Monday, January 31, 2011

Baru nak menyesal..

Salam semua, dah malam baru la aku nak postkan entry kedua untuk hari ni.. Macam sedih pula, tapi apa yang nak di sedihkan pun betul tak.. Untuk entry kali ni aku saja nak membangkitkan isu tentang kehilangan.. Sudah pasti yang semua orang akan merasai perasaan seolah2 kehilangan sesuatu yang sangat berharga, betul tak..? Kalau betul sila lah makan nasik..hehe

dah takde baru nak menyesal..
Aku nak listkan dekat sini antara benda yang berharga tetapi ramai yang tidak mengendahkanya.. Bila dah tiada baru la kita merasa yang benda itu lah perkara yang paling penting dan bermakna dalam kehidupan kita.. Senarai ni aku tunjukkan yang paling penting dekat atas ye..

*Ibu bapa
Sekarang dah ramai dah anak2 yang sentiasa melawan ibu bapanya, apatah lagi yang pergi hantar ibu bapanya ke rumah orang2 tua.. Bila dorang dah takde baru lah nak menangis meraung, masa tu memang dah tak boleh dah nak bawak dorang balik tengok kita dah..

*Keluarga
Yang ini pun sama juga macam dekat atas tadi.. Tak kisah la adik beradik ke, suami isteri ke, bila bergaduh je mesti ambik masa yang lama nak baik(biasa sebab harta la).. Bayangkanlah kalau masa kita bergaduh dengan dorang tu tiba2 kita diberitahu yang dorang dah takde.. Masa tu barulah nak menyesal sebab bergaduh..

*Kerja
Ini biasa lah, walaupun kerja kosong bersepah2 dekat luar sana tapi sekarang ni dah susah.. Bila mintak kerja beria2 lah, tapi bila dah dapat asyik nak MC lah, nak balik awal lah.. Bila dah kena pecat, mula lah mintak keja macam tadi lepas tu buat lagi benda yang sama.. Tapi aku percaya kalau kerja korang tu merupakan kerjaya korang, mesti korang tak akan main2 kan..

*Idea
Yang ini khusus untuk para bloggers, korang ingat tak masa korang belum buat blog korang tu.. Ala, blog korang yang sekarang ni lah yang cantik and comel tu.. Masa korang belum buat blog, mesti banyakkan idea yang datang ketuk kepala otak korang tu(eh, macam kasar ayat tu..), tapi korang tak ambik kisah pun (macam aku la). Tapi bila dah buat, puas lah mencari mana la idea ni tak datang2..(pun macam aku juga..huhu)

Okay buat masa ini cuma itu jelah yang aku nak senaraikan, nanti kalau buat panjang2, takut lama pula korang kena loading.. Kesian dekat korang, apa2 hal pun aku nak cakap yang korang hargailah benda yang ada di depan kita ni.. Kadang2 kita tak tau yang benda kita anggap sebagai lumpur tu ada intan di dalam nya..

Cara nak betulkan printer anda..

Salam semua, bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak... Nak masak apa..?? kita masak la apa benda yang ada dalam peti ais korang tu.. Maaf semua ye, pada hari yang mendung ni, otak aku dah kurang kewarasannya dan menyebabkan aku merapu tak tentu pasal.. Tapi aku nak bagitau yang aku tak makan ikan kerapu tau..

lebih kurang macam ni la printer rumah aku..
Okay,yang ini betul punya.. Macam tajuk yang korang baca dekat atas tu, hari ini aku nak share la sikit pengetahuan aku tentang cara2 untuk membaiki printer korang yang korang rasa lagi banyak rosak dari berfungsi.. Cara2 yang aku nak bagitahu ni boleh di gunakan untuk apa jenis printer pun, kalau korang tak percaya tak apa lah.. Cara yang aku nak tunjukkan ni juga hanya untuk masalah kalau catridge printer korang tak mahu gerak atau sangkut..

Mula2 korang kena sediakan peralatan yang diperlukan untuk membaiki printer korang tu..
* Skrewdriver (mata bunga dan yang lagi satu tu).
* Tisu (tak kisah tisu muka atau tisu jamban..)
* Magnet
* Air sirap (kalau nak air kosong pun boleh)

Cara2 untuk membaiki..
* Korang pastikan printer korang tak bersambung dengan apa2 plug ya.
* Korang cari tempat skrew dan cabut menggunakan skrewdriver tu.
* Kalau boleh keluarkan catridge korang dulu..
* Gunakan magnet untuk melekatkan skrew2 yang dah korang cabutkan tadi..(nanti takde la hilang..)
* Korang tengok2 dulu dalam printer korang tu..
* Kalau korang rasa dahaga ke, korang minum la air sirap yang korang sediakan tadi..
* Pasang balik skrew yang dah korang cabutkan tadi.
* Masukkan juga catridge yang korang dah cabut tadi
* Yang paling penting, kalau korang rasa yang korang dah berpeluh, korang boleh gunakan tisu tadi ya..
* Pasang plug printer tu dan tengok hasilnya..

Boleh tak, kalau tak boleh aku ucapkan tahniah kerana hasil yang korang dapat tu sama macam aku.. So apa lagi, korang boleh la start kan enjin kereta korang dan bawa printer korang tu ke kedai komputer yang berhampiran rumah anda ya..

AMARAN KERAS : SILA BACA ENTRY INI DULU SEBELUM ANDA MELAKUKANNYA..
(aku tak bertanggungjawab atas segala kerosakkan yang telah korang lakukan...hehehe)

Ada satu cerita.. (Part 10)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 9)

... Asap hitam itu mula membentuk seakan-akan tubuh manusia dan mula menyerang Wak Darmawi, tetapi entah mengapa dengan secara tiba-tiba sahaja asap hitam itu hilang apabila dia melepasi tubuh Wak Darmawi.. Setelah mereka berempat suda berada di dalam kereta, si suami segera menghidupkan enjin kereta dan pergi semula ke rumah Wak Darmawi...

Ketika di dalam perjalanan si suami bertanya kepada Wak Darmawi apakah yang telah berlaku terhadap lelaki ini.. Wak Darmawi hanya menyatakan bahawa lelaki ini telah terikat dengan perjanjian ilmu hitam yang dia tuntut ketika berada di seberang dulu.. Leman mencadangkan agar dibawa sahaja lelaki itu ke hospital kerana kelihatannya lelaki itu sudah cedera parah.. Bagaimana pun Wak Darmawi tetap menyuruh supaya terus pulang ke rumah dia supaya dia dapat menyelesaikan masalah ini..

Apabila sampai sahaja di rumah Wak Darmawi, si suami dan Leman segera mengangkat lelaki itu masuk ke rumah dan membaringkannya di ruang tamu.. Mak Teh yang pada masa itu masih berada di rumah itu bertanya kepada Leman perihal lelaki itu.. Leman pun menceritakanlah apa yang terjadi ketika mereka berada di rumah itu..

Wak Darmawi duduk di ruang tamu rumahnya dan dihadapannya adalah lelaki tadi.. Wak Darmawi merenjiskan air yang di bawanya bersama tadi kerana dia mahu mula mengubati lelaki itu.. Sesuatu yang aneh berlaku apabila air yang direnjis tadi tidak membasahkan tubuh lelaki itu, bahkan air itu seakan-akan hilang sebelum sempat singgah ke tubuh lelaki itu..

Si suami dan Mak Teh hanya melihat sahaja sementara Leman duduk di penjuru rumah sambil membaca ayat-ayat tertentu.. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Leman apabila Wak Darmawi mengubat orang, dia memang akan duduk di penjuru rumah untuk membantu memudahkan kerja Wak Darmawi. Lagi sekali Wak Darmawi merenjiskan air dan kali ini tiba-tiba mata lelaki itu terbuka, dengan matanya yang berwarna hitam sambil merenung tepat ke mata Wak Darmawi, dan Wak Darmawi masih lagi bersikap tenang..


Walau macam mana pun, lelaki itu masih tidak mampu bergerak, hanya mata dan mulutnya sahaja yang mampu bergerak.. Lelaki itu memarahi Wak Darmawi dengan mengatakan yang Wak Darmawi menganggu kerja dia.. Dengan suaranya yang agak menakutkan, mereka semua tahu bahawa yang bercakap itu adalah syaitan yang sedang merasuki badan lelaki itu..

Wak darmawi bertanya kepada dia yang kenapa dia masih duduk di dalam badan lelaki itu walaupun perjanjian antara mereka sudah tamat.. Lelaki itu menjawab yang dia perlu...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 11)

Sunday, January 30, 2011

Bila Dia berbicara...

Hujan, mungkin ramai yang mengatakan bahawa ia adalah rahmat dari tuhan.. Lebih2 lagi apabila setelah sekian lama cuaca panas terik yang selalu hadir melawat hari kita.. Pernah orang berkata bahawa setiap makhluk akan bersyukur jika hujan mula membasahi bumi ini, mungkin benar juga kata orang itu..

Tapi bagaimana pula jika hujan yang berlarutan selama berhari-hari bahkan mungkin berminggu-minggu.. Sudah pasti akan ramai yang mengeluh.. Ramai yang mengatakan bahawa ini adalah bala bagi manusia kerana ramai yang ingkar terhadap perintah-Nya.. Di manakah perginya perasaan bersyukur tadi, perasaan yang datang ketika kita mula mendengar bunyi titisan hujan yang jatuh ke tanah tadi..

Ketahuilah wahai insan, sekiranya rahmat yang kita fikirkan tadi menjadi bala.. Ingatlah yang sebenarnya ada sesuatu perkara lebih baik sedang menanti kita.. Jika kita mengeluh sebab hujan yang turun sehingga terjadinya banjir, berjaga-jagalah kerana iman kita ketika itu sedang di uji.. Janganlah kau menjerit meraung menyalahkan hujan, kerana dia hanya turun atas kehendak yang Esa sahaja..

