Friday, September 30, 2011

Kalau barang hilang...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, dekat sini aku nak share kan dekat korang tips2 yang boleh diguna pakai jika korang telah kehilangan barang.. Especially untuk kes2 dimana yang sebenarnya korang terlupa dekat mana korang letak, tapi still jugak nak cakap yang barang tu hilang..hehehe

Hah, dah sedia ke belum untuk menyalin atau mengkopi pes (copy paste) tips2 dibawah ini.. Kalau dah sedia, sila teruskan pembacaan sajak korang ye..

* Panggil nama barang tu..
- Contohnya kalau korang tak jumpa dekat mana dompet korang, korang jeritlah "Dompet..!! Dompet..!! ko dekat mana..??".. Hah, lebih kurang macam tu lah..

* Buat tak tau je..
- Cara ini ialah cara kedua selepas cara dekat atas tu.. Peratusan untuk menjumpai barang tu agak kurang jika nak dibandingkan dengan cara dekat atas.. Tapi ianya bergantung kepada nasib seseorang lah..

* Buat solat sunat / wajib..
- Aku rasa cara ni yang paling berkesan.. Sebab biasanya time2 solat tu jugak lah kita akan teringat dekat mana kita letakkan barang yang dikatakan hilang tu.. Tapi kalau masa korang solat tu tapi tak dapat apa2 bayangan, aku nak ucapkan tahniah lah sebab dapat solat dengan khusyuk..^^

Ya, itu sahajalah tips2 yang dapat aku kongsikan dalam entry ni.. Tips2 ni aku bagi sebab aku sendiri dah gunakannya.. Dan ianya memang berkesan lah untuk aku menjumpai barang2 yang telah aku lupa dekat mana aku letakkan..hehe

P/s : Tapi jika cara2 diatas tak berkesan, korang redha jelah ye..hehe

Thursday, September 29, 2011

Misteri Rahman...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Malam itu suasana agak senyap sunyi dikawasan perumahan aku.. Aku masih lagi terbaring diatas katil sambil berusaha dengan segala kudrat yang ada ini untuk cuba melelapkan mata.. Aku lihat semua kawan2 aku sudah lena dibuai mimpi, sampai ada yang mengigau sekali..

Aku cuba juga untuk mengira kambing, namun usaha itu hanya menemukan aku dengan jalan buntu sahaja.. Mata aku langsung tidak mahu melelapkan dirinya, malah tiba2 je mata ini seakan2 ingin aku pergi menonton tv.. Bila difikirkan yang aku memang dalam keadaan yang maha boring, aku pun pergilah ke ruang tamu..

Sekali lagi aku berasa hampa, kerana pada jam 3.30 pagi ini sudah tiada rancangan tv yang bersiaran.. Aku cuba berfikir semula, apakah yang aku perlu buat untuk buatkan aku tidur.. Tiba2 aku terdengar satu suara perempuan yang sungguh merdu sedang menyanyi..

Aku cuba mencari dari arah manakah suara itu datang.. Mungkin itu suara Lina, jiran aku yang duduk selang sebuah rumah dari arah kiri.. Tapi tak mungkin dia nak menyanyi pagi2 buta ni, fikir aku sambil mata ini melilau mencari arah bunyi itu..

Sedang mata ini leka mencari dari arah manakah bunyi itu, tiba2 aku perasan seakan2 ada cahaya didalam bilik Rahman, kawan aku.. Secara senyap2 aku membuka pintu bilik Rahman, dan apa bila pintu bilik itu dibuka.. Satu cahaya kuning menerjah ke dalam anak mata aku ini..

Silau cahaya itu telah memaksa aku untuk memejamkan mata ini.. Sambil itu aku cuba juga untuk melihat cahaya apakah itu, dan apabila mata aku sudah boleh dibuka, aku lihat ada seorang perempuan.. Perempuan itu sedang berdiri di sebelah katil Rahman sambil mungusap2 kepala kawan aku itu..

Di saat itu, aku menjerit memanggil nama Rahman, namun suara aku ibarat tenggelam didalam suara nyanyian perempuan misteri itu.. Setelah beberapa kali aku memanggil Rahman, tiba2 perempuan itu berhenti menyanyi.. Keadaan yang sebelum ini terang dengan cahaya kekuningan, kini bertukar gelap..

Perempuan itu menggerakkan kepalanya dan memandang tepat ke wajah aku.. Apabila aku memandang terus ke matanya, tiba2 aku rasakan seperti keadaan sekeliling aku ini gelap serta merta.. Aku tidak pasti berapa lama keadaan itu berlaku, kerana apabila aku sedar sahaja hari sudah pun pagi...

...Bersambung

P/s : Ini adalah cerita rekaan sahaja, tiada kena mengena dengan sesiapa pun..

Please give me strength..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Korang semua, aku nak minta bantuan dekat korang semua ni.. Kalau korang boleh tolong, korang kena anggukkan kepala korang sebanyak 8 kali ye.. Sanggup tak nak buat, kalau tak sanggup tak payah lah sebab aku pun saje2 suruh buat macam tu..hehe

Okay, kita serius ya.. Kalau mengikut dari tajuk tu, ianya seakan2 aku nak bagitau yang aku tengah mempunyai masalah.. Eh, betul ke apa yang aku tulis ni.. Entah2 korang tak pikir apa2 pun bila baca tajuk tu, betul tak..?? Kalau korang tak fikir macam  tu, korang tengah fikir apa ye..??

Ah, abaikan jelah persoalan tu, sila teruskan pembacaan korang ye.. Sebenarnya aku nak mintak bantuan korang ni.. Aku nak mintak tolong korang siapkan assignment aku yang belambak2 ni.. Boleh ke tak..?? Kalau tak boleh, sila hentikan pembacaan korang sekarang..

Hai, nampaknya korang still baca lagi.. Nampak gayanya korang dah setuju lah nak siapkan assignment aku kan..?? Sila buat 2 kumpulan ye, satu kumpulan untuk buat assignment animation, satu kumpulan lagi tolong buat assignment database, okay tak..??

Argghh.. Apa benda yang aku dah lalutkan ni, mintak maaf lah ye sebab korang terpaksa membuang masa korang yang sangat berharga tu untuk membaca entry yang tiada hala tujuan ni.. Korang dah boleh lah pergi baca blog orang lain.. Tapi sebelum tu kalau ada apa2 nak komen, silalah ye..^^

P/s : Sedang bertungkus lumus berdoa agar lecturer tak marah bila tau assignment tak siap lagi..huhuhu

Tuesday, September 27, 2011

Akibat hujan lebat..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

kesian Mona Lisa ni selsema..

Tiap kali bila hujan lebat je, mesti badan aku ni rasa macam nak demam je.. Mungkin akibat faktor perubahan suhu secara drastik kot.. Hmm, aku pun tak boleh nak taip panjang2 sangat ni sebab bila rasa tak sihat ni, semua idea lari bertaburan..huhuhu

P/s : Tak best betul bila badan ni rasa tak sihat..T_T

Monday, September 26, 2011

Tatkala diri semakin ketandusan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku sudah penat..
Aku sudah keletihan..
Beri aku sedikit ruang agar aku dapat bernafas..
Beri aku sedikit masa agar aku dapat berehat..

Okay, aku rasa cukuplah aku untuk bermadah2 segala bagai.. Penat lah kalau buat entry macam ni, nak kena pikir ayat lagi, pikirkan bunyinya lagi.. Aku rasa lebih baik aku tulis macam biasa, korang jugak yang senang nak baca nanti..

