Thursday, January 13, 2011

Penipu yang tak reti menipu..

Salam, entry kali ni nak ceritakan tentang sms yang menipu, macam mana pulak sms nak menipu..? Maksud aku sms yang orang hantar untuk menipu (korang mesti dah tau kan..hehe). Pada suatu petang yang indah, ketika aku sedang menonton kartun di tv9, tiba2 aku mendapat massage mesej dari seseorang. Aku pun open la mesej tu dan membaca dengan tenang dan harmoni.

Aku terkejut beruk(walaupun tak ada la terkejut sangat) dan selepas beberapa saat aku ketawa berdekah2 (tipu je aku ni), kenapa ni..? Aku mendapat mesej yang berbentuk begini... "Tolong topapkan ayah RM50, ni no baru ayah 0178398723, ayah lg ad maslah kat balai polis, tak pyah dlu tlpon nnt ayah tlpn cpt.." Sama kan dengan mesej dekat gambar di bawah. Ya aku pun mendapat mesej yang sama dan no yang tak tau la sama ke tak sebab fon aku sekarang ni dah rosak..huhu.

mesej yang sama cuma fon yang berbeza..

Korang nak tau tak kenapa aku ketawa berdekah tu (sebenarnye just senyum je bila baca tu..). Sebenarnya pada waktu tu ayah aku ada dekat depan rumah tengah membetulkan kereta. Lagi satu, bila aku baca betul2 mesej tu rasa macam tak logik pulak, yela takkan la sebab masuk balai pun nak kene topapkan RM50, kalau setakat RM3 or 5 tu mungkin aku caye juga la..

Kesimpulannya, jika korang mendapat mesej yang boleh buat korang panik, korang kene chek dulu and kalau rajin, korang tanya la dekat sapa2 yang boleh bagi pandangan. Jangan korang terus je topapkan sebab nanti benda ni akan makin menjadi2.. By the way (ceh, nak speaking pula aku ni..hehe), isu ni pun dah lama, rasenye dah tak ada lagi kot bende ni jadi, tapi aku tak tau la kalau still ada lagi..

8 comments:

fariehan ibrahim said...

adeh, da terdesak sgt lar tuuu kot,
haha! hampeh jerk manusia cmnie. xD

Nur Zaheera said...

HAHA ! aiseh.

msTeddy said...

benda ni dah kuar kt paper dh..mmg cubaan menipu ni..dan aku mcm tak percaya ada org tertipu..

~wani~ said...

haha..kelakar jee..mmg xreti nak menipu nih..

Raidenovich said...

Ko tak mencarut ke kat no 0178398723 tu?

Arpiiz said...

aku plan nak buat mcm tu la, tp ble pkir2 blek rse mcm buang kdit je..hehe

AzRi AzyAn said...

oyeke..xtau la plak..
thx 4 the info! ^_^

Nur Ilyana Nadhirah Bt Mohd Asri said...

AHAIII,PENAH DAPAT GAK LA MSEJ NIE! MCM SENGAL JEK! WUU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...