Wahai manusia, ketika kita sedang berhadapan dengan musibah atau bencana.. Ketika itu sebenarnya Dia sedang berbicara dengan kita, maka marilah kita dengarkan apa yang Dia mahu katakan.. Bagaimana kita  mahu mendengar apa yang Dia bicarakan..? Cepat-cepatlah kita bermuhasabah, kenangkan kembali segala dosa-dosa dan kesilapan kita yang telah lalu dan kembali lah ke pangkal jalan..

(Teringat masa pergi ceramah motivasi dulu...)

Penaik semangat aku atau korang...??

Salam buat semua blogger yang ada di luar sana.. Pada hari ini aku nak bagitau dekat korang apakah benda2 yang boleh menaikkan semangat para blogger macam aku.. Lebih2 lagi bagi blogger yang dah mula rasa malas nak mampos ambik kisah tentang blog dia tu.. Aku rasa korang memang wajib(kalau tak wajib pun haruslah) baca yang ini supaya korang pun boleh marakkan lagi semangat korang untuk menghidupkan blog korang tu..

Dekat sini aku senaraikan benda yang menjadi penaik semangat aku (ala, korang pun sama jugak kan..)
1. dapat follower yang macam ni..
2. dapat komen dari blogger2 lain..
3. yang ini korang mesti tau punya..
4. bila dapat traffic yang macam ni....
And last sekali mestilah.....
...
...
...
5. dari awek aku..(bajet perasan,hahaha..)
Kalau korang tengok, benda2 yang aku senaraikan dekat atas tadi hampir sama or memang sama pun dengan harapan aku sebagai blogger.. Kalau korang nak baca entry yang itu, korang klik la dekat sini... Tapi, aku rasa korang mungkin ada benda lain untuk dijadikan sebagai penaik semangat korang kan.. Kalau ada, bagitau la dekat sini, ala tak payah nak malu2 dekat blog aku ni ye..

Ada satu cerita.. (Part 9)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 8)

... Setelah Mak Teh bersetuju untuk menjaga si isteri sementara mereka bertiga keluar, si suami segera menghidupkan enjin keretanya... Mereka bertiga mula bergerak pada pukul 12.30 tengah malam dan sampai di rumah banglo tersebut pada waktu sekitar 2.00 pagi.. Ketika mereka berada di hadapan rumah banglo tersebut, si suami terasa seakan-akan ada sesuatu yang p terhadap rumah itu..

Bagaimana si suami tidak berasa pelik, kerana pada waktu siang tadi dia melihat rumah banglo itu dalam keadaan yang bersih, tapi kini rumah itu sudah dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan liar.. Pada mulanya si suami fikir mungkin dia tersilap pandang kerana keadaan pada masa itu gelap dan dia juga agak mengantuk.. Dia beritahu kepada Wak Darmawi yang dia mungkin tersilap rumah kerana rumah yang dia datang siang tadi berbeza dengan rumah yang ini..

adakah begini keadaan rumah tersebut...?
Wak Darmawi kemudiannya memberitahu kepada si suami yang sebenarnya rumah inilah yang mereka berdua datang siang tadi.. Syaitan sudah mempermainkan kamu kata Wak Darmawi kepada si suami.. Terkejut si suami dengan kenyataan Wak Darmawi, kini baru dia sedar yang betapa lemahnya iman dia sehingga dia dengan mudah terpedaya dengan tipu helah syaitan..

Wak Darmawi menyuruh mereka berdua mengikutinya masuk ke dalam rumah itu.. Apabila pintu rumah di buka tiada apa yang dapat dilihat melainkan kepekatan malam, mujurlah di dalam kereta si suami ada lampu suluh, maka si suami menggunakannya.. Disuluhnya ke dalam rumah tersebut dan ternyata yang rumah itu sudah terlalu lama di tinggalkan, dengan wujudnya pokok-pokok liar sudah membuktikan yang rumah ini memang lama tidak berpenghuni..

Wak Darmawi segera menyuruh si suami membawanya pergi ke tempat di mana dia menjumpai isterinya.. Apabila sampai di bilik yang dicari, Wak Darmawi menyuruh mereka berdua agar berselawat dan membaca ayat Kursi supaya tidak berlaku apa-apa keburukan.. Leman membuka pintu bilik itu memandangkan Wak Darmawi yang mengarahkanya..

Pintu dibuka, dan kelihatannya ada seorang lelaki dengan keadaannya yang cedera parah.. Cepat bawa lelaki itu ke kereta, arah Wak Darmawi kepada Leman dan si suami.. Ketika mereka mahu membawa lelaki itu, tiba-tiba muncul satu kepulan asap di dalam bilik itu bersama satu suara yang sangat garau..

Suara itu mengarahkan supaya dibiarkan sahaja lelaki itu di dalam bilik itu, tetapi apa bila Wak Darmawi menyuruh agar jangan dilayan suara itu, mereka berdua segera membawa lelaki itu ke kereta.. Asap hitam itu mula membentuk seakan-akan tubuh manusia dan mula menyerang Wak Darmawi, tetapi....

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 10)

Saturday, January 29, 2011

Eh, newbie la..

Salam semua blogger.. Aku rasa semua orang tahu yang semakin hari semakin ramai blogger yang wujud, even budak sekolah rendah pun nak ada blog juga.. Jadi aku nak share dekat sini apakah harapan bagi setiap blogger2 yang baru beranak lahir dekat dunia blogging ni..
kalau rajin, semua blogger boleh kenal kita..

Aku letakkan diri aku sebagai contoh blogger yang baru (belum sebulan ni boleh dikira baru la kan..). Masa aku mula2 membuat blog, harapan aku..:
*Mestilah nak orang follow blog aku kan..
*Nak orang komen dekat entry aku..
*Nak dapat duit (kes nuffnang la ni..^^)..
*Buat blog yang setanding dengan blog orang lain (ex: banyak info)..
*Traffic nak tinggi je..
*Dapatkan follower yang ramai..

Tapi dekat sini aku nak bagitau dekat korang, untuk mendapatkan semua tu bukan lah mudah seperti apa yang aku taipkan ini.. Nasihat aku cuma korang kena betulkan niat korang tu dulu, kalau niat korang macam yang tertera dekat atas tadi, korang kena tukarkan niat korang tu kepada untuk menulis.. Menulis pun kena la dalam keadaan yang ceria dan pening happening tau, sebab nanti korang akan bosanbila menulis dalam keadaan terpaksa..

Tak kisah la apa yang korang nak tulis, asalkan orang yang baca nanti faham dengan maksud yang cuba korang sampaikan.. Ala kalau korang nak tulis mengarut2 macam aku pun boleh gak..hehe. Kalau boleh korang buat lah entry yang bagus2, yang boleh buat orang tertarik.. Dari situ nanti korang akan dapat semua macam apa yang aku harapkan.. Jangan lupa pula untuk korang buat blogwalking sebab korang kena juga promote blog korang tu kan, nanti tak ada pula orang kenal..

Last sekali, macam blogger2 lain bagitau, korang kena rajin.. Rajin menulis, memberi komen, dan berblogwalking.. Sebab itu adalah source untuk blog korang dikenali ramai.. "Manusia kini bermula dari apa yang dilakukan waktu dulu"-arpiiz..^^(perasan kejap)

jom rehatkan minda tu kejap..

Salam kepada semua bloggers yang ada diluar sana.. Adakah korang berasa tension atau stress di siang hari..?? Tahniah kerana anda dijemput untuk melihat2 gambar yang aku jumpa dekat internet ni..Kalau ada yang stress pada malam hari pun boleh tengok juga.. Jom la layan gambar2 ni ye, kalau ada apa2 nak komen korang carilah mana tempat komen tu..
tak nak pergi sekolah, nak duduk dengan mak..!!
cepat2 siapa nak makan dia dulu..
weh, jet ko tu lembab la..
aku dah cakap jangan main bola dekat kereta, tengok lah apa jadi sekarang ni..
Encik ada nampak kereta saya tak..??
Okay, cukuplah banyak ini dulu ya.. Korang stress lagi tak, kalau tak stress tu kira baguslah ye.. Tapi bagi yang still stress tu korang buat lah blog korang sendiri and luahkan apa benda yang buatkan korang stress ni..

Ada satu cerita.. (Part 8)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 7)

... Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 25 tahun sahaja.. Lelaki yang memakai baju t-shirt putih itu hanya berdiri sahaja di hadapan Wak Daarmawi sambil memandang ke lantai.. Walau macam mana pun Wak Darmawi lihat yang keadaan lelaki itu seakan-akan sedang berada di dalam kesakitan.. Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu siapakah dia dan kenapa dia mengganggu si isteri..

gambaran semata-mata
Lelaki itu mula bersuara tetapi kelihatannya untuk dia bercakap itu terlalu susah.. Selepas beberapa ketika tiba-tiba lelaki itu merenung wajah Wak Darmawi sambil berkata agar Wak Darmawi tidak mengganggu urusan dia, suara dia yang ini juga berbeza dari ketika dia mahu bercakap tadi.. Wak Darmawi bertanya lagi sekali soalan yang sama dan lelaki itu mula menyerang Wak Darmawi.. Lelaki itu mahu mencakar wajah Wak Darmawi tetapi tidak kena kerana Wak Darmawi telah menepis serangan lelaki itu..