Seperti mana yang korang tau atau sebenarnya korang tak tau pun, aku telah menghilangkan diri selama 3 hari dari dunia blog ni.. Kenapa aku hilang..?? Apakah aku telah disihir/pukau oleh seorang perempuan berbaju merah..?? Oh, itu sudah semestinya tidak..

Aku harap jangan jadi lah benda2 macam tu dekat aku.. Sebenarnya aku pergi ke kem, dan semalam aku baru sampai rumah.. Jadi bila penat ni dah mula menguasai diri, maka kemalasan pun mula lah bertandang sekali.. Bila kedua2 benda tu duduk bersama, maka kerajinan dan semangat pun mula lah mengundurkan diri..

Dan bila kerajinan dan semangat telah digantikan oleh kemalasan dan kepenatan, akan terhasillah satu formula kimia iaitu tak dapat update blog.. Hahaha, sesiapa yang amik spm subjek kimia tu, jangan terpengaruh formula diatas ye..

P/s : Tension betul aku sebab lupa bawak kamera masa pergi kem tu..huhu

Semalam adalah sejarah..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Semalam adalah satu sejarah...

Sejarah yang tidak mungkin kita akan dapat ulanginya lagi..

Jika semalam kita membuat kesilapan..

Perbetulkan kembali kesilapan itu dan segera lah selesaikannya..

Dan jika semalam kita berduka..

Kembalikan lah keceriaan dan lupakan kedukaan..

Andai kata semalam kita kehilangan orang tersayang..

Doakan lah kesejahteraan mereka di hari ini dan juga hari2 yang mendatang..

Thursday, September 22, 2011

Bila perasaan bersalah menyelubungi diri..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Korang pernah tak rasa bersalah..??
Korang tau tak macam mana rasa bersalah tu..??
Korang pernah tak bersalah diatas tuduhan merompak warga emas..??
Korang pernah tak....

Ni apahal banyak sangat soalan ni..?? Apakah aku dah kurang kewarasan dalam minda dan jasad aku ni..?? Tengok, soalan lagi yang aku tulis.. Tolong, aku telah dihantui oleh hantu soalan, dan dia sedang cuba masuk ke dalam minda aku ni..

Okay2, sorilah diatas intro yang panjang sangat ni.. Sebenarnya aku sendiri tak tau kenapa dengan diri aku ini, rasa macam nak merepek je dekat dalam entry ni.. Tapi aku tak boleh buat macam tu sebab aku dah tulis tajuk dekat atas tu..

Mungkin ini lah kesan atau tindak balas badan aku bila rasa bersalah.. Tapi kenapa aku nak rasa bersalah pulak..?? Err, itu biarlah aku sendiri yang tau sebabnya..huhu. Sudah lah, aku dah tak mampu nak tulis apa2 ni.. Aku perlukan masa untuk membetulkan kesilapan yang telah aku buat ni..

P/s : Aku tau ini entry yang entah apa2, so maafkan aku ye..huhu

Mana lah pulak dia ni..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Adikkk..!!
Mari masuk dah maghrib ni...

Eh, ni apahal pulak ayat dekat tv9 tu boleh masuk dalam entry ni..?? Apakah entry ini kepunyaan tv9..?? Owh, itu sudah semestinya tidak sebab blog ini adalah kepunyaan penulis blog ini iaitu Arpiiz.. Sebenarnya aku tengah pelik ni..

Biasanya masa tengah2 malam dia akan datang melawat aku, kadang2 sampai bawak geng sekali.. Tapi malam tadi takde pulak.. Puaslah aku tunggu dan terus menunggu, tapi sampai pukul 3.30 pagi aku terpaksa juga untuk menghentikan penantian aku itu..
err, ini bukan tapak kaki idea2 tu tau..

Hah, korang jangan takut pulak ye.. Maksud aku yang datang tengah2 malam tu ialah idea2 aku ni, tapi kalau ada yang kata hantu datang tu aku tak boleh nak kata apa2 lah.. Kebiasaanya bila masuk sahaja tengah malam, maka akan menyerbu lah idea2 ni datang ke kepala otak aku..

Kadang2 tu sampai 3 atau 4 entry aku boleh buat, tapi entah kenapa malam tadi satu idea pun tak datang singgah.. Jadi sekarang ni aku kenalah menjalankan misi untuk mencari idea2 ni.. Manalah tau kalau2 idea ni sesat pulak masa dia nak singgah jumpa aku..

Dan sekiranya korang ada jumpa idea2 aku tu, tolong jangan mengaku diri korang tu ialah aku.. Nanti idea2 tu akan datang dekat korang pulak, kesian aku..huhuhu.. Gurau jelah, okaylah aku nak pergi mencari jodoh idea ni, nanti bila dah jumpa satu aku update lagi ye..^^

Wednesday, September 21, 2011

Misi mencari Idea Best.. (Part 3)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

...Sambungan dari Misi mencari Idea Best.. (Part 2)

.... Masa semakin suntuk, aku lihat wajah Idea Best sudah tidak keruan kerana dari tadi dia hanya mampu menangis.. Tiba2 aku mendapat satu idea, macam mana kalau aku buat atau cipta satu lagi Idea didalam kotak fikiran aku ni..

Tapi nanti sekejap, buat apa aku nak cipta, lebih baik aku panggil Idea Tak Masuk Akal.. Dia memang terkenal dengan kebolehan untuk mengubah realiti.. Maka dengan pantasnya aku mengeluarkan telefon aku dan menghubungi Idea Tak Masuk Akal..

"Hello, tolong datang dekat aku cepat, ada masalah besar ni..!!" Kata aku selepas berjaya menghubungi Idea Tak Masuk Akal.. Tidak sampai 3 saat, Idea Tak Masuk Akal tiba2 muncul dihadapan aku sambil membuat muka penuh bergaya..

"Wei, cepat tolong aku musnahkan bom dekat badan Idea Best ni..", arah aku selepas melihat jam pada bom itu tinggal 10 saat lagi.. Tiba2 aku baru teringat yang Idea Tak Masuk Akal ni ada masalah pendengaran, jadi dia hanya berdiri sambil memerhatikan aku dan Idea Best yang dalam kekalutan..

beginilah letupan itu..
Aku semakin tertekan, lalu aku pun menjerit kearah Idea Tak Masuk Akal dan menyuruh dia menjadikan kitorang menjadi kebal.. Setelah mendengar jeritan aku itu barulah dia mula mengeluarkan kuasanya dan tiba2..

KABOOOMM..!!!

Satu letupan yang kuat kedengaran hampir di segenap ruang.. Asap dan debu2 berterbangan ke atas dan aku mula membuka mata aku.. Aku menyangka kan yang diri aku ini sudah mati kerana aku pasti yang Idea Tak Masuk Akal memang tidak sempat untuk mengeluarkan kuasanya..

Tapi rupa2nya aku salah kerana tidak lama selepas itu aku dapat berdiri semula dan aku lihat keadaan disekeliling aku hanyalah tanah dan debu2 yang berterbangan sahaja.. Tiba2 satu pelukan erat datang menerjah ke badan ku dari arah belakang..

"Terima kasih Arpiiz sebab dah selamatkan saya..", muncul satu suara dan sebaik sahaja aku memalingkan badan aku kebelakang, aku lihat Idea Best yang berdiri.. Aku hanya tersenyum dan bila melihatkan Idea Tak Masuk Akal mula berdiri, aku pun mengajak mereka semua untuk balik..

Idea Penipu pula... Aku sendiri tidak tahu di mana dia berada, tapi yang pasti dia akan sentiasa mencari jalan untuk memporak peranda kan dunia Idea aku ini..

