Thursday, August 13, 2015

[Tutorial Thursday] Tutorial untuk buat tutorial

Salam dan hai kepada para readers semua..

Amaran, entry ini akan membuang masa anda yang sangat berharga tu. Jadi diminta untuk beredar sementara anda masih lagi mampu untuk beredar. Kerana dikuatiri anda akan turut terjebak ke dalam kancah aktiviti pembuangan masa beramai-ramai.

Apa punya panjang lah amaran yang aku buat ni. Tapi memang betul pun, entry Tutorial Thursday kali ni memang untuk saja-saja je. Memandangkan tuan punya blog ni punya lah malas nak cari bahan untuk entry awal-awal, jadi korang terpaksa lah membaca entry yang entah apa-apa ni. Eh, korang still membaca lagi entry ni, well kalau korang nak baca jugak, aku tak kisah pun..
Tutorial untuk membuat tutorial, itulah tajuk entry untuk hari ini. Maksud dari segi bahasanya ialah cara-cara untuk membuat cara-cara. Err, macam pelik pulak maknanya tu. Tapi adakah ayat tadi bermakna bagi korang semua.? Sudah tentu tidak kan, haa tengok aku dah start membuang masa korang. Cepat lah korang baca entry lain, jangan baca entry ni.

Cara-cara untuk membuat tutorial.

* Cari tajuk tutorial
- Contohnya korang cari lah tutorial tentang cara-cara nak makan buah, atau pun tutorial cara-cara membina kapal selam, mungkin juga tutorial tudung dan juga bermacam jenis tajuk yang korang boleh gunakan. Sila pastikan yang tajuk korang itu mengenai citarasa para pembaca, kalau tak kena, korang kena-kena kan aje..

* Cari tajuk tadi tu dekat google
- Haa, lepas dapat tajuk tu, korang cari dekat google, tengok-tengok kalau ada orang yang dah buat ke belum tajuk tu. Kalau belum ada yang buat tu bagus lah sebab korang lah yang akan menjadi orang pertama untuk membuat tutorial dengan tajuk yang sedemikian. Tapi kalau dah ada pulak yang dah buat tajuk tu....

* Copy tutorial yang orang lain dah buat.
- Ya, betul lah apa yang korang baca ni. Kalau dah ada orang yang buat tutorial tu, korang copy paste je tanpa kebenaran owner tutorial tadi.hahahaha. Ish-ish, jahat sungguh aku ni. Kalau rajin korang mintak izin lah dekat owner tutorial tu, tapi kalau tak rajin macam aku, korang cuma letak link blog owner tu dekat entry korang tu pun bagus lah.

* Kalau takde orang lain yang buat lagi.
- Kalau takde orang lain yang buat lagi, korang tulis jelah tutorialnya. Mesti korang pernah buat tutorial tu kan.? Kalau tak pernah, better korang cari tajuk lain. Macam untuk entry ini, takde sapa lagi yang buat, sebab tu aku main hentam je ayat kat sini..

* Postkan entry tutorial tu.
- Okay, bila sudah selesai tutorialnya, korang boleh lah postkan entry dan bagi orang lain baca. Tak kisah lah kalau tutorial tu merapu ke or tutorial tu cara-cara masak ikan kerapu ke. Korang post kan aje, mana lah tau ada pulak hamba Allah yang baik hati dan sudi membaca entry tu..

Sampai lah disini saja tutorial kali ni, aku tak tau lah ada ke tak orang yang berjaya membaca sampai habis entry ni. Tapi kalau ada, tahniah lah aku ucapkan dekat orang tu. Kalau nak hadiah, korang cakap je ye, tapi cuma cakap jelah, dapat nya memang tak pun..hehehe

P/s : Dari minggu lepas lagi aku dah agak yang aku akan buat entry tutorial merapu ni..

8 comments:

kakaktiricinderella said...

Hahah Pestime baca tutorial untuk buat tutorial XD
Selama nie buat tutorial main belasah jer :P

Anyway, KTC pun jenis pemalas. Letak link blog / link entry asal jer. Hehehehe

Arpiiz said...

@Kakak Tiri Cinderella : yes, ada geng lah kalau camtu ye..hahaha

Deanna Morni said...

teringin nk buat tutorial tp xde yg sy reti utk bg tutorial hihihi

ajuya said...

terima kasih tutorial nya...akak xpernah buat lg ni tutorial boleh folo tutorial ni..hehe

Kak Wawa said...

Salaam jumaat apiz..")
pestime baca tutorial unik ni.. hehe

salam singgah n follow..#1220

y i e n said...

comei je tajuk entry ni "tutorial utk buat tutorial" haha.. neways thanks 4 sharing :)

yoorinmelacolea said...

huhu..x berapa suka sangat entry copy paste.. tp kalau nak share jugak credit laa kat empunya badan kan...

dariilhamkehati said...

okei, dah habis baca maka tergolonglah CP dalam kalangan orang yang sangat degil sebab ignore jer warning yang banyak dalam entri berikut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...