Sunday, March 06, 2011

Bizi, sibuk, dan yang sama waktunya.. (version 2)

Salam sibuk buat semua.. Eh, silap pula, salam malam buat korang semua yang sedang sibuk buat assignment atau yang sedang tengok tv sekarang ni.. Malam ni aku tak dapat nak buat satu entry yang entah apa2.. Bukan kerana aku tak nak atau kerana aku malas.. Tapi adalah kerana aku sibuk sangat malam ni..

Cuba korang test teka apa yang aku buat sampai aku sibuk sangat ni..?? "Sibuk buat assignment..!!" kata seorang blogger.. Owh, nampaknya jawapan dia salah.. Ada sesiapa yang nak teka lagi ke..?? Dah takde dah, kalau camtu tak best la.. Yelah, aku bagitau lah ni.. Aku sebenarnya sibuk sangat membuat sesuatu yang hanya orang tertentu sahaja membuatnya..

Aku sebenarnya tengah melawan raksasa mata tiga yang datang dari planet Fariuz.. Satu planet yang tak diketahui dari mana tempatnya dan tak akan dapat dikesan walaupun korang menggunakan GPS yang paling baru juga.. Ini adalah kerana planet tu pun tak pernah wujud pun dan ia hanya wujud didalam kotak imaginasi aku sahaja..

rajinnya lah, awek sapa ni..
Okay2, kali ini serius sikit.. Tadi kata sibuk sangat sampai tak sempat nak buat entry entah apa2.. Ni aku dah start merepek ni, apa citer ni..?? Sebenarnya aku tengah sibuk merajinkan diri aku untuk study.. Aku study..?? Satu benda yang amat jarang untuk aku buat ni, apakah dunia sudah hampir kiamat..??

Memang, dunia memang hampir kiamat, takkan makin jauh pula kan..? Aku sebenarnya bukan la minat sangat nak sudy ni, tapi dah disebabkan esok aku kena menghadapi exam, maka aku terpaksa untuk meninggalkan blog ini sebentar.. Walau macam mana pun, aku akan tetap cuba untuk sentiasa update, even aku terpaksa meredah hutan rimba dan melalui lautan yang berapi..

Cukup..!! dah makin jauh ni aku melalut.. Aku terpaksa hentikan jari aku ni dari terus menaip perkataan yang tak masuk akal.. Hope esok dan hari2 akan datang, aku akan dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan mengisi ruang jawapan itu dengan jawapan yang betul.. Korang pun doakan aku ye.. Okay, aku nak sambung study balik.. salam malam buat semua..

6 comments:

risa said...

study smart okehhh...gud luck bro!

sarah mohamad said...

Study study study !

Good Luck dear :)

fathiah said...

selamat ber stdy ... hehehehe

FurBall said...

ugh..biasalah tuh..bab2 study nih..sape lah yang rajin kan..tapi takpe..demi masa depan.ahaks..good luck anyway!!

cAnDY A.N.A said...

buat ape pnt2 study.. rebus je buku tu.. pastu mnum air rebusan. amalkan selama seminggu insyaALLAH anda bkn setakat x yah bce bku, tp siap boleh jwb test smbil mata dipejanmkan.. renung2kan dan slmt bermaal~~

:: Zanna :: said...

okey gud luck!!! study smart okey :)

Terkini : i luv blogging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...