terutama kepada korang semua yang sedang menjalankan sesi blogwalk pada waktu malam.. Bagi sesiapa yang student, mesti tengah study kan.. Dah2 pergi study cepat, jangan asyik hadap blog je..hehehe

Aku dengar esok keputusan spm nak keluar kan... Betul ke apa yang aku dengar ni.. Atau ia hanya khabar angin yang sedang bertiup kencang.. Itu aku tak tau, kalau korang nak tau baik korang sendiri tanya dekat sesiapa yang amik esok.. Kalau betul, aku ucapkan semoga mendapat keputusan yang korang impikan ye..

Okay, kembali kepada tajuk yang tertera di kaca tv dekat atas tu.. Betul lah apa yang korang baca tu.. Aku sebenarnya tengah plan nak buat satu cerita yang paling gempak seantero dunia.. Tapi aku tak tau lah kenapa sejak kebelakangan ini aku tak mampu  untuk menjana idea untuk aku bercerita..

Aku sebenarnya sudah rindu untuk membina satu cerita ni.. Bagi sesiapa yang perasan, cerita bersambung aku yang dulu tu pun aku dah tak bersambung lagi.. Ini semua adalah disebabkan aku ketandusan idea yang sangat kritikal.. Kalau lah idea ni boleh datang bila kita nak je, kan best..hehehe

Okay, cuma itu je nak tulis.. Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry aku yang entah apa2 ni.. Entry ini akan lenyap dalam masa satu jam lagi..(dah macam mission imposible plak..hehe).. Gurau je, takdenya aku nak buang entry ni.. Salam berehat buat semua..^^

Korang ingat senang ke nak buat tajuk entry..

Siapa kata yang nak buat tajuk tu tak susah.. Lagi2 kepada para blogger yang tak tentu masa nak taip entry ni.. Susah laa... Tapi mungkin ramai yang akan kata yang paling susah ialah membuat satu entry.. Itu memang betul, aku pun tak nafikannya.. Malah semasa pembikinan filem entry ini juga mengambil masa satu purnama lamanya..(tipu je ni..^^)

Eh, dah macam ayat zaman P.ramlee pulak..Ye, itulah topik yang akan kita bincangkan petang ni.. Err, bukan tentang ayat P.Ramlee tu, tapi tentang cara untuk menghasilkan tajuk.. Sesetengah orang akan dapat menjana elektrik cerita melalui sesuatu tajuk sahaja.. Manakala sesetengah yang lain pula perlu memahami cerita kemudian barulah boleh menghasilkan tajuk..

(tukar mood serius sikit)
Jadi korang di kategori yang mana..?? Kalau nak ceritakan tentang membuat tajuk ni, agak luas juga scopenya.. Jadi aku fokuskan kepada dalam dunia blog sahaja ye.. Kalau nak memberi tajuk dalam sesebuah entry, ia mesti lah sesuatu yang membolehkan orang lain tertarik untuk mengetahuinya a.k.a gempak.. Contohnya macam ni "Ke kedai membeli roti" dan "Tragedi ketika membeli roti".. Korang rasa yang mana korang lebih tertarik untuk membacanya..

Penggunaan tanda2 kiamat (!, ?, ~_~, ^^, ....., dan sebagainya) juga boleh memainkan peranan tersendiri.. Ini kerana dengan tanda sebegitu orang akan lebih memahami situasi untuk cerita itu.. Aku rasa korang pun ramai yang menggunakan cara ni kan... Selain itu, cara ni aku tak pasti sama ada korang setuju atau tidak.. Cara yang macam mana..??

Cara ni lah, korang buat tajuk lain dari entry asal.. Aku tau ramai yang tak setuju sebab itu akan membuatkan pembaca rasa kecewa gila babas.. Contoh macam korang buat cerita tentang anak mak limah, tapi tajuknya "Tsunami di Jepun".. Boleh tak..?? Kalau nak buat macam tu juga, korang dinasihatkan untuk selitkan lah sedikit benda yang ada kena mengena dengan tajuk tu agar pembaca tak kecewa sangat..

Okay lah, aku rasa cuma itu jelah benda yang aku nak sampaikan.. Aku sendiri tak pasti sama ada benda ini berguna atau tidak.. Kalau korang rasa ada sedikit ilmu didalam entry ini korang bacalah, tapi kalau rasa takde apa2.. Korang pun dah baca entry ni kan, takkan aku nak suruh tekan butang pangkah pula..hehehe

Pagi hari yang sangat mengantuk...~_~

Salam pagi buat semua yang sedang sibuk berkerja, belajar dan sibuk menyibukkan diri dalam segala hal.. Pada pagi yang sungguh dingin ni aku menaip entry ini dalam keadaan mata aku tertutup.. Macam mana, hebat tak aku ni..?? Aku tau korang tak akan cakap apa2..hehe.

Eh, tak elok lah belagak.. Emm, betul tu.. Takde maknenya aku nak menaip sambil mata aku tertutup, kalau aku menaip sambil mata aku tertutup itu tandanya aku sudah.... Aku sudah mengigau la, korang jangan lah fikir aku dah takde pula.. Ish, apa lah korang ni..^^

Okay, apa sebenarnya yang aku nak tulis kali ni..?? Takde apa sebenarnya, aku just nak tulis yang aku mengantuk sangat pagi ni.. Maklumlah, subuh tadi hujan lebat, so kesejukan yang melanda diri ni tak nak pergi2 lagi.. Kalau aku layankan sangat kesejukan ni, alamatnya aku akan tidur sambil makan megi la nanti..

beginilah keadaan penulis sekarang..
Tengok tu, dah nak tipu lagi.. Mana boleh tidur sambil makan megi, kalau tidur tu buatlah cara tidur..Ni tidak, sempat juga nak makan megi.. Sudah2 lah tu nak menipu pembaca ni.. Dorang bukan nak baca segala benda yang berlaku pada kau ni.. Dorang nak baca benda yang boleh merehatkan minda dorang aje..

