Saturday, March 19, 2011

Alhamdulillah, rezeki..

Salam kepada para pembaca semua tidak kira lah yang berada didalam Malaysia atau yang berada diluar negara.. Even kalau ada pembaca dari luar sistem solar pun aku tujukan salam ni.. Tapi aku tau benda tu memang tak akan berlaku punya..

Okay, seperti biasa lah, korang boleh abaikan perenggan pertama tu.. Apakah rezeki yang aku dapat tu..?? Adakah aku telah bertemu jodoh..?? Tidak, tapi kalau bertemu jodoh lagilah aku bersyukur..hehe. Lupakan tentang hal itu, aku sebenarnya nak cerita benda yang berlaku malam tadi..

Okay, kali ni bukan tipu, bukan mimpi atau bukan sesuatu yang membuatkan korang rasa geram sahaja lepas membacanya.. Sebenarnya aku jumpa duit.. Hah, tengok, aku dah dengar yang korang cakap aku nak tipu.. Tak, aku tak tipu untuk kali ni.. Ini betul2, bukan cobaan.. Korang tak nak percaya juga, kalau macam tu takpelah.. Korang baca sahaja lah ye..

bayangkanlah celah2 buku ni ada duit..
Malam tadi aku mengemas rak buku aku.. Punyalah penuh habuk dekat dalam tu.. Dahlah penuh dengan buku2 tulis sejak aku form5 lagi.. Aku pun mulalah sesi pemilihan model buku2 yang tidak digunakan untuk dibuang.. Masa aku tengah selak2 buku tulis tu, tiba2 sesuatu yang membuatkan aku terkejut..

Aku bukan terkejut sebab ada ular ke lipan.. Tapi aku terkejut sebab aku terjumpa duit yang aku kumpul masa form5 dulu.. Aku juga jumpa duit raya aku yang tahun lepas, aku memang dah tak ingat duit tu lagi sebab aku ingatkan aku dah masukkan semua kedalam bank dulu..

Aku tersenyum sorang2 depan buku2 lama tu.. Yelah, macam mana aku tak senyum, bila aku kira2 balik ada lah dalam RM80 yang aku jumpa.. Aku pun teringat, dulu aku suka sangat simpan duit celah2 buku tulis.. Even duit raya pun aku suka simpan celah buku tulis tu.. Nasib baik dulu aku dah simpan duit raya aku dalam bank, kalau tak mesti lagi banyak aku jumpa..hehe

So, moral of the story kali ini ialah simpan duit tu biarlah setempat sahaja, kalau banyak2 tempat macam aku buat nanti korang boleh lupa.. Aku bersyukurlah sebab jumpa duit2 tu, dahlah sekarang ni aku tengah agak kering.. Dompet aku tu cuma ada duit untuk minyak motor je..huhu

Aku nak open table ni, "mamak, roti canai 10..!!"..hehehe

P/s (play station) : Sepatutnya aku publish post ni siang tadi, tapi siang tadi aku sibuk lah..T_T

9 comments:

FariehanIbrahim [LBC] said...

wahhh! 80hinggit kot,
share kt sini 50% plisss~ ;PP

penah gak jumpa duit celah buku,
ase cam xrugi plak simpan camtu kn! haha >.<

Eqmal said...

naya mamak tu,,haha

hana said...

kite mempunyai habit yg same..
sye pn suke letak duit dlm buku...haha..

nk open table kt ne??
nk join bule??
muahaha

Arpiiz said...

LBC : memang tak rugi kalau jumpa, tapi rugi sangat bila lupa kat mana kita letak duit tu.huhu

Arpiiz said...

eqmal : haha, taklah, mamak tu lagi suka la..^^

Arpiiz said...

hana : eh, habit kita sama ye.. ni sapa tiru sapa ni..hehe

jom2 join sekali..^^

kay_are said...

kalau dah rezeki tu, memang x ke mane r kan.. bile2 je leh dapat.. hee

Arpiiz said...

kay are : betul tu, setuju sangat..^^

cik ina said...

sama ar..suka sangat selitkan duit kat mana-mana..bila jumpa balik,rasa cam lepas jumpa duit orang.sedangkan duit sendiri :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...