~TAMAT~

Wordless Rabu (Nak main hujan..T_T)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

rindu nak main hujan macam dia ni..huhuuu

Tips2 untuk kuruskan badan, peha, dan macam2..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay ye semua, kali ini aku nak bagitau dekat korang semua satu tips yang membolehkan korang semua untuk menguruskan bahagian2 badan korang yang agak kembang tu.. Tips ini aku sendiri telah mencubanya dan hasil yang aku dapat memang agak mengejutkan..

Apakah korang semua telah bersedia untuk mengetahui tips itu.. Ala, rilek lah dulu.. Takkan baru perenggan ke 2 korang dah harap yang aku nak bagitau dekat korang tips2nya.. Sabar dulu, aku baru nak cari dekat mana aku letakkan tips2 tu..huhu

Ya, setelah berpenat lelah dan dengan bersusah payahnya aku menyelongkar ruang otak aku ini.. Akhirnya aku telah menemui cara2 atau tips2 yang sedang korang nanti2 kan ini.. Sebelum tu korang tengok lah gambar orang yang telah mencuba tips ini..
nampak tak bezanya..

Cara2nya ialah..:

* Buka new tab dekat browser korang tu..
* Taip http://google.com/ pada bahagian url tu..
* Taip pulak tips2 kuruskan (bahagian mana yang korang nak) di ruang yang tersedia..
* Tekan Google Search..
* Pilih lah ajaran (site) mana yang korang nak ikut..

Diingatkan, segala kesan yang akan terjadi dekat korang tidak menjadi tanggungjawab aku ye..hehe. Okay, masa untuk berterus terang.. Ini adalah entry gurauan semata2, tiada langsung niat untuk mempermainkan orang yang tengah berusaha untuk mencantikkan badan..^^

Tuesday, September 20, 2011

Wah, ada blogger kena hacked lah...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Perghh, ni sampai kena hacked2 ni apahal bro.. Lu ada bikin orang dendam sama lu ke bro..?? Kalau ada, lu kasi ajak sama itu orang jumpa and slow talk laa.. Ini sampai nak hacked2 blog lu apa pasal maa.. Ayak, ini apa pasal aku punya dialog sudah tukar, banyak susah itu orang nak baca..

Err, testing2 satu dua tiga..

Okay, sori2 sebab korang terpaksa baca dengan dialog merepek meraban tu.. Sebenarnya semalam aku dapat tau yang blog bro sorang ni kena hacked.. Aku sendiri tengok dan aku sendiri tak dapat nak masuk ke dalam blognya.. Kesian dia, kalau korang rajin korang singgah kejap blog dia..

Korang tengok sama ada dah elok ke belum blog dia tu.. Aku bagitau ni pun sebab bro ni adalah blogger yang suka komen dekat blog aku.. Lagi pun, bro ni selalu buat autoshow, so nanti boleh lah suruh dia buat autoshow dekat kawasan rumah aku ni..hahaha

Ini link blog dia.. >> http://gilamodified.blogspot.com/

Lagi satu, kalau blog dia dah elok masa korang singgah ni, korang boleh jugak tengok2 gambar kereta2 yang memang superb dekat dalam blog tu.. Bro ni pun ada kereta yang memang terbaiikkk (bak kata boboi boy).. So, itu jelah benda yang aku nak bagitau, lepas ni aku nak kena pergi buat blogwalk pulak..huhu

P/s : Ni yang nak kena belajar ilmu2 hacking ni, yela mana la tau kalau2 blog aku pulak yang kena hack..huhu

Widget yang patut ada dalam setiap blog..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hmm, dah lama sangat rasanya aku tak buat tutor ni.. So dikala aku sedang ada idea ni, boleh lah aku curahkan beberapa kasih sayang ilmu yang aku ada tentang dunia blog ni.. Korang dah sediakan ke pen dengan kertas ke belum ni, sebab lepas je korang baca entry ni, entry ini dengan sendirinya meletup..

Ah, merepek je aku ni.. Ingat macam cerita Mission Impossible ke nak main letup2 ni.. Dah2, daripada aku terus melalut panjang, baik aku terus bagitau je apakah widget yang perlu ada dalam setiap blog..

* Widget LinkWithin..
- Aku rasa widget ni agak penting sebab nanti bila pembaca selesai baca entry korang, dorang mungkin akan tertarik dengan entry2 lepas yang ditunjukkan dalam linkwithin tu.. So ia akan membuatkan pembaca tu duduk lama dekat blog korang..

* Bloglist..
- Ini pun penting jugak sebab didunia blog ni, kita kena saling tolong menolong.. So bila korang tolong sebarkan nama blog orang, nanti orang lain pun buat macam tu jugak..

* Top entry..
- Ini pun lebih kurang macam LinkWithin tu jugak, cuma yang ini akan menunjukkan dekat pembaca entry mana yang paling femes dalam blog tu..

* Shoutbox (bagi yang baru berblogging)..
- Kalau korang baru lagi nak berjinak2 dengan dunia blog ni, aku rasa ini adalah antara satu widget yang boleh menyumbangkan korang traffik.. So, bila traffik banyak, nanti cepatlah femes..hehe

* Iklan (kalau yang nak duit laa)..
- Bagi orang yang mempunyai mata duitan tapi bukan mata merah (salah satu penyakit mata), iklan adalah benda wajib ada dalam blog.. Tapi kalau korang bukan mata duitan pun boleh je letak iklan, yelah mana la tau nanti dapat rezeki lebih..

Itu sahajalah benda yang aku nak bagitau dekat dalam entry ni.. Kalau ada apa benda yang buatkan korang tak puas hati, korang bagitau je dekat tempat komen.. Tapi kalau korang puas hati dengan entry ni, silalah bagitau jugak ditempat komen tu..hehe

P/s : Aku rasa korang ada benda nak tambah lagi kan, so bagitau je tak payah nak malu2..hehe

Monday, September 19, 2011

Suara ketawa didalam bilik..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hahahaha...!!!

Aku terperanjat sebentar setelah mendengar satu suara yang amat jarang aku dengar.. Ianya seakan2 suara seseorang ketawa berdekah2.. Aku perhatikan keadaan sekeliling mencari suara siapakah itu.. Ditambah dengan keadaan yang gelap, aku terpaksa juga turun dari katil untuk menghidupkan lampu..

Setelah aku menghidupkan lampu, barulah keadaan menjadi terang benderang.. Dan ketika itu jugalah suara ketawa tadi hilang.. Aku mula berasa seram, tapi aku segera kuatkan semangat aku sebab aku menganggap yang benda itu tidak akan kacau orang yang mempunyai semangat yang kuat..

Aku mematikan lampu semula setelah memastikan yang suara itu telah benar2 hilang.. Setelah mematikan lampu dan baring diatas katil aku.. Aku cuba untuk melelapkan mata, maklumlah esok aku ada kelas pada awal pagi, jadi aku perlu tidur yang cukup..

Tidak lama selepas itu, muncul lagi suara ketawa itu.. Kali ini aku benar2 memberanikan diri aku untuk mencari dari manakah arah bunyi ketawa itu.. Tiba2 aku perasan ada sedikit cahaya di hujung bilik aku itu.. Cahaya itu telah ditutupi oleh selimut aku dan dengan segera aku mengalihkan selimut itu..

Aku berasa lega sebentar, rupa2 nya suara ketawa itu datangnya dari telefon bimbit aku.. Aku percaya ini mesti kerja adik2 aku yang suka mengubah nada dering telefon aku ini..

