Salam dan hai kepada para readers semua...
Aku ingat lagi ketika aku berumur 7 tahun, masa tu aku cuma tinggal berdua dengan ibu aku sahaja. Ayah aku telah pergi meninggalkan kami berdua. Namun pada masa tu, aku tak kisah pun walaupun ayah aku takde dekat rumah. Sebabnya ibu selalu cakap yang ayah pun tak kisah kalau dia tak jumpa kami berdua. Aku tak ingat sejak bila ayah pergi, tapi yang pasti ibu memang tak suka kalau aku sebut pasal ayah.
Tapi bukan cerita pasal ayah yang aku ingin kongsikan kepada anda semua. Cerita mengenai misteri bilik bawah tanah di rumah aku dahulu yang ingin aku bagitau. Ketika aku berumur 7 tahun itu, aku selalu terdengar bunyi rengekan budak-budak ketika aku mahu tidur. Tetapi bunyi itu tidak lah kuat sangat, hanya sayup-sayup sahaja bunyi itu masuk ke gegendang telinga aku.
Ibu aku memberitahu kepada aku bahawa itu adalah bunyi angin malam sahaja. Walaupun ibu katakan begitu, tapi aku yakin yang bunyi itu memang bunyi budak-budak menangis. Rasa curiga aku semakin bertambah apabila pada suatu malam aku terdengar seakan-akan ada bunyi ketukan pada besi dibilik bawah tanah. Aku biarkan sahaja bunyi itu kerana aku takut.
Pada suatu petang, ibu pergi keluar membeli barang dan ketika ketiadaan ibu itu lah aku mengambil peluang untuk masuk ke bilik bawah tanah. Tapi pintu bilik itu berkunci dan aku sendiri tidak tahu dimana ibu letakkan kunci bilik itu. Puas aku menyelongkar tempat biasa ibu menyimpan kunci, tapi hampa kerana tiada satu pun kunci yang sepadan.
Entah macam mana aku terfikir untuk mencari dibawah almari sebelah pintu untuk ke bilik bawah tanah tu. Alangkah gembiranya aku bila aku jumpa satu kunci berkarat dan kunci itu boleh membuka pintu bilik yang selalu menimbulkan rasa curiga aku. Perlahan-lahan aku melangkah menuruni tangga kayu, tapi belum sempat aku sampai ke bilik bawah tanah, tiba-tiba telinga aku ditarik orang.
Rupa-rupanya ibu yang menarik telinga aku dan membawa aku naik ke atas. Ibu memarahi aku kerana membuka pintu bilik itu. Selepas dimarahi, aku berlari ke bilik dan menangis, ibu tak pernah marah aku seperti itu, dan aku menangis kerana menyangka yang ibu tidak sayangkan aku lagi. Tapi tidak lama kemudian itu ibu masuk ke bilik dan memujuk aku.
Ibu memberikan aku sekeping coklat dan memujuk aku agar aku berhenti menangis. Ibu juga memberitahu aku yang dia sangat sayangkan aku. Aku gembira sangat apabila mengetahui yang ibu sayangkan aku. Dan disebabkan kegembiraan itu, aku tak jadi nak bertanya kenapa di bilik bawah tanah tadi ada budak yang dikurung, dan kenapa budak itu tiada kaki dan tangan.
P/s : Cerita ni cuma rekaan semata-mata, tiada kena mengena pun dengan sesiapa.
6 comments:
Fuuh, fikirkN betul hehe part tarik telinga tu lawak skit ha ha.
Pergh ! awak ada bakat tulis cerita macam ni, huwaaa....rasa macam nak tau sambungannya...haish...
hahaha..suspen je baca..sabor je la..
@Nazihah@Jiha : Hahaha, tak tau pulak boleh lawak part tu..
@NUR CAHAYA : Terima kasih, and cerita ni memang ending sampai situ je.. :)
@Aya Suria : Eh, cerita ni memang patutnya suspen lah..xD
Post a Comment