Aaarghh...!!! Pergilah kau suara2 dalam kepala aku ni.. Apa yang korang duduk menyemak dalam kepala aku ni.. Jangan sampai aku mencarut sorang dekat sini.. Aku tau lah yang aku duduk rumah sorang2, jadi tak payah lah korang nak datang menyemak dalam kepala aku ni..

Entry ini terpaksa dihentikan kerana penulis entry ini tertidur selepas penat melayan suara2 yang ada dalam kepalanya itu.. Para pembaca diminta memaafkan penulis kerana hasil entry yang memang tiada faedah nya ini..~_~

Berehat melihat bintang..

Dah tengah2 malam buta ni baru nak melepak luar rumah.. Ala, takpelah.. Lagi pun time ni lah sunyi sepi je.. Untuk pengetahuan korang, ini adalah antara hobi aku dikala malam bulan mengambang.. Eh, silap pulak, hobi aku dikala tengah malam menjelang..

aku paling suka tengok bintang yang banyak macam ni..^^
Dulu aku tak minat sangat nak duduk luar tengah2 malam ni.. Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ni bila aku lepak luar tu aku rasa best je.. Bila aku duduk dekat buaian sambil merenung dada perempuan langit, aku rasa tenang je.. Ditambah pula dengan angin yang bertiup sepoi2 bahasa perancis tu.. Memang aku rasa macam fikiran aku ni terbang dibawa angin..

Aku ingat lagi malam tu aku pernah duduk luar rumah pada pukul 3 pagi.. Ini kes tak mau tidur lah ni.. Kalau nak disalah kan mata ni tak boleh juga sebab masa petang tu aku dah terbongkang atas katil sambil membuat peta negara belanda diatas bantal.. Time tu aku duduk dekat jalan depan rumah aku tu, bukan setakat duduk, siap buat kuak lentang lagi..

Okay, tu tipulah ye, nak buat kuak lentang atas jalan, apa kejadahnya.. Tengah syok2 aku mengelamun sambil memandang langit, tiba2 sekumpulan gengster anjing datang membuat lawatan sambil belajar dikawasan rumah aku.. Yang problemnya ialah, tinggal lagi beberapa langkah je anjing tu dari aku, baru aku sedar tentang kehadirang dorang.. Ops, tak boleh guna dorang, kene guna dekor (dia + ekor)

Mujurlah aku sempat mengalihkan badan aku dari laluan anjing tu, kalau tak mungkin aku akan digoda dijilat oleh salah seekor anjing dekat situ.. Sejak malam itu aku dah tak baring dekat atas jalan, tapi just duduk dekat buaian yang ada dekat beranda rumah aku tu..

Okaylah, aku nak pergi melepak dekat buaian tu sambil menghirup udara malam.. Salam malam buat korang..^^

Monday, March 21, 2011

Semangat baru...

Sila klik gambar untuk tolong refresh..
Huaaaaarghh...!!!!

Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bangun dari tidur aku semula.. Kini sudah tiba masanya untuk aku refresh kan balik otak dan blog aku ni..  Apa kes.. Apa citer ni..?? Sebenarnya aku tengah cuba mengumpul semangat untuk berblog.. Semangat yang telah hilang sejak 2 minggu lepas..

Aku tak tau sama ada korang perasan atau tidak yang aku sudah lama tidak melakukan aktiviti blogwalk.. Even aku ada tulis yang aku nak pergi blogwalk dalam entry aku yang lepas.. Tapi yang sebenarnya aku cuma jalan2 dekat blog2 terdekat je..

Aku tau yang korang juga mesti perasan yang entry aku sejak kebelakangan ini (kalau nak kehadapan ini pun boleh) tak best langsungkan.. Mungkin cuma ada beberapa entry yang menarik, tapi itu cuma sedikit sahaja.. Sampaikan aku perasan yang kawan baruku dekat widget follower aku tu sudah mula berkurang.. Ini menunjukkan yang blog aku sedang mengalami saat yang tak best ni..

So, mulai malam ini aku akan buat sebagai mana aku buat ketika aku mula2 buat blog dulu.. Aku akan selalu buat blogwalk dan cuba sedaya upaya memerah otak ibarat memerah buah oren untuk mendapatkan jusnya.. Err, korang jangan salah faham pula ye.. Maksud perah otak tu bermaksud yang aku nak cari idea yang best tau..

So, disini aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger2 yang setia membaca entry aku even entry itu entah apa2.. Terharu ni.. sob..sob.. Masa aku taip ayat ni, mata aku memang betul2 mengeluarkan air mata.. Seriously aku tak tipu korang.. Kalau korang nak kata aku tipu suka hati koranglah, apa boleh aku buat.. Lagipun air mata aku mengalir ni sebab mak aku tengah kupas kulit bawang..hehehe

Kopi boleh hilangkan mengantuk..??

Kata orang kopi boleh buatkan seseorang itu hilang mengantuk.. Betul kah kata2 itu, atau ia hanya lah ayat cinta dari orang dulu2 sahaja.. Aku sendiri masih belum menemui jawapan yang pasti.. Ini kerana aku tiada bahan untuk aku buat ujikaji nuklear demi membuktikan hipotesis itu..