Kali ini Wak Darmawi pula yang membalas serangan lelaki tadi, dia membaca ayat kursi dan beberapa surah lain.. Tiba-tiba muncullah panah-panah yang berapi menyerang lelaki tadi, menyebabkan lelaki itu cedera.. Walaupun lelaki tadi sudah cedera, tetapi dia masih lagi mahu menentang Wak Darmawi, dia mengeluarkan satu kepulan asap hitam dari tangannya dan asap hitam itu mengelilingi Wak Darmawi..

Wak Darmawi masih lagi bertenang kerana dia tahu yang lelaki itu sudah terlalu lemah.. Kali ini dengan hanya menghembus nafasnya secara perlahan, tiba-tiba rumah itu ditiup oleh angin yang sangat kuat sehinggakan asap hitam tadi terus hilang.. Manakala lelaki itu pula tercampak ke dinding rumah menyebabkan dia terduduk lemah.. Sekali lagi Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu dan kini baru lah lelaki itu bercerita..

Wak Darmawi membuka matanya dan kini dia sudah berada di rumahnya semula.. Dia lihat si suami dan Leman sedang mengangkat si isteri yang telah pengsan ke dalam bilik.. Apabila si suami keluar dari bilik itu bersama Leman, Wak Darmawi memanggil si suami.. Dia mahu agar si suami membawa dia dan Leman pergi semula ke rumah yang dia pergi siang tadi..

Si suami bertanya untuk apa pergi ke sana kerana setahu dia rumah itu tiada penghuni.. Tetapi setelah didesak oleh Wak Darmawi maka si suami hanya akur sahaja.. Sebelum mereka bertolak pergi, Leman menyuruh agar pergi memberitahu kepada Mak Teh agar tolong tengok-tengokkan si isteri.. Mak Teh adalah jiran kepada Wak Darmawi, dia tinggal bersama anak perempuannya sahaja di rumah itu..

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 9)

Friday, January 28, 2011

Aku jeles betul dengan Ben tu..

Ben Stiller
Salam semua bloggers.. Kalau ikut tajuk tu, korang mesti dah tau siapa yang aku maksud kan.. Eh, akku ada dengar yang korang cakap aku jeles dengan Ben Stiller.. Hmm mungkin juga kot, tapi tak lah jeles sangat kalau nak di bandingkan dengan Ben yang ini.. Cuba korang teka lagi Ben mana yang aku jeles kan sangat ni..

Aku tahu korang mesti cakap yang aku jeles dengan Ben yang itu, tapi kenapa pula..?? Kalau korang nak tahu korang kene la baca lagi.. Tapi walau macam mana pun aku sebenarnya jeles dengan Ben Gempak Starz, atau nama penuhnya Benny Wong Thong Hou.. Mungkin ada yang tak berapa kenal dengan dia ni, sebab dia ni pelukis komik yang ada dekat Malaysia ni..

Even dia ni berbangsa Cina, tapi aku minat sangat dengan gaya lukisan dia yang ala2 manga.. Paling aku minat komik dia yang bertajuk "Fatal Chaos", walaupun buku tu dah lama dia buat, tapi aku still minat baca buku tu.. Dia juga ada buat buku komik lain, antaranya "Le Gardenie", yang membuatkan dia termasuk dalam tiga orang pemenang dekat Japan's Inaugural International Manga Award..

Lukisan dia bagi aku memang smart and comel.. Sebab tu aku jeles dekat dia sebab dah banyak kali aku try ikut stail dia melukis tapi still tak dapat, sedih betul.. Ini antara komik dia la..
Tapi sori lah sebab aku tak dapat cari gambar dia dekat internet.. Kalau korang rajin, korang boleh la pergi cari ye..hehe. Okay, ini lagi sorang Ben yang aku jeles sangat ni, tak tau la kenapa aku jeles dengan dia, mungkin sebab dia ada badan ketul2 kut..hehe
tengok, kan ketul badan dia ni..^^
Pasti semua bloggers kenal dengan Ben Ashaari atau orang panggil abang ben, BA and ada lagi yang lain.. Yelah, siapa yang tak kenal kan dengan bloggers yang paling disukai ramai ni.. Kalau dia masuk ABPBH (Anugerah Bloggers Popular Blog-Blog Harian) mesti dia menang.. Tapi aku tak tau la kalau ada orang lain yang menang ke..hehe

Aku suka dengan cara penulisan dia yang santai and boleh membuatkan aku tertarik untuk klik dekat blog dia.. Yang aku pelik, tiap kali dia update, aku mesti tertarik nak baca.. Dia ada baca apa2 ke sebelum dia postkan entry dia tu..(gurau je abg ben, jangan marah ye..)

Okay, setakat ni cuma 2 ben ini je yang aku jeleskan.. Kalau2 ada ben yang lain boleh buat aku jeles, nanti aku cerita lagi ye..

Pagi yang misteri..

Pagi tu aku terjaga dari tidur secara tiba2, aku tak tahu kenapa tapi seakan-akan ada benda yang perlu aku buat.. Aku segera melihat jam di dinding, sudah pukul 5.30 rupanya, baik aku membersihkan diri sebab nanti boleh solat subuh sekali.. Aku segera membasuh muka dan membuka lappy aku ni, sementara aku menuggu lappy aku ni loading, aku check la handphone aku kot2 ada misscall ke..

Aku tengok phone aku ada 1 mesej dari kawan aku.. Aku bacalah dan terkejut apabila dia kata yang dia nak menumpang di rumah aku untuk satu malam sahaja.. Tiba2 aku dapat mesej dari dia lagi, kali ini katanya dia dah ada di depan rumah aku.. Terkejut juga aku sebab kalau kawan lelaki aku tak kisah sangat, tapi yang ini perempuan..

aku terasa eolah benar2 kehilangan dia..
Aku segera pergi ke pintu hadapan sebab nak tengok betul ke dia ada di depan rumah aku ni.. Apabila aku lihat dia ada di luar rumah, aku pun ajak la dia masuk.. Dah la time tu family aku tak ada masa tu, gabra la juga sebab aku tahu apa pula orang akan cakap nanti kan.. Tapi disebabkan aku dah terajak dia masuk, so dia pun masuklah..

Aku biarkan pintu rumah aku terbuka sebab takut nanti kalau ada hal2 yang tak diingini berlaku pula kan.. Aku suruh lah dia duduk dulu sebab aku nak buatkan air.. Tengah aku buat air dekat dapur tu, dia cakap lah dekat aku yang dia nak mintak maaf dekat aku kalau2 dia ada buat salah ke dekat aku.. Aku pelik juga sebab dia cakap macam tu, biasanya orang yang cakap macam ni kalau orang tu dah tau yang dia dah nak pergi..

Aku tanya lah dia kalau2 dia ada masalah ke, tapi dia senyap je, lepas tu dia cakap kalau aku dapat panggilan telefon nanti dia nak aku jangan menangis.. Ketika aku nak bawa air minuman ke hadapan, tiba2 aku dapati yang dia dah tak ada lagi dekat rumah aku.. Selepas beberapa saat lepas tu juga aku dapat satu panggilan telefon yang mengatakan kawan aku yang perempuan tadi dah tak ada di bumi ini lagi..

Selepas mendengar berita yang membuatkan aku terkejut ni, aku terduduk di kerusi dan tanpa aku sedari, air mata aku mengalir.. Aku lihat keluar rumah, mencari jika kawan tadi masih ada.. Apabila aku keluar, aku lihat kawan aku itu sedang berdiri dihadapan aku dengan memakai pakaian serba putih dan berkata kepada aku agar jangan bersedih.. Tak lama selepas itu aku dapati dia hilang bersama hembusan angin subuh dan pada masa yang sama azan subuh pun berkumandang..

Keadaan pada masa itu sangat sayu, tak pernah aku rasakan, perasaannya seolah2 aku benar2 kehilangan.. Tiba2 aku terbangun, aku dapati aku masih berada di katil aku lagi dan aku juga dapat rasakan yang seolah2 air mata aku mengalir di pipi aku ini.. Aku segera mengesat air mata itu, dan apabila aku berfikir semula baru lah aku sedar yang itu semua hanya mimpi sahaja.. Dan sebenarnya kawan yang aku mimpikan itu tak pernah wujud pun dalam hidup aku..

Sehingga kini apabila aku terbangun ketika azan subuh, aku akan teringat mimpi yang sangat menyedihkan itu.. Pada pendapat korang pula, mimpi aku tu ada apa2 tanda tak..??

Ada satu cerita.. (Part 7)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 6)

Jam sudah menunjukkan pukul 11.25, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari pintu kayu itu.. Leman segera membuka pintu dan orang yang berdiri di luar rumah itu adalah Wak Darmawi.. Si suami terus bersalaman dengan bekas gurunya itu dan Wak Darmawi juga membalas salaman si suami dengan mesra..

Wak Darmawi melihat keadaan si isteri yang duduk di penjuru rumah kayu itu.. Dilihatnya si isteri sedang memejamkan mata dengan mulutnya terkumat kamit seakan-akan membaca sesuatu.. Wak Darmawi bertanya kepada si isteri adakah dia sihat.. Secara tiba-tiba si isteri membalas dengan kata-kata yang sukar difahami dan suaranya juga turut bertukar seakan-akan suara garau..

mungkin begini keadaan si isteri..-ehsan google
Si suami cuba memegang badan isterinya kerana pada waktu itu si isteri mula bangun seakan-akan mahu menerkam Wak Darmawi, tetapi dia seakan-akan dicampakkan apabila dia memegang badan isterinya.. Wak Darmawi berdiri dengan keadaan yang tenang sahaja, dia bacakan surah Al-Fatihah dan beberapa surah lain sebagai pedinding untuk dirinya..

