Sunday, March 27, 2011

Volkswagen kuning masih kekal misteri

Salam buat semua readers yang tengah berehat.. Bagi mereka yang baru balik kerja, pergilah berehat dulu ye, nanti sakit kepala pulak.. Nak bagitau dulu ye, ini adalah entry yang paling lama untuk aku hasilkan.. Aku sendiri pun tak tau kenapa lambat sangat untuk entry siap..huhuhu

Okay, kita teruskan kepada tujuan entry ini dibuat.. Meh baca apa benda yang aku nak cerita.. Tukar kepada mood seram okay.. Korang mesti pernah dengar tentang cerita2 misteri yang berlaku di highway Karak.. Bagi yang tak tau tu sini aku story sikit cerita yang pernah hot dulu..

Wak segan atau lebih dikenali sebagai volkswagen kuning.. Cerita ni seingat aku pernah hot masa tahun 2000 kalau tak silap akulah.. Menurut saksi kereta itu akan muncul pada arah bertentangan dan muncul semula serta memintas kereta saksi..Waktu kejadian dalam area 3-4 pagi kalau tak silap aku..

Kata saksi juga, sekiranya pemandu lain cuba memotong kereta itu, alamatnya orang itu pasti akan kemalangan.. Tapi jika dibiarkan sahaja, kereta itu pun takdelah nak kacau.. Sumber adalah dari forum2 yang aku baca dekat internet.. Aku sendiri tak tau betul atau tidak..

Mula2 aku tau cerita ni pun dari buku mastika dulu.. Aku tak tau kenapa aku rasa minat sangat nak tau tentang kisah volkswagen kuning ni.. Setelah kajian yang agak dalam sedalam 1 mililiter sahaja, aku dapati yang volkswagen ini sudah tidak menganggu orang di highway lagi dah.. Ini adalah gambar volkswagen kuning yang aku jumpa tepi longkang dekat google..
inilah dia volkswagen kuning tersebut..
Tapi kali ini dia sudah tidak menganggu orang lain.. Kenapa..?? Apakah kerana harga minyak dunia sudah melonjak naik dan menyebabkan dia berhenti seketika dari mengacau pemandu lain..?? Itu aku tak tau, tapi yang pasti cerita itu sudah senyap sunyi..

Selepas habisnya cerita volkswagen kuning tu, sekarang sudah muncul pula misteri lain.. Kali ini tentang vespa kuning pula.. Menurut saksi, kebiasaannya orang akan ternampak vespa kuning ini pada hari jumaat.. Dan waktu yang paling orang kerap jumpa ialah dalam area jam 8.30 malam..

Awal pula vespa kuning ni muncul ye.. Tapi apakah vespa kuning ini ada kaitan dengan volkswagen kuning itu..?? Kalau nak diikutkan persamaan yang ada ialah, kedua2nya adalah kenderaan dan berwarna kuning.. Kedua2nya juga bermula dengan huruf 'V'..

Ini adalah gambar yang berjaya ditangkap oleh saksi...
vespa kuning dalam Apa Saja FBI di tv9
Hahaha, inilah dia vespa kuning tu.. Aku tak tau lah kenapa entry ni boleh jadi macam ni.. Asalnya nak buat cerita lain, last2 endingnya macam ni pula.. Entry ni mula di buat 3 malam yang lepas, tapi sebab asyik tak tau nak buat ending apa, maka malam ni baru ada idea dan publish kan untuk korang..

P/s (Play station) : Agak2 sekarang ni volkswagen kuning tu masih ada lagi tak..??

14 comments:

zati embong said...

tetibe rasa seram plak kalau betul2 jumpa kan?

kalau arpiz yg jumpa?

little cart00n said...

dulu kalau dgr cite waksegan kuning tu, sure meremang bulu roma!
huhu

Arpiiz said...

zati : memang seram pun kalau jumpa, tapi kadang2 teringin pula nak jumpa..huhuhu

Arpiiz said...

little : macam pernah kena je ni..hehe

FaTin.FiRDaUs said...

btol ke pasal waksegan tu??

terataiflowerz said...

huh! kalo jumpe bukan nk potong..tp nk reverse balik je......

zuhanismohamed said...

okay takut pulak sebab baca entry ni pukul 130 pagi..=.=

perpatih_kenyalang said...

ni yang mastika punye kan.. huhu.. pernah baca n seram jugak..

Arpiiz said...

fatin : tak pasti betul ke tak, tapi dulu ramai gak yang bercerita..

Arpiiz said...

teratai : itu pun kalau boleh nak reverse..huhuhu

Arpiiz said...

zuhanis : kalau duk umah tak payah lah nak takut.hehehe

Arpiiz said...

perpatih : a'ah, dulu pernah baca dekat mastika..

NICK IRFAN said...

mula2 aku nak mula seram lps tu aku trus ketawa.. hahahah

Arpiiz said...

haha, kalau nak terus rasa seram pun tak pe..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...