Friday, March 04, 2011

Baca ni kalau nak tau...

Salam sejahtera kepada korang yang sudi datang dari jauh semata2 nak baca blog ni.. Ala, bukan penat pun, just duduk depan komputer dan bace je entry ni.. Tapi apa2 pun aku tetap hargai kepada korang yang sudi datang ke singgahsana beta blog aku ni.. Sebelum korang melanjutkan pelajaran pembacaan, aku nak korang tengok dulu gambar dekat bawah ni puas2...
duit dekat atas katil
ini yang ada dalam dompet
Haaa... Dah puas tengok, dah juling bijik mata tu..?? Laaa, ada yang sampai tersembul biji mata tu ye.. Cepat2 masuk kan balik, kang kalau mak korang nampak susah pulak.. Aku tau yang korang ingat aku nak kelentong korang kan.. Tapi maaf lah, kali ini bukan entry tipu menipu yang macam aku suka buat dulu.. Eh, aku tak tipu duit orang tau, aku cuma tipu perasaan orang je..hehehe..

Semua ni adalah hasil yang aku dapat setelah penat (walau pun tak penat) berusaha.. Disebabkan itu aku nak share kan kegembiraan aku ni.. Siapa yang nak dapat macam gambar2 yang aku tunjukkan itu, korang ikutlah cara yang akan aku nak bagi nanti.. Cara ni tak memerlukan korang untuk membanting tulang korang.. Bagi para blogger pula, korang tak perlu lagi nak tunggu sampai nuffnang bagi BE dekat blog korang tu..

Memang cara ni sangat mudah dan sangat senang hanya perlu klik sahaja maka korang akan dapat macam apa yang aku tunjukkan dekat atas tadi.. Korang tak payah nak ajak2 orang untuk jualkan barang ke apa.. Sebab benda ni bukannya macam MLM (Multi Level Marketing).. Owh, nampaknya masih ade orang yang tak percaya lagi, takpe, benda macam ni memang susah sikit nak bagi orang percaya...

Macam mana kah caranya..?? Korang dah tak sabar sangat nak tunggu, rilek dulu.. sebelum tu korang kena la persiapkan diri korang dari segi mental dan fizikal agar korang dapat menerima realiti dan bukan fantasi lagi.. Adakah korang sudah bersedia untuk melihat duit yang banyak..?? Kalau dah sedia korang teruskanlah pembacaan korang untuk mengetahui cara2 nya..

Cara2 nya ialah korang pergi sahaja lah dekat Google image dan taip duit banyak, mesti korang akan dapat gambar macam dekat atas tu.. Dan sudah semestinyalah korang dapat melihat duit yang banyak tu.. Hahahaha..... (gelak guling) Okay, semua bawa bertenang dulu.. Korang jangan lah marah aku pula tau, sebab aku langsung tak cakap yang aku nak bagitau korang "cara nak dapatkan duit dengan cara yang mudah".. Kalau korang tak percaya cubalah korang baca balik dari atas tadi, memang korang takkan jumpa ayat tu.. Tak puas hati lagi, korang bacalah entry ni sampai lebam ye..^^

Kan aku dah cakap yang entry ni tak tipu korang, memang betul yang entry ni dibuat sebab aku nak bagitau yang aku guna google image untuk mendapatkan gambar duit, bukan mendapatkan duit tau.. Cuma yang aku tipu ialah perasaan korang je.. (tapi tertipu ke..??) Lagi satu nak cakap, aku takde pun mengaku yang itu duit aku, sebab duit dalam dompet aku pun cuma ada RM10 je..huhuhu

Okay, masa untuk meminta ampun dan maaf kalau2 terbuat korang mengharap sangat nak tau apa cara untuk mendapatkan duit dengan mudah.. Sebenarnya takde jalan yang mudah untuk mendapatkan duit.. Semuanya mesti memerlukan usaha yang gigih.. Dan apa yang penting.. kerjasama...(suara yang tak dikenali) Bukan lah, yang penting duit tu mestilah dari sumber yang halal tau..

7 comments:

nurul nabila bt medan said...

mmg tlh tertipu:)
tpi still hokeh

cik ina said...

ye la..memang boleh dapat duit banyak..haha

apa daa...

~hAKim ZaiLAn~ said...

tipah tertipu..hahaha..
tapi tgok duit smpai bkepuk2 cmtu mmg ragu2 pon..

NURUL NADIAH MAMAT said...

huhu..........

Mischelle said...

nah lempang sebiji! hahahha!

NUR AYNIE said...

hahahah~~~ duit itu saya yang punya...*setelah search kat google...=P

Eel said...

haha~~ bantuan cik google rupanya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...