Wednesday, March 16, 2011

Mencari identiti blog...

Salam sihat bagi para pembaca yang berada diluar sana.. Kalau yang ada didalam macam mana pula..?? Contoh dalam rumah ke, dalam pejabat ke, or dalam bilik air ke..?? Kalau yang itu ikut suka hati korang lah sama ada nak terima ke salam aku ni.. Kalau ada juga yang tak puas hati, aku tujukan lah salam ni dekat semua orang okay..

contoh macam patrick ni lah..
Kita teruskan segmen kita ye.. Eh, bila masa pula aku buat segmen, aku bukannya macam abang ben tu yang rajin buat segmen.. Aku ni cuma rajin mengarut je..hehe. Tujuan asal aku ni cuma nak buat satu entry kosong je.. Asyik2 entry kosong je, bagilah entry tutorial ke..(kata suara yang tak dikenali).. Err, korang nak aku buat tutorial ke..??

Kalau nak pun, korang nak aku buat tutorial apa.. Tutorial photoshop dah ada dekat blog Cik Dil ni.. Lagi pun aku biasa belajar photoshop cari dekat google je.. Cube korang citer sikit, korang nak aku buat tutorial apa.. Atau mungkin korang nak aku teruskan buat entry kerepek merepek je.. Tak mungkin lah, sekali sekala aku patut jugalah buat entry yang berinfo sikit...

Jadi sekarang ni aku tengah mengalami dilema, aku tengah mencari identiti blog aku yang sebenar.. Korang rasa blog ni patut jadi blog yang macam mana ya..?? Cuba korang bagi cadangan sikit.. Aku nak jadikan blog personal, macam tak best pula nanti sebab aku bukannya artis atau orang yang terkenal.. Kalau korang nak kata aku ada bau2 bacang dengan Sultan Mizan tu pun dah memang sah la jauhnya..

So, senang citer.. Korang kalau nak cari identiti blog korang, korang pergilah check dekat Jabatan Pendafrtaran Negara..hehe.gurau je..Kalau ikut pandangan aku, korang tengoklah dekat blog korang tu entry mana yang paling banyak korang buat, maka itu lah identiti blog korang..

7 comments:

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

blog nana..blog, macam2 ada...hehehe

Arpiiz said...

kalau macam tu sama lah kita, cuma blog ni lagi banyak mengarutnya..hehe

amii afandi said...

saya rasa blog awak ni lebih kepada pemberi tips. ;D

cik ina said...

blog ni blog santai kot.. :)) rilek je otak masa baca..wahh..

Arpiiz said...

owh yeke, terima kasih atas pendapat korang tu.. nak kena belanja makan ke ni..??hehe

Siti Hajar Masri said...

blog awak ni akak suka baca..ayat2 awak sempoi & mudah difaham..teruskn tulis blog ye..:)

gabanMorka said...

apa yg kau paling pakar
apa yg kau paling tahu
apa yg kau paling minat
etc

bnda ni la buat gap antara blog ko n blog org lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...