Friday, January 14, 2011

Polis pakai Lotus Evora..

LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.
Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."

Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.
Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

Sumber : Kosmo

SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.
Agak2 korang la, kalau polis Malaysia guna kereta ni, mesti mat2 rempit or drift tak berani bila lalu depan polis kan..hehehe

2 comments:

Mr. TN_SkY said...

So...keta yang lama tuh..nak apply ksi kat SkY la hahaa :P

Arpiiz said...

boleh2 pegi la try..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...