Sunday, March 27, 2011

Maaf, dilarang membaca entry ni...

Ini adalah entry larangan, korang semua diminta supaya meninggalkan zon larangan ini dengan kadar segera.. Sekiranya korang tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kucing aku, seekor semut akan dihantar kepada korang.. Semut itu akan memusnahkan semut2 yang duduk dekat dalam keyboard korang itu..

Laa, korang still tak ikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kucing aku tu..?? Owh, aku tau yang hukuman itu masih tidak berjaya menakutkan korang semua kan.. Macam mana pula kalau aku hantarkan dekat korang seekor lipas agar lipas itu dapat membunuh lipas2 yang bermaharajalela dekat rumah korang tu..

Korang masih lagi tak takut dengan hukuman tu..?? Ish, kira hebat juga korang ni ye.. Kalau macam tu aku akan menghantar seekor nyamuk supaya nyamuk itu boleh menghisap darah nyamuk yang baru gigit korang tu.. Haaa, takut tak dengan hukuman tu..?? Laa, korang gelak pulak kenapa.??

Takde maknenya aku nak buat macam tu dekat para pembaca semua.. Owh ye, lupa pula aku nak ucapkan salam membaca buat para readers semua.. Entry ni dibuatkan hasil dari kegiatan aku menyeludup dadah ke negara Siam.. Tolong jangan laporkan kepada polis dulu sebab kenyataan itu adalah kenyataan palsu semata2..

Sorilah korang semua sebab terpaksa membaca entry yang mengarut ni.. Aku sebenarnya tengah sakit kepala ni.. Tak tau lah sama ada kerana kekurangan tidur atau terlebih tidur.. Aku rasa inilah akibat tidak menghadap blog melebihi 12 jam.. Lihat lah betapa kuatnya pengaruh blog ni terhadap diri aku ni..

Ala, orang lain tak tengok blog sampai berbulan2 rilek je, takde pun sampai nak sakit2.. Hmm, mungkin aku terlalu obes obses dengan blog kot.. Ish, kalau macam tu bahaya lah jugak.. Nampaknya lepas ni kena pandai bahagi masa antara berblog dengan masa seharian la..

Okay, terima kasih kerana sudi membaca entry ini walau pon aku dah larang..hehehe..^^

12 comments:

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

tolong jangan baca komen ini..kerana yang tukang komen pun tak tahu nak komen ape...heheh

Arpiiz said...

hahaha, komen ni terpaksa juga dibaca sebab nak tau apa yang nana komen..^^

Muhd Aizie said...

12 jam kau layan blog ??? wow~!
hebat gilaaa kau nie yer ???? hee .

TeRRoRRiZZ said...

hahaha...yang dilarang tu lah makin dibaca kan.....

Arpiiz said...

muhd aizie : takdelah sampai 12 jam, sakit lah kalau buat macam tu.hehe

fathiahRAIHANA said...

lagi larang lagi nak buat kot . haha . jgn la dok ngadap belog je . pi la jalan2 amek angin sama ^^

Arpiiz said...

terorrizz : haha, biasa benda tu..^^

Arpiiz said...

fathiah : lain kali boleh lah buat tajuk yang macam ni ye..hehe

nak pergi jalan2 tapi kat luar panas..huhuhu

little cart00n said...

kata org, kalau jumpa blog, memang tak leh buat keje lain..
berblog je kejenya!
hahha

Farhan Zulhusmi said...

aku sembur lipas tu dgn penyembur air...lansung dia xdpt hidup....hahaha

Arpiiz said...

little : owh, betul lah apa yang orang tu cakap ye..^^

Arpiiz said...

farhan : hahaha, aku bagi kucing aku main lipas tu je..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...