Moral of the story : Sila jangan mengada2 simpan nada dering seram dalam telefon kalau tau diri tu penakut..hehe

P/s : Aku rasa ayat2 dalam entry ni skema sangat lah..huhuhu

Keburukan facebook..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku bukanlah nak buat wordless, tapi sebab sekarang ni aku tengah sibuk buat assignment.. So, ini jelah yang dapat aku taip untuk entry ni..

Bila semua benda di cerita dalam facebook, jadi bila jumpa dah tak tau nak cerita apa lagi..huhu

Eh, apahal pulak ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Huih, pelik betul ni.. Inilah perkara yang maha pelik yang pernah berlaku dalam hidup aku.. Macam mana tak peliknya, korang bayangkan lah ye bila tiba2 je muncul seguni jongkong emas dekat dalam bilik aku ni.. Ni kalau aku jual ni, boleh kena tuduh merompak ni..huhu

Okay, kalau korang percaya itu tandanya yang korang telah tertipu.. Tapi siapalah yang sanggup atau sudi untuk percaya cerita yang memang sah2 tipu ni.. Okay, kembali kepada benda yang aku nak stori lori kan ni.. Ini cerita malam tadi punya, so korang bayangkanlah keadaan malam tadi ye..

Masa tu aku baru je online, kemudian aku pun bukalah blog aku ni.. Time tu aku tengok yang follower aku telah bertambah ke nombor 1090.. Selepas itu aku pun jalankan lah satu misi penting, iaitu misi membalas komen2 korang.. Apa..?? Korang tak percaya itu misi penting aku..??

Ah, benda tu lain kali aku cerita ye.. Okay, sambung balik, setelah selesai sesi membalas komen tu, aku tengok semula ke dashboard aku tu.. Pelik pulak, tiba2 nombor follower tu bertukar kepada nombor 1089.. Ke manakah menghilangnya lagi satu nombor..

Maka aku pun pergilah membuat satu laporan polis dan mengatakan bahawa satu nombor dalam follower aku tu dah hilang.. Eh, macam mana boleh keluar ayat2 penipu ni..hehe. Aku pun biarkanlah blog ni seketika, dan setelah beberapa minit, aku tengok nombor follower tu bertukar kembali kepada nombor lain..

Nombor apakah yang keluar kali ini..?? Adakah ianya adalah nombor ekor, atau nombor bertuah..?? Ah, apa benda yang aku mengarut ni..?? Nombor follower tu telah meningkat kepada nombor 1091.. So, nampak tak benda yang cuba aku sampaikan tu..??

Apa, korang tak nampak ke..?? Kalau korang tak nampak apa yang cuba aku sampaikan tu takpe lah, sebab aku pun tak nampak sebenarnya.. Aku buat entry ni pun sebab tiba2 je aku teringatkan hal tu..hehe. Kepada yang unfollow tu tak mengapalah, mungkin blog aku ni dah tak best bagi dia..

Tapi yang penting sekali kepada mereka2 yang follow ni.. Terima kasih aku ucapkan kepada korang semua.. Tanpa korang siapalah blog Arpiiz itu Nama ku..huhu

.... Entry ini tidak dapat diteruskan lagi sebab penulisnya tengah menangis tersedu2 bertemankan kotak tisu....

Sunday, September 18, 2011

Misi mencari Idea Best.. (Part 2)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca..

Sambungan dari Misi mencari Idea Best.. (Part 1)

... "Nanti sekejap, takkan lah yang Idea Penipu itu masih hidup lagi..?? Tapi mungkin juga boleh terjadi, yelah dia kan Idea Penipu, mestilah dia boleh tipukan tentang kematian dia.. Ini tak boleh jadi ni, nanti kalau dia apa2kan si Idea Best, tak ke naya..". Kata aku didalam hati sambil mata aku memerhatikan jalan raya..

Aku memandu kereta sambil mata aku melilau mencari sekiranya ada ternampak kelibat angin dan juga Idea Penipu.. Tiba2 aku mendapat satu penggilan dari satu nombor yang aku tidak kenali.. "Hello, siapa ni..??", soal aku sebaik sahaja panggilan itu aku jawab..

"Hai Arpiiz, takkan tak ingat aku lagi kot..??". Serta merta aku tergamam, ye memang aku ingat lagi dengan suara itu.. "Kau rupanya Idea Penipu, mana ko bawak pergi Idea Best hah..!!" Jerkah aku tanpa menjawab persoalan dia..

"Hahaha, tak sangka kau masih ingat aku lagi ye, aku ingatkan kau pun dah terpengaruh dengan berita kematian palsu aku tu..", balas Idea Penipu.. Ye, ternyata benar sangkaan aku itu, betullah yang Idea Penipu masih hidup lagi..

"Aku nak kau jumpa aku dekat tepi lombong dan ingat, jangan bawak sesiapa pun.." kata Idea Penipu dan terus memutuskan panggilan.. Aku semakin pening, apakah yang aku perlu buat, macam mana kalau itu adalah satu lagi penipuan yang dibuat oleh Idea Penipu..

Tanpa membuang masa lagi, aku terus pergi ke lombong dan mencari kelibat Idea Penipu.. Aku berjalan dan terus berjalan di kawasan sekitar, tiba2 telinga aku dapat menangkap satu suara yang aku sangat kenal.. Aku mencari dari manakah arah suara itu, namun aku tidak jumpa..

Suara itu menyuruh aku untuk pergi ke belakang pokok.. Tanpa membuang masa lagi, aku pun terus mencari di pokok2 yang ada di kawasan itu.. Akhirnya aku jumpa juga dari mana suara itu datang.. Itu adalah suara Idea Best, dia telah diikat di sebatang pokok..

Di badannya juga telah terikat sebuah bom masa.. Aku sudah mula panik dan aku menjadi semakin panik apabila melihat masa yang tertera pada bom itu ialah 2 minit.. Ini bermakna aku mempunyai masa sebanyak 2 minit untuk mematikan bom itu..

Masa semakin suntuk, aku lihat wajah Idea Best sudah tidak keruan kerana dari tadi lagi diah hanya mampu menangis.. Tiba2 aku mendapat satu idea, macam mana kalau aku buat....

Bersambung lagi la..

Blah lah, muka ko dah lah buruk..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ish, tension gila aku dengan budak ni.. Nasib baik dia ni budak, kalau akak budak, dah lama aku mintak no phone..hehe. Eh, sambung marah balik.. Kalau tak di sebabkan aku pikir yang kau ni anak Wak Seman yang duduk tepi sawah tu, memang dah nazak kau aku kerjakan..

buruk ke muka saya ni..??
Hehehe, okay ye semua orang.. Diatas itu adalah satu dialog yang terkeluar disaat aku memikirkan untuk membuat satu cerkon (cerita kontot).. Namun dialog tu aku rasa aku tak akan gunakan kot sebab cerkon tu pun aku tak tulis lagi..hehe

Eh, panjang sangat pulak mukadimahnya ye.. Okay lah straight to the road, korang pernah tak mengatakan atau dikatakan dengan ayat yang ada pada bahagian tajuk tu.. Kalau korang pernah mengatakannya, cepat2 lah mintak maaf dekat orang tu ye.. Tapi kalau korang yang dikatakan, banyak2 lah bersabar..

Sesungguhnya Allah itu menciptakan semua manusia itu dengan sebaik2nya.. Sekiranya korang rasakan yang wajah korang buruk, percayalah bahawa ada satu kecantikan yang terdapat dalam diri korang itu.. Dan jika korang tau menggunakan kecantikan / kelebihan itu, sudah pasti korang akan menjadi antara orang yang berjaya..