Dah macam profesor klon pulak aku ni nak buat ujikaji itu ini.. Tapi kata2 tu tak sesuai untuk aku lah... Kenapa..?? Sebab bila aku minum kopi je, mata aku dengan sendirinya mula mengantuk.. Aku dah lama test dekat badan aku sendiri dan aku dapati yang aku memang tak boleh minum kopi bila mengantuk..
lebih kurang macam ni lah aku tidur malam tadi

Benda ini menambahkan keyakinan aku bila aku baru je lepas minum kopi masa menaip entry ni.. Ini antara report aku untuk ujikaji ini ye..

1.00 a.m : Mata aku sudah mula mengantuk, sudah mula berat tapi masih boleh buka lagi..

1.05 a.m : Minum air kopi yang mak aku buat tadi..

1.10 a.m : Mata kembali segar selepas 5 minit..

1.20 a.m : Tiba2 mata kembali berat sehinggakan tidak mampu untuk dibuka lagi..

1.25 a.m :  Masih cuba membuka mata demi menaip entry ini..

Tak Diketahui a.m : Tertidur didepan lappy tanpa sempat menutup lappy tersebut..

Itulah antara benda yang terjadi malam tadi.. Aku tersedar masa pukul 3.30 pagi sebab masa aku tidur tu aku tengah dengar lagu.. So aku terus buat kan entry ni jady draft dan sambung tulis balik tengah hari ni.. Aku tak tau lah kalau korang pula.. Apakah korang pun sama macam aku juga..??

Sunday, March 20, 2011

Ada perkara yang aneh..

Apakah benda yang aneh itu..?? Satu persoalan utama yang mesti keluar dari minda korang tu.. Kalau tak keluar dari minda aku tak tau lah.. Korang nak tau ke benda yang aneh tu.. Okay, meh sini aku nak cerita.. Hari ni aku memang kurang minat sedikit untuk menghadap blog ni..

Aku tak tau kenapa nafsu aku terhadap blog ni kurang pula hari ni.. Mungkin sebab hari2 aku hadap blog ni kut.. So aku cuma update satu entry saje lah, iaitu entry yang tadi.. Selepas aku update aku terus tutup komputer ni.. Dan sekarang ni aku buka balik dan tengok nuffnang untuk tengok analytik aku.. Aku agak terkejut sebab gambar ni..
korang nak tau ke berapa ramai yang singgah time tu.. Aku rasa tak payah lah sebab segan la..hehehe. Ala, sikit je pun even nampak tinggi.. Part ini belum pelik lagi sebab itu time aku update tadi.. So aku tengok lah dari mana pembaca aku tu datang..
Kalau tengok dari nuffnang, dorang ni datang dari blog Pakzue.com.. Siapa kah Pakzue ni..?? Entah, aku pun sebenarnya tak tau gerangan siapakah blogger ni.. Aku rasa aku agak jarang datang dekat blog dia ni ni.. Kalau datang tu pun time aku blogwalk la..

Okay, ini lah part yang anehnya.. Korang tengok dulu ye gambar bawah ni..
Inilah yang peliknya, korang tak faham lagi apa yang pelik..?? Aku pelik macam mana dorang boleh jumpa blog aku ni.. Dan lagi satu, dorang faham ke apa yang aku tulis ni..hehe.

Okay, cuma itu sahaja kepelikkan yang aku nak cerita.. Err, kalau korang tak nampak gambar tu, silalah klik ye..  Salam hari minggu..^^

Cap aku hilang...

Ala, cap hilang pun nak citer dalam blog.. Entah apa kan aku ni, adakah aku nak menjadi seperti adik aku yang berumur 7 tahun tu.. Apa pula kena mengena dengan adik aku ni..?? Yelah, sebab adik aku tu kalau benda hilang je mesti mengadu dekat orang terutama dekat aku lah..

kalau ada cap ni boleh jalan2 masa malam..
Masuk ni dah 3 kali cap aku tu hilang.. Apakah itu cap..?? Cap dari segi istilah ialah topi yang diletakkan diatas kepala, bukan di kepala lutut.. Manakala caps lock pula ialah satu button yang ada di papan kekunci bukan di papan yang reput.. Tapi aku bukan nak cerita tentang caps lock tau..

Ceritanya macam ni, aku sebagai pengguna cap yang agak tegar sikit pergilah keluar membeli barang2 yang mak aku pesan.. Setelah membeli barang2 tu, ketika aku sedang menunggang kuda motor, maka berlaku lah kejadian yang tidak diingini itu.. Topi yang aku letakkan didalam bakul motor tu tiba2....

Tiba - tiba.......

Topi itu telah terbang dibawa angin dan jatuh diatas jalan.. Tanpa sempat aku mengelipkan matanya, sebuah kereta telah menggilis topi aku itu.. Kemudian sebuah kereta lain juga telah melakukan perkara yang sama.. Aku tak sanggup nak melihatnya lagi dan aku terpaksa membiarkan topi aku itu terlantar diatas jalan yang sibuk itu..

Aku nak buat u-turn, tapi apakan daya sebab jalan untuk membuat u-turn itu agak jauh.. Aku terpaksa lah meredhakan apa yang berlaku.. Kejadian yang baru berlaku tadi amat menyedihkan diri aku, okay ni tipulah sebab aku tak feel apa2 pun sebenarnya..