Mata si isteri bertukar berwarna hitam dan dia merenung kearah wajah Wak Darmawi dengan wajah yang seakan-akan sangat marah dan benci dengan orang tua itu.. Tiba-tiba Wak Darmawi menjerit menyuruh si isteri tadi pergi keluar rumah, dan si isteri tadi terus melompat keluar melalui tingkap.. Wak Darmawi mengarahkan supaya Leman membantunya, Leman faham maksud Wak Darmawi jika dia diarahkan untuk membantu..

Leman duduk didalam rumah sambil berselawat dan bertasbih, sementara itu Wak Darmawi telah berada di halaman rumah bersama-sama si isteri yang kelihatannya dia telah dirasuk.. Wak Darmawi menyuruh pula agar si suami membaca selawat sebanyak mana yang mungkin agar dia boleh membantu si isteri yang sedang dalam kerasukan..

Wak Darmawi memejamkan matanya sambil bertasbih sementara si isteri duduk sambil matanya merenung kearah Wak Darmawi.. Apabila Wak Darmawi membuka matanya semula, dia lihat dia sudah berada di tempat lain.. Di sebuah rumah banglo yang sudah rosak, dengan tumbuhan liar yang memenuhi segenap ruang yang ada didalam rumah itu.. Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 8)

Thursday, January 27, 2011

Ketegur...

biasanya budak kecik je la yang kena..
Salam, malam ni malam jumaat kan.. Habislah, malam ni banyak hantu keluar tau, kalau korang ada adik2 kecik cepat bawak dorang masuk.. Takut nanti ada yang kena ketegur pula.. Korang tau tak apa tu ketegur, ada yang tak tau ke, okay la aku bagi tau ye..(memang nak bagitau pun..hehe)

Mak aku cakap ketegur ni maknanya ada hantu yang tegur budak kecik, budak dah besar pun ada juga yang kene.. Biasanya kalau nak tau yang budak tu dah kene ketegur bila budak kecik tu asyik menangis je tak tentu pasal atau secara tiba2.. Bagi budak besar pula biasanya dorang akan kena demam yang lambat nak kebah(sembuh).. Kalau demam biasa kan cuma ambil masa seminggu je untuk elok, tapi yang ni ada yang lebih 2 minggu pun belum sihat lagi...

Aku ingat lagi mak aku cerita, masa aku darjah 1 dulu aku ada kena demam teruk sampai habis semua ubat hospital aku telan habiskan.. Selepas 2 minggu tak silap aku, demam aku still tak elok lagi, and ayah aku plan nak bawak aku jumpa Pak Ngah aku, dia ni boleh ubat penyakit secara tradisional..

Masa mulanya ayah aku memang dah syak yang aku kena ketegur, tapi ayah aku ni bukan lah jenis yang percaya sangat dengan benda2 macam ni.. Tapi lepas 2 minggu pun still tak elok lagi demam aku ni, dia pun bawak la jumpa dengan Pak Ngah aku..

Syukurlah sebab lepas aku berubat dengan Pak Ngah aku tu, demam aku pun pulih.. Rupanya kata Pak Ngah aku ada hantu yang nak berkawan dengan aku.. Sampai sekarang aku kurang percaya dengan cerita mak aku tu.. Walau pun aku tau yang itu semua kerja syaitan yang memang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat manusia ni..

Kesimpulannya, ketahuilah yang penyakit ini datangnya dari Allah, dan dia juga yang menyembuhkan segala penyakit.. Kalau macam ketegur yang aku ceritakan dekat atas tadi, itu cuma asbab (sebab) sahaja.. Lagi satu nak bagitahu, mengikut pengetahuan aku, sebenarnya hantu ini tidak wujud, itu cuma syaitan yang saja nak kacau orang yang punyai iman yang lemah..

Pencuri..!! Pencuri..!!

Salam kepada semua, korang sihat2 ke.. Kalau sakit boleh pergi jumpa doktor ye, tapi kalau sakit hati dengan perangai orang tu aku tak tahu la nak kene jumpa siapa pula.. Siapa dekat sini yang kerjanya nak mencuri je, tak kisah la curi apa, curi  duit ke, motor ke, bini orang ke(ade ke curi bini orang)...

Siapa2 yang mengamalkan tatakerja yang sebegitu lebih baik la korang hentikan sebab kalau tak nanti korang akan ditangkap oleh polis yang special ni... Korang nak tengok ke..??
...
...
...
...
..
..
...




"Eh, tu macam ada orang mencuri.."
Tengok, bergaya tak polis dekat atas tu, tapi abang polis ni pun satu hal lah...... Bikin panas malu je dekat abang2 polis yang lain.. Amaran, sila pastikan yang anda mempunyai plastik atau baldi kecil sebelum anda skrol ke bawah..
......
....
....
....
....
....
....
....
...
....
Preeeeet..... "OI, MENCURI YE.."
"Oh, tak mencuri ke, okay2.."
Bagi sesiapa yang rasa macam nak muntah tu, sila lah gunakan plastik atau baldi tadi.. Kalau tak pun cepat2 lah berlari ke bilik air yang berdekatan dengan anda ye.. Kalau pergi bilik air yang jauh takut belum sampai lagi dah termuntah... Okay aku nak gi muntah dulu..Uweeeeek.....(hehehe)

Wednesday, January 26, 2011

Ada satu cerita.. (Part 6)

...Sambungan dari  Ada satu cerita.. (Part 5)

Setelah motor itu memotong keretanya, tiba-tiba kereta yang si suami sedang pandu itu hampir terbabas melanggar sebatang pokok kerana dia terlihat sesuatu yang membuatkan dia terkejut.. Si suami lihat ketika motor itu melintasi keretanya, dia hanya nampak motor sahaja, tiada penunggang..Dia juga yakin yang dia nampak motor itu hilang sebaik sahaja melintasi keretanya itu..

Si suami semakin berasa tidak senang dengan perkara yang berlaku kepada dia dan isterinya, dia nekad yang dia perlu sampai ke rumah Wak Darmawi dengan segera.. Kereta Waja berwarna biru itu terus memecut membelah kegelapan malam.. Kira-kira pukul 10.30 malam, sampailah si suami ke rumah Wak Darmawi yang ingin sangat dia temui itu..

Dia membiarkan sahaja isterinya di dalam kereta dan terus memanggil nama guru silatnya itu.. Assalamualaikum, laung si suami di hadapan sebuah rumah kayu.. Setelah 3 kali dia memberi salam tetapi tiada sesiapa yang menjawab, si suami melangkah mahu masuk semula ke keretanya kerana fikirnya mungkin gurunya itu tiada di rumah..

Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka, kelihatannya ada seorang lelakit tua yang berdiri di hadapan pintu rumah itu.. Ya, cari siapa, tanya orang tua itu.. Dia hanya mengenakan kain pelikat sahaja lantas menampakkan tubuh badannya yang kurus.. Adakah ini rumah Wak Darmawi, balas si suami.. Lelaki tua itu mengiyakan soalan si suami dan menjemput si suami dan isteri masuk ke rumah..

Aku dapat rasakan yang kau di dalam masalah, benarkah.. Tanya orang tua itu.. Si suami mengangguk tanda betul, dia bertanyakan kepada orang tua itu dimanakah Wak Darmawi.. Orang tua itu menjawab yang Wak Darmawi belum pulang dari masjid.. Baru si suami teringat, sepanjang dia menuntut ilmu silat dengan gurunya itu, Wak Darmawi selalu pulang dari masjid pada pukul 11 malam kerana dia suka mendengar ceramah yang dianjurkan oleh pihak masjid..

Orang tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Leman, teman rapat Wak Darmawi sejak 2 tahun lepas.. Si suami mula mengadu kepada Leman yang isterinya bersikap pelik sejak mereka keluar dari rumah baru itu.. Apabila si suami selesai bercakap, dengan pantas Leman menyatakan yang isterinya sudah diganggu oleh mahluk halus..

Si suami bertanya bagaimana orang tua itu boleh tahu.. Leman mengakui yang dia ada belajar sedikit ilmu dari Wak Darmawi.. Tetapi Leman mencadangkan lebih baik jika membiarkan Wak Darmawi sahaja yang membuat kerja-kerja sebegini.. Jam sudah menunjukkan pukul 11.25, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari pintu kayu itu..

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 7)

Se**n punye pemandu..

Salam semua, maaf jika tajuk diatas mengganggu pemikiran korang ye.. Bukan aku sengaja mahu mengeluarkan perkataan yang tidak elok ni, tapi hati aku ini sudah tidak dapat menahan lagi perasaan marah, geram dan sebagainya ini..

Kalau diikutkan dari tajuk diatas, mesti la korang dah tahu yang scoop/tujuan cerita ni berkisarkan tentang pemandu.. Dalam hal ini aku teramat marah dengan segelintir pemandu lori yang ada dekat tempat aku, mungkin di Malaysia ini juga.. Aku tahu yang aku hanya seorang penunggang motor yang cuba membawa motornya dengan penuh berhati-hati..

Tapi wahai pemandu2 lori sekalian tolonglah jangan nak cuba acah2 kitorang ini dengan membunyikan hon korang yang aku tahu memang dah sah2 kuatnya.. Mungkin ada penunggang motor yang pernah mengalami situasi sebegini, jadi aku sebagai wakil kepada dorang ni meluahkan lah apa yang terpendam dalam benak sanubari aku ini..