Wah, dah jadi macam motivator lah pulak ye.. Tapi walau apa pun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Sebab sesungguhnya jika kita bersyukur, Allah akan melipat gandakan lagi rezeki kita.. So, semoga di hari Ahad yang indah ni, korang dapat bergembira di samping orang tersayang..^^

P/s : Aku rasa entry ni patut keluar masa hari Jumaat lah..hehe

Saturday, September 17, 2011

Bila idea semua ke laut..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
gambar ni je yang aku jumpa..huhu


Huuuhhh..~~~

Aku hanya mampu mengeluh panjang sahaja.. Tiada apa atau baris kata yang mampu aku coretkan diatas helaian kertas putih ini.. Ingin sekali aku menulis sesuatu buat para pembaca ku yang setia agar mereka dapat membaca hasil penulisan aku yang baru..

Perghh..!! Rasa macam sasterawan pulak aku bila menggunakan ayat2 yang macam tu.. Ni kalau cikgu BM aku baca ni, mesti nangis keluar hingus ni.. Eh, tak baik menipu.. Err, sori ye cikgu, tadi tu saja2 je..hehe. Okay lah, just nak bagitau je..

Sekarang ini aku sedang mengalami masalah ni.. Entah kenapa sejak kebelakangan ni idea aku semuanya ke laut.. Aku sendiri tak tau apa yang idea2 tu buat dekat laut tu, mungkin dorang nak jadi petani nelayan kot.. Jadi apa yang aku mampu buat ialah menunggu dan terus menunggu..

P/s : Oh idea, cepatlah kau kembali kepada aku, aku dah boring ni sebab lama tak menaip..huhu

Thursday, September 15, 2011

Aaarghhh..!! Aku dah tension tahap gaban ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Sorilah, sekarang ini aku sedang berada didalam keadaan yang amat tension atau tertekan.. Aku bukannya telah tertekan remote control yang boleh meletupkan sebuah kereta tau, tapi mengalami tekanan, sila baca betul2 ye.. Lagi pun aku dah rasa macam nak meletup dah ni..

Amboi, melampau2 pulak aku ni kan.. Sampai nak meletup lah, apa lah.. Sebenarnya macam ni, aku sekarang ni sedang tension kan dengan diri aku ni.. Bukan apa, aku dah tau yang esok pagi ada exam, tapi disaat entry ini ditaip aku masih lagi leka melayari bahtera intenet..

Kalau surf internet tu sambil baca nota takpe lah.. Ini tidak, yang dibukaknya ialah pesbuk tu hah.. Adoi, tak tau lah macam mana nak jawab exam pagi esok..huhu. Okaylah, aku nak paksa diri aku ni study, kalau taip panjang2 masa bila pulak aku nak study, betul tak..??

inilah akibat bila dah tension sangat..huhu
P/s : Aku tak tau lah kenapa aku still jugak nak buat entry ni..

Wednesday, September 14, 2011

Gambar untuk lelaki2 cuci mata..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Adeh, mengapakah berat sangat mata aku ini.. Baru je terfikir nak membuat satu aktiviti amal iaitu berblogwalking sampai lebam.. Tapi baru je aku bukak beberapa blog, mata ni sudah menunjukkan ciri untuk mengalami zaman kejatuhan pulak..

Jadi untuk mengelakkan dari mata ini terus mengalami zaman kejatuhan beliau sekarang, lebih baik aku pergi melihat gambar2 yang boleh membuatkan mata aku ini segar.. Atau orang lain panggil sebagai gambar cuci mata.. Kalau korang pun mengalami masalah macam aku, jom lah tengok sekali..
---------------
----------
------
---
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hah, dah puas ke belum tengok gambar tu..hehe

Tuesday, September 13, 2011

Yey, dah siap pun..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

ini logo untuk blog ni..
Hahaha, akhirnya siap juga istana yang telah lama aku idam2kan ni.. Tidak aku sangka sebegini cepat masa yang diambil untuk membinanya.. Dindingnya yang disaluti oleh emas, tiang2nya dihiasi dengan batu2an permata.. Dan pintunya yang dibuat dari pada coklat..

Hehe, aku tau yang korang tak caya dengan apa yang aku katakan dekat atas tu.. Macam mana nak percaya, ada ke buat istana yang berpintukan coklat, menipu betul aku ni kan.. Sebenarnya aku nak bagitau yang aku telah pun mencipta fanpage untuk blog ni..

Cerita macam mana aku boleh menghasilkan fanpage untuk blog ni macam ni.. Masa tu cuaca agak mendung, aku dan blog aku ni sedang bersantai diruang tamu..

Blog : Wei Piiz, aku tengok semua member2 aku dah ada fanpage, bila pulak ko nak buatkan untuk aku ni..??

Aku : Ala, kalau ada fanpage pun untuk apa, aku bukannya selalu sangat bukak pesbuk tu..

Blog : Yelah, sekurangnya2 nanti bila dah ada kotak fanpage tu, barulah orang tau yang aku ni blog lama..

Aku : Eh, bila masa pulak ko jadi blog lama, umur ko ni pun baru je masuk 9 bulan..

Blog : Ala, umur dunia blog dengan umur dunia manusia ni mana sama.. Ala, boleh lah Piiz, kalau ko tak buat jugak, nanti aku hilangkan semua entry2 yang ko dah pernah tulis tu..

Aku : Ish ko ni, dengan aku pun nak main ugut2 ke.. Yelah2, nanti aku cari mana2 tutorial untuk buatkan ko punya fanpage tu..

Begitulah antara dialog kitorang tadi, mengada2 betullah blog aku ni.. Jadi kalau korang suka dengan blog ni, korang boleh lah like lah fanpage dia ye.. Dia kata kalau korang like, nanti dia nak belanja korang dengan coklat cadbury.. Itu dia yang cakap ye, bukan aku..hehe

Monday, September 12, 2011

Misi mencari Idea Best.. (Part 1)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

inilah wajah Idea Best..
Okay, sekarang ini aku sedang membuat satu siasatan berkaitan tentang kes kehilangan idea untuk aku membuat satu cerita bersiri.. Mangsa yang bernama Idea Best telah menghilangkan diri dari kotak fikiran aku ini.. Kali terakhir dia dilihat ialah sebelum aku tidur tadi..

Kemungkinan mangsa (Idea Best) telah diculik berdasarkan keterangan saksi iaitu Idea Merepek dan Idea Meraban.. Menurut kata mereka berdua itu, Idea Best telah pergi bersiar2 ketika aku sedang lena dibuai mimpi indah..

Tiba2, mereka berdua telah ternampak yang Idea Best telah dilarikan dengan menggunakan angin yang berkelajuan 5km/j.. Malangnya mereka berdua tidak sempat untuk menghafal nombor plat angin yang telah menculik mangsa..

Sambung Idea Meraban lagi, dia tidak berani untuk mengekori mangsa sebab beliau juga takut akan diculik oleh angin tadi.. Hmm, memang agak payah sikit kes ni.. Apakah motif untuk Idea Best itu diculik, setahu aku dia ni takde buat salah dengan sesiapa pun..

Malahan, Idea Best juga telah menjadi idola bagi semua Idea2 yang ada dalam kotak fikiran aku ini.. Aku mesti selesaikan kes ini dengan cepat, kalau tak nanti Idea Best akan terus lenyap dari dalam kotak fikiran aku ni..

