Monday, January 17, 2011

Akhirnya...

Salam and selamat pagi to all bloggers, dah hari isnin ya. Aku rasa baru je semalam aku postkan entry aku tentang penyakit pagi isnin tu. Bagi siapa2 yang belum baca boleh je klik dekat sini ya..

Setelah berpenat lelah berjalan2 kadang2 berlari kejap didalam dunia blog semalam, akhirnya membuahkan hasil juga. Aku telah berjaya memecahkan target aku yang selama ini cuba aku pecahkan iaitu hendak mencapai 200 unique visitor dalam satu hari. Ala apiz, orang lain dah ada yang sampai beribu la, tak ada pun dorang kisah.. Aku tau dan mesti korang fikir yang aku sedang cuba membelagakkan diri (ada ke perkataan tu..?) aku kan tapi sebenarnya tidak, aku cuma nak ucapkan terima kasih saja kepada semua yang sudi memberikan sedikit masa korang untuk melihat blog aku yang tidak seberapa ni.

akhirnya dapat gak lebih 200..huhu
Hari isnin ini mari lah kita mulakan semangat yang baru dalam meneruskan kehidupan kita, nanti barulah hari2 kita akan menjadi lebih bersemangat. Mulai hari ini juga cuti seminggu aku telah habis (oh tidak...), petang nanti kene la pergi kelas macam biasa..huhu.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...