So nampaknya aku terpaksa lah pergi mencari topi/caps yang lain.. Tapi bila aku fikir2 kan balik, aku rasa nanti2 lah aku beli sebab banyak benda yang lagi penting yang perlu aku beli.. Korang pernah tak alami benda ni..?? Macam helmet ke yang terjatuh..(eh, benda ni pun pernah berlaku dekat aku tau)

Akhirnya kantoi juga aku...

Apa bendalah yang dah kantoi tu ye.. Amboi, bila tau orang lain terkantoi, korang sibuk nak tau kan.. Tapi bila korang yang terkantoi, sibuk nak nyorokkan.. Eh, aku tak tujukan dekat korang lah, aku tujukan dekat kucing2 yang tengah bergaduh belakang rumah aku tu..

Ceritanya begini, pada suatu malam yang dingin.. Muncullah satu lembaga yang... err, silap entry pula ayat ni.. Ini bukan entry seram ye.. Sebenarnya macam ni.. Sepanjang aku berblog ni, aku tau yang blog aku ni lebih banyak cerita menipu dari cerita yang betul.. Kalau korang tak percaya cuba korang tengok dekat bahagian "Topik Ku.." tu.. Kalau yang jenis info cuma ada berapa je, tapi kalau jenis suke-suke tu.. Korang tengok lah sendiri ye..

Inilah akibatnya akibat suka sangat menipu, kalau hari2 menipu mesti lah orang akan tau.. Cuba kalau menipu tu setahun sekali je (boleh ke..?), mesti lah orang tak tau.. Tapi korang jangan risau, aku tipu pun cuma dalam blog je.. Dekat dunia luar aku ni seorang yang jujur, amanah, ikhlas, dan bertanggungjawab, kalau korang tengok mesti korang akan cakap "ish2, baiknya lah orang ni, anak sapa ni.." (sila muntah dengan segera di tandas yang berdekatan)

Ini antara blogger yang pernah agak yang entry aku tu tipu.. Macam mana dorang boleh tau ye.. Entah lah, aku pun tak tau, aku rasa baik korang singgah lepak dekat blog dorang tu..
owh, dorang baca dari bawah rupanya..
Ini komen dari entry "Kejam gila aku.."
Korang tak nak tau ke ceritanya, kalau nak tau korang klik jelah dekat link tu ye..hehehe. Owh, korang nak pergi tengok dekat blog blogger tu ye, korang pergi je sini.. AyaHikari dan Bella

tengok, dia dah boleh agak dah jalan cerita aku..T_T
Ini pula adalah komen dari entry " Duit beranak.."
Cik Ina ni aku tak tau macam mana dia boleh agak.. Korang boleh pergi tanyakan dia tak..??

Sebenarnya blogger2 lain pun dah boleh agak yang mana entry aku tu tipu dan yang mana betul2.. Sebab aku yakin yang para bloggers ni bijak pandai semuanya.. Maklumlah, dah makan kismis berkotak2 mestilah pandai(pepandai je aku cakap macam tu)..hehe

Saturday, March 19, 2011

Alhamdulillah, rezeki..

Salam kepada para pembaca semua tidak kira lah yang berada didalam Malaysia atau yang berada diluar negara.. Even kalau ada pembaca dari luar sistem solar pun aku tujukan salam ni.. Tapi aku tau benda tu memang tak akan berlaku punya..

Okay, seperti biasa lah, korang boleh abaikan perenggan pertama tu.. Apakah rezeki yang aku dapat tu..?? Adakah aku telah bertemu jodoh..?? Tidak, tapi kalau bertemu jodoh lagilah aku bersyukur..hehe. Lupakan tentang hal itu, aku sebenarnya nak cerita benda yang berlaku malam tadi..

Okay, kali ni bukan tipu, bukan mimpi atau bukan sesuatu yang membuatkan korang rasa geram sahaja lepas membacanya.. Sebenarnya aku jumpa duit.. Hah, tengok, aku dah dengar yang korang cakap aku nak tipu.. Tak, aku tak tipu untuk kali ni.. Ini betul2, bukan cobaan.. Korang tak nak percaya juga, kalau macam tu takpelah.. Korang baca sahaja lah ye..

bayangkanlah celah2 buku ni ada duit..
Malam tadi aku mengemas rak buku aku.. Punyalah penuh habuk dekat dalam tu.. Dahlah penuh dengan buku2 tulis sejak aku form5 lagi.. Aku pun mulalah sesi pemilihan model buku2 yang tidak digunakan untuk dibuang.. Masa aku tengah selak2 buku tulis tu, tiba2 sesuatu yang membuatkan aku terkejut..

Aku bukan terkejut sebab ada ular ke lipan.. Tapi aku terkejut sebab aku terjumpa duit yang aku kumpul masa form5 dulu.. Aku juga jumpa duit raya aku yang tahun lepas, aku memang dah tak ingat duit tu lagi sebab aku ingatkan aku dah masukkan semua kedalam bank dulu..

Aku tersenyum sorang2 depan buku2 lama tu.. Yelah, macam mana aku tak senyum, bila aku kira2 balik ada lah dalam RM80 yang aku jumpa.. Aku pun teringat, dulu aku suka sangat simpan duit celah2 buku tulis.. Even duit raya pun aku suka simpan celah buku tulis tu.. Nasib baik dulu aku dah simpan duit raya aku dalam bank, kalau tak mesti lagi banyak aku jumpa..hehe

So, moral of the story kali ini ialah simpan duit tu biarlah setempat sahaja, kalau banyak2 tempat macam aku buat nanti korang boleh lupa.. Aku bersyukurlah sebab jumpa duit2 tu, dahlah sekarang ni aku tengah agak kering.. Dompet aku tu cuma ada duit untuk minyak motor je..huhu

Aku nak open table ni, "mamak, roti canai 10..!!"..hehehe

P/s (play station) : Sepatutnya aku publish post ni siang tadi, tapi siang tadi aku sibuk lah..T_T

Friday, March 18, 2011

Aku nak tidurlah...