Aku ceritakanlah keadaan yang sebenarnya, tadi aku baru balik dari kelas.. Dalam perjalanan pulang itu aku melalui jalan biasa, jalan yang memang lori2 membawa kelapa sawit lalui.. Aku sendiri tak tahu di mana silap aku, ketika dia sedang memotong aku tadi, tiba2 sahaja dia membunyikan hon dia.. Di sebabkan aku terkejut maka motor aku tadi hampir2 nak masuk kebawah lori itu..

aku risau betul kalau lalu sebelah lori besar macam ni..
Mujurlah aku dapat mengawal motor aku tadi dan jika nasib aku malang, mungkin aku sudah tidak dapat menaip di blog ini lagi.. Aku segera memberhentikan motor aku ditepi jalan untuk menghilangkan rasa terkejut tadi.. Aku marah kerana aku tahu macam mana rasanya terlibat dalam kemalangan dan aku sangat2 berharap yang aku takkan terlibat lagi dalam apa2 kemalangan..

Di sini aku nak ingatkan dekat pemandu2 tak kiralah sama ada memandu lori atau kereta, ketahuilah bahawa kami yang menunggang motor ini adalah 'juara' dalam senarai kemalangan.. So tak payah la nak tolong kekalkan status yang kami pegang ini kerana kami memang tak nak pun..

Last sekali, aku nak mintak maaf la kalau2 apa yang korang baca ni terguris atau mengguris perasaan korang ye.. Aku cuma nak bagitau yang semua orang tak nak terlibat dalam kemalangan, jadi jangan la cuba2 nak mencetuskan kemalangan pulak..

Salam rabu..

Salam semua, harap semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera la ye.. Tujuan saya menulis surat ini adalah... eh, apa yang aku start melalut ni, ish2 baru ayat permulaan dah start melalutkan.. Okay2, aku just nak wish selamat hari rabu kepada semua..

korang nikmati la hari ini ye..^^
Laaa... takkan itu aja aku nak tulis kot.. betol lah, kenapa?? korang tak percaya ke.. Iye, aku cuma nak wish itu aja.. And tak lupa kepada sesiapa yang hari lahir nye hari ini, aku nak wish kan Happy Birthday dekat korang ye.. Hope korang dapat menjalani hari ini dengan penuh bermakna sekali ye..

Tuesday, January 25, 2011

Ada satu cerita.. (Part 5)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 4)

Tiba-tiba dia terdengar suara yang aneh, dan suara itu berjaya menarik perhatian dia.. Si suami mula melangkah dengan perlahan-lahan kerana dia tidak mahu jika kehadirannya akan membuatkan bunyi aneh itu hilang.. Langkah si suami semakin berhati-hati apabila dia mendapati yang bunyi itu datangnya dari sebuah bilik, bila masa pula ada bilik ni, rasanya tadi tak ada pun, getus hati si suami..

Apabila si suami sudah berada di hadapan pintu bilik itu, dia mendekatkan telinganya kearah pintu dan semakin lama dia teliti suara tu semakin dia dapat cam suara tu.. Si suami terus membuka pintu itu dengan perlahan dan apabila dia membuka pintu itu, alangkah terkejutnya dia kerana didalam bilik itu yang ada hanya isterinya sahaja yang sedang menangis dalam keadaan ketakutan..

beginilah keadaan si isteri...
Si suami terus berlari mendapatkan isterinya dan memeluk isterinya.. Apabila dia memeluk isterinya, si isteri menjerit seakan-akan takut, tetapi setelah ditenangkan oleh si suami barulah si isteri diam.. Sayang buat apa dekat sini dan kenapa dengan sayang ni tanya si suami setelah yakin yang isteri nya sudah di dalam keadaan yang tenang..

Si isteri hanya diam sahaja membuatkan si suami bertambah bingung.. Tanpa berfikir panjang, si suami segera membawa isterinya ke kereta mereka dan terus pulang ke rumah.. Sepanjang perjalanan mereka untuk pulang ke rumah, si isteri hanya menyebut nama Samad sahaja.. Pada mulanya si suami bertanya juga kepada isterinya siapa Samad itu, Tetapi isterinya hanya terus-menerus menyebut nama Samad..

Bila melihat keadaan si isterinya mula bersikap ganjil, si suami membuat keputusan untuk terus membawa isterinya ke rumah Wak Darmawi.. Wak Darmawi adalah guru si suami ketika dia belajar silat sewaktu dia bujang dulu, dia juga tahu yang Wak Darmawi boleh mengubat penyakit-penyakit ganjil seperti yang di hadapi isterinya sekarang ini..

Di dalam perjalanan si suami ke rumah Wak Darmawi, tiba-tiba si suami perasan yang terdapat sebuah motor di belakang keretanya.. Pada mulanya si suami tidak menghiraukan nya, tetapi apabila di lihat yang motor itu seakan-akan mahu memotong keretanya, maka si suami tadi mula memperlahankan keretanya kerana dia ingin membiarkan motor itu memotongnya.. Setelah motor itu memotong keretanya, tiba-tiba kereta yang si suami sedang pandu tadi hampir terbabas melanggar sebatang pokok kerana...

...Bersambung

.. Ada stu cerita.. (Part 6)

Cantiknya nombor...

Salam semua, dah malam baru la aku nak postkan entry yang ke-2 untuk hari ini.. Entry kali ni just saje2 nak tunjukkan dekat korang (bukan belagak ye..) yang aku punya follower dah mencapai satu nombor yang bagi aku cantik and unik..
Apa2 pun, korang layan jela gambar ni ye..

cantik betul no ni...^^
Inilah dia orang yang berjaya mendapatkan tempat di no yang unik ni, orang itu ialah miminhora mira =), Kalau tak silap aku nama blog dia.... haa, ni name blog dia ˩ɛƨƨ Ƭαℓκ Ѧσяɛ Ɯσяκ.. Kalau korang tak dapat nak baca or menyebutnya, korang gi la lepak2 dekat blog dia and tanya macam mana nak menyebut nye ni.. Aku pun nak gi lepak kat blog dia ni..

Lagi satu nak bagitau yang follower aku yang ke 200 jatuh tersungkur kepada Firdaus dengan blog dia yang bernama Episod Kehidupan.. Korang pun jangan lupa nak gi lepak2 dekat blog dia ya.. Ada k yang tak tau macam mana nak gi blog dia, ala korang tekan je link yang berwarna hijau tu ye..

Last but not least, sebab banyak lagi yang aku nak tuliskan ni(tapi dekat entry lain la..), aku sangat2 gembira sebab korang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni.. So aku ucapkan la lagi terima kasih dekat korang sebab bagi aku semangat untuk aku menulis lagi dekat blog ni..

Last minit, best ke..?

Selamat petang semua, apa yang korang tengah buat tu... Apa, mengumpat ke, ish tak elok tau kalau mengumpat orang ni, dosa tau.. Korang tak mengumpat ke, owh aku silap la ya, okay2 aku mintak sori dekat sini ye..hehe. Kalau korang tak mengumpat tu baguslah dan bagi siapa2 yang masih mengumpat tu sila berhenti dulu ye, jom baca entry aku ni..(ceh, sempat promote blog lagi tu..)

Entry kali ni tak ada kene mengena dengan mengumpat pun, sebab kali ni aku nak ceritakan tentang apa yang bestnya kalau buat kerja last2 minit ni.. Kalau entry tentang mengumpat tu lain kali la aku tulis ye, tunggu aku dapat mood dulu..^^

aduhh.... sodap botul den rehat ni ha..
Aku rasa semua orang pernah buat kerja last2 minit betul tak..? baik mengaku sekarang kalau tak.. Okay, aku cerita la tentang apa yang bestnya bila buat kerja last minit ni.. Antara keenakan dan kelazatan yang aku dapat rasa ialah tentang masa.. Kenapa aku cakap macam tu pulak, yela sebab bila aku dapat kerja yang patut di hantar minggu depan, aku akan dapat merehatkan diri aku dalam masa minggu tu..

Lagi, aku dapat bermain2 dengan puas sampai la aku lupa yang aku kena buat kerja yang sepatutnya(Walaupun sebenarnya aku bukan main sangat pun..) Selain itu.....
.....
...... Aku rasa tak ada lagi la sebab tabiat macam ni sebenarnya lagi banyak buruk dari eloknya..

Akibat dari tabiat macam ni aku rasa korang mesti dah tau punya.. Yelah2, aku bagitau sikit la ya, salah satunya korang akan rasa tension bila korang nak hantar kerja korang yang belum siap tu.. Kalau korang dapat siapkan pun, sudah pasti hasil kerja korang sangat2 lah tidak memuaskan.. Korang akan mintak tangguh untuk hantar kerja korang tu ke minggu depan pula dan bila dapat, korang akan main2 lagi sampai la minggu depannya dan korang akan mintak tangguh lagi(dan seterusnya, seterusnya, seterusnya...)

Aku tau benda ni memang best kalau dibuat, tapi kesannya korang rasakan lah ya... So, pesanan aku mudah dan simple je, kalau korang dapat apa2 kerja, cepat2 lah korang siapkan ye.. Sebab kalau tak siap nanti kena marah pula.. Eh aku nak bagitau yang contoh aku bagi tadi cuma dari sudut seorang pelajar je, bukan dari sudut2 rumah korang tau..hehe

Monday, January 24, 2011

Ada satu cerita.. (Part 4)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 3)

Apabila dia memandang kearah lembaga itu dia terkejut kerana di hadapan dia adalah suaminya.. Si isteri segera memeluk suaminya tetapi dia berasa hairan kerana suaminya tidak memberikan sebarang tindak balas.. Si isteri melepaskan pelukannya dan segera melihat wajah suaminya, apabila dia melihat wajah suaminya dengan secara tiba-tiba si isteri tadi rebah ke lantai dan pengsan.

