Sunday, August 02, 2015

[Story Sunday] Cerita pendek yang seram

Salam dan hai kepada para readers semua...

Cerita 1
Pada suatu malam, aku terbangun dari tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi dan ketika aku mamai itu aku terdengar suara ibu aku memanggil aku untuk kedapur. Baru sahaja aku turun dari katil, telefon aku berbunyi dan aku segera menjawabnya. Suara itu memberitahu kepada aku yang dia tidak pulang kerumah malam ini. Aku terkejut mendengar apa yang orang itu katakan kerana orang yang telefon aku itu ialah ibu aku..

Cerita 2
Jam sudah menunjukkan pukul 2.35 pagi, tapi aku masih lagi tidak boleh melelapkan mata. Aku lihat semua ketiga-tiga kawan aku sudah lena dibuai mimpi dan aku tetap terus memejamkan mata. Sedang aku cuba menidurkan diri, tiba-tiba muncul satu suara perempuan nyaring bercakap. Suara itu sangat menyeramkan dan apa yang lagi menyeramkan ialah apa yang perempuan itu katakan..
"Budak satu dah tidur...."
"Budak dua dah tidur....."
"Budak tiga dah tidur....."
"Budak empat...... belum tidur lagiiiiiii....".

Cerita 3
Aku baru selesai mandi tengah malam, ketika mahu mengeringkan rambut aku terdengar bunyi ketukan. Pada mulanya aku fikirkan bunyi ranting pokok yang mengetuk cermin tingkap aku. Aku tidak hiraukan bunyi tadi, tetapi bunyi itu semakin kuat. Namun setelah aku cuba mencari punca bunyi itu, baru lah aku sedar yang bunyi itu datangnya dari dalam cermin almari aku...


Cerita 4 
Setelah penat seharian bekerja, aku pulang ke rumah pada waktu malam. Aku masuk ke dalam rumah dan dalam keadaan gelap gelita itu aku mencari suis lampu. Sedang aku meraba-raba dinding mencari, akhirnya aku jumpa juga suisnya namun ketika aku mahu menghidupkan lampu, aku perasan ada satu tangan lain yang sudah pun mencapai suis itu...

Cerita 5
Kamil anak saudara aku ni tak pernah berenggang dengan iPad nya. Setiap kali aku jumpa dengan dia, mesti iPad nya itu akan melekat di tangan dia. Tapi pernah pada suatu hari, aku nampak dia pergi ke meja makan tanpa membawa iPadnya. Aku tanya pada Kamil, kenapa dia tak bawa iPadnya makan sama-sama. Tetapi jawapan yang Kamil berikan pada aku sangat menakutkan, dia menjawab yang wifi rumahnya rosak...

P/s : Hehehe, cerita last tu adalah cerita yang paling menakutkan bagi aku. xD

6 comments:

Jejari Menaip said...

no 5 tu mmg seram... arghhh..

Salam kenal ya.. first time singgah sini.. :D

Princess Comey said...

cerite no.5 tu seram!! horror!!

Arpiiz said...

@ikhwan yusuff : Haa, tulah memang seram sangat citer tu..huhuhu

Arpiiz said...

@Princess Comey : Huhuhu, mesti pernah kena dengan situasi tu kan..

kakaktiricinderella said...

Uiii.. cita 1 2 3 4 tuu seram.. Yang 5 tuu lagi laa seram... Eheks

Arpiiz said...

@Kakak Tiri Cinderella : Hahaha, nanti nak kena letak poll citer mana yang paling seram..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...