Tapi apa yang penting sekali ialah, siapakah yang telah mengawal angin yang menculik Idea Best itu.. Untuk mengawal angin, bukan sebarangan Idea yang boleh membuatnya.. Kali terakhir Idea yang berjaya mengawal angin itu ialah Idea Penipu..

Idea Penipu memang terkenal dengan sikap dia yang jahat dan suka menipu.. Tapi setahu aku, Idea Penipu telah lama terkorban dalam kemalangan kerana pada masa itu angin yang dia cuba kawal telah terbabas melanggar tembok pembahagi jalan..

Nanti sekejap, takkan lah yang Idea Penipu itu masih.......

Bersambung la pulak...

P/s : Hahaha, jadi juga buat cerita bersiri..^_^

Lepas bukak blog, apa..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ya, apakah aktiviti korang selepas sahaja korang memasukkan nama dan kata2 hikmat untuk membuka blog korang itu..?? Mesti akan ada pelbagai jawapan yang akan korang bagi.. Tapi hanya ada satu sahaja jawapan yang pasti..

Apakah jawapan yang pasti itu..?? Hah, kalau korang nak tau, lepas bukak blog, mestilah kena tunggu loading.. Lagi2 kalau korang guna broadband, memang sah lah kena menghadap komputer tu dalam beberapa saat..hehe. Agak2nya jawapan tu boleh diterima oleh akal tak..??

Sebenarnya aku takde benda yang nak dibagitau ni.. Kalau ada mesti akan aku taip ia dengan sepantas kuda berlari.. Wah, macam menipu je bunyi tu, okaylah aku nak bagitau lah apa yang aku buat selepas bukak blog ni..

Selepas sahaja aku bukak blog, aku mesti akan tengok apakah entry2 terbaru yang telah korang semua update kan.. Kalau best aku akan baca, tapi kalau tak best aku cuma tengok je lah. Ish2, jahat betul aku ni kan.. Kalau dah follow tu baca lah entry2 orang tu..

Selepas tengok entry2 yang menarik, barulah aku update entry.. Itu pun kalau ada idea, tapi kalau takde idea.. Maka barulah aku akan singgah baca entry2 yang aku tak singgah tadi.. Itu jelah kot benda yang aku nak bagitau.. Kalau korang pulak, korang buat apa ye..??

Sunday, September 11, 2011

Hatiku sedang berbunga2...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Amboi2, setelah beberapa kurun aku menyepi kan diri dalam dunia blog ni.. Tiba2 je aku datang membawa khabar berita yang menggembirakan hati aku ni apahal..?? Hehe, kalau nak tau korang teruskan pembacaan korang ini ye..

Sebenarnya macam ni, masa aku sekolah rendah dulu aku ada minat dekat sorang budak perempuan ni.. Ala, member aku jugak pun.. Nak dijadikan cerita drama petang2, aku pun berpindah lah pada waktu nak masuk sekolah menengah tu..

Setelah hampir 6 tahun tidak berhubung apatah lagi bersua muka, maka apabila ditakdirkan oleh tuhan.. Perghh, ni apahal ayat aku ni dah ikut format peperiksaan ni..?? Okay, sambung balik.. Maka pada hari itu aku pun terjumpa lah dengan member aku ni..

Tatkala aku memandang wajahnya itu, aku terpinga2 sebentar kerana aku ingat wajah ini.. Inilah wajah yang pernah membuatkan jantung aku berdegup laju pada satu ketika dulu.. Tapi apa yang problem nya, tiba2 je aku telah kehilangan keberanian untuk pergi bertegur sapa dengan dia..

Haish, rasa macam tension je bila aku balik rumah.. Tiba2 aku dapat satu idea, aku pun pergilah ke arah lappy aku dan membuka satu website ajaib.. Website ni boleh mencari orang yang hilang, tak kira siapa pun orang itu. Website itu dikenali sebagai Facebook..

Err, dah jadi macam pengiklan facebook lah pulak ye..hehe. Aku pun search lah nama member aku tu dan akhirnya, aku jumpa juga nama dia.. Tanpa berlengah lagi, aku pun add lah dia sebagai friend dan setelah beberapa hari barulah dia approve..

Time ni hati aku baru berbunga2 sikit, yang jadi bunga banyaknya ialah time petang tadi.. Yelah, ketika aku sedang mengonlinekan fb tu, aku nampak yang dia pun sedang online.. Ucapan salam aku hulurkan di kotak chat itu..

Apakah dia akan membalas salam dan masih mengenali diri aku..?? Nantikan episod baru pada keluaran akan datang.. Hahaha, dah macam nak buat novel pulakkan.. Sebenarnya, aku gembira sebab dia still kenal aku lagi, dan setelah entry ini ditaip, aku baru sahaja habis chatting dengan dia..

Thursday, September 08, 2011

Huwaaa, entry aku takde..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Penat betul lah hari ni, dari pagi sampai ke malam sibuk betul aku ni.. Err, yang sebenarnya sampai petang je sibuk, malam ni cuma rilek2 je..hehe. Jadi seperti biasa, bila malam2 macam ni aku mulalah menghadap blog aku ni, kalau nak hadap muka awek, awek pulak takde..huhu

Jadi apabila aku buka dashboard blogspot, aku pun tengoklah siapa yang baru post entry.. Tiba2 aku perasan, yang entry aku untuk hari ni takde.. Aih, apahal pulak boleh takde ni..?? Pikir aku sambil mencari2 dekat bahagian dashboard tu..

Selepas puas mencari, aku tengok lah dekat blog aku pulak.. Aih, memang takde lah entry aku untuk hari ni.. Yang ada cumalah entry aku yang malam tadi je.. Aku dah pening dah, takkan lah blogspot buat hal lagi kot, aku ingatkan dah takde problem lagi dah..

Tiba2 aku teringatkan sesuatu.. Laa, patutlah takde entry aku tu.. Rupa2nya hari ni aku takde lagi postkan apa entry.. Yelah, macam mana nak post, dari pagi sampai petang sibuk dengan kelas dan buat assignment.. Jadi selesailah misteri ketiadaan entry aku hari ni..hehe

Wednesday, September 07, 2011

Malang memang tak berbau...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Malam semakin larut, bunyi2 unggas sudah mula kedengaran.. Tidak jauh dari itu, terdengar juga bunyi salakan anjing yang mendayu2.. Keadaan masa itu sememangnya agak menyeramkan bagi seorang yang wanita seperti aku..

Aku berjalan keluar dari pejabat dan menuju terus ke arah kereta yang telah aku letakkan berhampiran dengan pintu utama syarikat tempat aku berkerja... Aku berasa pelik sebab selama ini aku tidak pula pernah mengalami situasi seperti ini..

Bayangan2 yang menyeramkan sudah mula muncul didalam benak ku, namun cepat2 aku hilangkannya agar perasaan takut tidak mudah menyelubungi diri aku.. Aku segera menghidupkan enjin kereta aku dan pergi meninggalkan bangunan tinggi itu..

Sedang aku memandu itu, tiba2 aku perasan yang minyak kereta aku sudah berkurangan.. Sebab takut minyak kereta itu tidak cukup untuk membawa aku pulang ke rumah, maka aku pun singgahlah ke stesen minyak yang berdekatan..

Setelah selesai mengisi minyak dan meminta baki wang dari kaunter, aku pun berjalan menuju kearah kereta aku.. Tiba2 penjaga kaunter tadi memanggil aku dan katanya bahawa aku telah tertinggal barang.. Aneh, sebab setahu aku tiada barang yang aku bawa ketika ke kaunter tadi..