Manakala si suami yang tidur di bilik utama tadi baru tersedar dari tidurnya... Sambil dia dalam keadaan mamai, si suami melihat jam yang ada di tangannya.. Eh, dah pukul 8.00 dah kata si suami dalam nada yang terkejut, dia pun terus keluar dari bilik itu sambil mencari isterinya..

Dia mencari isterinya di ruang tamu dan dapur, tetapi keadaan yang gelap menyukarkan pencariannya.. Dengan berbekalkan cahaya dari handphonenya, dia mencari suis lampu dan menghidupkannya.. Keadaan kembali cerah, tetapi dia masih lagi tidak tahu dimanakah isterinya berada sekarang .. Mungkin dia ada di tingkat atas fikir si suami, dan dia terus naik ke tingkat atas..

Si suami mula mencari di tingkat atas...
Ketika di tingkat atas, si suami memasuki semua bilik sambil memanggil nama isterinya, dia berharap yang si isterinya akan membalas panggilannya tetapi hampa.. Setelah dia pasti yang semua bilik sudah dia cari, si suami turun semula ke tingkat bawah, dia mahu segera pulang ke rumah sahaja kerana cuaca diluar kelihatannya sudah mula hujan..

Si suami turun semula dan pergi ke dapur kerana dia mahu mencari minuman, tekaknya terasa begitu kering sekali.. Apabila dia membuka peti sejuk yang ada di dapur itu, dia berasa pelik kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan mentah yang masih segar lagi.. Tanpa berfikir panjang, dia terus meneguk air sejuk yang ada didalam peti sejuk itu.. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang aneh, dan suara itu berjaya menarik perhatian dia..

....Bersambung

Aku nak korang teka pula, apa yang akan jadi lepas ni... boleh tak..^^

.. Ada satu cerita.. (Part 5)

Dipijak Gajah...

KUALA KRAI - Seorang pengawal keselamatan ladang Fokus Bonanza Sdn. Bhd., dekat Dabong di sini kini kritikal akibat dilibas dan dipijak oleh seekor gajah liar seberat lima tan dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Bernardus Ngongo Naru, 24, cedera parah di bahagian rusuk dipercayai akibat dilibas gajah tersebut sehingga tercampak ke dalam parit berdekatan sebelum dipijak.

Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Sumbar, Indonesia dibawa ke sebuah klinik di Dabong sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai.

Sambungan di Kosmo
BERNARDUS NGONGO NARU menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu semalam.
Dah lama juga rasanya aku tak buat entry pasal cerita dari surat khabar ni.. Pada pandangan aku, malang memang tidak berbau, so kita kenalah berhati2 untuk mengelakknya.. Kalau korang nak bace cerita lebih lanjut, korang klik la dekat tulisan yang warna hijau dekat atas tu ya...


Lagu anime...

Salam semua, pada hari isnin ni mesti ramai yang sibuk kan.. Tak apa, dah memang semua manusia itu mempunyai tanggunjawab masing2 untuk dilaksanakan, so tak kisah la kalau sibuk sebab menjalankan tugas kan.. Asalkan buat sesuatu kerja itu dengan ikhlas, aku ni pun ada kelas petang ni..

Aku kan ada ceritakan tentang lagu anime yang buat aku seram dalam entry lepas, okay siapa2 yang belum baca lagi boleh lah klik di SINI ya... So hari ini aku nak ceritakan antara lagu2 anime yang aku minat, korang pun mesti ada juga yang minat lagu anime.. Bagi siapa2 yang minat lagu anime, jom kita pergi jalan2 nak, aku gurau saja.. Kalau ada yang minat kiranya aku ni tak adalah kesunyian...

ini anime yang aku tengah minat..
Antara lagu2 yang aku minat adalah...>>

1.Marchen Awaken Romance
*Garnet Crow :
 -Yume Hanabi.
 -Kaze To Rainbow.

 -Kimi no Omoi Egaita Yume Atsumeru Heaven. 
 -Hare Tokei.
 -Koyoi Eden no Katasumi De.

2.Naruto Shippuden
*Hotaru No Hikari:
 -Sha La La
*Ikimono Gakari:
 -Blue bird.
*Motohiro Hata:
 -Tomei Datta Sekai.
*Flow :
 -Sign.

3.Initial D Fourth Stage
*Move :
 -Dogfight.
 -Noizy Tribe.

Aku buat entry ini bukan apa, sebab sekarang ni aku tengah ketagih dengan lagu2 anime ni, tak tau lah kenapa..huhu.. Korang kalau ada minat lagu anime lain, boleh la share2 dekat sini ya...^^

Sunday, January 23, 2011

Ada satu cerita.. (Part 3)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 2).

.... Apabila gambar selesai di ambil, si suami melihat semula gambar tadi dan mendapati gambar tadi sedikit kabur, si suami mengambil semula gambar seperti tadi dan kali ini gambar itu kelihatan elok sahaja.. Si isteri masih tidak puas lagi bergambar dan kali ini dia pergi mengambil gambar sendiri disekeliling kawasan rumah itu..

Pada masa yang sama, si suami pula sedang berehat di bilik tidur utama.. Ah, enak betul tidur di katil yang empuk ini, aku nak tidur sekejap la bisik hati si suami.. Si isteri yang masih leka bergambar tadi sedang berada di taman bunga sambil menggayakan pelbagai pose di hadapan bunga-bunga yang sedang berkembang mekar.. Si isteri masih tidak menyedari yang ada mata yang memerhatikannya di sebalik rimbunan pokok-pokok bunga di taman itu..

adakah seperti ini gambar yang si isteri lihat..-ehsan Google
Setelah puas bergambar, si isteri masuk semula kedalam rumah banglo itu dan melihat-lihat gambar yang diambil tadi.. Ketika dia melihat gambar yang diambil tadi, terdapat sekeping gambar yang membuatkan dia hairan, di dalam gambar itu terdapat seakan-akan satu lembaga disebalik pokok bunga ditaman tadi.. Si isteri bergegas mendapatkan suaminya, puas dia berjalan-jalan di dalam rumah itu tetapi semakin lama dia berjalan semakin dia rasa yang rumah itu semakin luas...

Si isteri mula panik, dia menjerit memanggil suaminya.. Tetapi sesuatu kejadian yang pelik berlaku ketika dia mahu memanggil suaminya, ketika dia menjerit itu bukan nama suaminya yang keluar, tetapi nama orang lain iaitu nama Samad.. Berkali-kali juga dia cuba menyebut nama suaminya, tetapi nama Samad itu juga yang terpacul keluar di mulutnya..

Si isteri mula berasa yang kakinya lemah, dia terduduk diatas lantai sambil menangis.. Ketika dia sedang menangis, muncul satu lembaga yang menghampiri nya.. Si isteri memberanikan diri untuk melihat siapakah atau apakah lembaga itu.. Apabila dia memandang kearah lembaga itu dia terkejut kerana...

....Bersambung

... Ada satu cerita.. (Part 4)

Kerasukan..

Salam semua, siapa2 dekat sini yang ada masalah tak boleh baca cerita seram, anda dipersilakan untuk membaca entry lain selain yang anda sedang lihat ini.. Ini adalah kerana entry kali ini agak tidak sesuai bagi golongan yang sedemikian... Tapi jika korang tetap berdegil juga....... korang baca jela ya..

Kalau nak di ikutkan tajuk tu, memang macam lain sikit entry untuk kali ni.. Siap ada warning2 lagi ni, tapi tak apa lah, sementara aku rasa nak tulis ni aku tulis jela.. Cerita ni diceritakan oleh adik aku yang katanya dia ada ditempat kejadian..

Ceritanya macam ni, pada pukul 3.00 pagi, aku yang masih tidak mengantuk ni melakukan lah aktiviti aku seperti biasa iaitu melayari internet sambil membaca-baca blog orang.. Tiba2 adik aku keluar dari bilik dan suruh aku berhenti menyanyi.. Aku pelik jugalah sebab aku rasa aku tak ada pulak nak nyanyi pagi2 buta ni, sebab nanti takut family aku ni terjaga.. Biasa la, suara sedap macam aku ni memang ramai yang nak dengar, even orang dah tidur pun boleh bangun sebab nak dengar aku nyanyi(perasan la pulak..).

seram tak...
Okay sambung balik ya.. Dia masuk bilik semula dan meneruskan membaca novel yang dia baru beli siang tadi, aku tak tau la pulak apa tajuknya sebab aku tak ambil kisah pun.. Aku pun meneruskan kembali pembacaan aku di blog siapa ntah masa tu.. Tak lama selepas itu adik aku keluar lagi, dia tanya aku okay ke.. Aku jawab jela yang aku okay, kenapa..?? Aku tanya dia balik.. Lepas tu dia cakap yang aku bercakap dalam dwibahasa yang dia tak faham..

Aku mula rasa pelik, aku rasa aku tak ada la pulak bercakap apa2, aku fikir mungkin adik aku gila silap dengar tapi dia beria-ia katakan yang aku bercakap dalam bahasa yang dia tak faham.. Aku mula rasa tak sedap hati dah, sebab aku dengar kalau orang tu dah mula bercakap bahasa yang orang lain tak faham ni, itu tandanya kena rasukkan..

Aku suruh adik aku masuk bilik dia dulu, kalau dia dengar lagi aku buat macam tu aku suruh dia ketuk kepala aku.. Aku teruskan lagi pembacaan aku, kali ini aku dah start tak fokus.. Aku terfikirkan apa yang adik aku ceritakan tadi, betul ke apa yang dia cakapkan tadi.. Tengah2 aku mengelamun tu, tiba2 adik aku ketuk kepala aku dengan buku novel yang dia baca tu..

