Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Malam semakin larut, bunyi2 unggas sudah mula kedengaran.. Tidak jauh dari itu, terdengar juga bunyi salakan anjing yang mendayu2.. Keadaan masa itu sememangnya agak menyeramkan bagi seorang yang wanita seperti aku..
Aku berjalan keluar dari pejabat dan menuju terus ke arah kereta yang telah aku letakkan berhampiran dengan pintu utama syarikat tempat aku berkerja... Aku berasa pelik sebab selama ini aku tidak pula pernah mengalami situasi seperti ini..
Bayangan2 yang menyeramkan sudah mula muncul didalam benak ku, namun cepat2 aku hilangkannya agar perasaan takut tidak mudah menyelubungi diri aku.. Aku segera menghidupkan enjin kereta aku dan pergi meninggalkan bangunan tinggi itu..
Sedang aku memandu itu, tiba2 aku perasan yang minyak kereta aku sudah berkurangan.. Sebab takut minyak kereta itu tidak cukup untuk membawa aku pulang ke rumah, maka aku pun singgahlah ke stesen minyak yang berdekatan..
Setelah selesai mengisi minyak dan meminta baki wang dari kaunter, aku pun berjalan menuju kearah kereta aku.. Tiba2 penjaga kaunter tadi memanggil aku dan katanya bahawa aku telah tertinggal barang.. Aneh, sebab setahu aku tiada barang yang aku bawa ketika ke kaunter tadi..
Aku pun berpatah balik dan pergi ke kaunter semula.. Alangkah terkejutnya aku sebab apabila aku sampai sahaja di kaunter itu, tiba2 kereta aku pergi meninggalkan aku.. Aku pun segera mengejar kereta aku itu tetapi telah ditahan oleh penjaga kaunter tadi..
Dia memberitahu aku bahawa dia sebenarnya telah terlihat yang ada seorang lelaki telah menyusup masuk ke dalam kereta aku.. Oleh kerana dia berasa curiga dengan orang itu, maka dia telah memanggil aku semula dan membuat panggilan polis..
Aku sangat2 terkejut, dan aku juga sangat2 bersyukur sebab jika penjaga kaunter itu tidak memanggil aku, mesti aku telah menjadi mangsa pencuri kereta itu.. Aku tidak kisah dengan kereta aku tu sebab apa yang penting ialah diri aku selamat..
Pemberitahuan : Cerita ini direka setelah aku terbaca bahawa terdapat penjenayah yang menculik wanita menggunakan taktik mencuri kereta ini.. Tempat2 yang biasa menjadi sasaran ialah tempat parking kereta, stesen minyak dan dikawasan yang lenggang.. Elakkan dari keluar berseorangan pada waktu malam ye..
4 comments:
owh.. igt betul.. erm, tu lah, skang ni kt stesen mnyak tu mmg bahaya, nk tggal pn kna bwk kunci,pastu pastikan pintu berkunci
la,rekaan rupanya..hehe..
tapi kan memang bahaya..
sebab kan abang kite pernah kena samun kat stesyen minyak..
kesian dia..mujur tak ada apa2..alhamdulillah..
sangat takut kalau betul2 terjadi
sebagai peringatan.. nice entry.. skrg ni mcm2 cara org nak merompak.. :)
Post a Comment