Salam dan hai kepada para readers semua..
Sambungan dari Ku Tunggu Kamu Disini (Part 1)
Mendengarkan kata-kata Si suami tadi, semakin sebak dada Si isteri tadi dan kini tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Dia segera memeluk badan suaminya dan menangis meminta agar suaminya tidak bercakap seperti itu. Si suami memujuk isterinya dengan tenang sambil membelai rambut isterinya yang panjang mengurai. Dia memberitahu lagi bahawa isterinya adalah insan paling istimewa buat dirinya.
Sepanjang malam itu mereka berdua tidak lepas berpelukan dan akhirnya Si isteri tadi tertidur diatas katil bersama Si suami. Cahaya pagi mula menerjah masuk ke dalam bilik di hospital itu. Suasana bising para doktor dan jururawat juga kedengaran di luar bilik itu. Si isteri membuka matanya dan dia terkejut kerana suaminya tidak lagi terbaring di atas katil itu.
Dengan perasaan cemas dan takut, Si isteri tadi mencari disegenap ruang bilik itu, termasuk di bilik air. Apabila dia tidak menemui suaminya, Si isteri bergegas keluar dan mencari doktor yang bertugas merawat suaminya. Tapi ada sesuatu yang pelik berlaku, apabila Si isteri bertanya kepada jururawat berkenaan nama suaminya, mereka mengatakan yang nama suaminya tidak ada didalam senarai pesakit.
Malah apa yang menghairankan jururawat, tiada pun nama doktor yang bertugas untuk merawat suaminya semalam. Si isteri bertambah kerisauan, dan didalam kerisauan itu juga dia menjadi bingung. Ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya. Untuk menenangkan dirinya, Si isteri pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Sebaik selesai sahaja dia mencuci muka, baru dia perasan yang pakainya berbeza dari apa yang dia pakai semalam.
Seingat dia, dia tidak pernah balik kerumah sejak malam tadi. Malah dia juga masih ingat yang dia terjaga dari bilik pesakit yang ada di hospital itu. Si isteri tadi mengambil keputusan untuk pulang ke rumah nya. Sewaktu dia mahu pergi keluar dari hospital, tiba-tiba ada seseorang yang memanggil nama Si isteri. Apabila dilihat, ada seorang lelaki berkaca mata sedang berdiri sambil melambai kearahnya.
Pada mulanya Si isteri tadi takut, memandangkan dia mempunyai pelbagai soalan yang tidak terjawab, jadi dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada lelaki tadi. Lelaki tadi memperkenalkan dirinya sebagai Zaki dan dia mengajak Si isteri untuk berjalan di taman hospital. Si isteri hanya mengikut sahaja ke mana lelaki itu pergi dan akhirnya mereka duduk di sebuah bangku di bawah sebatang pokok.
Belum sempat Si isteri mengajukan pertanyaan, Zaki telah mehulurkan sepucuk surat dengan sampul berwarna putih kekuningan kepadanya. Dengan perlahan Si isteri membuka samput surat dan melihat isi kandungan surat itu. Dia terkejut kerana dia kenal dengan tulisan yang tertera pada surat yang dibacanya. Itu ialah surat daripada Si suami dan didalam surat itu memberitahu bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama dan dia terlampau sayangkan isterinya.
Setelah selesai membaca surat itu, baru lah Si isteri sedar kembali. Apa yang dia alami semalam adalah sebuah mimpi dan mimpi itu ialah berkenaan memori malam terakhirnya bersama suami. Kemudian baru dia ingat lagi yang semalam adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 dan kini sudah 10 tahun Si suami pergi meninggalkannya. Akhirnya Si isteri tersenyum apabila membaca ayat terakhir pada surat itu berbunyi "Ku tunggu kamu disini supaya kita dapat bersama kembali.".
P/s : Ala, baru nak tulis panjang2, tapi dah cukup perenggan dah..
No comments:
Post a Comment