Disebabkan terkejut, aku marah la dia kenapa dia ketuk kepala aku.. Dia cakap aku buat macam tadi lagi, aku  baru teringat yang aku ada suruh kalau aku buat macam tadi.. Tapi masalah nya aku tak buat apa2 pun kenapa dia kata aku bercakap dalam bahasa asing or pelik.. Selepas beberapa minit aku berfikir, aku baru sedar kenapa aku jadi macam tu. Sebabnya adalah.....
......
.....
.....
.....
.....
.....
.....
......
.....
.....
.....
.....
....... Aku tengah DENGAR LAGU ANIME, sambil aku dengar tu aku sebut2 ikut rentak lagu tu.. Patutlah dia cakap yang aku bercakap dalam bahasa yang dia tak faham sebab dia memang tak faham bahasa korea(sama je dengan aku).. Sebab aku tak sedar yang aku boleh ternyanyi ni adalah aku tengah pakai headphone time tu, so aku tak dengar la suara aku sendiri..

Bila aku teringatkan balik, aku tergelak sendiri.. Kan aku ada cakap yang kalau kita bercakap dalam bahasa yang orang lain tak faham ni tandanya kita kena rasuk, dalam kes ni aku dah kena rasuk dengan lagu anime la...HAHAHAHA

Dapat duit..

Salam kepada semua, selamat pagi jika korang baca masa waktu pagi dan selamat mengikut kawasan yang sama waktu dengannya.. Arghh, aku pun pening dengan apa yang aku tulis, kalau korang tak pening korang ni memang bagus la..

Pada pagi hujung minggu ni aku telah mendapat berita yang menggembirakan, aku telah mendapat duit 500 juta ringgit, so kepada siapa2 yang tiba2 nak mengaku yang dorang ni sedara mara aku ke, kawan aku ke boleh la.. Aku tak kisah pun sebab aku memang dah boleh agak dah benda2 yang macam ni akan jadi kalau aku dapat duit ni..

Eh, apa yang aku merepek ni, takkan la senang2 je aku boleh dapat RM 500 juta.. Even kalau aku anak raja sekali pun aku takkan dapat duit sebanyak tu dalam masa satu malam je.. Ala, lagipun korang memang dah tau yang aku menipu kan, so aku rasa aku tak payah la nak explain panjang2 ya..^^

Aku cuma nak cerita yang aku baru dapat earning aku yang pertama, entah apa2 kan aku ni, baru dapat earning pertama dah nak heboh, dah la baru 25 sen je baik tak payah buat entry kalau macam tu.. Ala, aku buat ni pun sebab aku memang dah lama tunggu earning aku yang pertama ni(baru 3 minggu aku tunggu..) And aku tengok pun ramai apa yang buat entry bila dapat first earning, so aku nak juga ikut..hehe

Apa2 pun aku nak ucapkan thanks la sebab sudi klik2 dekat nuff aku tu, sebab kalau aku tekan sendiri takut jadi fraud klik pulak kan.. Lain kali korang klik la ya, and jangan lupa bagitau dekat aku sebab aku nak juga klik dekat iklan korang tu.. Last sekali, happy berhujung minggu ya..

lain kali klik la ramai2 ya..^^

Saturday, January 22, 2011

Ada satu cerita.. (Part 2)

...Sambungan "Ada satu cerita.. (Part 1)"..

...Dua hari kemudian, pasangan itu berhasrat mahu meninjau keadaan rumah baru itu kerana hendak menggetahui keadaan rumah tersebut.. Pada jam 4.30 petang, kereta waja berwarna biru muda milik si suami melalui kawasan pendalaman dan berhenti betul-betul dihadapan sebuah banglo yang kelihatan agak mewah walaupun warna dindingnya sudah pudar tapi kelihatan masih sesuai lagi untuk didiami..

Pada mulanya si isteri berasa seakan tidak selesa dengan keadaan rumah tersebut, yelah kerana si suami pernah kata yang rumah ini telah lama juga ditinggalkan, cuma ada tukang kebun sahaja yang datang sekali seminggu untuk membersihkan halaman rumah.. Tetapi setelah di yakinkan oleh si suami maka si isteri hanya akur sahaja dengan suaminya..

Si suami membuka pintu rumah banglo itu sementara si isteri hanya mengekori dari belakang sahaja.. Apabila pintu rumah itu telah terbuka, pasangan itu terpegun kerana mereka melihat barang-barang perabot mewah terdapat didalam rumah tersebut.. Walaupun tempat itu agak berhabuk, tapi mereka berasa berpuas hati kerana dapat mendiami rumah mewah itu.. Si suami mengeluarkan handphone nya kerana dia ingin bertanya kepada bosnya adakah perabot didalam rumah itu memang disediakan, tapi sebaik dia mengelurkan handphone nya dia mendapati yang telefonya tidak mempunyai signal...

Baru lah si suami tersedar yang rumah itu berada di dalam kawasan pendalaman, jadi sebab itu telefonnya tidak mendapat rangkaian liputan.. Tiba-tiba si isteri mengeluarkan kameranya dan berkata yang dia mahu mengambil gambar supaya dapat dia tunjukkan kepada adik-adiknya.. Si suami bersetuju, dia meletakkan kamera di meja ruang tamu sementara pasangan itu duduk dikerusi mewah itu.. Apabila gambar selesai diambil, si suami melihat semula gambar tadi dan mendapati gambar tadi......

.......Bersambung
mungkin begini rupa rumah baru itu..-ehsan google
... Ada satu cerita.. (Part 3)

Dah habis..

Salam, tadi kan aku ada cakap yang aku nak pergi jalan2 dekat blog follower aku... Fuh, penat gak ya walaupun cuma jalan2 didunia blog, penatnya macam gi jalan2 dekat luar pulak rasanya..

Aku mengambil masa hampir 2 jam 30 minit untuk aku berblogwalkingke blog follower aku yang seramai 185 orang (buat masa aku tulis entry ni la..). Tapi macam mana pun aku nak mintak maap la kepada follower aku yang mana aku tak dapat nak masuk sebab ada sedikit masalah yang aku tak tau nak betulkan..huhu

Okay, aku nak gi tengok tv la rasa penat pulak.. Dan untuk plan malam ni aku nak berblogwalking ke blog orang yang pernah bagi komen dekat entry aku pulak.... Tapi itu pun kalau aku tak mengantuk la..
penat setelah berblogwalking..~_~

Jom ziarah follower..

Salam kepada semua, pada hari sabtu ni mesti ada orang yang pergi bekerja dan mesti ada juga orang yang bercuti kan(macam aku ni).. Disebabkan hari ini aku cuti(memang lah cuti kalau dah hari sabtu, apa lah aku ni.), aku nak menumpukan perhatian aku kepada follower2 aku ni...

Pada hari ini aku nak berjalan2 untuk menziarahi blog2 follower aku ni, bukan ziarah pergi rumah dorang tau, aku mana lah tau rumah dorang ni dekat mana.. Ini adalah disebabkan ada follower aku yang aku tak dapat nak follow, so sebagai gantinya aku datang la melawat blog dorang untuk tengok2 keadaan blog dorang, sihat ke tidak blog dorang ni, kalau tak sihat nanti aku tolong upkan traffik korang ye (iye2 je aku ni)...^^

Kalau korang pun rasa rajin nak berjalan2 dekat blog follower aku ni,korang klik la dekat tempat follower aku ni... Ala, korang pilih je sapa2, lepas tu nanti korang bagitau la dekat dorang yang korang dah datang, nanti mesti dorang akan balas balik.. Gerenti punya, kalau dorang tak datang balik nanti aku marah dorang (gurau saja..hehe)
nak berjalan2 dekat blog korang naik basikal ni..^^

Friday, January 21, 2011

Contoh 404 page not found..

Pada entry yang lepas2, aku ada postkan satu entry tentang '404 page not found',kalau korang belum baca lagi korang pegilah baca ya..hehe

Aku dapat idea tentang entry tu pun bila aku terjumpa gambar2 yang macam ni, korang tengok2 lah ya..

siapa2 yang dah baca entry lepas mesti kenal En.Tom kan..^^
monyet yang suka makan page..




macam ni la keadaan broken link ye..


Disebabkan internet aku slow malam ni, so aku dapat letak sikit je la... Tapi kalau korang nak tengok lagi, korang klik la kat >>SINI ya..^^

Ada satu cerita.. (Part 1)

si suami dan si isteri..
Huh, penat betul hari ini kata seorang suami kepada isterinya.. Si isteri memandang wajah suaminya yang keletihan dan dia sudah mengetahui apakah tugas yang perlu dilakukan.. Dalam beberapa minit saja, si isteri membawakan secawan kopi kepada suaminya yang teramat dicintai, dan apabila sang suami melihat kopi itu berada dihadapannya, si suami menguntumkan senyuman yang manis kepada si isteri serta memuji-muji keenakan air kopi yang dibuat oleh isterinya.. Kelihatan si isteri malu apabila mendapat pujian sebegitu, walau pun sudah kerap kali dia mendapat pujian sebegitu, namun dia tetap berasa malu..

Kehidupan sepasang suami isteri ni memang bahagia semenjak mereka melangkah kealam perkahwinan ini, satu alam yang memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu mereka lalui.. Perkahwinan yang telah dibina sejak 3 tahun lepas masih lagi bertahan sehingga kini dan walaupun kadang kala ada juga berlaku sedikit perselisihan faham, tetapi sang suami begitu pandai mengambil hati si isteri.. Dia tahu yang isterinya memang mudah nak dipujuk, lagi-lagi apabila dia hanya perlu memujuk dengan kata-kata yang lemah lembut..