Aku pun berpatah balik dan pergi ke kaunter semula.. Alangkah terkejutnya aku sebab apabila aku sampai sahaja di kaunter itu, tiba2 kereta aku pergi meninggalkan aku.. Aku pun segera mengejar kereta aku itu tetapi telah ditahan oleh penjaga kaunter tadi..

Dia memberitahu aku bahawa dia sebenarnya telah terlihat yang ada seorang lelaki telah menyusup masuk ke dalam kereta aku.. Oleh kerana dia berasa curiga dengan orang itu, maka dia telah memanggil aku semula dan membuat panggilan polis..

Aku sangat2 terkejut, dan aku juga sangat2 bersyukur sebab jika penjaga kaunter itu tidak memanggil aku, mesti aku telah menjadi mangsa pencuri kereta itu.. Aku tidak kisah dengan kereta aku tu sebab apa yang penting ialah diri aku selamat..

Pemberitahuan : Cerita ini direka setelah aku terbaca bahawa terdapat penjenayah yang menculik wanita menggunakan taktik mencuri kereta ini.. Tempat2 yang biasa menjadi sasaran ialah tempat parking kereta, stesen minyak dan dikawasan yang lenggang.. Elakkan dari keluar berseorangan pada waktu malam ye..

Lama tak buat wordless ni..hehe

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Adeh, tak tau nak gelak ke atau nak kesian kan dia..hehe

Sampai jugak akhirnya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Mula2 kenalah ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada Nya kerana telah mengakhirkan satu penantian yang aku agak lama ni.. Err, sebenarnya bukanlah lama sangat pun, dalam sebulan lebih je tunggunya.. Tapi walau macam mana pun aku tetap bersyukur..

Wah, ni mesti ada berita best yang aku nak ceritakan ni.. Korang apa lagi, silalah buat2 teringin nak tau apakah berita yang aku nak bagitau ni.. Kalau tak teringin jugak, takpelah aku tak kisah pun.. Okay, mari aku teruskan kepada benda yang aku nak bagitau ni..

Sebenarnya, korang tau kan apa itu Nuffnang..?? Tipulah kalau tak tau, tapi kalau tak tau jugak korang search jelah dekat google tu..hehe. Semalam aku telah menerima cek dari dorang, akhirnya berbaloi jugak usaha aku berblogging ni..hehe

Walaupun jumlahnya sikit je, tapi aku tak kisah lah, asalkan aku dapat duit..hahaha. Uih, nampak bebenor mata aku ni mata duitan kan.. Nak tengok ke macam mana cek nya..?? Hah, tengoklah gambar dekat bawah ni ye..


Macam ni lah cek yang aku dapat, cuma yang beza ialah nombor RM nya je.. Kenapa berbeza pulak..?? Sebabnya itu bukan gambar cek aku, aku google je gambar tu.. Nak letak gambar cek aku sendiri, aku pulak takde kamera nak snap gambar tu..huhu

Okay lah, aku nak tenung cek aku tu lama2, maklumlah cek pertama lah katakan..hehe

Pergilah sayang...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Fendi berjalan dan terus berjalan meninggalkan sebuah rumah usang.. Dia bingung kerana dia sendiri tidak ingat bagaimana dia boleh berada didalam rumah buruk itu.. Satu2nya perkara yang dia ingat ialah yang dia perlu segera pulang ke rumah..

Tanpa berlengah lagi, Fendi terus berlari dan cuba mengenal pasti jalan2 yang boleh membawa dia kearah rumah nya.. Setelah hampir 2 jam dia berjalan, akhirnya Fendi tiba ke rumah dia.. Fendi buka pintu rumahnya dan segera masuk..

Apabila masuk sahaja ke dalam rumahnya, tiba2 Fendi berdiri kaku.. Dia berdiri dan matanya hanya memandang tepat kearah seseorang yang berada di hadapannya.. Lisa, itulah nama orang yang berada dihadapan Fendi sekarang ini..

"Lisa, ke mana kau menghilangkan diri..??", tanya Fendi selepas beberapa minit memandang wajah Lisa..

Lisa hanya diam membisu sahaja, dia tidak menjawab persoalan Fendi.. Fendi cuba bertanya lagi sekali soalan yang sama kepada Lisa.. Selesai sahaja Fendi bertanya, Lisa terus melambai2kan tangannya seperti mahu Fendi menghampiri dia..

Tanpa membuang masa, Fendi terus menggenggam tangan Lisa.. Sebaik sahaja tangan Lisa berada didalam ganggamannya, tiba2 Fendi terasa seperti ternampak satu situasi atau keadaan yang dia pernah lalui.. Dia nampak ketika itu dirinya dan Lisa sedang bergaduh besar..

Ya, memang dia pernah lalui keadaan itu kerana sebelum dia keluar rumah 2 malam yang lepas, dia dan Lisa memang bergaduh.. Fendi terus melihat situasi itu sehinggalah ketika saat dia keluar dari rumah meninggalkan Lisa.. Dia terus berjalan meninggalkan rumahnya..

Sampai disatu selekoh, tiba2 ada seorang perompak yang telah cuba merompak dirinya.. Fendi cuba melawan tetapi malangnya perompak itu telah menusuk tubuh Fendi dengan menggunakan sebilah pisau.. Fendi mula lemah dan perompak itu telah mengheret tubuh Fendi ke sebuah rumah usang yang berdekatan..

Keadaan jadi gelap dan secara perlahan2 Fendi kembali semula melihat wajah Lisa.. Fendi tidak berkata apa2 kerana dia masih terkejut.. Tidak lama selepas itu, Lisa mula bersuara..

"Abang, tempat abang bukan disini lagi. Kitorang dah jumpa mayat abang semalam dan saya pun baru sahaja pulang dari kubur abang..", kata Lisa sambil dia mengelap air mata yang laju mengalir di pipinya..

Fendi tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya sudah tiada di muka bumi ini lagi.. Dia menangis semahu2nya dan perlahan2 Lisa memeluk tubuh suaminya itu dan berkata..

"Abang pergilah, Lisa akan sentiasa mengingati abang sehinggalah keakhir nyawa Lisa ini.", kata Lisa cuba memujuk.. Fendi pun mula berhenti menangis, dia mengucup dahi Lisa dan meminta agar jangan mudah putus asa..

Secara perlahan2 tubuh Fendi mula lenyap, dan Lisa hanya mampu memerhatikan pemergian roh suaminya itu..

P/s : Perghh, akhirnya dapat jugak aku lepaskan nafsu menaip panjang2 macam ni..hehe

Tuesday, September 06, 2011

Menyesal sungguh aku..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Huhuhu...

Menyesal sungguh aku.. Kalau lah aku tau begini jadinya, mesti aku tak akan mengambil keputusan seperti itu.. Akan aku lakukannya dengan bersungguh2 sehingga aku dapat mencapai kejayaan.. Tapi apa lah yang mampu untuk aku lakukan..

Aku hanyalah seorang insan yang tidak lari dari dibelenggu dengan sifat malas... Semakin aku lawan, semakin kuat rasa malas itu memegan tubuh badan aku.. Sehinggakan aku terjatuh dan kalah dengan kekuatan perasaan malas itu..

Okay, aku dah malas nak membuat ayat macam drama petang2 tu, meh sini aku ceritakan hal yang sebenarnya lah... Seperti yang korang tau, bulan lepas iaitu bulan puasa atau bulan ogos.. Aku telah dijangkiti dengan penyakit malas yang amat luar biasa..