Salam buat readers2 yang berada dihadapan komputer tu.. Ini juga termasuk korang yang duduk dibelakng komputer tu.. Apa lah yang korang buat dekat belakang komputer tu.. Cari duit ye, ke cari something.. Ah, abaikan jelah benda tu ye, jom layan entry aku ni..hehehe

aku rasa aku dah kena insomnia lah..T_T
Ala, macam best je entry aku kali ni.. Itu aku tak taulah, terpulang kepada korang sama ada nak rasa best atau tidak.. Even korang rasa tak best pun, korang baca lah entry lain ye..^^. Apa lah yang aku nak tulis untuk entry kali ini ye.. Korang boleh bagi idea sikit tak..

Takpelah, kalau tak nak bagi idea pun aku tak kisah.. Mungkin idea korang tu korang boleh gunakan untuk entry korang sendiri..(hai, berapa banyak korang dah...). Aku sebenarnya tengah rasa malas nak menghadap blog ni.. Kenapa..?? Sebab malam ni aku nak rehat lah, selepas 3 malam aku tak cukup tidur.. So, malam ni aku nak ganti balik masa tidur aku tu..hehehe

Masalahnya sekarang ni aku tak ngantuk lagi, so aku nak jalan2 dekat blog orang lah ye.. Mesti korang akan cakap "takkan jalan2 je.." Yelah, kalau aku rasa ada benda yang aku nak tulis aku nanti aku komen.. Korang jangan risau lah ye..

Ceh, bajet macam ada je orang tunggu aku komen dekat entry dorang..huhu. tapi yang pasti keadaan yang sebenarnya aku tengah tak tau nak tulis apa, sebab tu aku cuma buat entry bagitau aku nak buat blogwalk je.. Entah apa2 kan aku ni.. Okay lah selamat malam ye..^^

Duit beranak..

Salam jumaat buat para bloggers dan para pembaca semua.. Hari ni aku agak sibuk sedikit, tapi yang peliknya aku tak tau apa benda yang aku sibukkan itu.. Apakah aku kena pergi menjelajah seluruh dunia demi mencari penawar untuk penyakit malas aku ini.. Mungkin jugalah, tapi tak mungkin sampai ke seluruh dunia..

Jadi apakah yang aku sibuk kan itu..?? Entah, sebenarnya aku sendiri pun aku tak tau.. Okay lah, kita lupakan pasal hal aku tu, bukan penting sangat pun.. Jadi petang ni apa benda pula yang aku nak tulis ni ye..?? Owh, aku nak cerita dekat korang apa yang jadi pagi tadi..

Apa yang jadi..?? Laa, sabar lah dulu, aku belum cerita lagi ni.. Sebenarnya macam ni, masa tu aku tengah berjalan2 menghirup udara pagi disekitar kawasan perumahan aku.. Tiba2 aku terjumpa duit RM 50 dekat atas jalan.. Aku pun tanpa segan dan silu pun ambil lah duit tu dan masukkan dalam kocek seluar aku..
inilah duitnya..

Nasib baik lah takde orang yang nampak, kalau ada mungkin aku amik juga duit tu..hehe. Lepas tu aku baliklah kerumah sambil membuat muka selamba badak.. Aku masuk bilik dan aku pun keluarkan lah duit itu dari kocek aku.. Tiba2 aku dapati yang dalam kocek aku ada RM 100 pula..

Aku dah tau yang korang dah fikir yang aku nak menipu kan.. Tapi memang aku cakap yang benda ni betul2 jadi.. Masa aku keluarkan dalam duit dalam kocek aku tu, aku tengok ada 2 helai not RM 50.. Aku memang agak terkejut jugalah sebab setahu aku dalam kocek aku cuma ada RM 50 yang aku jumpa tadi je..

Aku masukkan lagi duit seratus tu dalam kocek, dan bila aku keluarkan balik duit tu.. Aku terkejut sekali lagi, kali ni duit sebanyak dua ratus RINGGIT tau bukan SEN yang keluar dari kocek aku.. Aku terfikir, apakah duit ni beranak.. Sebab aku pernah dengar orang cerita tentang hal itu..

Aku masukkan lagi sekali duit tu dalam kocek aku dan kali ni duit tu dah tak bertambah pula.. Tapi aku terdengar ada suara memanggil nama aku.. Suara itu makin kuat dan akhirnya aku terjaga.. Laaa, rupanya aku mimpi.. Kan best kalau jadi betul.. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku ni..^^

Thursday, March 17, 2011

Cara untuk remove write protection dalam Micro SD card..

Malam ni aku nak tunjukkan satu cara yang aku baru jumpa pagi tadi.. Cerita sebenarnya pagi tadi aku nak copy lagu dari lappy aku  ni ke phone mak aku.. Oleh sebab phone mak aku tu takde cable a.k.a wayar usb, maka aku gunakanlah Micro SD card tu..

