Salam dan hai kepada para readers semua...
Malam itu hujan lebat berserta angin bertiup kencang, kilat sabung menyabung dan kelihatannya malam itu aku akan tidur lena sebab kesejukan. Tapi malangnya malam tu aku tak nak tidur. Dah kenapa pulak aku tak tidur masa tu.? Sebab aku leka sangat mengonlinekan diri aku sampai tak ingat dunia. Masa aku sedang bersengkang mata itu lah, dengan secara tiba-tiba, tanpa notis pemberitahuan awal bunyi guruh yang sangat kuat kedengaran.
Aku terkejut, tapi bukan sebab bunyi guruh tu. Okay lah, macam tipu pulak kalau tak terkejut dengar bunyi guruh kuat. Aku terkejut lah sikit, tapi apa yang membuatkan aku terkejut ialah kerana aku nampak dan aku perasan yang lampu pada modem aku tidak menyala. Kenapa mesti lampu modem aku tidak menyala.? Korang faham tak, kalau lampu modem tak menyala maknanya takde internet lah..huhuhu
Itulah kejadian yang paling menakutkan dalam hidup aku.. Hahahaha, mengada-ngada lah aku ni. Baru takde internet dah cakap tu benda paling menakutkan. Tapi betul lah, sebab masa sebelum tu aku tengah baca cerita seram. Bila takde internet, tak dapat lah aku nak tengok gambar anak kucing yang comel untuk menghilangkan ketakutan aku. Jadi pada malam itu, terpaksalah aku tidur sambil membayangkan cerita-cerita seram yang aku baru lepas baca tadi..
Nasib baik lah esok paginya lampu modem tu menyala balik. Mungkin modem tu terkejut kot bila dengar bunyi guruh kuat sangat.. Ni aku nak tanya dekat korang, kalau lah korang tak dapat internet, berapa lama korang boleh bertahan dan apakah yang korang akan buat sepanjang internet tu takde.? Hmm, pendek pulak benda yang aku nak bebelkan hari ni. Takpelah, kalau panjang-panjang pun korang jugak yang bosan kan.
P/s : Aku pernah tak dapat internet selama 3 hari, masuk hari ke-4 aku kena pergi cyber cafe sebab tak dapat tahan lagi..
10 comments:
baru je minggu lepas kena smbar kilat ..rosak trus modem.haha..terpaksa puasa internet bberapa hari..check2 modem mmg rosak habis,terpaksa beli baru..haha
@Farra N : alahai kesiannya, mahal tu nak kena beli modem baru. nasib baik modem saya okay..hehee
Saya tengok tv je kalau takde internet :-)
Hahaha Tengok gamba kucing nak hilangkan takut XD
Nasib baik takde pape :) Kalau tak, terpaksa laa ke CC lagi hilangkan ketagihan. Kekeke
hahaha... kalau zizie, ok je takde internet.. asalkan ada aktiviti lain...
@Nabihah Arrose : Saya pun sama jugak, tapi kalau tengah malam mana ada siaran tv lagi..
@Kakak Tiri Cinderella : Eh, watpe gi cc pulak, kena pergi kedai repair modem lah.hehehe
@Zizie Zack : Hehehe, aktivit mengemas rumah ye..
kalau xda internet itu perkara biasa bg sy haha
Mana laa tau kot kot belum cukup bajet nak repair.. Haruslah ke CC terlebih dahulu. Hikhikhik
Post a Comment