Monday, March 07, 2011

Masa member aku bergaduh dulu..

Salam kepada semua yang membaca entry kali ini.. Bagi sesiapa yang tidak membacanya, maka jemput2 lah baca ye supaya korang pun boleh menjawab salam aku ini..hehehe. Hari ini aku tak tau nak story apa dekat entry kali ini.. Korang bagi aku sikit idea boleh tak..??

Okay, setelah aku membuat pertimbangan keatas semua cadangan yang sebenarnya takde lagi tu.. Maka aku berhasrat untuk citer dekat korang antara kenangan2 zaman aku sekolah rendah dulu.. Mestilah korang punyai kenangan zaman kanak2 kan.. Mana ada orang yang takde kenangan kanak2, kecuali lah kalau orang tu menghidap penyakit amnesia atau dalam bahasa mudahnya ialah penyakit hilang ingatan.. Bukan hilang idea tau, yang itu cuma penyakit untuk blogger je..

Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ialah time aku darjah 3 kalau tak silap aku.. Masa tu member aku bergaduh.. Aku tak tau lah apa motif yang dorang gaduhkan itu sebab masa tu aku pun baru nak masuk kelas.. Time tu memang budak2 lain dah berkumpul keliling member aku yang bergaduh tu.. Aku pun perhatikan jelah, yelah aku ni mengamalkan konsep "lihat dan analisis"..

Maka member aku yang si A ni pun mula lah menengking dekat member aku yang si B ni.. Time tu ayat yang aku dengar " Balik bayar la ko.." kata member aku yang A tu.. Lepas tu yang si B pun cakap macam tu juga.. Aku yang dengar apa yang dorang cakap tu memulakan sesi menganalisis.. Aku fikirkan apa bendalah yang dorang cakapkan tu.. Balik bayar..?? Apa benda yang kena bayar, takkan sebab pinjam duit kot..?? itulah apa yang otak aku fikirkan..

Selepas membuat analisis yang masih tidak diketahui jawapan tu, aku pun tanya lah dekat sorang penonton maksud aku budak yang tengok member aku bergaduh tu.. Malangnya dia pun tak tau apakah sebabnya dorang tu bergaduh.. Akhirnya pergaduhan itu pun dapat diselesaikan oleh ustazah aku yang memang dikenali dengan kebuasannya kegarangannya..

Walau pun dorang dah habis gaduh, tapi aku masih tak puas hati dengan ayat "balik bayar" tu.. Aku mengambil masa 3 hari 3 malam untuk merungkai misteri ayat itu.. Tipulah, sebenarnya ambil masa 5 tahun sebab masa aku tingkatan 2 tu baru aku ingat balik tentang ayat tu.. Korang nak tau tak apa maksud "balik bayar" tu..??

Maksud "balik bayar" tu sebenarnya babi a.k.a khinzir.. Kenapa pula..?? Sebab time tu dorang sebenarnya sebut " Ba Alif Ba Ya".. Tapi bila disebut laju2, maka bunyinya ialah "balik bayar".. Korang tak caya, cuba korang sebut ulang2 kali dan laju perkataan "Ba Alif Ba Ya" tu, tengok apa bunyi yang jadi..

Jadi aku terfikir, betapa jaganya mulut untuk tidak meyebut perkataan "B**I" tu masa dulu, tapi cuba korang tengok budak2 sekarang, baru umur 5 tahun, perkataan itu je yang keluar bila marah..Budak2 besar apa lagi, makin banyak perkataan2 sensor tu disebut makin bangga pula dorang.. Mungkin ada segelintir budak je kot yang macam tu..

5 comments:

Fiqas said...

aah la kan...sekali imbas bunyi cam bayar balik lak..

Arpiiz said...

hehe, itulah persoalan yang menghantui selama 5 tahun..T_T

EJA said...

lumrah kehidupan :)

cik ina said...

x nafikan kadang2 sakit hati jugak bila dengar budak2 suka sangat sebut perkataan tu dgn sengaja.x sengaja x apa kot.hehe..

KUREKURE COMEL said...

hahaha...a'ahh kan....mina pun kemain pikir...rupe rupenye...adoooiii..


budak skrg bg direct je....huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...