Masa mula aku masukkan tu, aku nak copy lah lagu tu kedalam phone.. Tapi alangkah malangnya dia tulis macam ni "Please remove the write protection".. Puaslah aku godek sume benda dalam lappy aku ni.. Tapi tak jadi juga..

Last2 aku cari lah dekat internet dan aku jumpa web ini.. Rupanya punyalah senang nak betulkan.. >> web ini..

Web ni dalam bahasa english, so aku tuliskan balik dalam Malay ye..
yang besar tu adapter, yang kecik tu micro sd
Untuk hilangkan write protection tu korang pastikan benda putih tu tidak pergi ke bahagian lock.. Korang tak tau mana benda putih tu..?? Ala, benda plastik putih yang ada dekat tepi adapter tu lah..

Function lock tu bukanlah untuk kunci sd card atau kunci data dalam card tu, tapi hanya untuk memberitahu kepada komputer agar tidak 'write' apa2 dekat dalam card tu..

Okay, cuma itu je yang aku nak tulis.. selamat malam..^^

P/s (play station) : Kalau tak paham korang boleh pergi dekat link yang aku bagi dekat atas tu.. Kalau nak tanya dekat sini pun boleh juga..

Kesakitan datang menyerang..

Marang kerapu kepunden marang sekepper..
Walawiwieewit skoreng dan klupen..

Apa benda lah yang aku merepek ni... Hah korang jangan terkejut pula tau, sebab itu adalah bahasa dari makhluk planet Kpories.. Korang nak tau maksudnya ke, maksudnya ialah "Sepandai2 gajah melompat, pandai lagi aku mengarut.." hehehe

tak tau apa function bunga ni..
Okay, korang sudah boleh abaikan apa yang aku melalut tahap ekstreme tu ye.. Diatas itu adalah tanda2 aku sedang mengalami kesakitan.. Kesakitan yang aku sendiri masih boleh tanganinya lagi.. Kalau dah tak boleh aku tangani mungkin aku akan guna kaki pula.. Dah apa pula lah yang aku mengarut lagi ni.. Please sesapa tolong hentikan kegiatan menyeludup merepek aku ni..

Kalau korang tak tolong aku nanti akan muncul pula gejala merepek ni dan korang jangan terkejut sebab gejala ni boleh menyerang korang tau.. Lebih baik korang pergi duduk dekat rumah diam2 tau..huhu. Ala, ni yang aku malas ni, dah start dah jari aku nak menulis benda2 yang tak masuk akal lagi tak masuk telinga..

Aku rasa mungkin aku patut hentikan penulisan dientry ini.. Kalau aku tak hentikan juga aku takut korang dengan aku sekali tak paham apa yang aku tulis ni.. Tadi aku ada kata yang aku dalam kesakitan kan.. Apakah korang nak tau..?? Owh, tak nak tau ye, takpelah aku nak bagitau gak..hehhe

Aku sebenarnya tengah mengalami sakit kanser kepala lutut.. Laa, korang tak percaya.. Yang korang gelak2 tu  kenapa pula.. Serius aku tipu ni.. Hah, sebab tu aku suruh korang percaya, sebab aku tipu.. Ish2 tak baik kan aku ni, asyik nak menipu je kerjanya.. Taklah aku sebenarnya tengah sakit kepala je.. Kalau kanser tu aku mintak jauhkanlah dari diri aku ni..

Okay, cuma itu sahaja lah penulisan aku untuk entry kali ini.. Maaf kalau korang rasa entry ini patut dicampak kan kedalam laut.. Nanti kalau korang nak campak entry ni jangan lupa bagitau aku tau.. Aku pun nak campakkan juga entry ni..^_^

Cerita apa entah..

Salam siang buat semua yang membaca entry ini.. Eh, aku rasa macam aku pernah tulis je ayat ni.... Adakah aku mengalami dejavu.. Itu aku sendiri tidak tahu dan aku taknak ambil tahu pun.. La, korang nak ambil tau gak, suke hati korang la ye..

So, apakah motif aku untuk entry kali ini..?? Takkan asyik nak cakap melalut je.. Jadi, kali ni aku nak ceritakan satu cerita yang tercetus dari dalam minda aku ni.. Korang baca jelah ye..

Cerita bermula di sebuah mahkamah yang tidak diketahui dimanakah tempatnya.. Kamal seorang pesalah telah dibicarakan atas beberapa kesalahan.. Mari kita ikuti apakah dialog yang terhasil didalam mahkamah itu..

Hakim : Kamal, awak tau tak mengapa awak berada didalam kandang lembu, eh silap, kandang pesalah ni..?
Kamal : Saya tau..
Hakim : Kalau tau tak pelah, saya malas nak cerita banyak2 ni..
Kamal : Apa punya hakim la malas sangat ni (sambil berbisik)
Hakim : Saya dengar la apa yang awak bisik kan tu.. Kalau macam tu meh saya bacakan apa kesalahan awak tu.. Awak telah dituduh atas kesalahan memukul isteri kamu dan memberi rasuah. Ada apa2 yang kamu nak cakapkan..
Kamal : Saya ada sesuatu nak cakap ni en hakim. Saya memukul isteri saya itu adalah kerana saya seorang suami yang baik.. Saya juga memberi rasuah kerana saya seorang pekerja yang baik..
Hakim : Kenapa pula awak cakap macam tu..??
Kamal : Sebab, bukankah orang yang baik itu selalu memberi.. jadi saya berilah penampar dekat isteri saya dan memberi rasuah..
Hakim : Kalau macam tu saya pun nak jadi hakim yang baik jugalah.. Dengan itu saya memberi awak hukuman penjara seumur hidup..hehehe
Kamal : Owh tidak..!!!! (terus koma selama 10 hari..)