Pada suatu hari, si suami balik ke rumah dengan wajah yang begitu ceria sekali, senyumannya itu mebuatkan si isteri tertanya-tanya.. Kenapa abang tersenyum-senyum ni tanya si isteri, si suami menjawab yang dia telah dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus syarikat.. Si isteri pun turut tumpang gembira, dan tiba-tiba si suami berkata.... Tapi sayang, kita terpaksa berpindah la kerana bos abang telah menyediakan satu rumah untuk kita, ujar sang suami.. Si isteri hanya akur sahaja dengan keputusan suaminya, walaupun rumah itu telah menyimpan seribu satu memori, tapi mungkin dirumah baru itu akan membuatkan mereka lebih bahagia..

Bersambung.....

Aku sebenarnya tak tau kenapa and macam mana aku boleh taip sampai jadi cerita dekat atas ni, so aku nak mintak pendapat korang la, aku patut buat cerita ni dalam bentuk horror/seram atau romantik...?? bagitau dekat ruangan komen ya..^^

...Ada satu cerita.. (Part 2)

Thursday, January 20, 2011

404 page not found

Halaman tidak ditemui

Maaf, entry yang anda cari sedang dalam pembaikan. Anda diminta untuk pergi ke entry lain dan jika anda rajin, anda boleh meninggalkan komen anda diruangan yang telah disediakan. Sekiranya anda telah meninggalkan komen atau anda telah membaca entry-entry lain, sila beritahu kami di ruangan shoutmix supaya mudah bagi kami untuk mengetahui siapakah yang pernah datang ke entry ini.

Anda tidak perlu bimbang kerana kami telah menghantar pekerja terbaik kami untuk menyelesaikan masalah ini, kami juga percaya jika anda sudi meninggalkan lebih banyak komen di entry ini atau entry lain, masalah ini akan lebih cepat diselesaikan.

Biar kami memperkenalkan pekerja kami yang begitu hebat dalam kerja mencari entry yang hilang seperti kes ini...
 
pekerja terbaik kami.
Diperkenalkan En. Tom, pakar dalam bidang mencari fail-fail yang hilang. Buat masa ini, En.Tom sedang cuba sedaya upaya untuk mencari entry yang anda perlukan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan maklumkan kepada anda dengan menulis di entry yang baru.

SEGALA KESULITAN AMAT LAH DIKESALI..

Sahabat yang baik...

Salam semua, dah makan ke belum ni, kalau belum makan boleh pergi makan dulu and sambung baca balik. Tapi kalau korang nak makan sambil berblogging pun boleh, tak de hal lah.. Okay, kita mulakan sesi berbalas pantun kita... eh silap pula, aku bukan nak berpantun dekat sini, mungkin lain kali kot..

kawan itu sahabat...
Hari ni aku nak bagitahu or share sikit pengetahuan aku tentang cara2 untuk mengetahui jenis kawan yang baik.. Apa yang aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku dan hasil pembacaan aku dibuku2 atau blog orang lain..

Kawan or sahabat memang menjadi orang penting dalam kehidupan kita, malah hubungan persahabatan itu boleh menjadi lebih kuat berbanding dengan hubungan dengan keluarga. Sebab itu kita memang digalakkan mencari kawan yang boleh membawa kita kearah kebaikan, tapi kalau korang nak bawak kawan korang tu kearah kebaikan pun tak apa dan itu lebih bagus sebenarnya..

Kawan yang baik adalah..:
*Yang boleh menjaga rahsia kita..
*Berani menegur kesilapan kita..
*Sentiasa mengajak kita kearah kebaikkan dan tidak mengajak kearah keburukan..
*Sentiasa bersama kita walaupun kita ditimpa bencana or malang..
*Boleh memberikan pandangan yang baik..

Mungkin ada banyak lagi, tapi hanya itu sahaja yang mampu aku fikirkan buat masa sekarang ni..huhu. Kalau korang ada nak tambah apa2 silakan lah ya and kalau aku ada tersalah tulis ke korang tegurlah sebab aku tau korang ni memang jenis kawan yang baik..^^

Wednesday, January 19, 2011

Stress...

Arghhhhh!!!!!! Kenapa ni apiz..?? Aku tension la.... Yela, ko tension sebab apa..?? Adalah sedikit masalah yang aku sedang hadapi... Ala, ko share je dekat blog ko ni, inikan blog ko, tak ada sapa nak marah kalau ko ceritakan apa masalah ko tu..

inilah muka aku bila stress..^^
Tapi kalau aku ceritakan semua problem aku dekat dalam blog ni, nanti aku takut follower aku akan lari, dorang follow blog aku bukan sebab nak baca tentang masalah aku tapi nak baca tentang info2 yang boleh menambahkan pengetahuan dorang.... Tapi kan blog ni memang direka untuk ko ceritakan tentang diri ko tu...? Tapi ada ke follower ko yang nak baca tentang masalah ko ni..??

Tiba2 aku terfikir, apakah aku bina blog ini untuk meluahkan segala isi hati aku ini.. Kalau begitu sudah pasti akan terkeluarlah semua perkara2 mengarut dekat blog ni, sebab kadang2 aku suka berimaginasi..

Adakah aku bina blog ini untuk aku ceritakan tentang kisah kehidupan harian aku...? Sudah tentu la tidak sebab aku tak pernah menulis diari, jadi macam mana aku nak ceritakan kisah hidup seharian aku.. Lagi satu sebab, kehidupan harian aku bukan lah menarik sangat untuk dikongsikan kerana kehidupan aku ni lebih kurang sama saja dengan orang lain..

sedapnya makan rojak buah ni..
Mungkinkah aku bina blog ini dengan tujuan hendak memberi info atau maklumat sahaja, kalau begitu sudah pasti la aku hanya perlu meng'copy paste' saja dari akhbar atau blog lain.. Kenapa..?? Kerana pengetahuan aku ini pun bukanlah luas sangat jika nak dibandingkan dengan blogger2 yang hebat diluar sana..

Akhirnya aku membuat keputusan, biarlah blog aku ni menjadi rojak.. Sama seperti rojak buah, cuma isi kandungan blog ini bukanlah dari buah tapi dari entry aku tentang luahan isi hati aku, kehidupan seharian aku dan maklumat2 yang berguna.. Err... tentang masalah aku diatas tadi sebenarnya cuma intro untuk entry ini sahaja..^^

Kenali kucing korang..

Salam semua, hari ini aku sibuk sikit la, malam ni aku baru sempat nak tengok2 blog ni.. Aku tahu korang pun mungkin sibuk juga dengan hal masing2 kan.. Tak apalah, walaupun sedikit letih tapi aku nak juga postkan satu entry baru..

Agak2 korang apa lah yang aku nak ceritakan ya malam ni ya, okey la aku bagitahu korang sebab korang pun mungkin letih macam aku jugak kan, entah2 dah ada yang tidur kut masa tengah baca entry aku ni..hehe
Malam ni aku nak tunjukkan gambar2 kucing yang aku amek, bukan aku amek gambar kucing tau, tapi aku amek gambar kucing dari adik aku.. Kalau korang tak berapa faham tak apalah..hehe

Siapa dekat sini yang ada bela kucing, korang nak tau tak apakah mood kucing korang dengan hanya melalui melihat mukanya sahaja.. Kalau korang nak tau korang layan jelah gambar ini ya..

apa pendapat korang, comel tak..^^

Nanti kalau korang tenguk muka kucing korang ada rupa macam dekat atas ni, korang boleh la tau apa sebenarnya mood kucing korang ye..hehe

Tuesday, January 18, 2011

Tips mendapatkan entry yang baik..

Salam semua and selamat malam kepada sesiapa yanng nak tidur tu, hope dapat mimpi yang indah la ya tapi kalau dapat mimpi ngeri pulak macam mana, buat tak tau jela.. Malam ini aku nak bercerita tentang tips2 untuk menghasilkan entry yang best, tapi aku punya entry pun tak adalah best mana pun, tetap juga merepek dan meraban entah apa2..

Aku menulis ini pun berdasarkan pembacaan aku di blog2 semasa aku sedang berblogwalking. Tapi menurut pembacaan aku, untuk entry yang best adalah entry yang boleh membuat kan orang yang membaca itu terasa nak baca lagi. Tak kisah lah sama ada entry korang itu mempunyai info atau just untuk korang bercerita, tapi jika ia mampu menarik perhatian pembaca itu pun sudah boleh dikira sebagai entry yang bagus.

tak tau ada kene mengena tak dengan entry ni..
Lagi2 jika korang ada buat pendapatan sampingan macam nuffnang la.. Sekiranya korang dapat menghasilkan entry yang dapat membuatkan pembaca tertarik dekat entry korang tu, korang sudah dapat menambahkan bilangan visitor sekaligus dapat meninggkatkan pendapat sampingan korang tu..

Yang atas tadi kira main point dia lah, tapi kalau untuk tips yang lain yang dapat aku fikirkan adalah seperti berikut..:

*Entry korang tu korang selitkan unsur humor(lawak).
*Biasanya pembaca akan tertarik dengan tajuk dulu, so letaklah tajuk yang panas (kalau letak tajuk 'api' tu kira panas lah kan..hehe)
*Kalau nak bagi pembaca letakkan komen, korang letakkan lah ayat berbentuk soalan dihujung entry korang tu.
*Pastikan korang tak menyentuh isu perkauman, kalau tak nanti ramai pula pembaca yang boikot blog korang tu.

Aku rasa cukup lah dulu, nanti kalau ada lagi tips tambahan, aku bagitau dekat korang ya..Sebenarnya aku dah lupa pula apa lagi yang aku nak tulis..huhu. Lagi satu nak bagitahu, kalau tips diatas bukan lah untuk menjadikan entry korang tu lebih baik aku mintak maaf la ya..~_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...