Saturday, January 29, 2011

Ada satu cerita.. (Part 8)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 7)

... Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 25 tahun sahaja.. Lelaki yang memakai baju t-shirt putih itu hanya berdiri sahaja di hadapan Wak Daarmawi sambil memandang ke lantai.. Walau macam mana pun Wak Darmawi lihat yang keadaan lelaki itu seakan-akan sedang berada di dalam kesakitan.. Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu siapakah dia dan kenapa dia mengganggu si isteri..

gambaran semata-mata
Lelaki itu mula bersuara tetapi kelihatannya untuk dia bercakap itu terlalu susah.. Selepas beberapa ketika tiba-tiba lelaki itu merenung wajah Wak Darmawi sambil berkata agar Wak Darmawi tidak mengganggu urusan dia, suara dia yang ini juga berbeza dari ketika dia mahu bercakap tadi.. Wak Darmawi bertanya lagi sekali soalan yang sama dan lelaki itu mula menyerang Wak Darmawi.. Lelaki itu mahu mencakar wajah Wak Darmawi tetapi tidak kena kerana Wak Darmawi telah menepis serangan lelaki itu..

Kali ini Wak Darmawi pula yang membalas serangan lelaki tadi, dia membaca ayat kursi dan beberapa surah lain.. Tiba-tiba muncullah panah-panah yang berapi menyerang lelaki tadi, menyebabkan lelaki itu cedera.. Walaupun lelaki tadi sudah cedera, tetapi dia masih lagi mahu menentang Wak Darmawi, dia mengeluarkan satu kepulan asap hitam dari tangannya dan asap hitam itu mengelilingi Wak Darmawi..

Wak Darmawi masih lagi bertenang kerana dia tahu yang lelaki itu sudah terlalu lemah.. Kali ini dengan hanya menghembus nafasnya secara perlahan, tiba-tiba rumah itu ditiup oleh angin yang sangat kuat sehinggakan asap hitam tadi terus hilang.. Manakala lelaki itu pula tercampak ke dinding rumah menyebabkan dia terduduk lemah.. Sekali lagi Wak Darmawi bertanya kepada lelaki itu dan kini baru lah lelaki itu bercerita..

Wak Darmawi membuka matanya dan kini dia sudah berada di rumahnya semula.. Dia lihat si suami dan Leman sedang mengangkat si isteri yang telah pengsan ke dalam bilik.. Apabila si suami keluar dari bilik itu bersama Leman, Wak Darmawi memanggil si suami.. Dia mahu agar si suami membawa dia dan Leman pergi semula ke rumah yang dia pergi siang tadi..

Si suami bertanya untuk apa pergi ke sana kerana setahu dia rumah itu tiada penghuni.. Tetapi setelah didesak oleh Wak Darmawi maka si suami hanya akur sahaja.. Sebelum mereka bertolak pergi, Leman menyuruh agar pergi memberitahu kepada Mak Teh agar tolong tengok-tengokkan si isteri.. Mak Teh adalah jiran kepada Wak Darmawi, dia tinggal bersama anak perempuannya sahaja di rumah itu..

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 9)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...