Moral of the story : Kalau nak memberi tu biarlah yang membawa kebaikan tau.. Dan jadilah hakim yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah..

Wednesday, March 16, 2011

Entry kosong lagi...

Salam buat korang semua.. Termasuklah korang yang tengah bergayut dekat telefon tu.. Sudah2 lah tu bergayut, nanti jadi macam monyet pula..hehe, gurau saja.. Malam ni aku nak test untuk tak pergi blogwalk lah.. korang rasa boleh tak macam tu..??

Aku sendiri pun tak tau sama ada boleh ke tidak untuk aku tidak blogwalk malam ni.. Sebab dah jadi habitat habit aku untuk blogwalk malam2 ni..Lagi pun malam ni aku nak study sikit sebab esok pagi ada liquid paper yang nak kena jawab..

Aku STUDY..!! Ini lagi satu benda yang agak janggal aku lakukan.. Tapi walau macam mana pun aku akan cuba juga untuk study.. Okay, cuma itu je nak tulis.. Terima kasih sebab sudi baca entry aku yang kosong ni..^^

P/s (play station) : tengah tengok cerita Jiman dekat tv9, nak nangis ni..huhuhu

Mencari identiti blog...

Salam sihat bagi para pembaca yang berada diluar sana.. Kalau yang ada didalam macam mana pula..?? Contoh dalam rumah ke, dalam pejabat ke, or dalam bilik air ke..?? Kalau yang itu ikut suka hati korang lah sama ada nak terima ke salam aku ni.. Kalau ada juga yang tak puas hati, aku tujukan lah salam ni dekat semua orang okay..

contoh macam patrick ni lah..
Kita teruskan segmen kita ye.. Eh, bila masa pula aku buat segmen, aku bukannya macam abang ben tu yang rajin buat segmen.. Aku ni cuma rajin mengarut je..hehe. Tujuan asal aku ni cuma nak buat satu entry kosong je.. Asyik2 entry kosong je, bagilah entry tutorial ke..(kata suara yang tak dikenali).. Err, korang nak aku buat tutorial ke..??

Kalau nak pun, korang nak aku buat tutorial apa.. Tutorial photoshop dah ada dekat blog Cik Dil ni.. Lagi pun aku biasa belajar photoshop cari dekat google je.. Cube korang citer sikit, korang nak aku buat tutorial apa.. Atau mungkin korang nak aku teruskan buat entry kerepek merepek je.. Tak mungkin lah, sekali sekala aku patut jugalah buat entry yang berinfo sikit...

Jadi sekarang ni aku tengah mengalami dilema, aku tengah mencari identiti blog aku yang sebenar.. Korang rasa blog ni patut jadi blog yang macam mana ya..?? Cuba korang bagi cadangan sikit.. Aku nak jadikan blog personal, macam tak best pula nanti sebab aku bukannya artis atau orang yang terkenal.. Kalau korang nak kata aku ada bau2 bacang dengan Sultan Mizan tu pun dah memang sah la jauhnya..

So, senang citer.. Korang kalau nak cari identiti blog korang, korang pergilah check dekat Jabatan Pendafrtaran Negara..hehe.gurau je..Kalau ikut pandangan aku, korang tengoklah dekat blog korang tu entry mana yang paling banyak korang buat, maka itu lah identiti blog korang..

Tuesday, March 15, 2011

Bunyi misteri ditengah malam..

Salam kepada semua readers, blogger dan sesiapa yang datang membaca entry ini.. Salam ini juga aku tujukan kepada kucing2 yang sekarang ni dah pandai main blog.. Tulah, korang jangan tak tau, dorang ni gunakan laptop tuan dorang untuk online.. Baik  korang pergi tengok, apa kucing korang tengah buat sekarang ni..

Korang nak tau ke apa benda kejadian aneh yang aku nak hebohkan tu.. Ala, korang jangan buat2 tak tau lah, korang kan dah baca tajuk tu, mestilah korang tau apa kejadiannya.. Korang tak tau juga, korang pergi baca dekat tajuk entry ni.. Ya, bunyi misteri yang aku selalu dengar tiap2 malam sejak minggu lepas, tapi malam tadi la sidang kemuncaknya.. Korang nak baca ke citernya, yelah2 aku citer lah..

Pada waktu itu sudah pukul anjing 2.30 pagi.. Aku masih lagi menghadap blog aku ni sambil membaca blog2 follower aku tu... Sedang aku khusyuk membaca entry dorang, tiba2 aku dengar satu bunyi.. Bunyi macam ada orang menyanyi.. Nak kata aku menyanyi tak pula sebab aku tengah sibuk membaca.. Kalau korang kata aku pasang headphone pun korang silap juga sebab aku tak pakai headphone sekarang ni..

Mulanya aku fikir mungkin bunyi handphone adik aku kot, dia tu suka set jam tengah2 malam.. Aku tak tau lah kenapa dia buat macam tu.. Bunyi tu macam hilang2, kejap ada kejap takde.. Aku dengan rajinnya mencari bunyi tu.. Puas aku pergi ke setiap bilik yang ada dalam rumah aku tu, semua orang tengah tidur lena.. Dan aku sedar yang bunyi tu datangnya dari kawasan ruang tamu ni je..

