Saturday, August 08, 2015

[Story Saturday] Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)

Salam dan hai kepada para readers semua...

Ada satu cerita berkenaan tentang satu pasangan suami isteri yang sedang dilamun cinta. Setiap hari mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa yang memberikan mereka kebahagiaan dan juga kegembiraan. Si isteri seorang yang pendiam tetapi selalu tersenyum, manakala Si suami pula seorang yang suka bergurau dan ada sahaja idea untuk menyakat Si isteri tadi.

Apabila waktu pagi, Si isteri selalu menyediakan sarapan untuk suami tercintanya dan apabila Si isteri sedang leka didapur itu lah Si suami akan senyap-senyap menyusup berdiri di belakang Si isteri dan menutup mata isterinya tadi sambil memberikan ucapan selamat pagi. Walaupun Si isteri tidak banyak bercakap, tetapi didalam hatinya penuh dengan kegembiraan dan dia sangat senang dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu.

Pada suatu hari, seperti biasa sebelum Si suami bergerak ke tempat kerjanya, Si isteri akan cepat-cepat memimpin tangan suaminya sehingga ke kereta. Sebelum dia melepaskan tangannya, Si isteri mengucup tangan suaminya itu sebagai tanda berharap yang Si suami akan selamat pergi dan pulang. Apabila Si suami tadi bergerak, maka bermula lah tugas Si isteri untuk mengemas rumah.

Selesai sahaja dia mengemas rumah, tiba-tiba dia terfikir untuk membuat kek kesukaan suaminya iaitu kek vanila. Memandangkan tugas mengemasnya pun sudah selesai, tanpa membuang masa dia pun segera menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kek vanila tadi. Hampir 1 jam jugalah masa yang diambil oleh Si isteri untuk menyiapkan kek itu, namun semuanya berjalan dengan lancar.

Sewaktu menyimpan kek tadi ke dalam peti ais, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Si suami di skrin telefonnya dan apabila dia menjawab, ada suara perempuan memberitahu bahawa Si suami tiba-tiba jatuh pengsan di pejabat dan kini beliau telah dihantarkan ke hospital. Tergamam Si isteri apabila mendapat berita yang sangat mengejutkan itu.

Ketika di hospital, Si isteri menunggu dengan sabar dan banyak berdoa agar orang yang dikasihinya itu akan selamat. Tidak berapa lama kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan dan memberitahu kepada Si isteri yang suaminya menghidap satu penyakit dan kini keadaan suaminya dalam keadaan kritikal. Bertambah terkejut Si isteri apabila diberitahu oleh doktor mengenai penyakit suaminya, kerana apa yang dia tahu suaminya itu selalu kelihatan sihat.

Malam sudah pun tiba, Si isteri terlelap di sisi Si suami yang terlantar diatas katil sambil memakai topeng oksigen. Dalam cahaya yang samar-samar itu, Si suami membuka matanya dengan perlahan dan dia lihat Si isterinya itu sedang memeluk erat tangannya. Si isteri terasa pergerakan tangan suaminya dan segera melihat keadaan Si suami, dia sangat-sangat gembira apabila melihat Si suami tersenyum.

Air mata nya sudah tidak dapat dibendung lagi, lalu mengalirlah ia jatuh turun ke pipi. Si suami yang melihat air mata milik isterinya jatuh, dengan segera mengesat air mata itu dan berkata yang dia tidak mahu melihat isteri kesayangannya menangis. Tambahnya lagi, jika benar masanya telah pun tiba, dia mahu isterinya itu menerima dengan hati terbuka.

Bersambung....

Ku Tunggu Kamu Disini (Part 2)

P/s : Alahai, aku ingatkan nak habiskan je cerita ni, tapi dah panjang sangat pulak. Korang nak cerita ni happy ending or sad ending.? Atau mungkin surprise ending.??

2 comments:

CikguSiti said...

bila baca macam sad ending je.. tp mungkin suprise ending.. Huhuhu

Arpiiz said...

@Ck Tmn : Haa, tulah tak tau nak buat sad or suprise ending.hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...