Memang terasa betul malasnya sehinggakan aku terpaksa mengalah.. Tapi yang peliknya, rasa malas tu datang  time aku nak menghadap blog je.. Kalau benda2 lain tu elok je aku tak rasa malas pun.. Hal ini telah membuatkan aku terpaksa untuk menjana semula semangat berblogging aku ni..

Selain itu juga, aku telah terlepas beberapa BE (Buffered Earnings) dari pihak nuffnang.. Tak ke itu menyedihkan, macam mana aku nak kumpul duit untuk beli kereta Lancer idaman kalbu aku ni..huhu. Dah lah, itu je benda yang aku nak taip buat masa ni..

Err, testing 1, 2, 3...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Just nak testing je ni, sama ada entry ni dapat dipublish atau tak.. Itulah, gatal sangat tangan ni main2 dengan coding.. Kan dah datang problem yang ko tak mintak tu..huhu. Tapi kalau korang dah dapat baca entry ni, itu tandanya problem tu dah solve lah..

Monday, September 05, 2011

Yes, akhirnya..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Akhirnya..!!
Akhirnyaaaaa...!!!!!

Huh, akhirnya siap juga aku untuk mengubah template blog aku tu.. Kali ini aku memang nak membuat satu kelainan.. Aku sudah tidak menggunakan template yang dibekalkan oleh pihak blogspot.. Bukan sebab dia gagal untuk melunaskan hutang2 aku ..

Tetapi disebabkan aku malas nak pikir2 untuk buat tema apa bila guna template dari blogspot tu.. Macam mana dengan pendapat korang, okay tak dengan template baru blog aku ni..?? Kalau ada apa2 yang kurang, atau apa2 yang buatkan korang tak puas hati, korang cakap je..

Owh ye, aku nak bagitau yang ikon2 dekat atas tu boleh digunakan tau, cuma ikon yang last tu je aku belum isi apa2 lagi, nanti lah aku pikir2 kan balik.. Lagi satu, aku membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan shoutbox.. Keputusan ini terpaksa aku ambik diatas sebab2 yang tidak munasabah..

Contoh sebab2nya ialah seperti jika shoutbox itu masih ada, ia akan menyebabkan berlakunya gegaran selama 3 minit setengah.. Memang tak munasabah kan sebab tu..huhu. Alamak, ini dah mengarut panjang ni, kita kembali ke jalan yang lurus okay..

Lagi satu nak bagitau, ini adalah buat pertama kalinya aku bermain2 dengan coding html ni.. Tak sangka memang best bermain dengan coding2 ni, macam main bola sepak pulak..huhu. Yelah2, aku tamatkan lah entry ini dengan ucapan selamat menjalani hari isnin..

Hari isnin..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hari ini hari isnin..

Hari permulaan bagi setiap minggu..

Hari isnin juga hari yang agak kurang best..

Tapi apa boleh buat..

Kena juga laluinya..

Kalau takde hari isnin..

Maka hari selasa menggantikan hari isnin..

Kemudian kita akan benci dengan hari selasa..

Sebab ia adalah hari permulaan di setiap minggu..

P/s : Sorilah, aku sendiri tak tau apa benda yang aku nak bagitau ni..huu

Friday, September 02, 2011

Adeh, pening aku..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Haha, pening pulak kepala aku bila cuba berjinak2 dengan singa jantan yang ada dekat rumah aku ni.. Err, macam tipu je.. Yang sebenarnya aku pening bila cuba menggunakan template baru dashboard blogger tu.. Mungkin masih  belum biasa lagi kot..

Tapi makin lama aku cuba mengenali beliau dengan lebih mendalam.. Eh, ni apahal ada unsur ayat2 jiwang ni..?? Ah, biarkan lah ye, aku sambung balik.. Tapi makin lama aku cuba membiasakan, semakin aku tak faham cara penggunaannya..

Apakah aku sudah tidak boleh lagi untuk menerima satu bentuk pembaharuan..?? Err, entah lah pulakkan.. Setelah aku berfikir dengan semasak2nya.. Aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan template dashboard yang lama jugak..

Ternyata yang dashboard lama ni lebih rapat dengan jiwa dan sanubari aku ni.. Chewah, sempat jugak nak selitkan ayat2 sastera yang aku tak tau lah betul ke tidak cara penggunaan ayat tu..huhu

Nak kuih ke atau duit raya..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku tau sekarang ni still mood beraya, jadi memang tak salah lah kan kalau aku nak ceritakan satu pengalaman aku masa kecik2 dulu.. Pengalaman yang aku rasakan memang best untuk aku kongsikan dekat dalam entry dan blog aku ni..

Macam ni ceritanya, seingat aku masa tu umur aku dalam lingkungan 1 atau 2 tahun lah.. Okay, aku tau itu memang tipu sebabnya time tu umur aku lebih kurang dalam darjah 5 kot.. Dah menjadi lumrah bagi seorang kanak2 yang comel macam aku (time tu la, sekarang cuma hensem je..hehe) untuk pergi mengutip duit raya..

kalaulah dapat duit raya banyak macam ni..hehe
Dah macam halloween pulak, tapi halloween pergi kutip gula2 bukan kutip duit raya.. Kembali kepada cerita utama.. Masa tu tengahari, cahaya mentari begitu kejam menusuk2 ke dalam kulit aku sehingga membuatkan aku berasa sangat dahaga..

Kitorang pun singgahlah di sebuah rumah yang agak besar lah.. Bila kitorang bagi salam je, dengan sepantas kilat seorang kakak telah datang sambil mengajukan soalan subjektif dekat kitorang.. "Hah, ni datang nak makan ke nak duit..?", sambil tersenyum melihat kitorang..

Lebih kurang begitulah bentuk soalan yang telah keluar dari mulut akak yang cantik lagi manis rupanya.. Kitorang pun tanpa berfikir panjang terus mintak duit raya.. Lupa terus tentang haus ditekak ni bila terdengar tentang duit raya..

Selepas sahaja dapat duit raya tu, kitorang pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebab dekat rumah sendiri dah tentu2 dapat minum.. Itulah antara kenangan aku ketika beraya masa kecik dulu.. Sekarang ni bila dah besar, rasa tak best pulak sebab tak dapat duit raya..huhu

P/s : Nanti kalau rasa rajin, aku cerita lagi pengalaman2 raya masa kecik dulu..

Thursday, September 01, 2011

Selamat Hari Raya aku ucapkan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Eh2, dah masuk raya ke-3 dah ye.. Tak sangka betul aku begitu pantas masa ini berlalu.. Terasa seakan baru sahaja semalam hari puasa pertama.. Tapi apakan daya, sudah itu tugas bagi si masa, berjalan dan terus berjalan tanpa perlu menuggu sesiapa pun yang ketinggalan..

Owh ye, aku sebenarnya nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang ni.. Maklumlah, masa hari raya pertama dan kedua ni, aku beraya dengan sedara dan kawan2 di dunia nyata.. Jadi pada raya ke-3 ni barulah nak beraya dengan kawan2 di dunia maya pulak..hehe

Kalau ada entry2 aku dulu yang pernah buatkan korang terasa hati, makan hati dan berhati2 dijalan raya.. Aku nak menyusun jari sambil memintak maaf lah ye.. Maklumlah, aku pun manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan..

Okay lah, aku nak singgah dekat rumah (blog) korang ni, nak tengok kuih raya (entry) apa yang ada dan yang best2.. Hari ni aku nak habiskan masa dengan blogwalk je.. Tapi itu pun kalau boleh lah..huhu.

P/s : Huhuhu, entry aku masa bulan 8 ni, sangat2 lah kurangnya..
nah aku hidangkan ketupat untuk korang makan..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...