Dengan keadaan yang gelap gelita tu membuatkan aku semakin kurang berani.. Aku cuba buat tak tau je dan kembali semula menghadap blog aku.. Tiba2 bunyi lain pula yang aku dengar dan bunyi kali ini lebih kuat dari yang tadi.. Aku terpaksa juga mencari dari mana arah bunyi itu dan akhirnya aku tersenyum seorang sahaja..

Kenapa aku senyum sorang2, aku dah gila ke..? Tak lah, tapi aku dah tau dari manakah punca bunyi itu terhasil.. Rupanya bunyi itu terhasil dari blog orang lain yang aku baca tu.. Mesti korang tertanya2 kan takkan lah aku tak dengar kot.. Memang aku tak dengar sebab volume komputer aku time tu cuma 5%, sebab tu lah bunyi lagu tu sayup2 je..huhuhu

So, kiranya misteri dah terbongkar lah.. Nasihat aku kepada blogger lain ialah bila malam2 korang tak payah la pasang lagu.. Nanti korang akan jadi macam aku ni, tak pun korang akan jadi macam ni.. Jangan biarkan malam anda diselubungi misterio misteri..^^

Entry sebelum pergi exam..

Inilah dia entry sebelum aku nak pergi exam.. Korang baca jelah ye.. Owh lupa pula aku nak ucapkan salam dekat korang semua.. Salam sejahtera buat korang semua ye.. Aku rasa inilah akibatnya bila dah suka sangat study last2 minit.. Bila nak baca je mula lah rasa malas... Tapi aku terpaksa jugalah paksa mata aku ni untuk mengadap butir2 peribadi tulisan ni..huhu

Bila mood nak study dah hilang ni, maka mood blog pula yang timbul.. Tak boleh jadi ni, aku kena paksa otak aku ni untuk hadap buku ni sampai lebam.. Namun apa lah daya aku sebab seluruh anggota badan aku ni telah memberontak dan dorang ni nak aku buka blog juga.. Sekarang ni pun jari aku tengah menaip2 perkataan yang aku sendiri tak tau apakah yang akan jadi nanti..

Otak : Apiz, sudah2 lah hadap buku tu, aku penat lah..
Aku : Mana boleh, petang ni ada exam lah, kena lah study..
korang kena berhati2 dengan blog tau..
Tangan : Entah, aku pun malas lah nak tulis nota2 tu, lagi best kalau aku menaip untuk blog tu..
Mata : Aku setuju dengan tangan tu, aku lagi suka baca blog dari baca buku nota tu.. We Want Blog..!!
Aku : Yelah2, aku buka lah blog tu.. Tapi nanti mesti kena baca buku tau..
Anggota badan : Yayyyy..!! (sambil melompat2 macam ungka)
Blog : Yes, aku telah berjaya mempengaruhi anggota badan apiz tu.HAHAHAHA (evil laugh)

Okay, aku rasa cukuplah untuk aku mengarut hari ni ye, aku pun nak siap2 pergi jawab exam ni.. Korang doakan aku ye supaya mudah untuk menjawab semua soalan exam tu..

P/s (play station) : Jahat betul blog tu ye, korang kena hati2 tau, nanti jadi macam aku ni pulak..huhuhu

Monday, March 14, 2011

Esok 15 March la...!!!

Salam buat semua blogger2 dan pembaca.. Kepada yang baru nak menjamah nasi tu, aku rasa baik korang makan je nasi tu dulu.. Bila dah makan nasi tu nanti barulah sambung baca entry ni ye.. Laaa... still nak baca juga, suka hati korang lah.. Nanti kalau nasi bersepah dan mak korang marah, korang jangan pula salahkan aku ye..hehehe

Okay, kita kembali ke rahmatullah isi untuk entry ini.. Kenapa dengan 15 March ni.. Aku nak kawin dah ke..?? Ye, korang dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan aku yang aku adakan di istana budaya.. Hahaha, gatal gila aku ni ye.. Belajar pun tak habis lagi, dah ada hati nak kawin.. Lepas tu nak buat masjlis dekat istana budaya pulak tu.. Apa kejadahnya aku ni, kalau nak buat teater boleh lah..^^

Fouziah Gous
Korang ingat lagi tak satu kontroversi yang telah berlaku awal tahun dulu.. Tak ingat..?? Ala, kontroversi dunia yang melibatkan Fouziah Gous dengan aku tu... Alamak, nampaknya ada orang muntah la, maka aku terpaksalah hentikan kegiatan menipu yang melampau ni ye..huhuhu. Taklah, itu cuma satu penipuan yang memang nyata tipunya, kalau ada yang tertipu gak aku tak tau nak kata apa lah ye..

Pada awal tahun 2011, dunia telah digemparkan tentang spekulasi Facebook.. Ya, Facebook yang korang duk selalu hadap 24 jam tu lah.. Aku pun ada gak buat entry tentang ni dulu, kalau korang nak baca korang klik sini ye >> klik sini.. Mesti ramai yang tau kan esok adalah tarikh untuk Facebook tu ditutup.. Tapi apakah kenyataan itu benar.. Kita tunggu jelah esok ye..

Bagi facebook maniac, korang diminta untuk bersedia menerima berita jika benar facebook tu ditutup.. Aku tau ramai yang tak sanggup nak berpisah dengan facebook ni.. Mujurlah aku telah bertemu dengan pengganti facebook ni.. Apa dia..?? Apa lagi kalau bukan blog, bagi readers yang belum ada blog tu, korang boleh la buat blog untuk mengantikan facebook jika benar akan ditutup..

Cuma itu saja entry aku untuk malam ni.. Salam istirehat semua ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...